Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Friday, February 22, 2013

My Simple Dinner

Assalamualaikum..dan salam sejahtera...Emmm lama tul pengunjung2 sini duk hadap Chifon pisang tu..he he he tuan rumah ni...asyik duk berhibernasi jeeee yaaaa..Terima kasih kepada yang sudi tinggal jejak..InsyaAllah ada kelapangan nanti Sue balas... ^__^

 Oklah..Saja jeee duk tayang2 dinner simple yang semua orang pun tahu buat...Ini pun antara satu sebab malas nak muncul ngan tayangan2 amal sebab lately ni memang selalu masak simple2...Masak apa saja yang ada kat esbox jeeee....Nanti klu berlama2 kat dapur dan hidangan lambat siap, mesti diorang minta susu..emmmm klu dah minum susu nanti, faham2 jelah, susahlah nak ajak makan...Tak syok lah plakkkk kan....

SUP AYAM SIMPLE

BAHAN-BAHAN
  • 350 gm isi ayam (potong kecil)
  • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)
  • 1 biji kentang (potong ikut suka)
  •  segenggam soo hoon (rendam sampai lembut)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 buku kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • *3 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
  • *2inch halia (potong 3 dan ketuk bagi pecah)
 PENYEDIAANNYA
  1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis sehingga terbit bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga isi ayam kecut.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan kentang, lobak merah dan kiup pati ayam dan bawang potong dan renih.
  5. Apabila ayam, kentang dan lobak telah masak, perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Masukkan soo hoon dan kacau seketika.biarkan merenih lebih kurang 5min dan siap dihidang.

TALAPIA BERLADA SIMPLE
Sumber : Chef Wan
(Dah lupa dari buku mana tapi suka buat resipi berlada ni sebab ia simple..Sukatan pun pandai2lah adjust ikut selera..Mana nak pedas-tambah cili, nak lebih wangi-banyakkan serai)

 BAHAN-BAHAN
  • Ikan Talapia ~ Dilimur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya
Bahan Kisar
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Serai ~ Ni Sue tambah
  • Kiub pati bilis ~ Ni pun Sue tambah
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan sedikit garam.
  4. Apabila sudah cukup rasanya masukkan (1) dan gaul sekejap.Tutup api dan sedia dihidang.

TAUFU TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji telur
  • 1/2 tiup taufu telur (potong bulat)
  • 2 batang filamen crab (potong bulat)
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (potong membulat)
  • 1 sb mayonis
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Didalam mangkuk, masukkan kesemua bahan kecuali taufu telur.Pukul sehingga berbiuh dan kesemua bahan bergaul rata.
  2. Kemudian masukkan taufu telur.
  3. Panaskan kuali dan goreng dengan api kecil sehingga kekuningan.
  4. Sedia dihidang.
Note : Untuk memudahkan, goreng telur di dalam pan dengan api kecil.Apa bila agak2 telur kat bahagian bawah dah masak, telingkupkan telur di dalam pan tadi ke dalam kuali dan goreng dengan api perlahan sehingga masak.Sebab bila kita buh tauhu telur ni, dadar kita tak akan cepat patah/pecah semasa proses nak membalikkannya..Ini bagi yang tak pro lah...Klu dah pro tu abaikan cara ni......

Thursday, December 13, 2012

Sup Bebola Ikan Sardine

Assalamualaikum...Paparan resipi dikala kemalasan datang bertandang...Tapi kalau ada sambal kicap+cili padi tumbuk ni, lajuuuuuu je....

