Showing posts with label redscarzperth. Show all posts
Showing posts with label redscarzperth. Show all posts

Friday, April 27, 2018

9 Tempat-Tempat Menarik di Perth Australia Harus Dikunjungi

Hampir 5 jam lebih debaran dalam penerbangan Airbus AirasiaX dari Kuala Lumpur akhirnya tiba di bumi Perth. Fuhh pertama kali dok dalam flight lama-lama gini. Kebas rasanya haha.. Percutian 5 Hari 4 Malam ke Perth Australia memang berbaloi dan puas hati. Apapun straight to the point. Aku nak share kat korang, ni antara 9 tempat-tempat menarik di Perth yang korang perlu take note dan harus kunjungi.. 

1. Kings Park and Botanic Garden, Perth Australia
Menikmati pemandangan indah bumi Perth dari atas bukit. Suhu pagi ni sekitar 9-11 Celsius. Sejukkkk. Dari atas bukit ni korang boleh nampak bandar Perth dan Swan River. Kalau datang ke Perth wajib singgah sini. Antara tempat-tempat mesti pergi. View memang cantik giler. Baca seterusnya di Pemandangan Perth dari Kings Park and Botanic Garden.

2. Moore River, Guilderton Perth Australia
Perjalanan kami diteruskan ke Moore River, terletak di Guilderton, muara Lautan Hindi, Perth Australia. Perjalanan dari Kings Park and Botanic Garden ke Moore River ambil masa sejam menaiki bas. Hampir 100km !!
Mula-mula sampai ke sini aku tak aspek apa-apa pun. Aku cuma bayangkan satu tempat menarik di Perth ni. AND i was speechless ! Subhanallah, indahnya ciptaan Dia. Aku bagai terpukau menyaksikan keindahan fenomena ini. Itulah Moore River. Baca seterusnya di Keajaiban Moore River, Perth Australia

3. Lancelin Sand Dunes, Perth Australia
Dari Moore River, dari sungai dan laut kami ke padang pasir pulak. Antara tempat meluncur pasir atau sandboarding kat Perth Australia. Tempat ni dipanggil Lancelin Sand Dunes ! Terletak lebih kurang 50km dari Moore River. Perjalanan dari Moore River ke sini ambik masa lebih kurang 40-50 minit. Baca seterusnya di Meluncur di Lancelin Sand Dunes, Perth Australia.

4. The Pinnacles View, Nambung National Park Perth, Western Australia

Selepas bermandian pasir di Lancelin Sand Dunes, kami ke satu tempat yang agak luar biasa jugak. The Pinnacles, Nambung National Park Perth, Western Australia. The Pinnacles ? Tempat apa ni ? Lor pergi tengok batu-batu je ? Jadi apa yang menariknya ?
Sebenarnya tempat ni menjadi menarik dan luar biasa sebab keadaan batu-batunya seolah-olah hidup. Dengar kata ada dua mitos berkaitan dengan kewujudan batu-batu ni. Pertama batu-batu ni dianggap hidup dan tumbuh. Keduanya mengatakan batu ni wujud sebab hakisan. Boleh baca selanjutnya di Pemandangan sekitar Pinnacles View Perth Australia


5. Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Senang cakap Caversham Wildlife ni macam zoo la. Caversham Wildlife ni antara tempat menarik yang wajib pergi kalau ke Perth. Kat sini la korang akan jumpa kanggaroo, koala, wombats dan lain-lain.. Baca selanjutnya di Tak puas bermanja dengan Kanggaroo di Caversham Wildlife Park, Perth Australia


6. Kailis Fish Market Waterfront Fremantle, Perth Australia

Makan tengahari di Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle. Antara tempat makan terkenal dan famous di Perth. Bukan tarikan dari kalangan penduduk tempatan je, malah pelancong-pelancong luar pun datang makan kat sini. Fuhh memang ramai orang kat sini dan tempat pun menarik. Sebelah jeti je. Boleh nampak bot-bot dan kapal-kapal layar berlabuh. Baca selanjutnya di Lunch di Kailis Fish Market Waterfront Fremantle, Perth Australia

7. The Round House Fremantle, Perth Australia
Fremantle ni sebuah bandar pelabuhan di Australia Barat juga merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Perth. Terkenal dengan sejarah maritimnya juga seni bina Victoria. Antara tempat bersejarah yang sempat kami singgahi kat Fremantle, iaitu The Round House ! Nak tahu lebih lanjut boleh baca Terokai sejarah The Round House, Fremantle Perth Australia

8. Rainbow Container di Perth Australia
Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi. Terletak di sekitar Fremantle, Perth Australia. Unik dan kreatif. Tak pernah terfikir pun nak buat susunan kontena macam ni. Diwarnakan dengan warna-warni seolah-olah pelangi, sebab tu dipanggil Rainbow Container. Hasil kerja seni Marcus Canning. Boleh baca lanjut di Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi !


