Showing posts with label Personal Life. Show all posts
Showing posts with label Personal Life. Show all posts

Tuesday, November 12, 2019

REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA


Assalamualaikum and What's up guys! :)

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang terbiar ni. Aku seriously banyak juga idea nak update apa dekat blog ni tapi macam biasa (alasan cliche aku bagi untuk setiap kali dah lama tak update blog) aku malas nak menghadap laptop. It's okay, so apa kita punya topik harini?

Harini aku ingat nak tulis expectations aku masa aku belajar dulu-dulu sebelum bergelar sebagai seorang guru. Aku rasa normal lah kan, setiap orang ada expectations dia sendiri la before dia melangkah ke alam pekerjaan.Samalah macam aku pun, aku banyak juga berangan masa belajar dulu. Berangan nak buat apa dengan gaji yang aku akan dapat masa dah bergelar seorang guru dan juga sebagai seorang DEWASA haha. So dekat entry ni aku akan tulis la aku punya expectations and realitinya (samada benda yang aku expect tu terjadi ataupun tidak KAHKAH). Kalau rasa tajuk ni menarik, boleh baca. Kalau rasa bosan nak arwah, boleh pergi baca wikipedia ke apa hehe.
#1 SETIAP BULAN AKU AKAN BELI PAKAIAN BARU 

Aku ni bukanlah dari keluarga yang mewah pun. So, waktu zaman belajar dulu nak beli barang-barang untuk diri sendiri pun kena limitkan perbelanjaan. Selalunya tukar baju and beli barang-barang keperluan diri masa raya sahaja. Kiranya bila dah kerja nanti aku nak rewardkan diri aku dengan beli barang-barang untuk diri aku sendiri at least 1 pasang pakaian la sebulan haha (kemain ambitious kau Syed)

Realiti : Of course tak berjaya! haha. Mula-mula tu agak berjaya jugaklah. Every time dapat gaji wajib la ulang alik pergi KL tu menghabiskan duit. Tapi bila lama-lama rasa macam tak worth it pulak. Lepastu bila dah beli kereta baru, ha lagilah kelaut aku punya angan-angan tu. Jadilah sekadar angan-angan Mat Syed hihi.
#2 RAMAI KAWAN-KAWAN BAHARU
(eh ini kawan lama hahaha okay okay)

Aku selalu imagine yang bila aku dah start kerja, aku akan jumpa dengan ramai orang. Especially bila kau masuk sekolah dekat KL or Selangor (biasa ramai yang posting sekali dekat KL and Selangor ni. Chances to make new friends are higher if you're posted at these places. Siap berangan lagi after school ke apa, aku akan pergi la lepak Starbucks ke or somewhere especially bila stress. Lepastu nanti boleh la story pengalaman sekolah masing-masing and asking for advice.

Realiti : ha ha ha, hidup aku penuh kesenduan ya di sini anak-anak. I don't really have friends pun kat sini. Posting pula dekat sekolah yang 99% dah berkahwin. Daerah aku ni pun cikgu-cikgu yang baru posting tak ramai. Walaupun hidup aku sendu, aku bersyukur juga la in a way that aku tak perlu bazirkan a lot of money untuk hiburan. Kalau kau nak tahu rutin hidup aku, aku cuma main phone ja waktu lapang. Tambah pula rumah aku mana ada TV. Kalau aku nak tengok wayang ke apa, biasanya aku ajak housemate aku ataupun kadang-kadang aku bawa anak murid aku. Tapi since aku ajar Year 6, aku selalu buat kelas. Alhamdulillah dapat la buat amal sikit haha.
#3 MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT

Kau pernah tak berangan bila kau dah bekerja, balik daripada kerja tu kau akan pergi bersenam, jogging dekat taman tasik and jaga makanan kau semua? (since kau dah ada duit sendiri kan so kau mesti jaga apa yang kau nak makan haha). Most of the time, aku akan imagine kalau aku dah kerja, balik kerja tu aku akan mandi lepastu buat kerja apa yang patut dan petang tu pergi la jogging ke apa. Malam pula aku akan pergi gym la dalam sejam dua (sebab nak badan sedap katanya huhu). Makan pula aku akan ambil makanan yang berkhasiat. Contohnya pagi-pagi tu breakfast cereals and lengkap la semua sampai ke malam. (sebab waktu aku belajar dulu biasanya aku skip breakfast and selalu makan lunch dengan dinner ja, kalau waktu miskin makan megi jelah the whole day)

Realiti : OKAY SERIOUSLY GUYS, ini memang aku failed teruk! Bukan failed yang sikit-sikit haha tapi failed yang banyak nak mampus. Aku balik dari kerja ja memang aku tak tidur tapi aku main phone ja sampai ke petang. Petang tu nak jogging punyalah malas macam kena tindih dengan bulldozer kot! Aku tetiba akan berjogging kalau berat badan aku dah mencecah tahap peti ais dua pintu. Kalau aku rasa aku tak cukup gemuk lagi, aku rela bermalas-malasan dalam bilik. Ya Allah makhluk apalah yang malas sangat ni. Sebenarnya aku boleh ja kalau nak menulis blog ke apa, sebab memang literally petang-petang aku bosan gila tapi AKU TAK TAHU APA YANG AKU BUAT.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, aku berpendapat bahawa waktu kau muda (maksud aku zaman belajar la) dan masih belum bekerja, kau memang nak macam-macam. Kau rasa macam semua benda tu penting untuk kau dapat dan kau realisasikan. Tapi, bila kau dah masuk ke alam perkerjaan ni, pada aku kau akan tahu prioritize kan benda dalam hidup kau. Certain things tu kau akan rasa macam tak perlu kot. Semakin lama kau bekerja, semakin nampak la flow dan apa perancangan kewangan kau. Jangan risau kalau kau macam boros gila waktu mula-mula dapat gaji. Bagi aku itu normal, sebabnya itu first time kot kau dapat duit seumur hidup kau. Apa salahnya nak gunakan duit tu untuk beli barang yang kau nak. Bila dah lama bekerja, nanti kau rasa macam tak tahu nak beli apa dah sebab semua dah ada haaa. Cuma apa yang kena fikir ligat sikit ialah macam mana nak beli rumah lah.