SUP BEBOLA IKAN SARDINE


BAHAN-BAHAN
  • 10 gm Soo Hoon (direndam lembut)
  • 3  biji bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • Sedikit halia (mayang)
  • 1 sb udang kering (tumbuk kasar)
  • 3 pokok sawi (diasing daun dan batangnya)
  • Sedikit kubis (potong ikut suka)
  • Garam dan gula secukupnya
  • ½ buku kiub pati ayam
Bahan Untuk Bebola Ikan
  • 2 ekor ikan sardine segar (di ambil isi sahaja)
  • 2~3 sb tepung sagu (jika tiada boleh digantikan dengan tepung ubi kayu)
  • sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Bebola Ikan : Tumbuk isi ikan sehingga lumat.Masukkan tepung  sagu, lada sulah dan garam.Gaul sebati.Bulat-bulatkan mengikut saiz yang disukai.Ketepikan.
  2. Untuk Sup : Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan bawang merah, halia dan udang kering..Tumis sehingga bawang layu.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.Masukkan soo hoon, batang sawi, kubis dan bebola ikan.bila bebola sudah timbul, perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam...
  4. Bila sudah secukup rasa, masukkan daun sawi.kacau seketika dan tutup api apabila daun sawi sudah sedikit layu..sedia dihidang...

Monday, December 10, 2012

Sup Ikan Merah

Assalamualaikum....

Dah 2~3 hari tuan rumah dok jamu pengunjung sini ngan kuih talam..So hari ni kita tukar menu plak yaaaaa...Lauk ni memang kegemaran sejak dulu cuma jarang-jarang buat, almaklumlah ikan pun tertaraf 5 bintang (bak kata seorang akak blogger kite), so sesekali jelah yaaaa.....

SUP IKAN MERAH
Sumber : Kompilasi Majalah Karangkraf~SUP

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg ikan merah
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sk biji ketumbar
  • 1 sk lada hitam biji
  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk halba campur
  • 2 cm halia
  • 10 biji bawang merah (mayang)
  • 6 ulas bawang putih (mayang)
  • 600 gm kentang
  • 60 gm soo hoon
  • 1 keping asam keping
  • 10 gm daun saderi
  • 10 gm daun bawang
  • 1 sb minyak (untuk menumis)
  • Garam secukupnya
 PENYEDIAANNYA
  1. Tumbuk kasar ketumbar,lada hitam,jintan manis,jintan putih,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.Bungkus bahan ini dengan kain jarang dan jadikan seperti bunjut.
  2. Rebus ikan bersama air dan juga bunjut tadi.Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kentang,soo hoon,halia,asam keping,halba campur dan juga garam secukupnya.
  4. Di dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ke dalam periuk sup dengan minyaknya sekali.
  5. Kacau selama 3minit dan hidangkan bersama daun bawang dan daun saderi.

Friday, February 24, 2012

Sup Wantan

Salam Hari Jumaat..

Entry nak cepat...Oh yaaaa..sebelum terlupa...Semalam Sue adalah godeh-godeh nak tambah blog link tapi terremove element blog list tu, so semua padam..Jadinya terpaksa cari link balik..So kepada sesiapa yang perasan tetiba jeee blog link dia tak de, jangan kecik ati yaaa..bukan sengaja delete...Nanti ada masa Sue cari balik link tersebut dan add balik...

Bukan apa, dulu Sue pernah terbaca pasal kes silap faham ni...Ada yang kecik hati dan ngadu kat 'kawan' dia yang 'kawan' dia lagi sorang tu dah removekan link blog dia..Jadi tak mo lah jadi macam tu..Walau pun sememangnya tiada paksaan untuk kita BW dan link mana2 blog kat blog kita, tapi kadang-kadang kes2 kecil macam ni ada yang tinggal barah di hati....So jangan salah faham yaaaaa.....

Dan hari ni kita layan sup wantan jelah..Sebelum ni pernah dah pernah buat dan masih gun resipi yang sama..Tapi Sue kopipes balik resipi tu kat bawah sini untuk mudahkan rujukan....


