Showing posts with label Permata Hati. Show all posts
Showing posts with label Permata Hati. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Rindu untuk kembali:-)

Salam..

Sangat lama tidak mengaktifkan diri...kini ummi kembali semula..sebabnya punya nafas baru dalam nadi kehidupan...

Ummi kini selain sibuk sebagai isteri, ummi kepada 3 permata hati dan pensyarah..sudah melangkah setapak menjadi Pengedar Sah Shaklee di Melaka dan seantero Malaysia..

Kenapa ia berlaku? Sejak lahirkan si kecil Nayla Hafiyya.. ummi mula mengambil makanan tambahan produk kesihatan Shaklee dengan mengambil set menyusu optimum.. alhamdulilah, memang best sangat..susu meriah, badan semangat sihat dan bertenaga, kulit pun makin cantik...hihihi


Nayla Hafiyya Binti Mohd.Hamka
28 Jun 2012 @ 10.14am

Amalan Seharian Ummi..


Mari semua, bersama-sama kita memeriahkan lagi dunia penyusuan dengan supplement Shaklee..:-)




Saturday, January 15, 2011

Harith Kini Setahun

Salam...

15 Jan 2010 tepat jam 7.41pm lahirlah seorang putera yang sangat indah dan sempurna ciptaannya di Dewan Bedah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar..Kehadiran yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga disambut dengan penuh kesyukuran dan rahmat kepada yang ESA..

Putera yang sangat sempurna kejadiannya itu diberikan nama Nufayl Harith Bin Mohd.Hamka...Kehadirannya di dunia ini melengkapkan lagi kehidupan sempurna milik ummi, ayah dan kakaknya...

Hari ini, pada jam ini..genaplah usia setahun putera kesayangan ummi Nufayl Harith..

Sayang..ummi bersyukur sangat dengan anugerah ALLAH yang tidak ternilai..ummi punya ayah, punya kamu, dan punya kakak..Dan, alhamdulilah...Ummi telah berjaya melengkapkan fasa kedua dalam proses menyusukan Harith selama 2tahun...setahun telah tercapai..perjuangan untuk setahun lagi diteruskan...

Ummi mengaku..bukan mudah untuk melaksanakan misi penyusuan sepenuhnya kepada Harith...zaman kemeriahan susu, zaman susu merundum, ummi mengandung tanpa disedari, keguguran, bermalam di wad tanpa Harith, cabaran orang sekeliling..MasyaALLAH, kalau bukan kerana ummi punya kekuatan dalaman, keyakinan yang tinggi, kemahuan yang amat, sokongan yang sangat hebat dari suami, ibubapa, adik-beradik, sahabat-sahabat..mungkin ummi tak mampu melakukannya...

Terima kasih semua..

Saat ummi menulis entri ini, Harith sedang asyik berada di riba ummi sambil menikmati keenakan susu ummi...walaupun kadangkala Harith dengan selambanya mengigit..aduh..sakitnya..tapi, itu hanya cabaran yang sedikit..

Harith sayang..selamat ulangtahun kelahiran yang pertama..Moga Harith akan terus membesar dengan sihat dengan susu ummi ya sayang..terima kasih kerana menjadi penyeri di hati ummi..


Tuesday, January 4, 2011

Hayfa dan Harith

Salam..

Dah lama ummi tak update tentang perkembangan anak-anak kesayangan ummi ni..banyak perkembangan menarik anak-anak ni..anak yang pertama lain kisahnya, anak yang kedua pula lain kisahnya..

Hayfa mula menunjukkan sikapnya sebagai seorang kakak..sebagai seorang pelindung..kalau ada yang cuba marah adiknya, atau ganggu adiknya dia yang akan melenting dulu..garang sungguh anak dara ummi sorang ni...ikut perangai siapakah itu...???hehehe...

Ok, jom layan gambar2 comel mereka...bukan apa, ummi tak mahu kenangan terindah semasa mereka kecil terbiar begitu sahaja..biarlah ada 1 platform untuk ummi coretkan segalanya..dan di sinilah ia..


Ada budak kecil sedang curi-curi makan biskut..:-)


Shh...jangan beritahu ummi ya adik makan biskut..hehehe


Si kakak sedang menolong ummi melipat CD


Cheh...


Ish, ummi ni..orang tengah sibuk melipat ni..asyik nak snap gambar je..:-)


Inilah aktiviti seharian Hayfa kalau di rumah
'Laptop ni dia yang punya..
Ummi dan ayah tak dapat langsung nak buat kerja kami di laptop


Cerita kegemaran Hayfa..
Upin dan Ipin..