Setakat ni perancangan aku cuma nak beli tanah and buat rumah atas tanah tu. I want my own space! dah lama membesar dekat taman perumahan rasa macam bosan pula. Teringin nak mendalami cara hidup orang kampung haha walaupun menebas apa semua satu habuk pun aku tak pandai! Okay lah kan asalkan kita punya matlamat tu ada


Akhir kata, mohon bantuan semua yang membaca blog aku ini untuk mendoakan kejayaan murid-murid aku dalam peperiksaan UPSR. Dengar kata result keluar 21 November ni. Semoga mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha mereka sendiri InshaAllah.
See you on the next blog post! :) 

Thursday, September 7, 2017

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, syukur. Akhirnya berjaya juga menghabiskan pelajaran dan menggenggam segulung ijazah (tapi dia tak bagi dalam bentuk gulung pun actually) setelah selama 5 tahun setengah berhempas pulas mempelajari segala teknik, pedagogi dalam pendidikan. Tidak terungkap kata-kata kerana diri ini sebenarnya masih lagi tidak percaya akan pencapaian yang bermakna ini. 
Flashback
I'm not a bright student to begin with. Aku bukannya budak pandai pun, dulu masa sekolah rendah pernah jadi budak target 5A UPSR but I flunked my UPSR. Aku dapat 1A sahaja and turun kelas 2 kali. Okay. Sebab apa? yes, banyak main. Dulu waktu sekolah rendah aku banyak pergi Cyber Cafe. Tempat tu dah macam rumah kedua aku. Pantang ada duit mesti dekat situ jadi tempat persinggahan and to make it worst, aku mula terjebak pergi tempat tu since I was 9 kot! Tapi aku tak buat apa pun selain dari main game. Kerja sekolah apa semua memang tak sentuh (so aku datang pagi ke sekolah and buat kerja sekolah waktu pagi tu). Itu sahaja waktu aku buat kerja sekolah aku haha.

Benda ni berlarutan sehingga aku masuk sekolah menengah. Aku merupakan lepasan pelajar sekolah agama sebenarnya. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah merupakan tempat yang aku banyak belajar pasal kehidupan. It was an eye-opening experience bila waktu form 1 aku duduk asrama walaupun rumah dekat. Macam-macam aku belajar waktu dekat sekolah agama. And, yeah aku masih lagi "ketagih" pergi Cyber Cafe. Waktu tu aku diperkenalkan dengan online games. Segala jenis game online semua aku dah main. Paling banyak main waktu tu ialah DOTA. Bayangkan berapa banyak duit aku habis kalau main dota tu 1 game = 1 jam. 1 jam = RM2 kau kena bayar. Sanggup ikat perut nak pergi cc kot.

Hasilnya? Keputusan PMR tidak memberangsangkan. Disebabkan aku ni bukan gifted student, tak study apa memang tak dapat cemerlang lah. Tapi Alhamdulillah takdalah teruk sangat walaupun malas nak study. Waktu form 4 ada peperiksaan besar juga untuk sekolah agama, SMA (sijil agama). This one aku dapat Pangkat 2 (Jayyid Jiddan), waktu tu paling tinggi ialah Pangkat 1 (Mumtaz). Kira not bad juga result aku tapi Bahasa Arab teruk.

Waktu SPM pula, aku dah mula fikir nak sambung study dekat mana. Kebiasaannya pelajar sekolah agama akan melanjutkan pelajaran ke Kuliyyah Pekan, untuk ambil STAM (Sijil Tinggi Agama). Taraf STAM ni dah macam diploma lah tapi yang bestnya, dalam masa setahun kau dah boleh habis and terus boleh further ke degree. Waktu form 5 tu kira macam kau ada conflict juga nak decide mana satu terbaik untuk kau. Aku tak tahu aku bagus dalam bidang apa, aku memang nekad tak nak ambil STAM sebab aku tak berapa bijak menghafal dan bahasa arab aku pun teruk :( . Aku suka bidang graphic design, tapi mak aku tak bagi and susah dapat kerja (thank god mak aku tak bagi).

Dalam banyak-banyak result, result SPM aku sahajalah yang aku boleh banggakan. Walaupun result aku cukup makan je sebenarnya. Aku bersyukur. So, bila dah dapat result SPM semua tu aku dah mula fikir macam-macam. Dengan result yang tak seberapa, boleh ke aku nak masuk universiti? For your information, aku tak credit Mathematics. Mathematics aku sangat teruk sebab I don't like maths. Kesian kadang-kadang dekat cikgu yang ajar banyak kali, tapi aku masih bebal. Mula-mula aku macam nak jadi lawyer, tapi sebab bengap sangat tak kredit Maths aku tak rasa dapat jadi lawyer sebab syarat nak ambil law pun kena at least credit Maths kot?
Bidang yang aku minati

Aku dari sekolah rendah minat English! Macam mana boleh timbul minat mendalam dekat bahasa penjajah ni? Semuanya bermula bila aku pergi Cyber Cafe dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. .I started to speak in English (dalam game jelah kahkah) walaupun Grammar ke laut. Waktu tu aku rasa macam yakin sangat that my English was up to the standard and Grammar aku semua bagus. Subjek ni antara subjek yang aku target A, kalau tak dapat A memang aku frust. Biasanya kalau exam pertengahan tahun susah sangat nak dapat A, mesti score teruk dekat bahagian karangan sebab tulis panjang tapi grammar ke laut cina selatan wei! Tapi Alhamdulillah aku dapat A waktu SPM so that would be a big advantage for me to apply for TESL course.

