Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Wednesday 8 June 2016

@KhairyKJ Kejar @BudimanZohdi Keliling Kampung #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93

Hari ini Program Walkabout YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Kementerian Belia Sukan bertemu penduduk PDM Sungai Hj Dorani & Majlis Berbuka Puasa di Surau Kampung Nelayan Haji Dorani. Hadir sama calon BN P093 Sg Besar, YB Budiman Mohd Zohdi.












Budiman Mohd Zohdi merupakan calon terbaik untuk menjadi wakil rakyat di Sg Besar mewakili rakyat di sana. Oleh itu Barisan Nasional memerlukan bantuan memastikan bahawa yang dipilih itu adalah Budiman Mohd Zohdi

Sunday 6 December 2015

@Khairykj Berkhatan Beramai Ramai Anjuran Pemuda UMNO Batu Dirasmikan @jamawijaafar @guzzu16


























Hari ini bertempat Dewan UMNO Taman Batu Permai, telah berkampung anak anak dari Parlimen Batu yang akan menjalani berkhatan beramai ramai. Program ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu.

Majlis berkhatan yang melibatkan seramai 80 anak anak warga parlimen Batu ini disempurnakan oleh Saudara Jamawi Jaafar, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Turut hadir bersama di majlis ini, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ramlah Salleh, Encik Azniee Abdullah, Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Saudara Gulam Muzaffar.

Terturut terlibat secara tidak langsung, Pihak Bomba dan Dewan Bandaraya.


Saturday 8 November 2014

Gempar @Khairykj @azwanbro @razlanrafii Turut Daftar Rumah Transit Hari Ini !!,



Sabtu & Ahad (8hb & 9hb Nov 2014), akan diadakan karnival Genexter di Putrajaya. Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan & Selangor akan membuka booth Khidmat Pendaftaran Rumah Transit di hadapan Istana Kehakiman.
Kepada yang berminat nak daftar, sila bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
a) 1 keping gambar pemohon (berukuran passport)
b) 1 salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan
c) 1 salinan surat / sijil perakuan / kad nikah / pendaftaran perkahwinan
d) 1 salinan slip gaji terkini pemohon & pasangan (jika ada)
e) 1 salinan asal Akuan Sumpah pendapatan sebulan gaji (bekerja sendiri)
f) 1 salinan perakuan majikan (jika ada)
g) Salinan asal Akuan Sumpah tidak memiliki rekod jenayah
Sukarelawan Pemuda UMNO akan membantu pemohon untuk mengisi borang dan membantu menghantar borang ke Kementerian berkenaan.
Jika tak sempat nak pergi ke Putrajaya, pemohon boleh datang sendiri ke tingkat 28, Menara Dato' Onn (PWTC) untuk mendapatkan khidmat tersebut.
Tarikh tutup permohonan : 13 Nov 2014
* khidmat bantuan ini bukan jaminan kepada pemohon untuk mendapatkan rumah transit tersebut. Harap maklum.

Saturday 18 October 2014

@mohdrafiq2020 Usaha Dan Sumbangan Biro Pelajaran PPUM @Khairykj @azwanbro


Dari Melaka bergegas ke Kg Selayang Lama di Parlimen Batu !!!

Hari ini, Mohd Rafiq Naizamohidden, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Pelajaran PPUM telah datang ke kawasan Parlimen Batu untuk menyerahkan peralatan asas persekolahan kepada 6 anak yatim yang kehilangan ayah mereka dua hari sebelum bulan Ramadan yang lalu.








Keenam enam anak tersebut merupakan anak kepada Mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Batu iaitu Saudara Mohammed Ali Oodin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru paru. Semasa hidupnya Mohammed Ali berjasa dan berkhidmat kepada masyarakat melalui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Arwah amat disenangi masyarakat Kg Selayang Lama

Kedatangan Saudara Mohd Rafiq untuk memastikan anak anak arwah Mohammed Ali tidak mengalami masalah untuk menerus pelajaran mereka akan datang. Sedikit sebanyak sumbangan ini telah membuat anak anak yatim tersebut menjadi gembira.

Semoga Saudara Mohd Rafiq akan meneruskan usaha murni memastikan anak anak kurang bernasib baik dapat pembelaan sewajarnya.

Tuesday 16 September 2014

@razlanrafii Mengucapkan Selamat Hari Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro #16Sept


Mohd Razlan Muhammad Rafii selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa.

Thursday 19 June 2014

Apa Hal @NazirHussin70 Menyekolahkan @Khairykj & @azwanbro Sebagai Pengajaran @NajibRazak


Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

Kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendapat cara yang terbaik membantu keluarga golongan sasar ini dengan bantuan melalui pendidikan anak anak mereka dulu seperti kos tuisyen. Seperti yang diketahui ramai, kos tuisyed bagi satu matapelajaran teras yang wajib lulus SPM berharga antara RM 60-75 atau jika 5 matapelajaran wajib lulus dah menjadikan kos tuisyen RM 300-375 bagi seorang pelajar. Kos ini akan membuatkan ibubapa mereka yang di bandar kurang mampu untuk biayainya.

