A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Amin's 5th Birthday

backdated entry sempena birthday amin

Tahun nih kami celebrate birthday amin kat tadika jer.. memandangkan last year dah sambut sakan, so, thn nih buat sederhana jer.. lagipun kami pikir mungkin amin lagi seronok sambut dgn kawan2 di sekolah.. sangkaan kami meleset.. amin macam blur bila nampak kami dtg celebrate birthday dia kat sekolah.. pastuh malu2 pulak.. yerlah, diakan baru masuk tadika tahun nih.. tak sempat nak mesra ngan kawan2 dah celebrate birthday pulak.. so, dia cam malu2 kucing jer bila suh potong kek etc.. 

plan utk sambut birthday amin dah start 2 weeks before the event.. mula2 dah tanya kat pengurus tadika amin berapa ramai murid n inform nak buat birthday party utk dia.. so, ummi just bawak kek n goodies bag jer.. mknn mmg tadika dah provide. so, save cost sket :) total goodies bag ada dlm 80 rasanya.. campur kelas 5 n 6 thn.. kesian pulak kalau bagi kat kelas 5 thn jer.. takper.. niat sedekah.. so, ummi ajak abah gi beli jajan kat mydin.. just isi air kotak milo yg kecik tuh, nips mini n sweets.. nasib baik ada maid yg tolong packing skali.. kek pulak ummi tempah brownies kat secret recipe n letak pic ironman

1 month before birthday, amin dah sibuk tanya kiteorg nak celebrate kat mana tahun nih.. dia syok sendiri ingat nak buat cam thn lepas.. siap request nak buat kat kfc, nak kek iron man lagi.. ummi just jawab, 'ntah, tak tahu lagi.. tak yah sambut boleh tak? sbb dah sambut tetiap tahun..' dgn sedih amin jawab, 'oklah.. nnt sambut bday saeed jer..tak yah sambut bday amin' sian anak ummi.. :)

on the day itself, kami hantar amin ke tadika cam biasa.. mmg dah plan dgn cikgu nak dtg balik kul 9 lebih.. so, pas balik umah baru start packing goodies bag sbb tak nak amin nampak.. dah siap semua angkut saeed skali ke tadika amin semula.. smp dlm kul 9.30 tetiba hubby baru perasan memory card takde dlm kamera.. terpaksa hubby patah balik ke rumah amik memory card.. yg amin dah ternampak kiteorg cam pelik, napa ummi n saeed ada kat sekolah dia.. pas bagi cikgu goodies bag n kek, kiteorg pun tunggu hubby smp.. sambil tuh kawan2 amin dah sibuk ngintai kek birthday dia.. semua tanya dia, birthday awak yer arinih.. amin dgn malu2 lari nyorok belakang ummi.. kelakar betul.. disbbkan hubby lambat sgt, cikgu decide proceed dulu.. so, diaorg semua gerak ke tpt makan.. smbl tunggu hubby, cikgu bagi diaorg makan bihun goreng dulu.. alhamdulillah, tak lama pastuh hubby pun sampai, n startlah majlis baca doa utk amin.. kawan2 ramai2 baca doa utk amin.. pastuh baru potong kek.. disbbkan kek tuh sedap kejap jer dah nak abis.. smp cikgu kena bawak lari simpan utk kelas 6 thn... nasib baik ummi beli kek yg besar.. 

dah selesai makan n amik pics, kami pun beransur balik.. saeed tumpang excited tgk ramai abg n kakak kat situ.. sblm balik sempat amin bisik.. 'mlm nnt baru smbt kat restoran dgn keluarga kita ke ummi??' OMG, anakku ini.. mmg family man laa.. semuanya nak dgn family hehe 
kek birthday ironman
makan dulu sblm potong kek

amin posing sblm potong kek 
kawan2 yg dah terliur tgk kek amin

my handsome boy

Wednesday, February 6, 2013

Amin is 6!!

Alhamdulillah, last Saturday was my first son's 6th birthday.. terima kasih ya Allah atas nikmat yang Kau kurniakan ke atas kami. Cahayamata pertama kami yang amat kami nanti-nantikan selepas hampir setahun menunggu. Rezeki yg diberi melalui usaha homeopathy dan selamat dilahirkan melalui caesarean.. 

Sejak tahun lepas lagi amin dah sibuk tanya pasal birthday dia. Dah berangan nak mintak handphone ngan kami semata-mata sbb nampak kawan kat kelas tahfiz dia pakai hp jugak. Tapi kami mmg tak layan permintaan dia tuh.. terlalu awal nak bagi hp.. and he requested to celebrate kat Istana Bambu.. hi class sungguh anak bujang ummi nih :)