SUP WANTAN
Resipi Asal : Resipi 30min Chef Kamarul

BAHAN-BAHAN

Bahan A (Wantan)
  • 100 gm udang (dicincang)
  • 100 gm isi ayam (dicincang)
  • 50 gm bawang putih (dicincang)
  • 50 gm lobak merah (di cincang)
  • 5 gm daun bawang (dihiris nipis)
  • 1 sk sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 biji telur
  • 10 keping kulit wantan

Bahan B (Sup)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 50 gm cendawan hitam/telinga kera (dihiris)
  • 5 gm daun sup&bawang
  • 1 lit stok ayam
  • 200 gm lobak merah
  • Garam dan lada putih secukupnya
PENYEDIAANNYA

Wantan
  1. Campurkan kesemua 7 bahan pertama.Gaul rata
  2. Masukkan sesudu kecil ke dalam kulit wantan dan bungkuskan kemas dengan meletakkan telur disekeliling kulit wantan.
Sup
  1. Tumis bawang putih dan halia
  2. Masukkan sos tiram & minyak bijan
  3. Tuangkan stok dan masukkan cendawan
  4. Masukkan wantan & akhirnya masukkan daun bawang&sup
  5. Sedia dihidang

Wednesday, December 14, 2011

Sup Tulang

Assalamualaikum

Lama juga yaaa tuan rumah tak buat tayangan amal.Alasan biasa bagi yang bekerja, lately ni bz yang teramat kat opis, tak sempat nak cilok berjimba-jimba kat depan komputer...Ha ha ha sesekali jadi pekerja mithali apa salahnya kannn...kan kan kan....

Pertamanya Sue minta maaf jika lambat siket balas komen2 dan jejak ke rumah kawan-kawan...InsyaAllah jika keadaan dan masa mengizinkan, Sue akan bertandang jenguk-jenguk menu@hidangan dari kawan-kawan pula sambil-sambil mengintai cerita@berita terbaru masing-masing.

Oklah, hari ni jommmm kita jamu mata ngan sup tulang yang sedap ni....Dah lama sebenarnya Sue print resipi ni dan simpan kat file, cuma keyakinan nak membuatnya aje tak kunjung-kunjung tiba..Bukan apa, kat mind set ni asyik duk fikir 'kalau takde presure cooker' tak jalan nya punya project ni....He he he alasan untuk tambah lagi meinan dan sesakkan rak simpanan....

Sampailah musim raya haji yang lepas, Cik Hb bawa balik tulang korban pemberian jiran...Masa tu terkedu gaklah, pasal seumur hidup memang tak pernah dapat tugasan untuk menyediakan sup tulang ni....Dah bersih-bersihkan ia, bungkus elok-elok then masukkan kat peti hikmat...Lama jugalah tulang tu duk membeku kat situ...Kalau orang ngidam yang request ni, silap-silap boleh ngencess 'budak' tu nanti....Ha ha ha ha ha...

Setelah sepurnama duk peram kat peti hikmat tu, tiba-tiba sampai gak seru nak kerjakannya..Itu pun sebab masa duk sembang2 ngan opis mate, Kak Rusni ada cakap, dia pernah guna slow cooker untuk buat sup tulang dan still boleh dapat daging yang lembut sehingga tertanggal dari tulang, dan katanya kalau guna rice cooker pun boleh.... .So ngan teragak-agak dan takut2, Sue pun keluarkan lah resipi yang dah bertahun duk peram tu, dengan mulakan step pertama, rebus tulang dalam periuk biasa dengan api yang amat perlahan, (ambil konsep slow cooker) lama gaklah Sue rebus lebih kurang dekat 2 jam dengan menutup periuk tu..Then bila sampai step nak buang minyak yang tak diperlukan, dahhhh sudahhhh....Dalam hati duk fikir macamana plak nak masukkan seperiuk besar ni kat dalam peti hikmat tu..mana muat kan.....adussssss...dahhh sudahhhhhhh, puas gak fikir cara alternative ni...Last2 Sue main cedok-cedok macam tu jeee...at least dapat gak lah kurangkan sebanyak 70%.

Dah siap semuanya, then ngan hati berdebar-debar cubalah rasa, alhamdulillah dan teruja sangat ngan hasilnya setelah hampir 3 jam lebih periuk sup tu duk bertenggek kat atas stove tuuuuu....Sedap dan rasa berbaloi sangat...Daging pun boleh tanggal dari tulang.

