Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts
Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts

Friday, February 16, 2018

Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar

Sebut laksa je, Kuala Kangsar (kualer) antara yang terkenal dengan makanan laksa ni. Laksa kualer kome.. Aku sendiri dah experience banyak tempat kalau nak pekena laksa kat kualer ni.. Antara yang aku pernah pergi dan citer dalam blog, Laksa Lubuk Merbau Kuala Kangsar dan Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Yang lain aku macam kat Lori Laksa Zimbo, kat pusat penjaja bawah lembah tu aku belum cerita lagi. 
Jadi kali ni aku nak cerita Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar. Fuhh dah berkurun aku peram dalam draft tak setel-setel lagi mengarang haha. Terletak sekitar Sayong Kuala Kangsar, tak jauh dari Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah Kuala Kangsar.
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Tudiaa, ini la Laksa Deris Telur Goreng (telur dadar) Kuala Kangsar. Fuhhh mantap gak ada kelainan, aku yang bukan peminat tegar laksa ni pun boleh abiskan sepinggan laksa ni. Kuah pun kaw, itu yang aku suka. Perghh terliur pulak tengok Laksa ni.. rasa macam nak repeat je. 
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Sekitar kawasan kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar.
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Kedai sangat simple dan klasik. Tengok dari luar macam takde orang tapi masuk dalam ramai orang rupanya haha.

Lempeng Pisang Laksa Deris Kuala Kangsar

Apa yang menarik lagi kat kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni, ada lempeng pisang. Perghh lempeng pisang ni memang laku abis. Brapa kali pergi asyik abis je. Asal lambat je abis, asal abis je mesti lambat sampai la tu haha.. Antara Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar ni. Tebal padat dengan isi kelapanya lagi..

Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Tudiaaaa memang terangkat la. Makan pulak panas-panas kat sana. Korang tau kenapa laku abis, bukan sebab sedap je, harga baru RM1 je sekeping ni. Lambat melepas la yop.. 
Minuman signature kat Laksa Deris ni, Air cincau gula hitam special.. 

Okeh macam biasa, possing dulu sebelum makan. Bhahaha.. Jemput makan ya semua.. Okeh kalau rasa teringin nak cuba korang boleh waze Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni. Atau korang tengok video bawah ni. Aku ada buat short vlog dalam Channel Youtube aku kalau nak pergi makan laksa deris ni. 
Waktu operasi aku lupa nak tanya. Tapi kalau tutup tu sebelum Maghrib la. Kalau lambat-lambat nak datang, risau abis je. Selain laksa dan lempeng pisang ada Char Kuey Teow. Tunggu nanti nak aku try Char Kuey Teow tu pulak. Okeh selamat mencuba..

Jangan lupa Subscribe Channel Daus Redscarz untuk video-video akan datang. 

Wednesday, July 5, 2017

Pengalaman pertama kali membakar lemang sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, salam Syawal, maaf zahir dan batin. Macam mana raya ? Meriah ke so-so je ? Apapun semoga semuanya bergembira di hari mulia ni. Aku ? Ok je, biasa-biasa saja cuma tahun ni aku nak rakamkan kenangan pertama kali bakar lemang. Dah bertahun raya tapi belum pernah bakar lemang sendiri. Kalau teringin tu beli je..

Akhirnya tahun ni berjaya gak bakar lemang.. Walaupun penyediaan tu bukan aku yang buat tapi secara teori aku tau. So tugas aku bakar lemang.. 8 batang semuanya. 4 batang lemang biasa, 4 batang lagi lemang jagung.
projek raya bakar lemang
Bagi aku tugas membakar lemang ni lebih mencabar. Kena pandai bermain dengan api.. haha. Yang biasa main api ni mesti terror kan..

Seawal jam 2.00 petang, hari last bulan Ramadan. Bersiap-siap untuk bakar lemang. Cuaca panas terik, fuhh menduga gilerr.. kali pertama nak bakar lemang plak tu. Tapi serius cakap nak sediakan tempat bakar lemang lagi mudah dari tempat bakar ayam ke bbq ke.. Sekejap je aku pasang dah siap. Dengan api sekali petik terus menyala dan menyalaaa...
projek raya bakar lemang
Maka bermula proses mengemudi api.. Berpeluh-peluh aku, apabila bahang api dan bahang matahari bergabung.. Meletupp !! Tertengok plak anak kecik ni minum air sunquick sejuk.. Ya ampunnn sabar je la... 

Patut la bahang nak hujan rupanya petang tu.. 
projek raya bakar lemang
Siap berpayung lagi aku.. Syukur hujan renyai-renyai je, masih boleh la meneruskan #projeklemang ni. Haha...
Hampir 2 ke 3 jam meredah bahang, akhirnya siap dan terlajak siap lemang aku.. 
projek raya bakar lemang
Perghh yang rentung ada, keras macam batu pun ada, yang jadi pun ada.. 4 batang yang pertama tu kira cuba try testing la.. Suku batang je yang tak boleh makan. Bahagian atas tu boleh makan. 