Nak dipendekkan cerita, aku tak dapat panggilan ke universiti langsung! satu universiti pun tak nak panggil aku.Tapi bersyukur Alhamdulillah, nasib baik aku lulus temuduga IPG dan dapat bidang yang aku minati iaitu Bahasa Inggeris! dan bermulalah cerita macam mana aku boleh jadi seorang guru sekarang ni. (panjangnya cerita kau, mesti ramai skip kot Syed! haha)
Majlis Konvokesyen Kali Kelapan Institut Pendidikan Guru KPM
Aku banyak belajar benda-benda baru dekat IPG. Aku juga banyak improve English aku dekat sana. English aku teruk gila kot sebelum ni, I don't even know basic Grammar (sedih kan?). Cikgu dah ajar banyak kali dah tapi aku yang mudah confuse. Aku tak boleh ingat rules semua tu tapi bila masuk IPG agaknya kita praktikkan benda tu, and selalu tulis dalam English so lama kelamaan you'll learn and improve. Kawan-kawan dekat IPG pula dah macam family sendiri semua supportive and buat apa-apa semua sama-sama for the 5 and a half years. So seriously bila dah kerja ni rasa rindu dekat kawan-kawan and memang tak sabar nak jumpa semua masa konvokesyen tu.


Dapat jubah sahaja masing-masing terus sakan bergambar walaupun jubah aku tu macam selekeh gila haha. Please believe me nak pakai benda dekat leher tu betul-betul satu penyeksaan. Nak iron jubah and benda tu payah sangat haha. Punyalah berhati-hati gosok benda-benda ni supaya nak kemas dan jadi lelaki paling handsome waktu konvo haritu (yakin kan?)


Ini pula suasana dewan pada waktu tersebut. Berdebar juga rasanya nak konvo ni sebab yang akan menyampaikan ijazah pada pagi tersebut ialah Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Nervous bila nak sampai waktu tu sebab takut buat benda bodoh je atas pentas tu haha. Mana tahu kot tersadung lepastu jatuh depan orang ramai tu. Boleh tahan malu juga kan? Alhamdulillah nothing happened dan aku cuma berharap gambar yang diambil waku atas pentas tu lawa lah sebab rasanya macam aku pandang kamera waktu tu tapi tak tahu lah hahaha. Dia punya awkward nak pose depan orang ramai tu memang real weh. 


Alhamdulillah, B.Ed TESL (Hons)


Pada mulanya aku ingat nak hire professional photographer for my convocation day, tapi disebabkan aku rasa macam awkward sahaja nak pose depan camera (aku tak reti nak posing wei!) nanti malulah dekat orang asyik buat gaya yang sama sahaja so rasa macam tak berbaloi pula bayar mahal-mahal tapi end up 10 keping semua gambar sama kan? Lastly aku decide tangkap gambar pakai kamera iPhone jelah. Nampak la juga macam DSLR walaupun tak secantik tangkap gambar pakai DSLR. At least dapat jugalah jimat duit, mungkin ada benda lain yang lebih penting kan?

Apa yang menarik dengan MAEPS ni ialah tempat dia dekat dengan Putrajaya. So, lepas habis sesi konvokesyen tu terus bergerak ke Putrajaya untuk tangkap gambar dekat tempat-tempat yang menarik di sana. Thanks to my sister yang banyak korbankan diri sendiri untuk melayan kerenah aku nak tangkap gambar haha. Aku ni boleh tahan cerewet juga bab gambar ni. Kalau boleh composition, angle semua tu mesti nak on point. Banyak kali lah akak aku kena tangkap gambar hehehe.
Perancangan masa hadapan?
waktu nak ambil jubah sempat lagi berwefie

Bila cakap pasal masa depan, of course aku nak sambung master pula lepasni. Tak tahu kenapa but I feel like apa yang aku belajar tu tak cukup lagi. Kalau boleh nak sambung master dalam bahasa Inggeris juga. I wanna go deeper into the language. Tetapi bila dan bagaimana itu aku tak tahu. Setakat ni perancangan nak sambung tu adalah, cumanya masa, wang dan berbagai benda lagi takda. Biarlah masa yang menentukan. Merancang sangat pun kalau tak diizinkan tak boleh juga kan? :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru saya daripada saya tadika sehingga ke sekolah menengah yang mengajar saya ABC mengeja dan membaca. Tanpa kalian mustahil saya dapat menjadi seorang guru pada hari ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah di IPG yang banyak membantu dan membentuk kami supaya menjadi seorang guru yang baik. Jasa dan budi baik kalian tidak terbalas. Tidak dilupakan juga sahabat seperjuangan yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang saya sepanjang pengajian. Thanks to those who stay and those who left. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian! :)

(Aku terpaksa stop di sini sebab rasa macam dah panjang sangat merapu! Thanks for reading this entry. Mesti ramai skip ni sebab panjang sangat kahkah)

Saturday, August 19, 2017

TEACHER'S DIARY: THE JOURNEY OF A NEW TEACHER

Teacher's Diary

Assalamualaikum and Hello dear readers!