9. Home of Swan Bells, The BELL Tower Perth Australia

Home of the Swan Bells, The Bell Tower, Perth Australia terletak di Riverside Drive yang menghadap Swan River. Bell Tower ni merupakan salah satu tempat yang paling unik untuk dikunjungi di Perth. Satu daya tarikan untuk pelancong-pelancong yang datang ke Perth. Penuh bersejarah, reka bentuk yang unik dan tersendiri. Hasil daripada seni bina utama, The Bell Tower telah menjadi ikon untuk Perth dan Australia Barat. Boleh tengok gambar lagi di

Home of the Swan Bells, The Bell Tower icon Perth Australia


Korang juga boleh tengok-tengok Pemandangan bangunan-bangunan sekitar bandar Perth

Dan banyak lagi tempat-tempat menarik di Perth yang belum sempat singgah. Apapun harap korang yang plan percutian ke Perth boleh la take noted tempat-tempat menarik di atas. Kalau yang masih tercari-cari agensi perlancongan/travel agency di luar sana, boleh la cuba survey syarikat ni. Ayden Averroes Travel | Percutian 5 Hari 4 Malam di Perth Australia.

Itu saja sharing kali ni. Diharap info-info dalam blog ni dapat membantu korang untuk pergi melancong. Tak banyak sikit pun jadi la. Jangan lupa share artikel ni. 

Saturday, January 6, 2018

Ronda-ronda usha bangunan-bangunan menarik di Perth, Australia

Sesekali nak throwback gak, mengimbau kenangan percutian 5 hari 4 malam di Perth, Australia pada April lepas. Walaupun dah berbulan-bulan lepas tapi masih lagi segar dalam ingatan. Jalan-jalan, cuci mata, tengok tempat orang, rasa macam tak puas je 5 hari 4 malam tu. Banyak dah entry-entry aku sebelum ni pasal Perth, cuma ni aku nak share sikit ja lagi, bangunan-bangunan menarik dan cantik sekitar Perth. Sambil jalan-jalan tangan memang sibuk ambil gambar pemandangan dan cityscape.  
best place in perth
Pengangkutan awam yang sistematik, teratur dan terancang. Kalau datang sendiri rasa boleh follow route map yang disediakan. 
best place in perth
best place in perth
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
Elizabeth Quay Perth Australia
best place in perth australiabest place in perth australiaElizabeth Quay Perth Australia
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
best place in perth australia
Centenary of the City, Town Hall Perth
best place in perth australia
The Clock Tower Perth
best place in perth australia
Perth Arena
best place in perth australia
Commonwealth of Australia Building
best place in perth australia
Tapak pasar malam, kalau ada rezeki boleh jumpa pasar malam kat sini. Tak sangka kat sini pun ada pasar malam. Kebanyakkan jual makanan dan minuman.
best place in perth australia
Commonwealth of Australia Building
best place in perth australia
Swedish Hotel
best place in perth australia
Australia's Chemist Warehouse
Last but not least, AUSTRALIA's CHEMIST WAREHOUSE, fuhh pot beli minyak wangi. Murah-murah minyak wangi kat sini. Rasa macam 3 kali mengulang kat tempat ni. Pasal tak jauh dari situ ada kedai makan orang Malaysia. Apapun kalau nak shopping sini kena pergi awal sikit sebab kebanyakkan kedai tutup seawal 6 petang waktu sana. Ware house ni lebih kurang macam Watsons, Guardian kat Malaysia ni. 

Okeh cukup la, banyak lagi gambar-gambar nak masuk tapi tak larat nak pilih haha. Apapun enjoy gak pergi Perth Australia. Gambar atas yang tunjuk sekitar Elizabeth Quay, ni korang boleh gak baca The Bell Tower, Perth Australia. New icon for Australia. Bye

Tuesday, November 21, 2017

Home of the Swan Bells, The Bell Tower icon Perth Australia

Belum habis lagi cerita Australia aku ni. Layankan je la. Home of the Swan Bells, The Bell Tower, Perth Australia terletak di Riverside Drive yang menghadap Swan River. Bell Tower ni merupakan salah satu tempat yang paling unik untuk dikunjungi di Perth. Satu daya tarikan untuk pelancong-pelancong yang melancong ke Perth. Penuh bersejarah serta reka bentuk yang unik dan tersendiri. Hasil daripada seni bina utama, The Bell Tower telah menjadi ikon untuk Perth dan Australia Barat.
Aku tak pasti tentang sejarah-sejarah dorang ni. Ada gak baca tapi terlalu complicated sikit nak faham. Haha so aku abaikan jela. Kalau datang ke Perth kena singgah sini. Cantik sangat tempat ni. 
Love Locks
Aku yakin ramai yang tau alkisah love locks ni.. Tulis nama pada mangga lepas tu gantung kat rantai tu.. buat kenangan sudah, tak yah percaya benda lain.. 
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi waktu tempatan Perth. 
Ini yang dapat aku snap dalam galeri The Bell Tower. 