Last minute planning, kebetulan Jumaat tuh Hari Wilayah and ummi cuti.. so, tanya kat hubby nak celebrate tak birthday Amin.. mula2 ingat nak bawak dia gi Istana Bambu jer, tapi cam tak berbaloi pulak.. makan jer smp beratus2 ringgit. so, hubby suh survey2 tpt kat Melaka.. mula2 ingat nak gi A Famosa Resort.. last pergi masa Amin setahun lebih, celebrate birthday aku. citer kat sini. tapi selepas google review nampak gayanya resort nih still cam dulu. takde perubahan.. so, bgtau hubby tak jadi nak booking. until Thursday, we still can't decide how to celebrate Amin's birthday. akhirnya, aku nekad jer booking hatten hotel kat bandar hilir.. hotel nih bercantum ngan hatten square, duk tengah2 antara mahkota parade n dataran pahlawan. mmg convenient and tgk pics n review semua kata bagus. Aku terus jer booking satu bilik utk satu malam.. rate? RM263 net with bfast, nih rate utk gomen yer.. kalau public skang tgh promo, weekend dapat RM245++ and weekdays RM195++ pas booking baru email kat hubby bgtau.. kali nih tak dapat bawak maid sbb ruang ant bilik and ruang tamu takde pintu.. mlm tuh aku dah start packing.. cam biasa amin n saeed sibuk tolong packing baju.. tapi kiteorg tak bgtau lagi nak gi mana.. amin dah tahu yg nak gi celebrate birthday dia. 

friday morning kiteorg bertolak dari rumah kul 10.30 lepas bfast. lalu highway kejap je sampai.. mmg ngam2 time nak solat jumaat. memandangkan check in kul 3, so, kiteorg duk dlm keter je sambil tunggu hubby solat jumaat kat masjid selat. lepas solat baru gerak ke hotel. masa smp, dah beratur panjang kat reception.. ramainya org masa tuh. tunggu dekat 15 min baru settle check in process. hotel nampak cam lawa.. sbb agak baru jugak hotel nih. bilik kiteorg 1216 satu floor ngan pool. masuk2 bilik.. waa.. lawanya! ada 2 lcd tv (yg nih aku dh tahu awal2 lagi sbb baca kat net) kiteorg mintak twin single sbb katil dia super single.. so, besar sket dari standard single. bolehlah amin n saeed tido satu katil.. aku n hubby kongsi satu katil. zhafrah pulak kami request baby cot. bilik mmg spacious.. kat area living room pun boleh tido gak sbb dia bagi long coach.. budak2 bkn main suka sbb ada 2 tv.. so, takdelah berebut ngan kiteorg tgk tv sbb hotel ni ada astro.. so, disney channel utk diaorg.. fox movie pulak utk kami hehe.. bagus gak ada 2 tv nih. 

pintu bilik yg lagi besar dr biasa
tekan je suis tak payah gantung2 kertas kat pintu
birthday boy posing
tv kat area katil

bathroom
shower
long coach kat living room
coffee and tea
2nd tv
lepas aku solat, kiteorg kuar balik sbb baru perasan tripod hubby tertinggal dalam keter persona. alamak.. camana dia nak shoot petang nih kalau takde tripod. so, sambil aku solat, hubby google kedai kamera kat melaka nih.. adalah satu kedai nih yg recommended by photographers.. nasib baik kedai tuh kat dataran pahlawan jer. 


comel tak saya??
posing sambil tunggu hubby amik stroller
jenuh jugak kami cari kedai tuh sbb dia duk kat heritage gallery yg kebanyakan kedai kat situ jual belacan n cencalok jer.. aku mula2 cam tak caya ada kedai kamera kat situ.. tapi lepas pusing 3-4 kali, akhirnya jumpa jugak.. dapatlah beli tripod jenama apa ntah.. harga RM110.. tuh pun dah puas mintak kurang.

selesai beli tripod, kami singgah kat A&W sbb teringin nak minum float.. nyummm.. sedapnyer! masa beratur saeed sibuk pulak nak burger..pastuh amin pulak nak ayam goreng.. terpaksalah ummi belikan sbb diaorg pun lom lunch lagik. beratur punyalah lama sbb dia bukak satu jer kaunter.. dah tuh lambat pulak servis dia.. semuanya baru nak masak. org beratur punyalah panjang.. 


'hantu' sos
birthday boy
sedapnya dia makan
perut kenyang hati pun senang! dah abis makan kiteorg pun jalan balik hotel semula.. dari hotel ke dataran nih ada link bridge..so senang nak gi bila2.. on the way tuh sempatlah 2 beradik nih 'pau' mainan dr ummi.. nasib baik RM10 satu mainan.. sampai bilik, rehat2 jap and tunggu hubby solat asar. pastuh, kiteorg kuar balik nak temankan hubby gi amik gambar kat masjid selat. jarak masjid ngan hotel kami dekat jer dlm 5-10 minit jer kot. sampai kat masjid dalam kul 6.45ptg.. ramai org dtg tgk pemandangan kat situ.. mmg lawa sbb nampak selat melaka.. aku just duk dlm keter jer sbb amin n saeed awal2 lagi dah tido.. zhafrah jer yg jaga sbb dah puas tido masa kat dataran pahlawan tadi. 

