Showing posts with label Teguran. Show all posts
Showing posts with label Teguran. Show all posts

Friday 20 January 2012

Majlis Syura PAS makin lemah dan lesu?

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor dalam satu kajian mengenai "Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)" ada menyebut beberapa para tentang wujud kelesuan Majlis Syura PAS dalam menangani isu-isu semasa muktahir ini.

‘Majlis Syura Ulama’ yang boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke arah konsep ‘syura’ yang sememangnya sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era ‘Kepimpinan Ulama’ yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).


Anda mungkin rimas apabila menyebut tentang kajian-kajian budak U. Orang pun kurang faham perkara yang abstrak. Adalah lebih baik menjurus macam mana orang kampung bercakap.

Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya.

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian"
kata saya.

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu.

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun.

Anggapannya Majlis Syura adalah macam kita takutkan anak-anak dengan cerita hantu. Jadi ahli PAS dimomok dengan Majlis Syura sedangkan Majlis Syura itu sudah tidak ada lagi bagi pandangan dia. Tak wujud sebenarnya.. Itu kata-kata akhir dia sebelum dia meninggalkan saya sambil memanggil pekerja warung untuk membayar harga makanan.

Benarkan Majlis Syura tak pernah bermesyuarat?
Pembaca boleh menjawab...

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyebut beliau tak pernah hadir dan memanggil mesyuarat untuk Majlis Syura pada penggal lalu. Adakah penggal baru ini sama seperti dulu??

Malanglah buat PAS kalau badan utamaini betul-betul tidak pernah bermesyuarat!!

Thursday 9 June 2011

Hukum Hudud, kenapa kita berlengah?

Beberapa hari ini banyak sangat tulisan pasal hukum hudud. Tun Mahathir walaupun dah terlalu tua masih ada daya berita yang baik. Kenyataannya nampak membuatkan PAS dan pimpinannya terpaksa menjawab.




Dulu saya dengar dalam ceramah-ceramah PAS, hudud akan dilaksanakan. Memang dalam ceramah mudah kita bercakap tapi semasa perlaksanaan cukup sukar kerana kita kena kaji banyak perundangan untuk melaksanakannya apatah dengan berbilangnya kaum dan agama yang sudah pasti mereka  semua tidak sependapat dalam hal ini.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990.

Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.

Di Terengganu pula pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu.

Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.

Negeri Terengganu agak bernasib baik kerana Sultan menanda tanganinya. Saya juga di fahamkan Tun Salleh Abas tidak bersedia untuk perlaksaan undang-undang ini kerana tidak ada ruang dalam perlembangaan yang membolehkan  Undang-undang Hudud dilaksanakan.

Tun Salleh ni yang paling profesional dalam  hal undang-undang. Tapi geng ulama desak dan ada seorang dua yang bersungguh-sungguh, tak perlu saya tulis di sini siapa dia ulama muda ini.

Akhirnya Allah memberikan mereka idea menggunakan undang-undang awal daripada penemuan batu bersurat dan mengambil ruang dalam perlembangan dalam hal undang-undang sehingga undang-undang Hudud dan Qisas berjaya di Terengganu.

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ).

Ini adalah kerjayaan besar PAS Terengganu dalam menegakkan hukum Allah. Hanya Allah s.w.t. sahaja memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha ke arah itu.

Ini juga membuatkan saya masih berpendapat ulama harus memimpin profesional dalam gerakan Islam di Malaysia ini kerana ulama ada 'barkat' untuk menjayakan profesioal yang ada kebijaksanaan.

Di Kelantan, selepas tahun 1993 sehingga sekarang usaha untuk membawa semula undang-undang Hudud ini nampak macam 'berlengah' sahaja. Saya kurang maklumat sejauh mana usaha ini dilakukan. Atau sekadar kita akan memberi alasan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tak setuju dan memberikan amaran kepada kita maka kita sudah terlepas daripada tanggungjawab ini?

Sultan Kelantan sekarang ini disebut adalah sultan terbaik. Takkan kita masih berlengah lagi dengan hal-hal keduniaan lain?

