Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Malaysia vs Palestin WORLD CUP QUALIFIER | Cerita dari Bukit Jalil

MALAYSIA VS PALESTINE
2018 WORLD CUP QUALIFIER
16|06|2015
STADIUM BUKIT JALIL
Aku sebenarnya tak teringin pun nak cerita pasal game ni. Keputusan perlawanan yang agak luar biasa dan aku rasa tak sangka sampai begini sarkas. Malaysia kena belasah dengan Palestin 6-0!!. Kalau 1 atau 2 gol tu takde la kesah sangat. Ni sampai angka 6 ni melampau pulak rasanya. Gol-gol mudah pulak tu. Teruk weh teruk sangat, kita buka pasukan yang baru main bola.
Apa yang aku nak ulas sikit pasal perlawanan tempoh hari, pemilihan pemain-pemain kesebelasan utama Dollah Salleh tu tak brapa berkesan. Ini bukan game eksperimen lagi. Zaman experimen zaman K Rajagopal dah buat dah. Pemain berjersi no 18, 12, 11 dan 7 ni adeh tak tau nak cakap apa. Penonton yang datang rata-rata tidak senang bila mereka ni yang pegang bola. Sampai kena Booooo dengan penonton sendiri. Apa cher?? 
Ada sorang penonton depan aku, pakcik tua dah pun. Selepas tengok Palestin score gol pertama, dia dah tak senang dah. Nampak kekecewaan dia. Baru 1 bolos. Dia terus cakap "ini macam kena 5-0 ni". Belum apa-apa pakcik tu boleh agak dah. Hampir tepat predict dia. 
Selfie dengan Jersi baru beli
Aku datang kawan belanja tiket. Kalau tak aku tengok kat tv je. Kawan dah belanja ni, tunggu apa lagi. Rezeki tu, kalau tak kena RM30 kot.  Peluang bagi support pasukan Malaysia | Harimau Malaya dari dekat. Bukan slalu game-game penting ni. Feel pergi stadium dengan tengok kat tv lain kot. Kat sini nak jerit ke nak sorak ke takde orang marah. Haha.. yang best boleh tengok gelagat penyokong. Macam-macam pe'el dorang haha..

Suasana hangat di stadium!

Yang tengok live kat tv mungkin 80% tak tau apa yang berlaku kat stadium. Sebenarnya berlaku kehangatan yang luar biasa pada malam tu apabila Ultras Malaya chantting lagu #dollahsallehapayangkaubuat , #dollahsallehjanganlahtermenung, dan lain-lain lagi melibatkan badan pengurusan bola. Ultras Malaya pada mulanya memang chantting support Harimau Malaya, ntah tiba-tiba bila Harimau bolos lagi kali ke-3 lirik chantting terus berubah. Fuhh aku pun terkejut sebenarnya. Sampai ke penghujung perlawanan chantting mereka bergema. Korang boleh search kat Youtube. Korang tengokla sendiri. HuHu.. Tak brani nak share.. hehe

Sekian berita dari Stadium Bukit Jalil...

Thursday, June 18, 2015

Jersi Away Harimau Malaya 2012/2013 | Tanah Tumpahnya Darahku

Jersi Harimau Malaya a.k.a Malaysia yang kedua aku. Jersi away skuad Malaysia season 2012/2013. Patut la dapat harga murah. Season lama rupanya hahaha. Lama pun lamalah janji jersi original | Butik Nike, Johor Premium Outlet (JPO) Harga bawah RM60.00 Kalau ke sana semata-mata nak beli tak berbaloi gak kalau dari KL ni, kebetulan bertugas di Johor Bahru, alang-alang singgah la di JPO. Masuk butik Nike ingat nak cuci mata je, sekali terberkenan sebab harga murah. Tutup sebelah mata sambar selai.. hihihi


Semart jugak, body fit. Aku kena beli saiz L kalau tak, terserlah keboboyotan perut aku nanti. Haha.
Bersama dengan jersi pertama aku beli (stripe black & yellow)Aku beli tahun tahun 2011, masih cantik lagi, simpan kemas jaga ketat-ketat.. Pakai bila pergi tengok game je.. 