lepas maghrib, kami pun bertolak ke ikan bakar serkam. tempat favourite kami kat melaka nih. arituh masa balik jb tak dapat makan sbb kedai dah tutup. kali nih datang nasib baik bukak. menu kami malam tuh, nasi lemak 3, nasi putih 1, cencaru masak sambal 2 ekor, udang n sotong goreng tepung, ketam goreng kunyit 1 ekor.. alhamdulillah abis semuanya.. tapi tak dpt nak amik gambar sbb aku sibuk dukung zhafrah sambil bagi saeed makan. semua skali RM65. aku tak dapat nak menikmati sgt lauk mlm tuh sbb tergesa2 nak beli kek utk amin. lupa nak beli siang tadi.. so, terpaksa makan cepat2 sbb takut kedai tutup. 

masa smp kat bandar hilir jam dah kul 10.30.. nasib baik secret recipe tuh bukak lagi.. rupa2nya dia bukak smp kul 1 pagi tetiap ari.. sabor jerlah hati.. amin pilih choc moist cake and aku pulak beli fruitilicious.. dah rasa skali masa mkn ngan seha arituh.. sedap.. ingatkan nak balik hotel, tapi hubby ajak jalan2 pusing bandar.. so, kiteorg pun gilah area2 jonker walk etc. hubby siap berenti tangkap gambar tanglung and lampu2 yg diaorg pasang sempena CNY nnt.. masuk area kat a famosa tuh, org ramai lagi.. tetiba nampak beca lawa2 siap ada lampu. so, ajak hubby berenti nak bawak budak2 nih merasa naik beca.. kiteorg amik 2 beca.. aku, amin n zhafrah satu beca, hubby n saeed satu beca. aku dapat pakcik tua, hubbylak dpt budak bujang. kiteorg mtk pusing sket jer sbb ari cam dah nak hujan. bila dah abis, sempatlah amik gambar dgn beca2 tuh. bila hubby tanya baper, budak tuh terus kata RM20 satu beca.. mak aiii.. mahalnya! aku ingatkan murah jer.. awaitt, mahal sgt ek? nak tak nak kiteorg byr jugak.. aku niat sedekah je kat pakcik tuh.. sian tgk dia tua2 pun keje smp malam. 

sampai hotel dah dekat kul 12.. tak sempat pun nak nyanyi2 sbb semua dah penat n zhafrah pulak dah nak tido.. so, aku just kiss n hug amin sambil wish happy birthday kat dia sblm dia mkn kek.. hubby awal2 lagi dah tertido.. aku tak ingat kul baper aku tido sbb penat sgt

sabtu pagi.. kami turun bfast agak lewat. amin n saeed lambat bangun sbb kepenatan sgt agaknya. dlm kul 9 lebih tuh kami turun ramai lagi org and to our surprise, kena beratur utk masuk restoran.. staff hotel kata dalam dah full..dlm 20 minit jugak rasanya kami beratur tunggu giliran nak masuk.. food dia not bad.. sedap and byk pilihan.. ada nasi lemak, mee goreng, kuah lodeh (yg nih aku tak tahu nak mkn ngan apa), kari ayam, sosej, hash brown, scramble eggs, roti canai, pancake, tosei, hard and soft boiled egg, salads, fruits, kuih muih, cakes, wantan mee, kari laksa, air pun ada 3 macam, mango, pineapple and apple juice tak lupa coffee and tea.. mmg kenyanglah kami pagi tuh.. 

agenda lepas makan.. swimmimg pool!! wpun anak2 aku semuanya takut air.. amin just berendam jer.. rambut pun tak basah.. camana tuh?? saeed pulak langsung tak nak masuk dlm pool.. takut katanya. zhafrah, aku try rendam2 sket dlm pool.. mula2 ok, pastuh dah start menangis sbb sejuk.. memang sejuk yg amat air dia.. so, 10 minit jerlah kami kat pool tuh. 

balik bilik n start to pack things up.. sambil aku siapkan zhafrah, amin mandikan saeed.. mmg dah boleh diharap buah hati ummi sorang nih.. lepas budak2 siap barulah aku leh mandi.. siap semua dlm kul 12 lebih.. aku suh hubby bawak barang n budak2 gi keter smbl aku uruskan check out.. skali tuh, reception packed ngan org.. beratur lagi.. the only cons utk hotel nih rasanya.. samada staff tak efficient ataupun org terlampau ramai.. semua benda nak kena beratur.. kali nih mmg lama aku tunggu.. sampai zhafrah tertido dlm stroller. 

settle semua kiteorg pun bergerak balik ke shah alam.. singgah solat zuhur kat R&R Dengkil and selamat sampai umah kul 4 lebih. 

utk anak ummi, Nuruddin Amin.. selamat hari lahir sayang.. ummi sayang sangat2 kat amin, amin mmg abg yg baik dan anak yg soleh. beruntung ummi n abah dapat anak yg matang macam amin. terima kasih utk semua memori indah yg amin ukirkan dalam hati kami.. semoga amin menjadi hafiz muda dan menjadi contoh teladan terbaik buat adik2.. amiinn..