Bersarapan hujung minggu di Nasi Kandar Pinang Seribu



Adik: Mana makanan tak sampai lagi ni..?
Adik dah lapar dah..


Ayah: Sabar ya adik..jap lagi makanan sampai..:-)


Ayah dan Harith


Ummi: Ummi pun dah lapar sangat ni..Tangan kakak pun sodap..


Kami yang cun:-)


Roti tisu Hayfa & Harith..
(Akhirnya, ummi yang habiskan..hehehe...)


Poori untuk ummi


Tosai untuk ayah


Balik rumah tengok ada serangga ni di depan pintu..
Namanya..???


Inilah anak-anak..walaupun penat dengan kerja seharian di pejabat, pulang ke rumah dengan kerja rumah lagi..melayan karenah anak-anak lagi..memang agak meletihkan..tapi, inilah dia sebuah kehidupan..tanpa anak-anak sebagai penyeri rumahtangga, pasti ia tidak bermakna..Ummi dan ayah sayang sangat kakak dan adik...

Si Kecilku Hampir Setahun:-)

Salam semua..

Selamat Tahun Baru 2011 ummi ucapkan kepada semua..

Moga tahun 2011 ini akan membawa seribu rahmat dan sejuta kebaikan untuk kita semua..

Hari ini 4 Januari 2011..Lagi 11 hari si kecil ummi ini akan menyambut hari lahirnya yang pertama...

Keasyikan menikmati susu ummi:-)


Terlena dibuai mimpi bertemankan susu ummi:-)

Dan, alhamdulilah..ummi hampir menyempurnakan tanggungjawab ummi sebagai seorang ummi dengan memberikan susu ibu iaitu anugerah terbaik untuk anak kita kepada si kecil ummi..InsyaALLAH, ummi akan cuba melengkapkan ia sehingga si kecil ummi berusia 2 tahun..

Syukur ke hadratMu ya ALLAH..KAU permudahkan dan perkenankan permintaan ummi setelah ummi gagal memberikan ia kepada si kakak yang jelita itu..


Friday, December 24, 2010

Ketentuan ALLAH..Ummi Redha Kau Pergi

Salam semua..

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati sekali lagi hari Jumaat iaitu penghulu bagi segala hari. Apa yang berlaku 2 hari lepas umpama mimpi bagi ummi..Ya ALLAH, memang KAU Maha Berkuasa..Manusia yang kerdil seperti ummi ini hanya mampu merancang tetapi KAU yang menentukan segalanya..

Jumaat yang lepas, buat pertama kalinya selepas 9bulan ummi didatangi darah yang ummi sangkakan darah 'period'. Sejak ummi mengamalkan makan pil perancang Noriday seperti di entri ini, darah 'period' ummi tak pernah datang menjenguk ummi. Mula-mula memang ummi risau, tapi bila ummi dapat beberapa info yang kalau ambil Noriday, memang tak 'period', jadinya ummi menganggap ini sebagai perkara biasa.

Sehinggalah awal pagi Rabu kelmarin, ummi mengalami tumpah darah yang sangat banyak. Sehingga keluar beberapa ketul darah beku seakan-akan hati ayam.. Memang sangat terkejut dengan apa yang berlaku sebab ummi tak pernah mengalaminya. Subhanallah..Pad yang disalin, terus penuh dengan darah sehingga tembus ke kain yang dipakai dan darah terus mengalir tanpa henti.

Ummi agak panik, risau dan tak pasti adakah ummi keguguran ataupun ia darah period yang terkumpul sejak 9bulan yang lalu. Ummi terus telefon ayah yang ketika itu dalam perjalanan ke pejabat. Ummi tak mampu nak menghadapinya seorang diri dengan keadaan ummi sebegitu, kakak dan adik yang masih di rumah..Maaf abang, menyusahkan abang..

Bila ayah sampai je, ayah suruh ummi bersiap-siap ke hospital alor gajah dan ayah siapkan barang anak-anak untuk ke taska. Di hospital Alor Gajah, ummi rasa sangat tidak selesa di perut ummi seakan-akan kontraksi yang ringan. Ummi meminta izin untuk ke tandas menyalin pad. Ketika itu, ayah di rumah membersihkan darah dan mengambil segala keperluan ummi untuk dibawa ke hospital. Yang menemani ummi ketika itu ialah cik Hajar dan Pak Din (makcik dan pakcik saudara ummi)

Darah di tandas, jangan cerita memang banyak sangat. Seluar yang ummi pakai penuh dengan darah, 2 lapis pad yang ummi pakai pun tak mampu menampung darah yang mengalir..MasyaALLAH..Ummi terasa sesuatu seakan-akan daging yang mahu terkeluar dari bahagian bawah, ummi cuba meneran..dan ketika ummi bangun, daging itu jatuh sendiri ke lantai..