Baca next entri gi tengok live Malaysia vs Palestin | 2018 World Cup / Asia Qualification. Sedey!!

Wednesday, December 17, 2014

Friendly Reminder! Final AFF Suzuki Cup 2014 | Thailand Vs Malaysia

Jangan lupa saksikan perlawanan Thailand vs Malaysia malam ni. Malam ni Thailand jadi tuan rumah, menerima kunjungan Harimau Malaya. Solat Maghrib siap-siap okeh.
 AFF Suzuki Cup 2014
DEC 17 2014
Final - Leg 1 
Thailand vs Malaysia     
2000hrs 
Rajamangala Stadium Bangkok, Thailand
Jadilah sehelai dalam simpanan. Peminat bolasepak ni kalau takde jersi macam tak sah je. Ni pun tahun bila ntah aku beli. Bila ada game Malaysia dan aku gi stadium baru aku pakai. Kalau takde game aku simpan. Kalau hari-hari pakai kalu cepat la rosak.

Friday, December 14, 2012

Selamanya Harimau Malaya

Muhammad Akif Danish 
Lahir : Feb 2009 
Umur : 3 Tahun (nak masuk 4 tahun dah.)

Mungkinkah Danish bakal menyarung jersey Harimau Malaya satu hari nanti? Ada 12-13 tahun masa untuk membentuk jadi macam Lionel Messi. Boleh?

Wednesday, December 5, 2012

Tiket Separuh Akhir Malaysia vs Thailand 9 Disember 2012


Pasti ramai yang tertunggu jadual penjualan tiket-tiket Separuh Akhir Pertama antara Malaysia menentang Thailand 9 Disember 2012 ni. Korang boleh dapatkan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam.
Stadium Nasional Bukit Jalil
 Tarikh Jualan:

7 - 8 Disember 2012 - dari jam 9 pagi hingga 7 malam
9 Disember 2012 - dari jam 9 pagi hingga perlawanan bermula

Stadium Shah Alam
Tarikh Jualan:
7 - 8 Disember 2012 sahaja - dari jam 9 pagi hingga 7 malam
Harga tiket RM40 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 
Mari kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Aummmm.........

Monday, December 3, 2012

Malaysia benam Indonesia 2-0

AFF Suzuki Cup 2012
Tiada kata-kata untuk ungkapan malam tadi. Gemuruh Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi bagai pentas final. Stadium penuh bak ang. Penyokong kuning hitam membanjiri stadium berchantting bersama dengan ultras Malaysia. Sang Garuda terbang rendah, di sambar si Harimau Malaya. Patah kedua sayapnya (2-0)
Berpossing dulu sebelum game. Haha..  Kang game dah start tak sempat possing dah. Berbaloi-baloi malam tadi. Hilang sora dah hari ni, suara serak-serak basah..
Sequal yang sempat aku rakamkan.
1. Penonton Indonesia bersorak
2. Penyokong Indonesia mula senyap setelah kedudukan 2-0
3. Penyokong Indonesia dah mula meninggalkan stadium.

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang. Aku akan turun lagi 9 december 2012  lawan Thailand untuk aksi separuh akhir pertama nanti.

Saturday, December 1, 2012

Malaysia Vs Indonesia 2012

Perlawanan menentang skuad Garuda Indonesia malam ni merupakan perlawanan hidup mati skuad Harimau Malaya Malaysia untuk melayakkan diri ke separuh akhir piala AFF Suzuki 2012. Malaysia berada di tangga ke 3 dalam kumpulan B memerlukan KEMENANGAN. Berjaya atau tidak kita tunggu sehingga wisel penamat malam ni.
Apapun Alhamdulillah aku dah dapat tiket untuk malam ni. Yahoo.. berbaris gak kat Stadium Bukit Jalil tadi. Sapa lah nak teman aku malam ni. Hhuhu.. Tangkap muat je la sapa-sapa kat stadium nanti.
Persiapan untuk malam ni. Jersey, Mafla dan Headband. Tak lupa bendera Malaysia. Jumpa di sana-sana-sana-sana...........