-02022013-

Tuesday, April 26, 2011

Love U Hubby!!

Tgh khusyuk buat keje (baca:selang seli dgn surfing), tiba2 ada sorang abang nih tanya colleague yg duk sebelah cubicle, Pn Idayu yg mana? Aku pun cam tergamam... malulah pulak... rupa2nya abg tuh hantar bunga smbl tanya kat aku birthdayke arinih? aku cam tergamam kejap, pas sign acceptance, officemate semua dok kerumun tanya..

K Azi : sapa bagi? 
K Na : mestilah husband dia tuh..
Farra : eh, birthday ke arinih..
Aku : Taklah..

bila tgk kad, mmg dr hubby... isk, tak sangka sungguh.. mmg betul2 surprise nih!! malunyerrrr...

patutlah duk tanya schedule aku minggu nih.. my birthday will be on this coming sunday, tapi besok n lusa tak masuk office, ada kursus kat TTC, jumaat dah cuti aka sambut birthday @ Penang

Thanks abg, mmg tak sangka nak dpt bunga tahun nih.. ooo.. dah pandai buat surprise ek.. luv u!!

Tuesday, February 8, 2011

Amin's 4th Birthday!

Amin is 4 y.o last wednesday and we'd small celebration with dearest family at Nando's SACC Mall. Hubby n me has started planning for this event since last year. my original plan is to have it during our raya open house, but hubby said a big NO since the date and month is not related to any of the kids at all. Amin's birthday is in Feb while Saeed in August, so, it'll looked weird to have the party in October.. ok, i agreed. so, we come out with the idea of having it outside. amin was the one who choose to have it at Nando's despite my mother's persuasion to have it at Pizza Hut :) i've wrote on how obsessed we're with Nando's rite?

since my company is so generous (read:dictator) to enforce force leave during chinese new year, i've ample time to plan n prepare for the big night for both of my boys.. being downloading, choosing and modifying image for the cake, buying n surveying party's items, shopping for the boys new shirt etc. my hubby has bought present for Amin in dec last year (the present is the last piece left in Toys R Us, so we've to grab it right away!) but none bought for little Saeed, ummi promise will buy it before end of this month yer sayang!since the present is iron man 3 in 1 repulsor, so, i've ordered cake with edible image of iron man. the plan is to bring amin's iron man mask during the party so that he can take pics wearing both toys

i've invited both family, my parents and in law, brothers and sisters.. tu pun dah sum up to abt 30++ pax. then we realised what a big family we had :) the party started after Maghrib. i've been in good mood that i've cooked tuna spagetti and few choc cupcake.. luckily Nando's allowed outside food during the party. we arrived at SACC before Maghrib then went to pick up the cake at Secret Recipe.. nasib baik kat situ mmg ada secret recipe.. the cake is quite cheap, i've ordered brownies with edible image, price RM90.10.

while waiting for all the guests arrived, we decided to dig the food first... after mkn2, barulah start nyanyi n potong kek.. amin was so excited when opened the present.. teringat dia remindkan ummi siang tuh masa on the way balik dr tapau ikan bakar bellamy

amin:kita nk balik umahke ummi?
ummi:ha'ah
amin:ummi n abah tak kejeke?
ummi:tak, kan mlm nih birthday amin
amin:ha'ah, amin terlupalaa.. tapi ummi kena ingat tau belikan hadiah amin
ummi:kan ummi dh beli jam ben10 tuh, tak yahlah hadiah lagi
amin:yerlah, tapi kalau jam nih rosak ummi beli yg original yer..

i was very happy to see his smiling face that night.. semoga jadi anak yg soleh yer sayang!!







Amin's present

Monday, January 31, 2011

Happy Birthday My Dear!

Last Thursday kami meraikan birthday my best friend, seha. Lama tak jumpa n borak lama2. kerana minatnya yg mendalam terhadap segala benda berkaitan dgn korea.. aku awal2 dah start cari restoran korea yg halal.. aku n family is not a great fan of korea n negara2 yg sewaktu dgnnya.. so, agak susah nk cari kedai yg serve korean food as well as msian.. alhamdulillah google2 jmplah restoran nih.. baru bukak late last year.. baca komen kat blog2 yg dh try cam ok.. wpun lokasi agak jauh dr rumah kami, demi sahabatku.. kami rela :)

kami bertolak dr shah alam agak lewat.. lepas maghrib di petronas dekat ngan umah.. tayar kami tiba2 prob pulak.. hampir2 nak cancel jer plan mlm tuh.. alhamdulillah, dapat isi angin utk sementara waktu.. (tayar kami bocor.. nasib baik lubang kecik jer kot, so takes time to flat).

seha tunggu kami di menara tm n follow kami ke gombak.. nasib baik jln ok.. aku awal2dah call restoran tuh, takut diaorg tutup.. smp kat restoran dlm 9 lebih.. sbb semua dh lapar, duduk2 terus order.. lgpun masa tuh takde org.. ada satu meja jer makcik n pakcik nih tgh mkn..