Again, this post would not be written in English because I'm lazy and it's already 12.44 a.m. Aku dah sepatutnya tidur waktu sekarang ni tetapi since aku rasa macam dah lama sangat tak menaip apa-apa dekat blog ni, better aku tulis sesuatu. Rasa kekok pula sebab dah lama rasanya tak menulis, tak tahu nak mula dari mana dan tulis macam mana haha

Okay, sebelum ni kalau kau ingat aku ada cakap yang aku akan update tentang perasaan (yeke perasaan? haha macam pelik) menjadi seorang guru. Ingatkan haritu lepas sebulan posting dekat sekolah, dapatlah aku nak cerita panjang lebar dekat sini. Tetapi tangguh punya tangguh sebab banyak hal yang menimpa, finally today is the day! *mohon buat kenduri kesyukuran okay!
Posting dekat mana?
Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum

Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum, Kuala Krau Pahang. Alhamdulillah, dapat daerah kelahiran aku juga. Jarak rumah aku ke sekolah ni ialah 45 km. Aku memang lahir, membesar apa semua dekat Temerloh. Tapi tolonglah percaya aku tak tahu pun kewujudan sekolah ni haha. Gunong Senyum ni aku pernah pergi tapi bukan pergi buat aktiviti apa pun, hantar akak aku pergi kem sahaja. Itupun waktu aku tingkatan satu. Disebabkan malas nak rushing gerak pagi-pagi unuk ke sekolah, aku duduk di rumah sewa. Aku rasa bersalah sebagai anak jati Temerloh tapi tak tahu dan tak pernah lalu langsung kawasan sekolah ni! (please punish me)

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum
Do I look like their dad? Of course not

Sekolah aku ni dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan juga kubur (serious ada kubur tepi kantin so kau boleh reflect siap-siap cukup atau tak amalan kau nak bawa pergi mati haha). Murid-murid pun tak ramai ada 160++ orang sahaja dan guru-guru pula ada dalam 17 orang. Bila aku masuk sekolah ni, cikgu English dekat sekolah aku tu pun dah dapat pertukaran ke sekolah lain. Akulah guru yang bertanggungjawab untuk mengajar English tahun 6 dan juga ketua panitia. Believe me, mula-mula rasa kekok lama-lama Alhamdulillah I can adapt.
Sibuk ke jadi cikgu?
Calon-calon UPSR SKGS
Aku sendiri tak tahu macam mana nak menjawab persoalan ni haha. Apa-apa pekerjaan pun semua ada sibuknya yang tersendiri lah kan? Cuma kalau kau jadi cikgu, kau rasa macam penat nak membebel. Every day rasa macam ulang benda yang sama. Kadang-kadang rasa macam aku ni membosankan and ada juga rasa macam I failed as a teacher bila budak-budak tak faham apa yang kau ajar. Then setiap hari Sabtu kena buat kelas tambahan untuk budak-budak ni belajar. Aku faham juga usia macam diorang ni kalau dekat rumah memang takda nak sentuh buku dah. Keinsafan tu hanya akan datang sehari sebelum UPSR! (macam ada pengalaman je kan? kahkah)
Best tak mengajar dekat Pahang?
Tak reti kemas ke?
Tempat Mr. Syed yang agak bersepah waktu itu  

Mula-mula rasa macam kecewa juga dapat Pahang sebab dekat sangat dengan rumah. Ingatkan dapatlah jauh dari rumah kononnya atas dasar nak berdikari etc. but nope. Allah knows best. Baru-baru ni aku ada pergi KL nak beli phone baru (ehem dah ada phone) lepastu kena hadap jalan penuh sesak sangat menginsafkan! Aku rasa macam bersyukur sangat-sangat sebab tak posting dekat Selangor atau KL. Bayangkanlah sewa rumah/bilik sahaja sekurang-kurangnya RM300 nak kena ada dah kot. Aku dekat sini sewa RM150 sahaja. Jalan pun tak sesak, tol pun takda. Cuma life lah tak berapa nak ada (sebab aku suka life kl banyak tempat makan bukan nak pergi kelab malam lol)

Tempat Makan Hipster di Kuala Krau
Tempat lepak paling hipster di Kuala Krau

Lagi satu, kawasan sini memang line internet teruk sangat. Dekat rumah sewa aku 4G boleh dapat tapi line 3G memang tak dapat (pelik kan?). Memang cepat drain lah aku punya bateri sebab 4G punya pasal. Dekat sekolah pula memang angan-angan lah kalau kau nak dapat 4G. 3G pun belum tentu boleh dapat. Kawasan-kawasan tertentu sahaja yang kau boleh dapat 3G. Kadang-kadang tu memang GPRS sahaja. Paling teruk no service. Aku tak tahu kenapa kawasan sini semua telco teruk. Celcom ni kalau nak ikutkan antara telco yang mempunyai rangkaian terluas dah tapi still line internet semput. 

Aku pun redha sahajalah guna line 4G. Memang sangat laju tapi dia punya quota pun laju macam air habis. Aku baru upgrade ke plan RM98 dapat 40GB. Kalau habis juga aku stop la main internet. Aku nak pergi main congkak ke, main guli ke. Internet pun mahal stress pula haha. Bila kita complain dekat customer service sama juga. Still takda perubahan apa-apa. 
Apakah harapan anda?
Kelas Tahun 5 SK Gunong Senyum

Sebagai seorang guru, I always want the best for my children. Aku harap depa semua ni membesar menjadi orang yang berguna, hormat ibu bapa, guru-guru dan juga orang sekeliling. Aku takda apa pun nak bagi dekat diorang selain sedikit ilmu yang aku ada. Nak bagi tanah ke, kereta honda ke memang tak mampu lagi rasanya haha. 

