Showing posts with label Panduan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Panduan Kahwin. Show all posts

Friday 6 September 2013

Of My Bestfriend Wedding

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Entry ni kira dah lapuk dek zaman.
Member yang kawen tu pun dah selamat balik honeymoon.
Huu, teruk betul suka peram entry lama-lama.

Wedding pada 24 Ogos 2013.
Kyna ni Sarah kenal dari zaman matrik.
Kire dulu pernah jadi orang tengah zaman cinta monyet.haha..
Pernah cakap bf ada affair dengan dia pun ada.
Sori lerr kyna syg.

Pastu masuk uitm sama even lain course.
Bila dah kerja kat Shah Alam sewa rumah sama.
Masa Sarah kawen dia la yang jadi pengapit nya.

Sarah melting betul dengan theme colour minah ni.
Pink biru dah macam aiskrim paddle pop dah.
Feveret tu.

Pape, selamat pengantin baru (valid lagi ke?hehe) mrs khairina sharmila.
Hujung bulan ni dah berlepas g UK.
Gonna miss u!!

Friday 20 July 2012

Prosedur Nikah Anak Tak Sah Taraf

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kredit foto: Melayu seberang

Hanya ingin berkongsi ilmu.
Mungkin kita dah biasa dan ramai sudah blogger yang menulis panduan proses permohonan nikah bagi keadaan yang normal.
Jadi, Sarah nak share untuk keadaan yang lain dari kebiasaan.

Para fuqaha telah berpendapat bahawa anak yang lahir kurang dari 6 bulan 
dari tempoh akad nikah yang menghalalkan perhubungan suami isteri,
anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya.

Maksudnya, bapa tersebut tidak boleh mewalikan anak perempuan tersebut semasa perkahwinannya.
Oleh itu, anak tersebut perlu berwalikan hakim dan permohonan kebenaran perkahwinan harus dikemukan di mahkamah rendah syariah tempat anak tersebut bermastautin.

Prosedur Pernikahan

Bagi tujuan permohonan, dokumen berikut adalah diperlukan.
- Notis permohonan
- Afidavit sokongan
- Lampiran yang diperakukan seperti:
  • Salinan Mykad
  • Pengesahan bermastautin (jika alamat pada mykad berlainan dengan alamat bermastautin)
  • Borang permohonan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan lain- lain dokumen yang berkaitan
  • Juga boleh dilampirkan sekali siji; kelahiran dan sijil nikah ibu bapa.

- Surat sokongan dari pendaftar nikah
- Bayaran yang secukupnya
- Wakalah peguam syarii jika menggunakan khidmat peguam syarii.

Sebenarnya proses permohonan nikah bagi anak tidak sah taraf bukanlah suatu yang rumit. 
Bila segala dokumen sudah lengkap dan saksi dapat hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan, proses perbicaraan akan menjadi sangat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa satu hari.


Sumber: Majalah solusi #45.



Friday 29 June 2012

Sekian Lama Tidak Menulis

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Meh tengok last entry.
Fuhhh, 12 June tu. Makna nya dah lebih 2 minggu tak update blog.
Maaf ya blog.
Bila exam dah tamat boleh la layan kamu semula kan.
Hehehe.

Dah lama tak menulis jadi dah tak tahu nak tulis apa.

Layan a few wedding picts kawan Sarah ni.
Actually wedding nya dah lepas beberapa bulan.
Sangat suka everything wedding Taniey nie.
Bagi sesiapa yang teringin mix gold and turquoise blue,
boleh la dapatkan ilham dari outfit Taniey.
Memang sangat menyerlah pasangan pengantin ni.


Picts taken from FB Zatil Hanani. Pinjam pict tau taniey.

Memang dapat positive komen dari semua kawan.
Nani macam bidadari.
Nani macam cleopatra.
Hehe, tapi kau memang cantik taniey.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.




Wednesday 18 April 2012

Choices of colors

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

How we see colors differently than them.



Women are very detail than men:D

Sunday 18 March 2012

Bilik Pengantinku Putih Sesuci Kalbu =)

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Bilik pengantin Sarah dah siap cat.
Hehe, walau pun majlis lama lagi tapi semangat betul perempuan ini nak cat bilik.
Dulu masa tengah cuti sem sebenarnya dah start cat.
Tapi terbantut.
Cat dah habis =(.