our orders:

my mom - nasi putih, asam pedas ikan tenggiri n jus epal
me n hubby - nasi lemak kapas sambal sotong, jus tembikai n fresh orange
birthday girl - Sundubu Jigae, jus tembikai
amin - ice berg chocolate

dan aku tambah order spring potato cheese yg small.. takut tak sedap. hubby pulak amik kimbap (cam sushi).

overall, rasa mmg sedap except korean food dia seha kata rasa malaysia :) two thumbs up utk asam pedas.. mmg sedap! satu dish tuh boleh kongsi 2 org sbb dia letak 2 ketul ikan plus terung bulat.. mmg sedaplahh!! spring potato dia pun sedap.. laju je kiteorg abiskan.. disebabkan semua lapar, takde langsung pics food.. harga pun not bad.. total mlm tuh tak smp RM100 pun

sambil2 mkn tuh, owner dia dtg borak2 dgn kiteorg.. he's korean muslim.. kawin ngan org msia.. dh 3 thn duk sini n fluently speaking in malay..



Friday, October 8, 2010

our moms' birthday

alhamdulillah tahun nih dapat sambut our moms birthday. sebelum2 nih cuma wish ajer, kadang2 hadiah pun tak bagi, cuma belanja makan. tahun nih special n bersemangat sikit.. tak tahu napa :) our moms birthday cuma beza 3 hari jer.. my MIL on 17th Sept while my mom 20th Sept. tapi tahun lainlah.. story dah tulis kat sini so, kali nih just letak pics jer

Monday, August 23, 2010

Happy 1st Birthday Sayang!

Saeed is 1 today! cepatnyer masa berlalu.. dgn saeed terasa cepat sgt, waktu amin dulu, kami tertunggu2 utk first birthdaynyer.. cuma kesian kat saeed, no celebration for him like his brother.. salah satu sbb birthday saeed falls in Ramadhan.. so, nak celebrate grand2 sgt pun tak proper sangat. tapi birthday present utk saeed dah dibeli awal2 lagi.. ummi plan nak belikan ini,
tapi bila g cari ngan hubby.. terbeli yg ini pulak :)
oh ya.. kami beli nih masa keluar berbuka dgn saeed jer.. kebetulan hari tuh, amin buat perangai nak tinggal umah opah, so, ummi pun suggest kat hubby keluar cari hadiah saeed. kalau amin ikut skali mahu dia menumpang sekaki.. masa pilih tuh, both of us bagi saeed test satu2 toy yg ada.. and nampaknya dia mmg suka yg kat atas tuh.. so, instead of belikan dia walk n ride, ummi belikan steering nih.. harga pun lebih kurang sama jer.. seronok sgt dia main, smp masa nak bayar pun dia nangis sbb ummi amik kejap. kesian kat saeed takde mainan sendiri.. slalu kongsi mainan abgnyer ajer.. seperti yg kami jangka, bila amin nampak jer hadiah saeed, terus dia nak jugak...isk2 bertuah sungguh budak nih...

cerita ttg saeed.. alhamdulillah proses mengandung n melahirkan saeed mmg mudah berbanding amin dulu.. cuma perangainyer mmg sgt2 berbeza dgn amin. sangat manja, lasak dan aktif.. smp tak terkawal dibuatnya.. akhir2 nih bertambah2 sensitif, tinggi suara jer sikit, mulalah dia mencebik... agak introvert, cuma mesra dgn family jer.. kalau dgn outsiders even closed family pun susah nak senyum. diawal2 usianyer, amatlah susah nak jaga, bukan susah apa, asik nak berdukung jer.. letak tak boleh.. duk dlm stroller pun tak boleh.. keluar berjalan pun menangis, cuma lately nih jer, dia dah ok sket.. dlm 7-8 bulan, dah ok bawak berjalan... naik stroller pun dah seronok.. duk dlm car seat amin pun boleh.. alhamdulillah...
semoga anak ummi menjadi anak yg soleh, taat perintah Allah dan berakhlak mulia...amiin

Tuesday, May 25, 2010

mari makan!

minggu lepas byk diisi dgn aktiviti makan2. starting from khamis mlm jumaat, kami makan di sate kajang samuri di kompleks PKNS. then, jumaat kiteorg travel ke port klang utk pekena muara ikan bakar. bertolak dr rumah sebelum maghrib and we reached there Isyak!! nak bgtau betapa jauhnya tpt tuh. tapi mmg berbaloi... makan ikan siakap masak pedas, cencaru bakar, sotong n udang goreng tepung utk 3 org end up at RM105.