Wednesday 8 June 2011

PAS kena baiki SPR muktamar

Sebelum pukul 10 pagi 4 Jun 2011 saya dah dapat keputusan pemilihan Muktamar kali ke-57. Malah MalaysianInsider telah menyiarkan keputusan tak rasmi berkenaan. Dua tahun lalu semasa pemilihan juga, Cikgu Pa dikatakan menutup telefon sehingga Presiden pun tak boleh hubungi beliau sehingga keputusan keluar. Ketegasan ini berpunca daripada komen-komen pemilihan tahun sebelum itu, 2007 yang juga bocor keputusan semasa Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri untuk Timbalan Presiden.

Keputusan yang diketahui bukan setakat siapa memang atau siapa kalah, malah angka-angka tepat bilangan yang diperolehi oleh Mat Sabu dan calon lain.
Gambar Husam sempat layan pemerhati
beberapa saat lagi keputusan nak diumumkan di luar Dewan.

Saya ambil gambar YB Husam di luar Dewan dan beliau sempat melayani pemerhati untuk bergambar sedangkan keputusan tak sampai 1 minit lagi nak diumumkan (masa untuk derma), malah beliau sempat membeli di gerai Unit Amal. (Kalau ada yang kenal siapa yang ada dalam gambar boleh bertanya..)
Sebenarnya YB Husam telah mengetahui keputusan dengan sistem baru pemilihan kali ini.

Pertandingan tahun ini ada sedikit perubahan dengan adanya borang semacam SPR14 yang mana ada wakil calon yang menanda tangani keputusan pemilihan. Sepatutnya wakil calon dan calon mestilah amanah dengan keputusan tersebut sehingga pukul 10 pagi esokkannya. Tapi malang akhbar internet telah dimaklumkan keputusan ini.

Saya melihat suatu yang serius tentang amanat dan rashia parti. Sepatutnya perkara ini tidak dibocorkan.

Dulu pernah mesyuarat AJK PAS Pusat juga bocor maklumat kepada blogger atau penulis blog. Mesyuarat belum lagi habis, di blog beberepa keputusan penting sudah diketahui sehingga pernah di arahkan semua yang hadir meninggalkan handphone atau apa-apa perkakas IT sebelum masuk mesyuarat.  Lucukan... tapi itulah kedudukan sebenar yang berlaku.

Malulah kalau AJK PAS Pusat pun kena disiplin begitu. Harap-harap tahun ini jangan lagi buat perangai macam itu.

Monday 6 June 2011

Fitnah dan Tuduhan, Mampukan kita berhadapan dengan Allah?

Kempen pemilihan Muktamar PAS sudahpun selesai. Senarai 'chai' melalui SMS sudah berlalu. Cakap-cakap kedai kopi juga sudah tidak ada lagi.. sekadar tinggal adalah merai kemenangan atau merintis kekalahan.

Dalam kempen, walaupun berserban, berkupiah atau berbaju Melayu ala Anwar 80an tapi batas-batas kesedaran tentang bencana mulut tidak begitu diendahkan seolah-olah azab neraka ini untuk orang UMNO sahaja!

Blog, twitter atau facebook masih lagi hangat mungkin dunia sekarang lebih ke arah itu.

Saya tak berkenan betul dengan gambar yang diungkitkan oleh penulis blog PinkTurle2 berkaitan dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengungkit kesalahan lalu untuk sentimen kebencian bukan cara orang mukmin buat kerja. Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah memaafkan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku, anda sekadar tukang ambil gambar apa yang anda tahu?

Aka kelebihan anda dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

Sebagai orang mukmin kita diajar adab dan batas dalam membuat apa-apa persepsi, Jangan kebencian kita hilang pertimbangan dan akal keimanan membuat kita benci tak tentu pasal.

Kita akui Ustaz Nasha tidak mempunyai krisma anugerah Allah untuk menjadi pemimpin. Walaupun ilmunya tinggi dan anak murid khas Yusof Qardhawi tapi itu tidak menjamin dia menjadi pemimpin yang baik untuk satu gerakan Islam yang dinamik mengikut peredaran dan kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Beliau melepaskan peluang yang telah diberikan kepadanya beberapa tahun.