Tup tup bila balik rumah,
tengok abah dah siapkan cat bilik.
TQ abah.Love u so much..

Bilik Sarah nie tak besar pun.
And limited space.

So, Tips #1: Cat seluruh nya warna putih.
Yup, warna putih bagi impak bilik nampak lebih luas.

Tips #2: Pasangkan tabir warna putih jugak/ warna yang lembut.
Supaya bilik nampak lebih kemas.
Terutamanya bagi rumah kayu seperti rumah saya.

Tips #3: Limit kan barangbarang dalam bilik.
Hanya barang yang perlu sahaja letak dalam bilik.
Maybe cukup la ada katil, almari baju, almari make up.
Side table pun okay jugak.

Tips #4: Letakkan carpet warna putih juga.
Untuk memberi impak kemewahan.

Tips #5: Boleh la letakkan sikit bungabunga berwarna sikit.
Supaya takde la nampak putih aje.
Macam suci murni pulak nanti.

Tips #6: Letak wangi wangian; potpuri atau bunga rampai.
Bilik dah wangi boleh create suasana romantik.
Ngeh ngeh ngeh..

Tips #7: Bagi rumah kampung, yang mungkin tak pasang syiling boleh la letakkan kain merentang dekat dengan bumbung.
Supaya bila bergambar nanti takde la nampak kayukayu dekat bumbung rumah tu.
Nampak la kemas sikit.

Tips #8: Jangan lupe bab pengudaraan.
Yela, bersiap sebelum bersanding dah la awal.
Pastu tengah hari buta pulak tu.
Make up pun dah tebal dengan foundation.
Nanti tak selesa pulak bila bilik rasa panas aje.

Tips #9: Penggunaan cermin besar di dinding sangat praktikal bagi memberi impak keluasan bilik.
Ruang yang kecil akan nampak lebih luas.
Tapi ini tak akan mungkin Sarah buat. Sebab saya pe na kut.

Tips #10: Hias bilik penganti sendiri je kalau nak berjimat.
Hehehe..

Ni tips yg Sarah dah imagine unuk hias bilik nanti =)
Sapesape ada idea yang lagi best sangat dialu kan.
Kredit foto: FB Norhayu Mohd Yusop
Ayu, friend to my bestfriend. Her wedding inspired me alot.Love her wedding outfit,bedroom deco, dais, and goodies.



P/S:My dearest, pls click this link. and LIKE the picture.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=395052283856505&set=a.390571360971264.102196.196404850387917&type=3&theater
I appreciate it alot.

Monday 12 March 2012

Alahai Nasib Si Kad Kahwin

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sebenarnya terkesan bila dengar radio pagi tadi.
Cerita pasal kenduri kahwin.
Yelah, sekarang dah cuti sekolah kan.
Maksudnya musim orang naik pelamin jugak la kan.

Sebelum tu,
Selamat Pengantin Baru pada semua yang naik pelamin ye.

Ini cerita hal paling penting sebelum majlis.
Ayah Sarah sebelum ni dah pernah bring up pasal ni.
Blogger Xora pun pernah buat entry pasal ni.
Sarah pun pernah baca satu magazine cerita pasal nie jugak.

Pasal ayatayat Quran dalam kad kahwin.
Yelah, kalau yang dapat kad kahwin kita tu,
baca ayatayat tu, ambil iktibar dan simpan kad kita elokelok.
Syukur Alhamdulillah.

Risau jugak bila kad kahwin yang cantikcantik tu,
dicampak ke tong sampah.
Kita yang letak ayat Quran tu,
dah jadi macam tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian ayat tersebut.
Contohnya, macam kalimah "Bismillah" dan "Assalamualaikum",
Sayang nya, dengan makna yang terbaik tu,
di buang merata aje.

Then, ada jugak yang sanggup belanja mahal untuk kad kahwin.
Tapi yang ni tak boleh komen lebih.
Hehe,
Ikut budget sendirisendiri aje.

Tapi apaapa pun, semua orang mesti ada cita rasa hati sendiri kan.
Lagi pulak dengan kad kahwin pun boleh attrack orang nak dtg majlis.


Kad kahwin yang sangat menginspirasikan saya. Sorry, lupa dah source pict ni kat mana. Dah lama simpan. Takde niat nak copycat.

P/S:Sarah suka simpan kad kahwin member.So bagi kad kat Sarah banyakbanyak ye =)