sabtunya pulak, dinner treat by Seha for my birthday.. thanks my dear! luv u so much !! :) kami decide try Restoran Serai kat Empire Gallery. New shopping complex in Subang. Seha dtg umah pas asar, n off we went there. Food kira so-so jer... presentation jer lebih.. harga mmg standard KL lah.. kami berempat (seha, diana, me n hubby) choosed nasi ambang.. my mom pulak try spicy thai fried rice.. amik tomyam n ayam goreng rempah as additional dishes. for drinks me n hubby opted for honeydew blast (mmg sedap yg nih), seha try serai tea, diana pulak cendol, my mom apple juice n for amin ice kachang with ice cream.. seronok dia dapat minum abc smp makan nasi pun tak nak... pas makan, solat maghrib n round2 kejap. nothing special.. so kejap jerlah jalannyer..

thanks seha for the lovely dinner!
n semalam, lunch date with hubby at Khadijah's Kitchen. Dissappointing! that what i can say.. the food is .... lagi sedap makan kat warung tepi jalan

Monday, May 3, 2010

Weekend Breakaway at PD and it's a long long sunday

setelah sekian lama merancang untuk cuti2 malaysia, akhirnya last weekend kami berjaya juga meng'escape'kan diri dari kesibukan kota.. rasa penat and letih setiap hari ditebus dgn short holiday di PD. actually, holiday cum birthday celebration for me.. amik cuti on thursday and friday. thursday uruskan hal2 personal plus service keter and treat my in laws dinner (sate kajang + kfc)

Friday
keluar umah cam org nak g keje.. 8.20am dah bertolak without mandikan budak2 pun. around 9.30am berenti bfast at R&R seremban. we're having nasi goreng. amin tak berapa nak makan sbb baru bgn tido. after bfast, mandikan dua2 beradik tuh. smp ke seremban around 10.30am. hubby nak cari SR (belikan kek utk birthday girl :D ) g yg kat town, tak bukak lagik.. so, decide tak yahlah beli. on the way ke PD, lalu kat Jusco Seremban 2. ternampaklah SR kat situ, so, hubby pun singgah jap beli.. punyalah lama ummi tunggu, rupa2nya dia beli kad skali.. thanks dear!! smp ke PD around 12 noon. kiteorg booking Avillion Admiral Cove. masa booking amik Deluxe, tapi bila tanya receptionist, deluxe tak mengadap ke laut.. and kiteorg naklah sea view tuh.. lagi romantik gitu :) so, we decide tukar ke studio, rate masa tuh takdelah mahal sgt pun.. RM250+15% utk studio room. tapi lom boleh check in sbb ramai yg lom check out lagik. so, kiteorg kuar balik n cari masjid utk hubby solat jumaat. smbl aku n anak2 dok tunggu dlm keter. masa tuh ada nampak satu family nih dr KL (sbb kete plat KL) pun tunggu hubby dia solat jumaat... pas solat, kiteorg pun check in.. waa... bilik dia best betul!! katil king.. ada day bed lagik.. spacious jugak.. saeed seronok betul buat keje contract :) pas aku solat, kiteorg pun kuar g lunch.. siang PD tak byk kedai makan yg memberangsangkan. we all end up makan kat mama chop papa grill.. very2 bad service + byk lalat + mahal.. mmg takkan makan lagi dah kat situ.. kenyang makan, kiteorg g jalan2 kat bandar PD. byk jugak kedai tapi kiteorg tak turun keter pun.. pusing2 jer.. dlm kul 6 tuh balik hotel sbb nak bwk amin mandi kolam.. punyalah semangat, ummi dah awal2 belikan swimming suit + jacket pelampung tuh kat mydin. amin pun semangat jugak.. tapi bila masuk jer air, dia terus jadi takut.. jerit2 tak nak mandi.. laaa... buat malu company betullah... semua org yg lalu senyum jer tgk... at last fed up, terus bawak dia naik bilik. Pas maghrib kuar dinner kat Nasreen Seafood. sblm g PD ummi dah survey siap2 tpt makan best n byk yg recommend this restaurant. mmg tak silap.. sedap masakan dia.. masa kiteorg dtg dlm kul 8 lebih, dah hampir penuh restoran tuh.. nasib baik ada meja kosong lagik.. kiteorg order siakap sambal pedas, ayam pandan, udang+sotong goreng tepung, kailan ikan masin. harga pun not bad, takde mahal sgt.. semuanya cuma RM56. amin makan banyak.. saeed mengamuk sbb panas n ngantuk.. masuk kete terus tido. on the way balik hotel, singgah kedai jap belikan amin bola dgn harapan besok dia naklah mandi kolam lagik..

Sabtu
turun bfast dlm kul 9 am. menu dia takdelah byk sgt tapi rasa not bad.. sedap jugak.. pas makan ajak amin mandi kolam lagi.. mula2 cam berani jer siap bawak bola.. bila dah masuk dlm, terus takut.. nangis lagi.. rupa2nya kiteorg silap bawak masuk kolam yg agak dalam.. kolam yg kat sebelah tuh lagi cetek rupanya.. bila bawak kolam yg cetek tuh pun dia tak nak.. dah fobia.. end up, naik jerlah ke bilik.. dlm kul 11 lebih kiteorg pun bertolak balik ke shah alam.. short but yet relieving holiday.. mmg enjoy sbb tgk anak2 happy.. smp umah dlm kul 2 lebih.. pas solat kiteorg kuar balik ke Empire Gallery.. new shopping mall kat subang jaya. niat nak carikan bag roda (roller back pack) utk amin.. sibuk dari dulu nakkan bag tuh.. gilah kat toys r us yg baru bukak tuh, ermm.. mmglah ada bag ben10 tapi besar sgt.. smp amin nak tarik pun susah.. at last ummi tak jadi beli, mengamuk jugaklah si kecik tuh.. tapi kejap jer.. plan nak cari kat tpt lain pulak besok..

