Wednesday 16 October 2013

Si jantung pisang ulam raja

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Si jantung pisang ulam raja.
Makin hari makin macam- macam.
Secara basic nya budak especially baby memang sangat banyak belajar.
Masa ni IQ developmentnya sangat tinggi.
Sebab tu la baby sangat bijak.
Sebab tu la as a parents masa ni la kena bantu merangsang anak masing-masing.

Dari segi physical dev setakat ni Zharif mengikut natural kanak-kanak lelaki.
3 bulan berat 5.8kg - bagi sarah sangat baik sebab Zharif pun lahir 2.49kg.
Panjang 57cm - 1 cm lebih dr bulan lepas.
Ukur lilit kepala 39.5cm.

Badan dah makin mengeras.kalau dukung boleh dah tak pegang belakang.tapi still kena berhati-hati.
Kepala/ tengkuk dah lama keras. Bila terlangkup tinggi ja angkat.
Kaki kuat mensepak. Kecik-kecik dibenarkan ya sayang buat macam tu.hehe
Kaki tangan aktif mengepak. Lagi-lagi bila nampak ayah dia yang jumpa seminggu sekali tu.
Ada bulu mata yang sangat panjang tapi rebonding.muahaha.
Yang panjang ikut ayah. Lurus ikut ibu. Kata husband- hybrid!!

Banyak dah aaahh uhhh dia.
Letak je depan tv. Nanti tak berhenti bercakap.
kita pun cakap dengan dia walau kadang rasa macam cakap sorang.haha.
ayam itik punya bahasa.
Malam-malam dah makin lama tidur.
Cuma still bangun atleast 2x.haus kot.
Tidur pukul 9.nanti bangun dalam pukul 1 @ 2. Then pukul 4@5 lebih kurang.
Nanti pukul 6@6.30 dah bangun terus.

3bulan dah bukak sepenuhnya sarung tangan. Ada yang buat 2 bulan kan tapi tak sanggup tengok dia cakar muka. Kulit dah la lembut lagi.
Sekarang pun calar-calar gak sikit kena kuku.
Cuma barut still pakai.emm, sebab masih kembung lagi.
Kalau kata doc, tak digalakkan pakai.
Yeke, barut membantutkan perkembangan kat perut dia?

Sarah still kena berjaga makan. Silap sikit kembung.
Kulit dia pun sensitif. Mudah naik ruam.

Sekarang biasa la baby, saham tengah naik kan.
Nak pulak cucu/anak sedara pertama both side.
Pantang letak confirm jap g dah kena angkat.

Hmm,tiap bulan sarah update perkembangan Zharif.
Takde niat nak show off anak.
Suka dengar/ baca perkembangan baby.
Bukan untuk compare pun jugak.

Monday 14 October 2013

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


kredit :FB farina Asiah

Hehe,lembu-lembu dah mula kecut perut dah ni.
Ada yang bakal terkorban.

Pape pun, kita yang nak balik kampung ni hati-hati ya.
Sarah balik Ipoh kali ni.
Macam seminggu kat sana tapi husband balik KL rabu.
Sobsss, ambik cuti seminggu sebab nak duk dengan dia tapi kerja pulak.

Tengah malam ni adik Sarah yang keempat dalam family sambut birthday.
Kalau ikut tahun Islam. Sebab tu nama dia paling panjang antara adik- beradik perempuan.
Nur Amirah Adhha. Abah saje tambah double 'h' baru macam komersial sikit kot.

Salam AidilAdha semua :)