Showing posts with label Hutan Lipur. Show all posts
Showing posts with label Hutan Lipur. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Jom terokai Hutan Lipur Chemerung





Hutan Lipur Chemerung terletak di Hulu Dungun iaitu kira- kira 30 minit dari Kg. Raja dan  lebih kurang dalam 32 km masuk ke dalam dari lebuhraya Jerangar- Jabur.  Boleh datang dengan menggunakan kenderaan sendiri ataupun terdapat agen- agen  yang akan membawa anda ke sini. Pengalaman mengembara di dalam hutan lipur ini sewaktu menjalankan kursus yang dianjurkan amat menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Jika anda melalui lebuhraya Jerangar- Jabur ke Kuala Terengganu pasti akan melihat saluran air terjun  dari  puncak yang mengalir kerana difahamkan air terjun ini merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Memang sangat teruja apabila melihatnya.

Terdapat laluan pejalan kaki yang disediakan untuk aktivititi pengembaraan. Mengembara di dalam hutan ini sungguh memenatkan sehingga kaki tidak terdaya lagi untuk melangkah, tetapi semangat yang tinggi dan dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah yang sangat unik menjadi satu kenangan yang terindah. Hutan ini belum diterokai pelbagai jenis flora dan fauna yang aneh dan boleh dilihat. Suasana yang  sejuk dan mendamaikan kerana dikelilingi pokok- pokok balak yang besar menjadi payung hutan. 

Setelah penat berjalan kami berhenti rehat sebentar  sebuah kolam semulajadi yang jernih airnya terdapat di tengah- tengah hutan lipur ini. Perut sudah lapar dan kami semua berkelah di sini sebelum menyambung perjalanan. Ada diantara kami yang sempat mandi kerana teruja melihat kejernihan air bewarna kehijauan apabila dipantulkan oleh cahaya matahari. Bagi sesiapa yang menggemari aktiviti lasak bolehla berkunjung ke sini kerana terdapat alur- alur sungai kecil yang boleh direntasi dengan menggunakan tali. Deruan air terjun jelas kedengaran menghempas batu menenangkan fikiran. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut datangla ke Hutan Lipur Cemerung untuk menghayati sendiri pengembaraan ini.

Wednesday, August 4, 2010

Cuti- cuti Keluarga di Hutan Lipur Lata Tembakah

Tidak tahu kemana untuk menghabiskan hari minggu anda bersama keluarga? Jom kita ke hutan lipur Latar Tembakah. Hutan Lipur ini salah satu tempat menarik yang terdapat di Besut. Ianya terletak lebih kurang 24 km dari bandar Jertih dan 130 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.
Setiap hujung minggu kawasan ini pasti akan dibanjiri pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri. Apa yang menarik di sini ialah air sungai yang bersih, air terjun yang dingin dan cantik serta kolam- kolam air semulajadi yang sangat sesuai untuk aktiviti perkelahan bersama ahli keluarga. Kawasan ini juga sentiasa dijadikan tempat untuk aktiviti perkhemahan. 
Lata Tembakah menjadi tumpuan ramai bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang tinggal di luar kawasan Besut. Jambatan gantung yang disediakan selain air terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukkan mata yang memandang dan menggamit pelancong untuk berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Lata Tembakah

Air yang sejuk dan nyaman menyegarkan badan

Jambatan kayu dengan permandangan yang menarik

Monday, June 28, 2010

Hutan Lipur Jambu Bongkok



Hutan Lipur Jambu Bongkok terletak di dalam Daerah Marang. Pengunjung boleh datang ke sini dengan menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki bas. Masa yang di ambil menaiki kereta lebih kurang satu jam dari bandar Kuala Terengganu dan 20 minit dari bandar Dungun. Hutan Lipur ini istimewa kerana terletak berhampiran dengan jalan utama Kuala Terengganu - Dungun dan berhampiran pantai Rantau Abang. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki.


Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini melalui denai dalam kawasan arboretum.

Tasik yang terdapat di Hutan Lipur Jambu Bongkok