Ahad
Byk sgt aktiviti hari nih.. mula2 kena g kenduri kahwin jiran lama hubby kat Bukit Rimau, then gi Homedec at KL convention Centre plus g KLCC utk cari bag amin.. bertolak dr rumah kul 11 am ke kenduri kahwin... amin yg tgh lapar boleh abis sepinggan nasi plus ayam masak merah. dlm kul 12.30, kiteorg bergerak ke KLCC, smp solat dulu pastuh baru gi homedec. waa.. thn nih homedec semakin besar, lenguh kaki ummi ngan abah yg gilir2 dukung saeed.. yer, saeed tak nak duk dlm stroller and baby carrier masih belum dibeli lagik.. so, mmg workout sungguhlah ummi ngan abah semlm.. nasib baik amin tak buat hal sgt.. dlm kul 4 abislah round semua hall. barulah gi ke isetan.. konon2 promo ada baby fair, tapi bila masuk children dept, tak byk pun yg sale.. semua normal price jer.. so, ummi pun takdelah terbukak hati nak beli apa2 melainkan bag amin jer... jumpalah bag ben10 yg size medium, kecik sket dr yg kat toys r us. lepas beli, baru hubby terjumpa bag iron man yg kecik n comel.. nasib baik boleh tukar. akhirnya amin dapatlah bag roda iron man :) yg buat poket ummi kopak bila amin nakkan topeng iron man.. ingatkan murah sbb cam plastik biasa jer.. rupa2nya satu tuh RM39.90... aduh2 tutup mata jerlah ummi.. smbl tuh belikan t-shirt ben10 utk amin n saeed.. boleh pakai utk raya nnt. dari klcc kami ke kampung baru utk dinner ar HR Steak House. dah lama tak mkn kat sini.. sizzling steak kat sini sgt sedap n murah! kiteorg mkn bertiga cuma RM38.50 jer compare to mama chop papa grill tu.. abis makan dlm 7.30pm, ummi ingatkan abah nak g tesco beli pampers budak2 nih.. tgh ada promosi murah.. so, kiteorg pun singgahlah kat tesco mutiara damansara. first time g situ.. slalu g kat the curve n ikea jer. smp2 melilau kiteorg cari surau dia.. rupa2nya surau kat parking.. penat betul ke hulu hilir.. pas beli pampers terus balik.. penat teramat sgt.. hubby pun flat.. amin n saeed tido dlm kete.. balik just singgah kedai beli roti utk ummi bersahur besok pagi...

Friday, February 5, 2010

Amin is 3!! Updated!!

Amin turned to 3 on last Tuesday. We're having mini celebration on monday since Ummi is on leave (Hari Wilayah). Start cooking since noon.. we're having nasi beryani udang, ayam masak merah, dalca and triffle.. semuanya first attempt except ayam masak merah. well, dalca cam cair sket, nasi beryani terlebih air tapi tak terlalu lembik and kastard triffle terlalu lembik smp susah nak mkn.. despite all the failure, tetamu yg dtg laju jer mkn.. mungkin sbb lapar sgt kot :)

majlis start lepas maghrib.. tetamu pun sikit jer, just my in laws, jiran kanan kiri and seha. amin terlampau excited bila dapat hadiah.. walaupun amin tak berapa sihat arituh sbb demam+batuk+selsema.. saeed was very well behaved.. since ummi masak smplah majlis abis.. smp tertido kat bahu jiran...

planning dah lama buat.. siap sembunyikan hadiah amin lagik.. he keep asking for helicopter and ben10 cake. so, ummi ngan abah awal2 lagi dah tempah kek ben10 SR. amik yg kecik jer.. pastuh, gi beli helicopter kat chow kit lagik.. ummi dgn semangatnya siap beli set baju ben10 utk amin n saeed.. baju amik on the day itself.. sbb hantar modify letak nama dua2 beradik tuh

amin's remarked at the end of the day

'tima kacih ummi belikan amin kek ben10'
'amin suka hadiah'

Saturday, January 30, 2010

Happy Birthday Auntie Seha!!

