Showing posts with label ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label ben ashaari. Show all posts

Friday, April 1, 2016

Ben Ashaari Blog Pilihan Online APO 2016

MSTAR APO 2016 dah sampai ke pusingan kemuncak | Top 5 gitu ! Ben Ashaari antara blogger yang tercalon dalam Top 5 Blog Pilihan Online APO 2016. Fuhh cayalah bro.. Hebat-hebat !
Anugerah Pilihan Online (APO) 2016
Anugerah Pilihan Online (APO) 2016

Dah boleh start undi dah hari ni. Tempoh undian hampir sebulan, 1 April 2016 sehingga 27 April 2016. Sehari boleh undi sekali tapi kalau ada banyak akaun tu boleh undi banyak-banyak. Boleh login guna Facebook, Twitter dan Google+ 
Cepat-cepat, kita pakat undi Ben Ashaari di Kategori no 15 Blog Pilihan Online [KLIK SINI] Undi jangan tak undi. 

#APO2016
#AnugerahPilihanOnline

Friday, January 30, 2015

Ben Ashaari | Personal Trainer Aku

Timba pengalaman dengan Otai Blogger Sado, Ben Ashaari. Bukan pasal blog tapi pasal workout. Nak sado katakan. Nak sado kena berguru dengan orang yang dah sado. Baru ada keyakinan. 2 hari berturut aku follow Ben workout. Lokasi Bionic Gym kat taman tenaga. Tempat otai-otai ni..
Hari pertama Ben ajar basic workout, perghh.. Boleh tahan kebas tangan. Tak terangkat aku. Ben bagi tips dan teknik menarik pasal workout ni. Ben tak kedekut ilmu dan dia lama dah kot dalam bidang ni.Tengok gambar dia dulu-dulu memang dasyat-dasyat..
Ni workout ke ambik gambar je lebih. Haha.. Nama pun blogger, kalau tak ambik gambar bukan blogger la kan.

Day 2.
Hari ni Ben junior | Qhalif jugak datang.
Haa..candid-candid...  Ben dengan aksi dia.
2 hari ni banyak buat upper body, chest, shoulder, back. Memang sedap buatnyer. Kalau dapat workout hari-hari macam ni, sebulan dua boleh nampak hasil dah. Sekarang ni rasa menegang je body ni. Dah rasa sakit skit, tisu-tisu mula mengoyak. Otot nak membesar katakan, chewahh konfiden je.

Sunday, December 7, 2014

Birthday Party Ben Ashaari di Flora Cafe

Hasil perancangan rapi oleh Kelab Blogger Ben Ashaari yang di kemudi oleh Yanty maka tercetuslah idea untuk buat mini party sempena hari lahir Blogger Otai, Ben Ashaari pada 30 November 2014. Lokasi yang dipilih di Flora Cafe, Ampwalk Mall, Ampang. Kehadiran blogger-blogger dari kelab blogger ben ashaari dan keluarga masing-masing cukup meriah.
Tema kek pun ikut tuan dia "kek SADO" haha.. Kek ni di taja oleh Kak Nina Cybercake. Kek Red Velvet yang sangat sedap. Siap tapau bawa balik. hihihi..
"Selamat Hari Lahir Bro, Ben Ashaari semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, semoga semakin sukses dalam karier". Nak potong kek pun kena ada gaya. Kejap pusing sini kejap pusing sana haha, dah lama tak potong kek ni.
Manja la konon buat muka gitu. Hahaha... Jangan marah bro..


Terima Kasih Flora Cafe yang kerana menyediakan tempat yang paling ohsemm, cantik dan romantik. Dihiasi pula dengan belon-belon yang warna warni ni. Sangat-sangat direkemen untuk yang nak buat birthday parti ker , yang nak buat reunion ker, gather-gather ke.. Rasa macam makan dalam taman gitu..