Dan bila ada kelapangan untuk online, Sue pun cubalah hubungi sifu merangkap tuan punya resipi ni untuk bertanya lebih jelas cara untuk membuang minyak secara betul...Ha ha ha ha ha nak tergelak sorang-sorang rasanya sebab tersalah tafsir, rasa macam lurus bendul pun ada..Rupa-rupanya maksud Kak Nor, Kita main cedok je sup kat permukaan yang mengandungi minyak tu, buh ke dalam bekas lain then sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais, bila kuah tadi dah sejuk, minyaknya pun membeku kat atas tu, cedok keluar minyak beku tersebut, then sup di dalam bekas tadi dimasukkan kembali ke dalam periuk besar yang kita masak sup tersebut, bukan main buh ngan periuk besar tu kat dalam peti ais..he he he he he....Dan satu lagi pesan Kak Nor, minyak dari sup tersebut jangan buang dalam sinki nanti sinki tersumbat, sebaiknya masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah....

Oklah..panjang benor bebelan hari ni kan....Apa-apa pun Sue nak ucap berbanyak terima kasih buat Kak Nor sebab sudi share resipi sedap ni beserta ngan tip-tip nya sekali yang amat berguna....Thank Kak Nor...Keikhlasan Kak Nor berkongsi ilmu hanya Allah saja yang mampu membalasnya.....

SUP TULANG
Sumber : Kak Nor @Myresipi @Secubit Garam

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 ½ sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • 3 biji ubi kentang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang celery jika suka
  • 1 kiub pati ayam
  • airsecukupnya
  • bawang goreng dan daun sup
Bahan Penumis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
PENYEDIAANNYA
  1. Bersihkan tulang dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging ½ empuk. Jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana sahaja. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan ke dalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibahagian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yang dibahagian bawah itu dimasukkan kembali ke dalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya ke dalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
  7. Sedap dimakan dengan roti bantal.

Monday, June 6, 2011

Sup Ketam

Salam Senin....Selamat memulakan minggu baru.......

Haaaaa..Pepagi lagi dah tayang sup kan....Actually ni bukanlah lauk lunch ari ni, tapi yang dua minggu lepas nye citer....Iyolah kan, minggu lepas bz sesangat, tak sempat nak tayang kat sini, jadinya ni kira tayangan tertundalah yaaaaa.....

Sebenarnya dah lama tak wat Sup Ketam ni..Tetiba pula rasa teringin dan kebetulan pula Cik Hubby ada beli ketam..So belasah jelah kan.....Oklah..Jom lah kita layan Sup Ketam yang tak seberapa ni pula.....

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ketam (dibersih dan dipotong 2)
  • 2 biji kentang dipotong ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah dipotong memanjang (optional)
  • 2 batang daun saderi (optional)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sb serbuk lada putih
  • 4 cawan air
  • garam/gula secukup rasa
  • daun bawang/sup
Bahan-A
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inch halia diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih (optional)
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan A hingga wangi.Masukkan air, sup bunjut dan kentang.Masak hingga mendidih dan kentang empuk.
  2. Masukkan lobak merah, daun saderi dan ketam.Perasakan dengan lada putih, secubit garam dan gula.
  3. Kacau seketika atau hingga ketam masak.Tutup api.Masukkan daun sup dan bawang yang dipotong
  4. Sedia dihidang bersama nasi putih.

Sunday, June 6, 2010

Sup Wantan

Sesekali ubah selera untuk pikat minat anak-anak menikmati sup....Selain itu ia juga mudah dinikmati oleh kanak-kanak yang belum tumbuh gigi tapi sudah sedia menikmati makanan pejal....