Aku rasa setakat ini sahaja catatan aku untuk kali ini. Rasa macam banyak benda lagi nak tulis tapi baru teringat esok aku ada kelas pukul 8.30 pagi. Sekarang dah pukul 2.00 pagi dah. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku berehat dan menikmati tidur yang singkat. Gigih betul aku update blog pagi-pagi buta ni. Tolong doakan Seorang Syed supaya mampu menjadi pendidik yang baik dan juga doakan kejayaan anak-anak murid Syed dalam UPSR :) 

Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, July 4, 2017

DIARI AIDILFITRI SEORANG SYED


*My editing skill has turned out really bad since I haven't used it frequently these days. Sorry for that.

Assalamualaikum and Hi!

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah kita bersama-sama menyambut bulan syawal setelah sebulan berpuasa (dah macam muqadimmah kerja kursus dah ni aku rasa). Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terlebih dahulu saya ucapkan kepada semua pembaca blog Seorang Syed dan juga buat semua rakyat Malaysia yang menyambut. Aku rasa masih belum terlambat rasanya untuk aku menulis tentang hari raya since sekarang pun masih dalam bulan Syawal lagi kan? 

I don't really know what to write about in this entry. I don't have pictures of me celebrating raya with families and that's the worst thing during hari raya that I could think of. Seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, phone aku rosak and masih tidak berganti. I am planning to buy an iPhone but yeah tunggu masa yang sesuai lah dulu haha. Line internet dekat sini pun masih lagi sama, kadang-kadang sahaja dapat 3G and nak blogwalking tu bapaklah susah loading dia lambat betul sampai aku dah give up.
Erti Sebenar Hari Raya

Waktu aku budak yang masih innocent dulu-dulu, aku selalu ingatkan raya ni semuanya pasal duit raya, baju baru dan makanan. Kalau duit raya sikit, baju raya pun tak cantik dan tak banyak rasa macam tak semangat nak sambut hari raya. Kadang-kadang demand nak baju raya yang mahal saja, yang murah sikit tak nak. Lepastu boleh pula minta-minta duit raya dekat orang dengan tak malunya (tapi budak-budak memang macamtulah kan?). 

Bila kau semakin membesar, kau punya perception tentang hari raya tu dah lain. Aku tak kata aku semakin dewasa atau berfikiran matang. Tapi seriously kau punya perception tentang hari raya tu sekelip mata dah berubah. Kalau dulu kau yang minta duit raya, tapi bila dah besar kau yang kena hulur duit raya. Baju raya? tak rasa macam benda tu perkara wajib pun (sebab takda gaji kot? hahaha). Walaubagaimanapun, still perasaan nak sambut raya tu masih sama. Excited macam biasa sahaja cuma priority kau tu dah berbeza. Erti hari raya tu bukan terletak pada baju baru, duit raya dan sebagainya. Pada aku, hari raya ni cukuplah dapat bersama dengan keluarga.

Raya tahun ni aku cuma ada 2 pasang baju raya sahaja. Satu baju melayu, satu lagi baju kemeja dengan jeans. Kalau ikutkan nak beli baju melayu sahaja. Tapi tak tahulah macam mana boleh terbeli jeans dengan kemeja tu. Mungkin sebab jeans aku semua dah ketat-ketat so ini sajalah peluang aku nak tambah koleksi jeans baru (memang biasanya tambah seluar baru bila raya sahaja hahaha). Hari raya aku tetap happening walaupun ada dua pasang baju raya sahaja, Alhamdulillah.
"Bila Nak Kahwin?"

Ni antara soalan "maut" yang wajib ditanya oleh sanak saudara semua termasuk mak cik sebelah rumah kan? Aku personally rasa soalan tentang perkahwinan ni biasa sahaja. Takdalah maut mana pun. Kadang-kadang tak faham kenapa orang nak triggered sangat dengan soalan ni. Pada pendapat aku, kalau orang tanya tentang kita, that shows they care about us. Mungkin kadang-kadang mak cik pak cik kita ni tak tahu nak mulakan conversation tu macam mana. So, apa yang terlintas itulah yang mereka akan tanya.

Tak perlu nak jawab soalan ni secara sarcastic sangat pun. Jawab dengan baik seperti "InshaAllah, doa-doakanlah saya dapat jodoh yang baik" ataupun jawab secara berseloroh "boleh ja kalau pak cik/mak cik nak sponsor majlis saya". Kan lebih baik tu? Tak payah nak tarik muka awkward ke apa. Benda tu benda normal, dah berusia mestilah kena kahwin. Bezanya cuma jodoh kita dah sampai ataupun tidak sahaja. Don't make things difficult.
Tak Dapat Gaji Lagi

Bulan ni dah masuk 3 bulan aku bekerja Alhamdulillah sekejap sahaja rasanya masa dah berlalu. Kawan-kawan yang sama posting dah ada yang dapat gaji 2 bulan. Aku setakat ni masih belum dapat lagi, agaknya mungkin 25.7 ni kot? Ingatkan sempatlah dapat sebelum raya. Hajatnya nak bagi duit raya dekat budak-budak, tapi takda rezeki lah nak buat macam mana. Boleh tahan juga struggle dalam kehidupan nak pergi kerja takda gaji ni. Baju raya nak beli sendiri pun tak lepas haha. Harapnya segala urusan gaji ni selesai la bulan ni.