Untuk mengatasi masalah ini, kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

"HELP TUISYEN" adalah jalan penyelesian yang terbaik kerana ianya akan diseliai oleh guru guru mahir dalam mata pelajaran tersebut secara percuma. Program tuisyen ini bermula sekarang hingga SPM. Untuk memantap lagi ilmu pengetahuan mereka, kami biro akan menyediakan juga beberapa program tambahan seperti program motivasi, buku tambahan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara bersama ibu bapa serta PIBG sekolah.

Selanjutnya jika terdapat pelajar pelajar yang gagal mendapat skor yang diperlukan, kami di Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan berusaha membantu pelajar pelajar ini masuk ke IPTA seperti di UiTM, KPTM, Giat Mara, Kolej Profesional Mara, UniKL, Kolej Kemahiran dan lain lain lagi.

Setiap parlimen, saya sebagai pengerusi biro ini mencadangkan dan mensasarkan 100 pelajar sebagai anak angkat Pemuda. Kami yakin program ini akan mendapat impak yang merangsangkan dari pelajar, terutama para ibubapa yang memerlukan bantuan ini. Kami dari Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus mencari jalan dan mekanisma untuk membantu "meringankan beban" golongan kurang berkemampuan atau miskin bandar menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin

Pergerusi BiroHal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Tuesday 20 May 2014

@Khairykj & Pemuda BN Menyokong 100% Kepada Mah Siew Keong #PRKTelukIntan




Khairy Jamaluddin Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berjanji akan memberi sokongan 100 % kepada calon yang mewakili Barisan Nasional dalam beberapa bentuk yang boleh meraihkan sokongan dari majorati 20,905 pengundi muda di bawah 40 tahun. Mereka akan merai sokongan dengan mengada program program santai. ceramah dan lawat rumah ke rumah/ Khairy juga yakin walaupun berhadapan calon yang muda tapi Khairy tetap percaya Mah Siew Keoang walaupun sudah berusia, namun dengan pengalamanya luas.

Undi la Barisan Nasional !!!

Thursday 3 April 2014

@razlanrafii Pemuda WP Membantah & Menpertikai Pengagih Rumah PR1MA @NajibRazak @Khairykj


\

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Saudara Razlan Rafii telah membantah cara pengagihan rumah PR1MA. Turut membantah adalah Pemuda UMNO Kedah. Oleh itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mesyuarat petang semalam telah membuat ketetapan supaya sistem pengagihan PR1MA ini harus dikaji semula.

Punca utama kajian perlu diadakan kerana koata untuk golongan muda tidak dilaksanakan. Turut dipersoalkan tentang koata untuk golongan bumiputra. Kaedah mengundi rumah PR1MA tidak menjamin koata 30% untuk golongan bumiputra akan tercapai.  Itu adalah terma syarat rumah biasa khasnya rumah kos sederhana dan mampu milik. 

Maka itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan pihak PR1MA mengubah sistem pemilihan atau pengagih rumah PR1MA. Sistem cabutan undi ini tidak boleh digunapakai.

 Saudara Khairy Jamaluddin juga telah mengarahkan Razlan Rafii dan Pemuda UMNO Wilayah untuk menghantar memorandum bantahan.

Wednesday 26 March 2014

@NazirHussin79 PPUM Terima Kasih 26 Negara & Media Tempatan @NajibRazak @khairyKJ #MH370


KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pada hakikatnya, kita wajar berterima kasih kepada 26 buah negara sahabat kita yang bergabung tenaga dan usaha dalam menjejaki kehilangan pesawat MH370 sejak dari awal lag termasuk menggunakan kesemua teknologi yang ada termasuklah satelit dan radar, bukannya mempertikaikan penyatuan 26 buah negara ini dalam membantu Malaysia.

EXCO Pererakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kumpulan atau orang-orang tertentu yang mempertikai usaha operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk bantuan dari 26 buah negara lain dalam operasi ini memperlihatkan kebodohan mereka menilai semangat setiakawan dan pada hakikatnya, mereka yang suka mempertikai ini sekadar mencari perhatian dan mahu merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

"Sebagai seorang manusia yang normal, sejak hari pertama berita kehilangan MH370 ini, saya sendiri telah mulai resah dan mendoakan agar pesawat ini akan segera ditemui dengan semua anak kapal dan penumpangnya selamat.