Untuk 4 batang trip kedua tu menjadi semuanya, alhamdulillah.. 
projek raya bakar lemang
Lemang jagung
projek raya bakar lemang

Lemang biasa
Yang menjadi je aku tunjuk.. Bhaahaha yang tak jadi tu bagi ayam makan. Silap-silap tercekik ayam nak telan. Hahaha... 

Kesimpulannya, kalau beli lemang kat tepi jalan ke, harga sebatang tu RM15-18 tu, tak yah la nak minta kurang. Kau tak tau seksanya bakar lemang tu.. Fuhh terbako rasanya.. Tambah dorang bakar bulan puasa. 

Apapun #projeklemang mungkin akan diteruskan pada masa akan datang kemahiran tu tak pupus.. 

Okeh, selamat hari raya.. #rayakansebulan

Friday, January 6, 2017

Pekena kopi di Coffee Shop Kuala Kangsar

The Shop Hotel Kuala Kangsar | Nak kata baru tak jugak nak kata dah lama tak jugak. Since 2013 rasanya. Dalam kategori baru gak la. Sebelum ni aku balik Kuala Kangsar tak prasan pun hotel ni. Hotel Hipster tu, nampak sempoi je hotel ni. Kalau nak tau The Shop Hotel ni antara hotel yang menarik kat Kuala Kangsar ni. Apapun aku datang lepak kat sini je, tak stay pun. Nak cuba coffee kat sini. Katanya ada Coffee Shop. 
The Shop Hotel Kuala Kangsar (kredit photo facebok the shop hotel)
Coffee Shop | The Shop Kuala Kangsar
Wow.. Coffee Shop so hipster. Belum minum lagi aku dah tertarik dengan Coffee Shop ni. Susunan dan dekorasi Coffee Shop ni memang menarik. Macam ni tiap-tiap kali balik Kuala Kangsar boleh pekena kopi kat sini. Best giler, tenang je. Amboii jauhnya pekena kopi kan... 
Pekena secawan coffee. Aku pun lupa coffee apa aku order. Lama sangat dah peram gambar ni. Kikiki maafkan daku. Tapi macam biasa menu Cappucino atau Mocha.. Harga standard harga Cafe-cafe Hipster yang lain. 

Bahagian luar Coffee Shop | The Shop Hotel Kuala Kangsar


Tudiaa selfie masa ni, misai wak doyok lagi. Sekarang takde dah misai ni. 
Next time kalau balik Kuala Kangsar, aku nak repeat lagi kat Coffee Shop ni. Aku rasa ramai lagi tak tau ada hotel area ni. Sebab lokasi agak terkeluar sikit dari Bandar Kuala Kangsar. Tapi tak jauh mana pun dalam 2,3 km je. Nak cari The Shop Hotel, ni ada alamat kat bawah. Sila waze..

The Shop Hotel, 

Jalan Seri Delima 2, 
Taman Seri Delima Ii, 
33000 Kuala Kangsar, 
Perak, Malaysia.

***Aku tak pasti dekorasi Coffee Shop sekarang, gambar aku upload ni pun dah lama. Kemungkinan ada perubahan susunan meja kerusi aku tak pasti. Yang pasti, best !!

Memandangkan aku tak bermalam kat hotel ni so aku tak dapat la ambik gambar dalam bilik. So aku google jela. Serius memang nampak menarik bilik-bilik The Shop Hotel. Ada peluang nanti boleh try check in kat sini. 
Kredit Photo Facebook The Shop Hotel

Tuesday, September 27, 2016

Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar memang sedap !

Sebut je Laksa Pak Ngah orang dah kenal dah. Laksa Pak Ngah bukan asing lagi di Kuala Kangsar malah hampir satu Malaysia tau Laksa Pak Ngah ni. Merata-rata jumpa Laksa Pak Ngah. Buat pertama kali aku singgah di Restoran Laksa Pak Ngah. Selalu aku nampak lori bergerak laksa Pak Ngah je. 
Restoran Pak Ngah ni terletak betul-betul di belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar. Ada signboard kecik je kat simpang masuk ke restoran. Kalau nak pergi ke sini korang usha-usha la signboard tu. Jangan sampai terlepas simpang haha macam aku. 