Bukti aku dah sampai sini. buku Visitors lagi. 
Souvenir Gold Coins
Aku dah dapatkan sebiji untuk kenangan. Murah je, Aud$2.00 sebiji. 


Cantik kan pemandangan sini. Kalau malam-malam lagi warna warni sini. Tapi kamera tak berapa nak dapat capture moment malam-malam. Jadi tak cun, noice tinggi. Okeh lepas jalan-jalan sini, korang jalan di sekeliling Bell Tower ni, sekitar Swan River. Korang boleh nampak cityscape yang bandar Perth. Tak tau apa lagi nak citer.. Haha bandar bersih, cantik dan tenang. 

Lepas bersiar-siar dalam bandar Perth korang boleh pergi menikmati keindahan luar bandar Perth pulak. Meluncur pasir di Lancelin Sand Dunce dan melihat keunikan alam di Moore River dan The Pinnacle View.. Perjalanan untuk 3 tempat ni ambil masa sehari gak tapi apadahal nama pun melancong. 

Monday, November 20, 2017

Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi !

Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi. Terletak di sekitar Fremantle, Perth Australia. Unik dan kreatif. Tak pernah terfikir pun nak buat susunan kontena macam ni. Diwarnakan dengan warna-warni seolah-olah pelangi, sebab tu dipanggil Rainbow Container. Hasil kerja seni Marcus Canning.
Ketinggian Rainbow Container ni 9 meter dan berat semua kontena ni 66 tan ! Perghhh berat tu !
Rainbow Container Perth Australia
Dah alang-alang sampai ke Perth ni, pergi je semua tempat. Rugi oo tak singgah sini. Menjadi salah satu daya tarikan untuk pelancong di Perth. 

Layan kejap pemandangan sekitar Rainbow Container. Kelihatan pantai Fremantle yang begitu mengasyikkan.
Fremantle's Beach
Fremantle's Beach
Indahnya pemandangan kat sini. Sejuk mata memandang, bersih ! Suasana tak crowded. Lengang je kawasan ni. Mana  pergi orang ntah haha.. Apapun jom pergi tempat lain pulak. Macam tak cukup 5 hari dok kat Perth ni. Macam-macam tempat menarik ada kat sini. 

Sunday, September 10, 2017

Terokai sejarah The Round House, Fremantle Perth Australia

Dari Kailis' Fish Market, Waterfront kami ronda-ronda ke sekitar Fremantle. Fremantle ni sebuah bandar pelabuhan di Australia Barat juga merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Perth. Terkenal dengan sejarah maritimnya juga seni bina Victoria. Antara tempat bersejarah yang sempat kami singgahi kat Fremantle, iaitu The Round House
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
Dibina sekitar tahun 1830 tahun dulu. Antara bangunan tertua di Perth, Australia. Perghh lama dah tu tapi struktur bangunan masih kukuh lagi. Bangunan ni pernah dijadikan sebagai lokap polis atau penjara satu ketika dulu. Juga dikenali The Round House Prison.
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Precinct, Fremantle, Perth Australia
The Round House Fremantle, Perth
Flags Flown
The Round House Fremantle, Perth
The Fremantle Time Ball & Time Gun

Pemandangan di dalam The Round House, Fremantle, Perth Australia
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Well
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Curfew Bell
Fuhh seram sejuk rasanya masuk dalam ni. Peninggalan sejarah untuk tatapan pelancong asing mahupun penduduk tempatan. 

Pemandangan dari luar dan atas The Round House, Fremantle, Perth Australia
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
Pemandangan lautan biru menawan hati dengan angin yang bertiup dingin.. Fuhh rasa macam nak repeat dua tiga kali.. 
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
Fremantle Tram 'Hop-On-Hop-Off'
Actually my bad. Ada beberapa kelemahan entri ni. Masa ni memang datang tengok-tengok, possing-possing je, tak terfikir pun nak tanya penjaga bangunan pasal sejarah The Round House ni. Bila nak buat entri ni baru macam "Alamak, kenapa aku tak ambik tau pasal benda ni, tak ambik gambar ni"... Banyak tergantung, sebab bila google sana sini untuk dapatkan info, macam menarik je kisah The Round House ni. Ada fungsi tersembunyi tentang struktur bangunan tu, ada tujuan tiang bendera tu dibina, apa fungsi meriam tu dan banyak lagi. 
Apapun, kelemahan ni aku jadikan lesson learn untuk diri aku sendiri untuk improve dan semoga pengajaran ni juga berguna untuk reader-reader yang baru nak belajar travel macam aku.
Maka selesai persinggahan sebentar di The Round House, Fremantle, Perth Australia. Next ada lagi tempat menarik sekitar Perth untuk dilawati. Tunggu yaa.. entri slow sikit.. Haha..


Boleh baca perjalanan dari mula sampai ke Perth dan tempat-tempat yang dah aku pergi sebelum sampai ke sini. Percutian ke Perth Australia.