Namun selepas pengumuman penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Mac lalu, bahawa MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi, saya ingin kongsikan perasaan sedih bersama semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah, namun tetap berkongsi kesedihan kehilangan sanak saudara dan saya berharap, mereka tabah melalui dugaan ini.

Namun, kita harus berbangga dan memberikan penghargaan yang tidak terhingga terhadap pasukan keselamatan kita yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)  MH370 ini serta penghargaan kepada pasukan SAR dari 26 buah negara lain yang turut menyumbang tenaga dalam operasi ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Tambahnya, bagi mereka yang nak memperlekeh dan mempertikai kemampuan Malaysia dalam operasi ini dan mempertikai bantuan pasukan dari 26 negara yang turut membantu ini, apa salahnya mereka sendiri menawarkan diri untuk menjadi anggota pasukan SAR ini termasuk menyertai operasi di Selatan Lautan Hindi yang kita sedia maklum bahawa sepenuh perhatian sekarang, bahawa operasi SAR ini tertumpu di Lautan Hindi.

"Nasihat saya kepada `mereka dan kumpulan-kumpulan' ini, agar jangan 'borak atau gebang lebih' ibarat anjing menyalak bukit kerana kalau setakat bercakap atau menyalak di pentas-pentas ceramah, di warung-warung kopi ataupun sekadar coretan di laman-laman media sosial, pesawat MH370 ini tetap akan terus meng'hilang'kan diri atau bersemadi di Lautan Hindi.

Sebaliknya usaha tanpa jemu pasukan SAR dari negara kita dan sahabat dari 26 buah negara lain itulah yang akan mencari bukti hilangnya pesawat ini di dalam Lautan Hindi, serta mencari kebenaran mengapa MH370 tersasar dari perjalanannya dari KL ke Beijing 8 Mac lalu dan 'mengakhiri' perjalanannya di Selatan Lautan Hindi sebagaimana yang diumumkan PM baru-baru ini.

Persoalannya, adakah mereka yang mempertikai kerjasama 26 buah negara ini sudi untuk menghulurkan bantuan atau menjadi sukarelawan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 di Selatan Lautan Hindi ini atau mereka sekadar 'borak kosong' untuk membuat lawak jenaka bersama penyokong-penyokongnya semata-mata," tambahnya lagi.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
merangkap Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa

Sunday 16 March 2014

@khairykj Mengulas Kegagalan @anwaribrahim Dan @drwanazizah Untuk Bertanding Di #PRKKajang




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengulas tentang PRK Kajang. Wawancara ini, KJ mengulas tentang calon dari Barisan Nasional, Chew Mei Fun yang sesuai menjadi wakil rakyat menggantikan wakil PKR yang telah mengkianati amanah rakyat yang memilih pada PRU13 tempoh hari. Semoga dengan ulasan Khairy Jamaluddin dapat membuka mata para pengundi di Kajang.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Bakal Kehilangan @Khairykj #PRKKajang #MH370


Adakah tidak lama lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan hilang taringnya apabila Khairy Jamaluddin akan terperangkap di alam ghaib, apabila Raja Bomoh Ibrahim mengugutkan akan membuat demikian terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan celupar.


Apa pun TM tetap memuji keberanian Khairy yang menyarankan supaya Ibrahim Zain ditangkap kerana perbuatan khurafatnya yang menjadi bahan perbualan dan bahan gelak seluruh dunia. Secara tidak langsung memalukan orang Islam di Malaysia.

Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini. Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang beberapa hari lalu.

Berkata benar walaupun pedang di hujung leher !!! Yang salah tetap salah kerana matlamat tidak menghalalkan cara. 


Friday 11 October 2013

@NazirHussin79 Yang Kuat Bekerja Perlu Dipilih Semula Pada Pemilihan PPUM @Khairykj


NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA (PENYANDANG)
NO 07
KENAPA PERLU KEKALKAN DAN BERI UNDIAN KEPADA NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN, CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA NO 07 ???
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN SEORANG EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB PADA JAWATAN YANG DIBERI MANDAT OLEH PERWAKILAN PADA PEMILIHAN TAHUN 2008 !!!

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN DIBERI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGERUSI BN YOUTH JOB FAIR. NAZIR HUSSIN BEKERJA KERAS MENYEDIAKAN PELUANG PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN ORANG MUDA YANG MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI  PADA SETIAP TAHUN DI BN JOB FAIR DI SERATA MALAYSIA !!!

TM YANG MENGENALI NAZIR HUSSIN, MENYATAKAN BAHAWA NAZIR HUSSIN PERLU DIKEKALKAN DAN DIPILIH SEMULA OLEH PERWAKILAN PEMUDA CAWANGAN PADA PEMILIHAN KALI INI !!!

SAYA UNDI CALON 07 NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN !!!

MOHON SOKONGAN