Layankan je gelagat kami dengan birthday boy ni.. Macam-macam pe'el la bila dah bergather-gather ni. Dah jadi macam satu family.

Makan time

Ni antara menu yang jadi santapan kami hari tu nasi goreng, mee hon goreng, spagheti, cucur udang, bubur kacang hijau, kuih muih, Sosej + fries, rojak buah, air sirap dengan teh tarik.... (ada gambar yang takde pulak)

Promosi dari Flora Cafe
Berminat? Boleh contact Mel (03-2161 8010 / 2181 0986 /012-207 0166)

Facebook : Flora Kafe Ampwalk
Instagram : @florakafe
 
Kami juga tak lepaskan peluang berphoto kat sini. Tempat cantik lak tu.. Apapun terima kasih semua yang datang memeriahkan parti. Bertemu lagi nanti di event-event akan datang, semoga perjumpaan sebegini dapar merapatkan lagi ukuwah antara kita. InsyaAllah.

Tuesday, January 21, 2014

Meeting Kelab Blogger Ben Ashaari #1 | 20.1.2014

Meeting Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang pertama semalam telah selamat berlangsung. Kehadiran  dari ahli-ahli kelab sungguh memberangsangkan. Dan inilah kali pertama aku dapat bertegur sapa dengan blogger Otai Ben Ashaari. Haha sebelum ni pernah jumpa skali di Lawak ke Der 3 tapi tidak bertegur sapa lagi. Segan lagi + teruja pun ada.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixet0zRef3ouMDqv6Ug9TQOlYTuD2aJ3zIMZOvMPsH87dxMO6uZgOeHIsqHlakqXPcRBFrZW_yNlSDHGctAfQJvLeXX5pMWdy_TKkE4faf7Lgf5R6Ys8r9_bEww2f6CWcg_GXix7sGBn8/s1600/meeting+kbba.jpg

Perjumpaan semalam lebih banyak kepada Open session untuk semua ahli berhujah dengan isu-isu berbangkit. Menjernihkan air yang hampir keruh. Banyak pengajaran sebenarnya. Learn from mistake, learn from experience, learn from Otai.. Pengalaman mendewasakan mereka, kami yang baru nak merangkak ni ikut suka hati je nak redah. Mohon sentiasa beri tunjuk ajar. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYERismd6v1XCMi6RkNc1p4n9ztzR2fEegbHN1yCqA6k54EJt40HCJBW-N3jLQuTpA2osI1vV5kABHobAwvw3stzuTmIs_X5rVOJlwjUaQzJS6Lw51EZYOd_eq5zljOsPgpjUe0FRV_D4/s1600/IMG-20140121-WA0000.jpg
Semoga sahabat-sahabat blogger sekalian sentiasa bekerjasama dan sentiasa support sesama ahli.

Terima kasih MK Syahir pemilik Fuh.my yang belanje makan dan minum semalam. Semoga makin bertambah murah rezeki hendakNya.

Friday, January 3, 2014

Kejutan Istimewa dari Blogger BEN ASHAARI


Tidak ku sangka dapat kejutan istimewa semalam. Fuhh terketar jari nak berbicara. Suprise (kata omputih) dari seorang Blogger terkenal dan tidak asing lagi saudara BEN ASHAARI (Santai Ben Ashaari)  Kejutan untuk hadiah birthday aku semalam. Hadiah ni bukanlah hadiah berupa wang ringgit atau harta benda tetapi Blog Apa Apa Saja Tentang Aku (blog aku la tu) menjadi.
Blog Pilihan 2014 #1 BEN ASHAARI
Mak aihh tanjat boboy.. Macam tak caya je.. Hihi. Terima kasih saudara Ben Ashaari sudi singgah di blog saya. Post dari beliau semalam.

 Melalui Facebook beliau Ben Ashaari
Dan saudara Ben Ashaari juga menapak kat sini. Fuhh terharunya. *wink wink* :) Apapun terima kasih.