Bila dah syok sangat menulis ni tak perasan dah entry ni jadi sebuah novel dan dah boleh dibukukan (cuma takda orang nak beli lah haha). Ingatkan takda idea nak tulis apa, sekali haaa ambik kau. Memang dasar Seorang Syed, bila menulis tak reti nak berhenti. Okaylah aku rasa setakat ini sahaja entry aku pada kali ini. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca diari Aidilfitri Seorang Syed yang tak fun langsung ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua! :)

Monday, May 29, 2017

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar dah tiba bulan Ramadhan. Bersyukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Puasa tahun ni rasa lain sikit sebab disambut dengan cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Dah la kerja baru sebulan, lepastu cuti pula 2 minggu hehe. At least, jimat lah sikit duit bila duduk rumah ni sementara tunggu gaji yang tak kunjung tiba tu. Aku seriously takda point sangat pun nak update entry harini. Tapi sengaja push diri sendiri untuk at least ada lah pengisian untuk blog aku ni walaupun agak boring, tapi korang hadap sahaja lah okay?

Sebelum ni selama 5 tahun setengah sambut Ramadhan dekat KL, cuma tahun ni everything is different. Sambut Ramadhan kali ni memang dekat kampung sendiri dan tak dapat bayangkan macam mana kehidupan aku after habis cuti pertengahan tahun ni. Aku dah la duduk rumah sewa dan setakat ni tak mula masak apa-apa pun lagi haha! dapur semua ada, tapi yang takda ialah bahan-bahan nak masak. So, selama sebulan aku duduk rumah sewa ni, aku just panaskan lauk untuk makan sahaja. Tak pernah lagi dapur tu berasap (Oh ya, pernah sekali aku nak masak maggi, lepastu lupa ada letak periuk atas dapur sampai kering air dia dan itulah kali pertama dapur tu betul2 berasap kahkah). Tak dapat bayangkan macam mana puasa dekat rumah sewa tu nanti. Mungkinkah aku akan memasak? Bersama kita nantikan.

Okay aku kena akui yang aku rindu sebenarnya nak berpuasa dengan kawan-kawan waktu dekat IPG dulu. Waktu dekat IPG dulu banyak sangat program yang dibuat waktu bulan puasa ni. Program berbuka puasa sahaja dah tak boleh nak kira dah. Berbuka puasa dengan housemates, classmates, ahli jawatankuasa apa benda lagi semua nak buat majlis berbuka puasa haha. Bagi aku kenangan buka puasa ramai-ramai tu yang best sebenarnya. Kadang-kadang buat potluck sahaja pun, tapi bila makan ramai-ramai berbuka tu jadi seronok. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang aku rindu sepanjang Ramadhan di perantauan
MOMENTS THAT I MISS
1) Iftar with classmates 


Setiap kali bulan puasa mesti kena ada iftar bersama classmates (just because everyone else did) haha. Tapi serious ah mencabar kot nak arrange untuk iftar ramai-ramai. Nak cari tempat pun kemain susah lagi. Aku tak ingat tahun bila, aku suggest tempat berbuka puasa dekat Cheras and it turned out tempat tu mengecewakan gila. Bayar harga punya mahal tapi makanan yang disajikan sikit gila! tak sama macam yang diiklankan dekat twitter. Aku rasa bersalah juga time tu sebab ramai yang tak puas hati. Kalau ikut menu yang dia listkan, ada yang takda pun depan mata. Tapi yang tahun lepas punya memang best, classmate aku cari dekat Groupon and ada discount. Worth the price and rindu nak berbuka dengan korang weh!

2) Gotong royong memasak


Ini antara aktiviti yang aku suka lah waktu bulan Ramadhan. Pihak JPP (perwakilan pelajar) ada keluarkan jadual untuk setiap kelas bagi menyediakan juadah iftar dan moreh. Rindu nak bergotong-royong memasak bagi menyiadakan juadah berbuka puasa. Walaupun aku tak pasti orang lain suka ke tidak buat benda ni, but as long as I enjoyed myself it's good enough kan? Aku suka memasak ramai-ramai ni sebab rasa macam kenduri dan meriah kot. Rindu juga nak makan dalam talam waktu berbuka puasa tu. Biasanya kalau takda duit memang selalu la buka puasa dekat surau. Kalau ada duit sikit, sehari dua tu pergi la berbuka dekat luar. Tapi walau apa pun, budak-budak IPG ni memang pandai memasak bukan hanya pandai mengajar sahaja! Berbuka puasa pun dah rasa macam lauk yang beli dekat restoran dah. Selesai berbuka, terus sambung maghrib berjemaah dekat situ (kena mention ke? haha)

3) Keluar lewat malam


Dekat IPG kalau kau keluar kena balik before 11 malam. Kalau lebih daripada waktu tu, gate dah tutup dan kau kena tulis nama and macam-macamlah. Tetapi, yang bestnya waktu bulan puasa ni ialah waktu curfew dipanjangkan kepada 3 pagi. Maksudnya kau boleh balik ke asrama kau sebelum pukul 3 pagi. Memang heaven la buat semua penghuni asrama waktu tu! Kebanyakannya ramai yang mengambil kesempatan untuk bersahur sama-sama diluar bersama classmates, soulmates dan sebagainya. Kalau macam aku, tahun lepas setiap hari aku pergi lepak Danau Kota. Aku tak tahu pun apa yang aku buat dekat situ tapi serious ah memang seronok pergi Danau Kota sebab aku suka tengok ragam orang. Lepastu beli la apa-apa makanan dekat situ sambil duduk dekat meja makan.

Bila ingat balik memang best lah waktu tu. Ada juga yang ambil kesempatan untuk tengok midnight movie (teruknya orang bulan puasa buat ibadah tapi kita tengok movie haha). Benda ni buat sekali sekala ja. Bukannya tiap hari keluar and tengok movie kan? tapi yang pergi Danau Kota tu memang hampir setiap hari aku pergi kot. Dalam seminggu tu ada 2 3 kali aku pergi. Pergi sana after terawih semua la. Takdalah lepas siap berbuka terus pergi sana. Takda kerja tu namanya hehe.