Padahal aku selalu je balik Kuala Kangsar rumah mertua tapi tak pernah pun singgah kat sini. Sebab aku kurang sikit bab laksa ni. Aku suka kuah dia je. Haha.. Jom usha restoran Laksa Pak Ngah. 
Laksa Pak Ngah | Original  Since 1955
Kalau tak silap aku, restoran Laksa Pak Ngah ni dah berwajah baru. So ni lah wajah baru restoran Laksa Pak Ngah. Nampak menarik ! Memang wajib kena tojah ni kalau datang ke kuala kangsar. 
Macam cafe hipster pun ada. 
Kalau nak order ? Tengok je menu kat atas tu. Ada Laksa, Laksa Goreng Banjir, Laksa Goreng Special, Laksa Special, Bihun Sup, Mee Kari, Mee Rebus. Minuman ada ABC special, Cendol Special dan lain-lain. 
Laksa-laksa
Mee Rebus
Laksa Goreng Special | Laksa Goreng Pak Ngah
Dan yang ni aku rasa sangat special. Sebab aku tak pernah lagi tengok dan makan laksa goreng. Datang pulak dengan kuah laksa. Pergghhh tiba-tiba aku suka laksa. Sedappppp giler. Satu kelainan bagi aku ! Fuhh nanti aku nak repeat lagi. Resepi Laksa Goreng Special
Laksa Sedap Kuala Kangsar | Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar

Antara artikel-artikel dan keratan akhbar yang memaparkan kisah Laksa Pak Ngah. Cukup famous Laksa Pak Ngah ni. Surat khabar cina pun masuk. Yang tak pernah cuba, aku syorkan korang cuba lah.. Korang waze je, pasti jumpa punya. Thorbaek !!

Monday, July 4, 2016

Along Teh Peng Pior ! Memang Kaww

Selesai berbuka hari ni. Tinggal sehari je lagi puasa. Maksudnya tinggal sehari je nak raya. Huhu kejap je Ramadan berlalu dah kena tunggu tahun depan pulak. Apapun saja nak cerita pengalaman pergi ke Bazar Ramadan di Chandan Putri Kuala Kangsar petang tadi. Bazar macam biasa tapi aku tertarik pada satu gerai ni. Sampai berbaris orang. Selalunya kalau makanan seperti murtabak, roti john tu biasa tengok orang berbaris. Tapi yang ni air minuman. Tak pernah lagi tengok orang berbaris beli air. Haa meh tengok.. 

Along Teh Peng Pior ! Dengan nama lain teh ais kaww ! Fuhh tengok macam menarik. Apa lagi aku masuk baris la.. Nasib baik kejap je berbaris.. 


Memang betul-betul pior ! Mula-mula ingatkan nak abis dah. Rupanya ada stok lagi dalam van. Lega dapat gak beli. 
Harga kalau cawan plastik tu RM2.00. Kalau plastik besar RM4.00. 
Aku sambar 2 bungkus besar tadi. Nak rasa sedap ke tak. Kalau dari mata kasar aku, aku tengok je aku agak macam sedap. 

Ternyata memang terbaekk !!!! Pior kome ! Fuhh tak puas minum tadi masa berbuka. Tinggal sehari je besok kalau nak repeat. Itu pun kalau dia berniaga lagi esok. Kalau tak berniaga melepas la kome. 

Along Teh Peng Pior ! Memang Kaww ! Cuba repeat esok. Mana tau ada lagi... 

Saturday, December 27, 2014

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Kalau ke Kuala Kangsar jangan lupa singgah di Masjid Ubudiah. Rugi kalau ke kualer tak singgah. Masjid Ubudiah ni boleh dikatakan antara masjid yang tercantik di Malaysia. Terletak di Bukit Chandan 2km dari Pekan Kualer, 300 meter dari Istana diraja. Kuala Kangsar ni juga sinonim dengan nama bandar diraja, sekarang ni dah ramai pelancong datang ke sini.

Merupakan pintu masuk ke Masjid Ubudiah, banyak lagi gate-gate kecik tapi ni yang utama.





Rekabentuk dan struktur bangunan sangat menarik perhatian.
Di bahagian dalam bangunan Masjid Ubudiah. Masa ni baru abis solat Jumaat. Aku kalau balik ke kuala kangsar kena hari jumaat memang aku akan solat jumaat kat sini.


Cantik tak? Sejuk je dok dalam ni. Hehe.


Di hadapan Masjid Ubudiah ada tertulis asal usul masjid ni. Jugak terdapat 2 laras meriam. Yang menjadi tarikan kat masjid ni.
Bersebelahan dengan Masjid ni ada Makam Kerabat Diraja. Tempat persemadian kerabat-kerabat diraja Perak.
Selfie dulu kat sini. #Kelabbloggerbenashaari


Kalau ke masjid ni pasti aku terkenang arwah bapa mertua, kat mana dia selalu duduk ketika dan sebelum solat jumaat, arwah akan duduk tempat yang sama. Al-fatihah buat arwah.