Tuesday, November 29, 2011

Malaysia vs Bahrain

Sekali lagi bertandang ke Stadium bukit Jalil. Kali ini skuad negara bertemu pasukan dari Bahrain.

Perlawanan ini adalah penentu kepada kedua-dua pasukan dalam menghidupkan kembali peluang masing-masing untuk layak ke Temasya Sukan Olimpik London 2012. Skuad negara masih gagal mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan sebelum ini, begitu juga pasukan Bahrain. Misi kali ini adalah KEMENANGAN... saya ulangi KEMENANGAN, bkn seri atau kalah.
Penyokong-penyokong yang datang pula tidak kurang hebatnya.. Suasana yang sangat meriah dengan sorakan penonton, pukulan drum, chantting serta tiupan-tiupan trompet mainan.

Pada suatu ketika dikala skuad negara mendahului 2-0. Di satu ketika nikmat-nikmat kemenangan makin terasa. Di satu ketika skuad Bahrain makin layu, tiba-tiba....

Ternyata Tuah bukan milik kita.. Ternyata waktunya belum sampai lagi. skuad negara rebah 2-3 kepada Bahrain yang hanya bermain dengan 10 orang dalam beberapa minit terakhir.

Kegembiraan bertukar sepi, pilu.. sedih.. mmg dapat dirasai kekalahan ini. masih terbayang-bayang lagi saat mendahului 2-0 kemudian terpaksa akur dengan fightback yang dilakukan oleh bahrain.
Apapun Tahniah skuad harimau muda negara.. kerana memberi dan menunjukkan prestasi yang memukau. Kita mampu bersaing, kalau tahun ini kita tewas tidak semestinya kita tewas selama-lamanya.. Ambil iktibar, perbaiki kelemahan..

Malaysia Boleh... Aummmm..........

Friday, November 25, 2011

Malaysia vs Syria

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya,
Selamanya selamanya selamanya Sokong Malaysia...

23 November 2011
AFC Asian Qualifiers for the 2012 London Games
Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur










 







Ulasan separuh masa pertama:
priiiiiiitttt... sepak mula jam 8.45 mlm. debaran seawal minit pertama. seperti yg kita jangka keselebelasan utama tidak banyak berbeza namun rata-rata pemain tampak keletihan setelah kembali dari tugas temasya sukan SEA Indonesia. tidak sampai dua hari kemudian pasukan Harimau Muda menerima kunjungan Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 2012.

HM dapat mengekang asakan Syria dan kawalan bola berpihak kepada pasukan negera untuk 45 minit yang pertama. Namun begitu corak permain pantas HM tersekat dikala memasuki kasawan Syria. Serangan yang dilakukan tidak begitu berhasil. begitu terserlah ketumpulan barisan serangan..

Ulasan separuh masa kedua:
Syria tampak bagai mendapat suntikan, apabila mengawal bola dengan baik dan lebih tersusun sehingga membuahkan hasil, meledakkan gol pertama menerusi tadukan kencang Solaiman Solaiman. Ketika permainan berbaki 10 minit Syria menambah lagi gol menerusi Nassouh Nakkdahli setelah kesilapan pemain pertahanan gagal menghantar bola kemas disambar oleh pemain Syria, dengan pantas melakukan gerakan dan berjaya merobek gawang negara. Kedudukan 0-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Ini bermakna skuad negara belum lagi mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan.

Reaksi Penyokong-Penyokong di Stadium
Memang meriah serta bersemangat namun tidak dinafikan masih ada riaksi dan gelagat penyokong-penyokong yang kurang enak di dengar, tetap ada yang memaki hamun. walauapapun kalah tapi saya tetap berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan.
Rehat yang tidak cukup, semangat berjuang hingga minit-minit akhir, terhincut2 kat padang masih lari lagi. tidak lupa kepada penjaga gawang negara, Khairul Fahmi yang menangkis beberapa cubaan dan serangan bahaya Syria. tabik spriiinngggg!!!!
apa pun....
MALAYSIA BOLEH..