BAHAN-BAHAN
Bahan A (Wantan)
  • 100 gm udang (dicincang)
  • 100 gm isi ayam (dicincang)
  • 50 gm bawang putih (dicincang)
  • 50 gm lobak merah (di cincang)
  • 5 gm daun bawang (dihiris nipis)
  • 1 sk sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 biji telur
  • 10 keping kulit wantan

Bahan B (Sup)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 50 gm cendawan hitam/telinga kera (dihiris)
  • 5 gm daun sup&bawang
  • 1 lit stok ayam
  • 200 gm lobak merah
  • Garam dan lada putih secukupnya
PENYEDIAANNYA

Wantan
  1. Campurkan kesemua 7 bahan pertama.Gaul rata
  2. Masukkan sesudu kecil ke dalam kulit wantan dan bungkuskan kemas dengan meletakkan telur disekeliling kulit wantan.
Sup
  1. Tumis bawang putih dan halia
  2. Masukkan sos tiram & minyak bijan
  3. Tuangkan stok dan masukkan cendawan
  4. Masukkan wantan & akhirnya masukkan daun bawang&sup
  5. Sedia dihidang

Sunday, May 2, 2010

Clearence Stock Soup

Salam di petang Ahad dan selamat berhujung minggu....Hari ni masak apa, mesti ramai antara kita yang masak special-special kan..? Almaklumlah, hujung minggu, especially bagi yang bekerja...

Keylah, kali ni kita tadak menu best-best nak tayang..besa besa jeee, saje nak abiskan stok geng-geng yong tau foo kat esbox....Oppppssss...bukan menu hari ni, tapi thah bila thah, dah lupa...

Namanya menu besa-besa kan....tapi sajeeee, menggatai gak nak buh resipi.....keh keh keh...

BAHAN-BAHAN
  • Air rebusan udang
  • Bawang merah (Dimayang)
  • Bawang putih (Dimayang)
  • Serbuk lada putih
  • Kulit tahu
  • Suhun
  • Cendawan hitam (Direndam sehingga kembang dan dipotong halus)
  • Fish ball, Fish cake etc yang seangkatan dengannya
  • Sayuran yang bersesuaian spt Lobak merah, brokoli, kobis bunga etc.
  • Garam dan gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Didihkan air rebusan kulit udang, masukkan bawang merah dan bawang putih.
  2. masukkan sayur yang keras dan cendawan hitam.Kemudian masukkan pula suhun, kulit tahu, fish ball, fish cake etc.
  3. Perasakan dengan garam dan gula juga serbuk lada putih.Kacau sebati.
  4. Masukkan brokoli dan kubis bunga.Dah cukup rasa masin manisnya, tutup api dan sedia dihidang bersama nasi putih dan ayam goreng juga sambal belacan....

Nak main ratah je pun besttttttt

Friday, March 12, 2010

Sup Sayur 2in1


Haaaaa...ni lagi satu resipi yang ringkas, mudah lagi padat ngan vitamin dan protein....Kih kih kih...Masak sayur dan lauk di dalam satu periuk..mudahkan, sedap pula tuuu....

BAHAN-BAHAN
  • Isi ayam potong kecil-kecil/sederhana
  • kentang (potong ikut suka)
  • Lobak merah (potong ikut kreativiti)
  • Kobis ( potong besar)
  • Saderi

Tumisan
  • Bawang merah (mayang)
  • Bawang putih (ketuk)
  • halia (hiris nipis)
  • Kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • Kiub pati ayam
  • Sup bunjut ~sue guna Adabi
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun sup
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan tumisan sehingga terbit bau.
  2. Masukkan air, isi ayam dan kentang.Biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan kiub pati ayam dan sub bunjut..Didhkan sehingga kentang hampir empuk.
  4. Masukkan saderi dan lobak merah.Didihkan lagi..Perasakan dengan garam dan gula..
  5. Masukkan kobis.Kacau seketika dan tutup api.
  6. Taburkan daun sup di atasnya..
  7. Sedia di hidang bersama kicap cili dan bolehlah dimakan ngan nasi putih....
Psssttttttt :- Sekali lagi Kite nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi berkunjung...Kepada yang telah tinggalkan jejak kat komen & c-box...InsyaAllah, hujung minggu kita balas dan akan memulakan blogwalking ke rumah kengkawan seperti biasa...Weekday biasa kita sempat n3 je sementara nunggu Cik Washine Mesin membuat tugasan yang diberikan....