MasyaALLAH, ummi panik...nasib baik Cik Hajar berada bersama ummi di tandas ketika itu..Luluh jantung ummi melihat daging itu..Lidah terkedu, nasib baik cik Hajar banyak membantu..Ribuan terima kasih ummi ucapkan pada cik Hajar dan Pak Din. Rasa bertuah punya saudara yang sangat prihatin..

Kemudian, ayah bawa ummi ke Hospital Muar kerana jika ummi masih di Hospital Alor Gajah, ummi akan dihantar ke Hospital Melaka. Oh, tidak..bagaimana dengan anak-anak..?Siapa yang akan menjaga mereka? Atas alasan itu, ummi mohon untuk keluar dari sana dan mengambil risiko sendiri untuk ke Hospital Muar. Ummi selesa di Hospital Muar sebab dekat dengan rumah keluarga Ummi, mudah untuk anak-anak datang melawat ummi, memudahkan ayah kerana ada yang membantu menjaga anak-anak andai ummi terpaksa berlama di hospital dan pengalaman ummi dirawat dengan baik semasa melahirkan Harith di sini.

Di sini, ummi discan, dispeculum untuk memastikan bahawa tiada lagi daging atau darah beku yang tertinggal di rahim ummi. Dan, alhamdulilah, semuanya telah selamat keluar secara normal tanpa perlu dicuci..Namun demikian, ummi perlu untuk bermalam di wad bagi memastikan ummi dapat berehat sepenuhnya.

Buat pertama kalinya, Harith akan berpisah tempat tidur dengan ummi..kesian si kecil tu, biasanyasetiap malam kalau tersedar dia akan menyusu bersama ummi tetapi nampaknya malam ni, adik terpaksa menyusu menggunakan botol dan tidur bersama tok mami dan tok baba..si kakak, alhamdulilah tiada masalah sangat dan dia tidur bersama ayah tercintanya..

Sabar ya adik..walaupun ummi tiada bersama malam tu, ummi tak lupa tanggungjawab ummi untuk membekalkan yang terbaik untuk adik..

Wajah seorang ummi yang merindui permata hatinya..


Tanggungjawab hakiki:-)


Bekalan untuk Harith dari hospital

Ummi diberi cuti selama 2minggu dan dalam tempoh ini ummi akan berehat dan menyembuhkan fizikal dan mental ummi. Sedih??Kehilangan sesuatu yang ummi tak tau kehadirannya..Ummi sedikit terkilan, kerana tak menyedari tentang kehadiran sesuatu di dalam rahim ummi..

Maafkan ummi sayang, andai ummi tahu kamu sedang membesar dalam rahim ummi, pasti ummi akan menjaga kamu sebaik mungkin seperti kakak dan abangmu..Mungkin belum rezeki lagi untuk kakak dan abangmu mendapat adik sebab mereka masih kecil..

Pengajaran daripada pengalaman berharga ini yang boleh ummi simpulkan, segala perancangan keluarga yang kita lakukan dan rancangkan hanya 99% sahaja yang tepat..yang pasti ketentuan ALLAH..DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk HambaNYA..

Jika ada antara kita walaupun mengambil sebarang langkah pencegahan hamil, jika merasa sesuatu yang berlainan dalam diri, antara petanda hamil seperti loya dengan bau wangi, loya ketika memberus gigi, susu berkurangan jika menyusukan bayi..cepat-cepatlah buat ujian kehamilan..mungkin anda hamil..semua tanda itu sebenarnya ummi rasa cuma ummi menidakkan hati yang ummi mengandung sebab ummi membuat langkah pencegahan..sehinggalah ummi kehilangannya..

Tak lupa ummi nak ucapkan sangat terima ksih kepada abang, sanggup membantu sayang di saat sayang berada dalam kesakitan, cik hajar dan pak din, mak dan abah, anak-anak, angah, Hafiz, doktor dan jururawat Hospital Alor Gajah dan Hospital Muar.


Ummi: Kita hanya manusia yang hanya mampu merancang, kejadian dan ketentuan ALLAH sukar untuk dijelaskan.






Monday, December 20, 2010

Akhirnya..Nufayl Harith Sudah Bergigi..:-)

Salam kembali...


Telah lama ummi dan ayah menantikan kehadiran gigi Nufayl Harith..akhirnya setelah berusia 10bulan..barulah tumbuh 2 batang gigi yang comel di mulut adik..

