Trend menjual di facebook semakin menjadi-jadi. Ada pula yang menganjurkan bengkel 'Bagaimana Mencapai Jualan 5 Angka Hanya Melalui Facebook' Facebook antara laman sosial yang diminati masa kini, selain twitter, instagram, dan banyak lagi... ibu sendiri mengakui tidak dapat mengikuti semua laman sosial yang diminati anak-anak muda sekarang (wah adakah ibu sudah matang sedikit?) Pelbagai jenis platform sosial terkini Jika 3/4 tahun lepas, blog menjadi pilihan, sebelum itu Friendster (masih ada lagi ke?) Ibu mula menggunakan blog sekitar 2007/2008 sehinggalah sekarang masih setia dengan blog. Paling aktif 2010. Ini berdasarkan jumlah posting entry yang dibuat. Jangan pandang enteng pada blog, blog adalah kekuatan apabila pelanggan/individu mencari sumber carian di Google dan sebagainya. Ejen carian paling popular sekarang ini apa ye? Jika ditanya pada ibu, Google adalah jawapannya! Katakan Cik Ayu mahir dalam membuat kek cawan yang sedap, Cik Ayu ...