Tapi ini semua tidak memberikan lesen untuk mengenangkan kesilapan yang lalu (saya sekadar berpendapat kesilapan maklumat sahaja) untuk menghina dan mencerca beliau. Blogger-bloggerpun sebahagian besar juga ada dikalangan mereka yang "tahi UMNO' sebelum ini.

Tolonglah ikut adab Islam, hormatilah orang supaya orang boleh menghormati kita. Allah pasti mentarbiyyah Ustaz Nasah dengan tarbiyyah yang 'benar' sudah pasti dia dikasihi Allah.

Sunday 5 June 2011

Masih ada usaha jahat daripada blogger?

PAS perlu satu barisan yang mantap untuk persediaan untuk menghadapi pilihan raya ke-13 nanti dengan satu kombinasi yang sangat baik. Pilihan raya ke-13 nanti perlu ditanggani dengan cermat dan bijaksana kerana ini adalah satu-satunya peluang bagi memastikan BN terus dilenyapkan.

Pemilihan sudah tamat, kalau ada lobi melobi perlulah dihentikan. Laras pelurus haruskan berada di tempat yang "benar" bukan menghala sesama sendiri. Walaupun saya sendiri tidak begitu menyukai beberapa keputusan yang dihasilkan daripada pemilihan kali ini, tapi saya lebih bersikap terbuka dan redha atas ketentuan Illahi dan melihat positif atas apa yang telah ditakdirkan.

Presiden PAS telah menyifatkan barisan saf kepimpinan baru dan sayap-sayap dalam parti adalah "kabinet Pilihan Raya" yang menjukkan perwakilan memilihan mengikut situasi dan keadaan semasa.

Orang yang bijak tahu apa yang perlu dibuat. Orang yang ikhlas memahami apa yang perlu dia lakukan demi kebaikan untuk Jammah Islam melainkan jika dia adalah pinggiran jamaah yang merasai dirinya lebih sempurna daripada orang lain.

Saya membaca tulisan daripada blog Greenboc dan memerhati bahawa penulis ini menulis dengan prasangka dan andaian buruk. Kalau tulisan tersebut datang daripada Utusan Malaysia kita tidak hairan, tapi malangnya datang daripada penulis yang kononnya adalah ahli PAS.

Beberapa tulisan dalam tulisan blog ini menyemai rasa tidak senang dan bersifat jahat agar keraguan akan timbul dalam saf kepimpinan baru PAS terutamanya di kalangan Pemuda.

Satu petikan dalam artikel Greenboc yang bersifat buruk sangka dan tuduhan tak berakhlak Islam ialah;



"Sdra perlu sedar bahawa tidak semua perwakilan pemuda memilih sdra kerana kelayakan yang ada pada diri sdra. Lagipun tinggi mana kelayakan sdra? Dah dapat 3-4 PhD kah sampai begitu sombong sekali jawapan sdra?" - Greenboc

Saya sekadar berkata, tahu dan kenalkah si Greenboc ini dengan Ustaz Khalil Abdul Hadi? Hebat benar si Greenboc boleh metelaah isi hati kenyataan spotan budak muda ini?

"Adalah tindakan tidak matang,tidak wajar dan tidak beretika apabila Pemuda PAS melakukan pemilihan dengan meletakkan anak-anak pimpinan PAS Pusat berada di dalam barisan pimpinannya persis ingin menjadi PAS sebagai parti anak beranak." - Greenboc

Hampir 700 perwakilan yang hadir dalam Muktamar Pemuda seolah dianggap Greenboc bodoh dan tak boleh berfikiran secara rasional dalam pemilihan ini.

Greenboc tak boleh mengajar dirinya untuk menerima hakikat dan pandangan orang lain. Adakah jika perwakilan tidak mengikut selera kita dianggap bodoh dan tidak matang dalam membuat pemilihan?

Sudah-sudahlah Greenboc. Hentilah kerja jahat yang merosakkan jamaah Islam.