Takpe, biar lambat tumbuh, tak cepat rosak..gigi kakak dah mula rosak..kesian dia..


2 batang gigi adik:-)


Adik dah mula menunjukkan perangai yang sangat berbeza daripada adik yang dulu..semua orang cakap..adik yang dulu, sangat mudah menjaganya..tak banyak ragam..kuat tidur, tak kuat nangis, tak terlalu manja, tenang..


Tetapi adik yang sekarang..agak kuat menangis tapi masih lagi boleh dikawal, tak boleh kena tinggal, kalau perasan dia tinggal seorang serta-merta dia akan menangis..sangat manja dengan ummi..langsung tak boleh berenggang..kalau nampak kelibat ummi serta merta dia akan menangis kalau ummi tak ambil dia..adik2...


Ayu tak saya..???


Walau apa sekalipun, ummi tak kisah apa sekalipun yang adik buat..walau bagaimana adik berubah..ummi tetap sayang adik..adik manja bukannya apa..nama pun adik..mestilah manja..lagipun, adikkan menyusu sepenuhnya dengan ummi..mestilah manja yang amat sangat..E'eh..diam tak diam hampir setahun ummi menyusukan adik sepenuhnya..alhamdulilah..

Tahniah untuk ummi dan adik..:-)


Najla Hayfa..si cantik ummi sekarang ni..garang dia..cepat marah, kuat juga merajuk..pantang kita tegur, pasti dia akan mula menjeling dan merenung kita..tapi ummi rasa itu semua hasil didikan ummi agaknya..ummi pun kalau marah suka juga menjeling sebabnya ummi tak boleh nak berleter sangat, ayah tak suka..huhuhu..


Renungan tajam si kakak untuk ummi..huhuhu


Tapi, kakak sudah mula menunjukkan ciri-ciri seorang kakak..kalau ada yang marahkan adiknya, ataupun nak menganggu adiknya..kakak yang akan membela adiknya..kalau adiknya nangis, dia akan memujuk adiknya dengan memberi mainan dan sebagainya. Kalau tengah malam waktu tidur pun, jika adiknya menangis, dia akan terbangun dan menepuk-nepuk adiknya..kalau ummi sibuk di dapur, dia akan menyuapkan makanan untuk adiknya tetapi di dalam pengawasan ummi...


Kasih seorang kakak:-)


Betullah...anak-anak adalah kain putih kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan dia..tapi, kakak masih terkawal..ummi juga mahu berubah menjadi ummi yang terbaik..yang lemah lembut dari segi pertuturan, tak cepat marah, tenang dan relaks bila menghadapi masalah..mampukah ummi..

Ummi juga mahu menjadi isteri yang lemah lembut dari segi perwatakan dan pertuturan..ummi mahu ayah mendoakan ummi untuk ke syurga...ummi mahu menjadi ummi dan isteri yang mithali..



Kekasih hati ummi:-)


Ummi: Azam tahun baru ummi..ingin menjadi isteri dan ummi yang terbaik, lemah lembut, tenang dan sangat penyayang..:-)

Terima kasih Cik Apit:-)

Salam semua..

Maaf sangat, ummi sudah tidak seaktif dulu dalam penulisan blog..cerita-cerita ummi juga agak kurang sensasi dari biasanya..hehehe...cheh, macam sensasi sangat..ummi banyak sebenarnya yang nak dikongsikan bersama semua cuba sempat tak sempat je..ummi cuba sempat-sempatkan...InsyaALLAH..

Sepanjang 2 minggu yang lepas, cik apit (adik ummi yang ke-4) duduk di rumah ummi menemani ummi dan anak-anak. Ayah terpaksa bertugas ke Sarawak selama 5hari dari hari jumaat hingga selasa yang lepas...Ayah risau kalau ummi tinggal dengan anak-anak bersendirian, makanya cik apit yang baik hati menjadi peneman kami..

Seronok sangat ummi bila ada orang membantu ummi di waktu pagi. Bila ummi sibuk di dapur, cik apit akan ummi kejutkan dari tidur yang lena untuk membantu menjaga anak-anak ummi..terima kasih cik apit..dalam masa 2minggu ni cik apit banyak meringankan beban ummi..

Bila pulang ke rumah malam semalam tanpa cik apit kerana ummi telah kembalikan cik apit ke tempat asalnya, ummi mula sedar kehidupan ummi akan kembali normal seperti biasa..ummi akan menjalankan tanggungjawab ummi seperti biasa..tanpa sesiapa membantu di saat ummi kalut di pagi hari..Ayah tak membantu ke???Ayah tak dapat membantu sebabnya ayah akan keluar bekerja seawal 6.45am...Rupanya, rasa sangat lega bila ada orang membantu kita di saat kita sibuk ya..