(waktu ni tengok movie TED dekat Times Square, kalau malam pun kita puasa, aku confirm takda pahala puasa pun aku dapat sebab movie tu penuh dengan carutan yang tak bermanfaat langsung untuk ditonton! haha menyesal)


Zaman-zaman belajar semua dah habis, apa yang tinggal untuk kita hanyalah sekadar kenangan untuk diingati. Terima kasih kawan-kawan kerana hadir di dalam hidup Seorang Syed! Dulu waktu belajar rasa macam tak sabar nak habis, sekarang ni bila dah kerja rasa nak putar kembali masa. Itulah dia manusia, bila benda dah lepas dan berlalu barulah nak ditangisi kahkah. Apa pun, masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam dan juga pembaca blog Seorang Syed. Semoga Ramadahan kali ini membawa 1001 makna dan keberkatan buat kita semua, inshaAllah :)

Thanks for reading! 

Sunday, May 21, 2017

PHONE ROSAK PUNCA SEORANG SYED BERDIAM DIRI


Assalamualaikum dan Hi!

Dah lama rasanya tak menaip dekat blog ni. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindu untuk melihat blog aku dihiasi coretan-coretan Seorang Syed. Alhamdulillah, harini aku cuba untuk clearkan kepada semua fans-fans aku (hahaha please Syed) tentang kenapa aku tak update blog. It's not that I've been really busy these few weeks. Tapi seriously banyak ujian-ujian yang mendatang lepas aku mula mengharungi alam pekerjaan ni. Firstly, aku pengguna Umobile dan malangnya rangkaian Umobile sangat teruk dekat sekolah aku. Tambahan lagi dekat rumah sewa aku pun aku tak dapat access kepada internet. Rugilah aku bayar RM70 tu tanpa sebarang penggunaan internet kan? So. I've changed to Celcom.

Walaupun Celcom punya line pun takdalah bagus mana pun. Rangkaian dekat sekolah aku pun not that stable. Kadang-kadang sahaja dapat 3G. most of the time dapat 2G sahaja and kadang-kadang GPRS. Apa yang penting, better daripada Umobile la even monthly aku kena bayar RM80. Aku tak kisah sangat la sebab dah mula kerja kan, so kena invest la sikit untuk penggunaan aku sendiri sebab dah ada gaji kan. Lepas beberapa hari aku guna Celcom (tak sampai seminggu pun seriously), phone aku buat hal. Phone aku tiba-tiba terpadam sendiri waktu aku tengah charge. Nak on balik semula tak boleh sebab dia stuck dekat loading screen. Insan mana yang tak kecewa teman-temanku sekalian? :(

Aku tak kisah kalau dia nak rosak bila aku jatuhkan dia dalam longkang atau jamban. Tapi masalahnya boleh pula dia rosak waktu aku tak gunakan langsung. Dah la waktu tu aku tengah tidur. Bertambah stress pula rasanya! Makluman untuk apa-apa aktiviti sekolah dah la semua ada dekat whatsapp. Takda phone ni buat aku rasa macam orang bodoh yang tak tahu apa-apa perkembangan dunia. Nak bagitahu cikgu-cikgu lain tak dapat maklumat sebab phone rosak pun rasa macam "lame nya alasan kau ni Syed". Rasa down sekejap sebab phone aku tu masih under warrantyThe best part is aku dah buang resit pembelian phone tu sebab aku rasa dah nak setahun and mustahil akan rosak hahaha.

Alhamdulillah, berbekalkan kebijaksanaan aku, aku berjaya dapatkan salinan resit pembelian untuk bukti nak claim warranty. Semalam lepas habis waktu sekolah terus bertolak ke Kuantan daripada Temerloh. Semalam juga nyaris dua kali nak accident sebab mengantuk punya pasal. Penat kot baru balik sekolah terus kena gerak ke Kuantan. Nak kejar masa sebab takut office dia tutup padahal dah sampai pun tak boleh proceed sebab takda bil. Thank god, ada cousin yang sudi membantu untuk passkan phone tu semalam and I need to wait 2 weeks approximately to get my phone back. Hopefully, everything is good and haraplah dapat replacement phone baru.

Dah lama juga tak melawat blog kawan-kawan blogger. Bukan tak nak atau takda masa, tapi ni la halangannya. Rasa macam bersalah sangat sebab tak blogwalking dah. Masalahnya aku nak buka blogger dashboard pun dah struggle macam apa. Belum lagi nak loading blog-blog, satu malam pun tak habis loading lagi agaknya. Maaf ya, nanti bila semua masalah dah selesai I'll try my best to visit everyone! 

Tak sabar nak tulis pasal hari guru, kerja baru and stuff. tapi tulah banyak sangat halangannya. InshaAllah aku akan tulis juga apa yang dah dirancang tu satu hari nanti. Amin, thanks for reading walaupun blog aku dah lama tak berupdate. Aku rasa sangat terharu sebab ada juga yang singgah tiap hari walaupun tanpa ada pengisian apa-apa dalam blog aku. I really appreciate it guys! Thanks again for your support :)

Thursday, April 27, 2017

DAPAT HADIAH DARIPADA LAZADA

Dapat Hadiah Daripada Lazada Malaysia

Assalamualaikum dan hello! :)

Okay, harini akulah orang yang paling bahagia sekali dekat dunia ni. Siapa tak happy kan bila dapat hadiah? lagi-lagi bila hadiah yang kita dapat tu merupakan hadiah yang kita nak. Bukannya senang orang nak bagi hadiah dekat kita. Biasanya kita akan dapat hadiah daripada orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Mana ada total random strangers yang akan bagi kau hadiah (unless kau Siti Nurhaliza tak hairanlah). Kalau kau nobody macam aku, memang harapan la nak orang bagi kau hadiah. Kena ada partner lah dulu kot. Mana tahu pakwe/makwe kau nak buat surprise birthday naik  limousine. So, bila dapat hadiah daripada Lazada ni pun aku dah cukup bersyukur :')