Last wednesday was my best fren's besday... lambat wish sbb terlupa n kepenatan sgt mlm tuh.. ajak seha bfast pagi tuh tapi dia pose pulak.. so, terus plan ajak dia berbuka.. lepas berbalas2 emel, akhirnya kiteorg decide makan kat restoran nelayan kat tasik titiwangsa.. lepas maghrib kiteorg amik seha kat umah dia... amin walaupun dah lama tak jumpa auntie seha, tapi cepat mesra.. mula2 jer malu nak cakap.. tapi pastuh makan pun nak auntie seha yg suapkan.. food sedap tambahan ummi mmg kelaparan sbb tak mkn nasi dr pagi.. auntie seha yg 'diet' cuma mkn steamboat n ratah lauk.. tak tahulah kenyang ke tak..

masa htr seha balik, aku wishlah happy birthday n suh amin wish skali.. then seha cakap kat amin..'happy birthday to you too next week' (birthday amin will be next tuesday).. then, amin terus cakap 'auntie, tak bagi hadiah pun'  isk anak aku nih.. pandai demand pulak :)

Saeed di tepi makanan smbl menyusu

aksi2 manja amin dgn auntie seha

kami berempat

Wednesday, May 6, 2009

It's My Birthday!

First of all, thanks a lot to those who sent wishes either by SMS or writing on my wall in FB.
Alhamdulillah, i'm 29th on last Friday. Yes, my birthday is on 1st of May.. mmg seronok birthday falls on public holiday nih.. tak yah mintak2 cuti utk celebrate, cuma yg tak bestnya kalau nak celebrate kat mana2, hotel rate mahal sketlah.. at first, hubby n me plans to celebrate it at PD. dah berangan and semangat mencari hotel2 yg best.. jumpalah avillion marina cove nih.. harga pun murah.. bila nak book tinggal twin sharing beds jer.. yg king semua dah abis.. frust betul! at last, hubby ajak balik jb, since my mom pun asik ajak balik.. so, off we went to jb and our main agenda is eat n eat n eat... (smp nak pecah perut dibuatnya)
hadiah tahun nih semua dah dapat in advance.. hubby bagi jam tgn... mak pulak bagi bracelet.. best2! cuma on the day itself, takde special pun.. cuma wish from my loving hubby...

Monday, February 2, 2009

Amin is TWO!!!

Today is Amin's Birthday.. no special celebration, only makan2 with family. itupun celebrate malam sbb siang my sil sekolah, my fil pulak keje. lgpun kena tunggu my bil blk dr UIA. hubby pun keje jugak arinih. aku jer yg cuti sempena cuti ganti hari wilayah.


ptg pas hubby blk keje kiteorg pun bertolak nak ke klang beli sate kajang n kek, on the way tuh hubby call BIL kat UIA tanya kul baper dia nak smp. rupa2nya dia boleh terlupa arinih harijadi amin. so, hubby decide amik dia kat UIA terus. On the way tuh berenti beli sate kajang n kek kat tmn melati.

smp umah dlm kul 9 lebih jugak. abah pun dah tido.. birthday boy awal2 lagik dh tertido dlm kete. smp jer kat umah, kejutkan amin, mula2 dia mengamuk tapi pas nampak ramai org terus bgn nak main.. seronok betul dia bila kiteorg nyanyi lagu birthday. tapi takdelah tiup2 lilin. amin makan sate 2 cucuk.. suka betul dia sate.. siap cakap 'sedap..sedap..' pas makan startlah dia main dgn pak ngah n mak ucu dia..

dlm kul 11 baru kiteorg bertolak balik... smp jer umah amin terus tido.. penat sgtlah agaknya tuh.. hadiah amin tahun nih tak sebanyak thn lepaslah sbb tak buat birthday party.. takper.. insyaAllah next year kita buat yer Amin...

1. Kerusi n Meja Ikea - Nenek Johor

2. Nerf Dart Tag - Ummi (hadiah nih utk 6y.o tp ummi beli jgk utk amin, last2 abah yg main, amin tak larat nak angkat senapang nih sbb berat sgt :) )

3. Baju sepasang - Atuk Selangor
4. Toys (hammering apa ntah) - Mak Ngah Kajang
5. Kereta control - abah (hadiah nih abah dh beli lama, kete tuh pun dh separuh hancur dibuat amin)

Wednesday, October 29, 2008

Hubby's 28th Birthday (Backdated entry)

It's your day today
the day you were born into the world
the day you brings smile and laughter to your parents..
and after 28 years
you've given more and more happiness
not only to your parents.. but
also to me and our son..

for 28th years of life..
you've given more than you should received
you've cherish many lives
the most important things are
you've changed my life completely
you've made me perfect

to the love of my life
you're my one and only
you're the best gift God ever give me
may Allah bless you
may all your dreams come true
i love u...

Tuesday, May 20, 2008

Celebration @ Pizza Hut

my FIL was 57 years old on 11th april 2008. Just celebrate kat Pizza Hut, makan anak beranak jer. takde kek pun sbb my FIL tak suka sgt mkn kek. Punyalah kenyang mlm tuh. Amin pulak tak reti diam duk dlm baby chair tuh. asik nak diri jer tunjuk skill konon2nya.






Pantang nampak air, mesti nak


sampai skang tak tahu nak hisap straw lagik