Apa sekalipun, ummi, ayah dan anak-anak mengucapkan ribuan terima kasih buat cik apit..tolong ummi kemas rumah, tolong ummi jaga anak-anak, ikut ummi jalan-jalan buang duit, ikut ummi makan membesarkan badan, ajak ummi tengok wayang yang telah 14tahun ummi tak layan..hahaha

Pagi tadi, si adik dengan walkernya menuju ke bilik tengah yang cik apit duduk sebelum ini..tapi, malangnya pintu bertutup sebab tiada orang..biasanya adik dan kakak akan automatik ke bilik tengah untuk bermain dengan cik apit..si kakak, pastinya akan merindui ..."apit"...panggilan kakak untuk cik apit..

Untuk cik apit, ummi ada sertakan gambar-gambar anak-anak ummi yang pasti dapat mengubat rindu cik apit nanti...Jangan sedih-sedih ya cik apit..


Cik Wan yang rajin melayan adik..



Akhirnya dapat juga adik naik Camry abang Harraz



Macho je adik ni..:-)


Kelakarnya..:-)


Trademark anak-anak..GERAMMM!!!



Rambut kegemaran cik apit



Anak dara pinggitan..:-)


Sayang cik apit..:-)


Ish...seksinya kakak...



Snap oleh cik wan..kakak buat-buat tidur..



Ummi nak bungkus kakak bawa balik kampung..


Adik dah selesa siap-siap untuk dibungkus..hehehe



Penat...


Adik yang manja tentunya tidur di pangkuan ummi


Inilah dia cik apit yang rajin dan baik..
(solo lagi ni tau..bakal ustazah..insyaALLAH)



Ummi: U, I sempat promote u..jangan marah..hehehe:-)




Wednesday, November 24, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Puteriku Sayang

Salam semua...

Lamanya ummi tak update blog..maaf ya semua..kesibukan sebagai seorang pensyarah di hujung semester memang tidak dapat ditangkis lagi..menanda kertas peperiksaan akhir, menyelia dan menjadi penilai untuk pelajar praktikal dan tesis mereka, validasi dan sebagainya..

Dahlah, malas lah nak cerita perkara-perkara tension..cerita benda yang menarik jelah kan..

24 Nov 2010...adalah antara tarikh penting untuk ummi..Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2 puteriku sayang..Najla Hayfa..

Cepatnya masa berlalu..teringat ummi saat-saat kedebaran ummi mahu melahirkan kakak..

Ummi dengan ayah tak sambut lagi ulangtahun kelahiran Hayfa yang ke-2..insyaALLAH, sabtu ni ade sambutan hari lahir Hayfa dan anak-anak kawan ummi..untuk majlis di rumah, akan dibuat..insyaALLAH tapi ringkas sahaja..

Sempena kelahiran Hayfa, ummi dan ayah membungkus cenderahati untuk kanak-kanak di taska Hayfa..sebagai tanda bersyukur dengan kurniaan ALLAH..


Cenderahati untu kanak-kanak taska


Transformasi Hayfa


24 Nov 2008


24 Nov 2009



24 Nov 2010


Ok semua..maaf sangat andai coretan hari ini caca merba..ummi punya tugasan kerja yang perlu disiapkan sebelum ummi pergi bercuti minggu hadapan bersama keluarga tercinta..nanti ummi update lagi kisah permata hatiku ya..


Ummi: Adik demam...ummi sangat risaukan dia...


Friday, November 5, 2010

Kasih Sayang:-)

Salam..

Ummi nak tepekkan gambar ini untuk dijadikan kenangan selamanya dalam blog UmmiNH ni..

Untuk permata hatiku sedar bahawa kasih sayang mereka telah terbentuk sejak mereka kecil lagi..


Adik menangis kelaparan.
Si kakak dengan tergesa-gesa ingin menyudukan adik makanan


Adik..makan ni sayang..


Bersepah mulut adik..jap akak ambil sapu tangan


Meh sini adik..kakak lap mulut adik..


Ummi rasa sangat bahagia apabila ummi sempat merakamkan momen ini..jika mereka sudah dewasa dan andai ada sedikit salah faham antara mereka ummi harap coretan di blog ummi ini dapat meleraikan perselisihan mereka. Namun demikian, ummi amat berharap perkara itu tidak akan berlaku.