Actually Lazada bukannya bagi hadiah randomly dekat aku pun hahaha padan muka kena tipu. Sebenarnya "hadiah" yang aku maksudkan ialah hasil daripada baucer shopping yang aku menang dekat lazada waktu Lazada Birthday Bloger Contest dulu. Sebenarnya dah lama dah dapat baucer RM150 tu. Tetapi disebabkan aku tiada online banking, aku terpaksa peram lama-lama baucer tu. Kebetulan pula waktu Minggu Amanah Saham dekat Temerloh baru-baru ni, Maybank ada buka booth. Aku terus buka akaun dan daftar Maybank2u dekat situ! Lepas ni memang kencang lah aku beli barang online.

Disebabkan aku bakal masuk ke sekolah pada 2 Mei ni, so sebelum bekerja better aku persiapkan apa yang patut. Bila fikir balik barang-barang yang aku takda, memang banyaklah. Antaranya ialah jam tangan. Dah lama sangat sebenarnya nak beli jam tangan tapi takda duit lagi nak beli (sobs). Kebetulan pula ada baucer Lazada ni, memang senang lah kerja aku. Semalam aku mula survey jam-jam tangan yang menarik untuk dibeli di Lazada. Memang banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Baru aku sedar yang aku ni tak boleh la shopping online. I NEED TO FEEL AND TOUCH THE THING barulah boleh tahu jam tu kualiti dia macam mana kan?

Casio Men White Dial Stainless Steel Strap Watch
Lepas penat aku study website lazada tu yang setiap page dia tu habis aku teroka, I've decided to buy this watch! hahaha aku tak tahu la cantik ke tidak di mata korang. Tapi bagi aku okay sahaja kot sebab dia simple sahaja designnya and mungkin kalau ada warna biru ke dekat ring (cermin) dia tu lagi okay kot. Mana-mana pun okay lah sebab tengok gambar macam cantik kan?

Feedback

Lagi satu, aku beli jam ni sebab dia punya reviews semua elok-elok. hahaha aku terpengaruh weh dengan apa yang orang tulis dekat situ. Sebab semua cakap cantik, so aku pun lebih berkeyakinan untuk beli jam ni. Dasar takda pendirian diri betul syed! lemah betul sebab boleh terpengaruh dengan kata-kata manusia macamni! huh. So, tanpa berfikir panjang aku pun order lah jam tersebut.

Order hari semalam harini dah sampai!

Apa yang best dengan Lazada ni ialah, shipping dia cepat gila. Aku order semalam dan harini dah sampai dah! (except for another thing yang aku order sebab barang tu dari China so impossible lah). I'm so excited bila nampak van Pos Laju depan pintu rumah aku tadi haha. Rasa macam bagi hadiah dekat diri sendiri pula, tapi seronok! *iyalah takda orang nak bagi hadiah dekat kita kan :(

Jam dah sampai

Tadaaa! inilah dia rupa jam yang aku dah dapat tu. Memang puas hati la dengan barang ni. Apa yang aku tengok dalam gambar tu, sebijik la dengan apa yang aku dapat. Jam pun di bungkus dengan kemas, takda calar-balar semua siap ada bubble wrap lagi. So, memang puas hati habis.

Teruja dapat jam baru

Ni nak bagi gambaran yang lebih jelas lagi 
SESI PHOTOSHOOT
Men's Watch

Ingat manusia sahaja yang nak photoshoot? Jam aku pun kena lah juga photoshoot. Sexy betul jam ni dengan sentuhan seorang syed ni fuhh.

Men's Watch

Cantik pula gambar aku tangkap ni. Dah macam advertisement jam dah ni. Tiba-tiba rasa macam nak jual jam bila tengok gambar ni hahaha okay puji diri sendiri lagi.

Men's Watch

Perghhh tu sebenarnya tangan ke atau arang? Macam kayu pun ada juga. Kayu yang orang dah buat unggun api tu ha. hahahaha tolong bagitahu aku guys.

Thanks Lazada for the voucher! :')
and
Thanks everyone who reads this super lengthy post
(tak percaya aku taip sepanjang ni pasal jam hahaha!)

Wednesday, April 26, 2017

PENGALAMAN SEORANG PELAJAR TESL - APA YANG TELAH DIPELAJARI

Pengalaman Seorang Pelajar TESL

Assalamualaikum dan Hi!

"English saya lemah boleh ke saya nak apply TESL?"
"Kalau ambil TESL belajar English saja ke?"
"Saya speaking English tak boleh sangat, macam mana nak interview TESL nanti?"
"Kalau ambil TESL tak nak jadi cikgu boleh ke?"

First of all, sebelum aku mula untuk menaip dengan lebih panjang berjela-jela 10 muka surat, kau tahu tak TESL tu apa? Kalau tak tahu, TESL ialah singkatan kepada Teaching English as a Second Language. The word "teaching" indicates that TESL students are going to be an English teacher in the future. Beza diploma/ijazah Bahasa Inggeris dengan TESL ialah, TESL ni more specific to education. Kau akan belajar cara-cara nak handle budak, cara-cara nak mengajar and all that kind of school-related stuff. Manakala, kalau kau ambil course Bahasa Inggeris sahaja, jurusan tu lebih general (aku tak tahu sangat apa content dia so tak boleh nak ulas). Ambil TESL tak semestinya kau kena jadi cikgu, boleh sahaja kau jadi benda lain sebab bidang bahasa ni luas.

English merupakan salah satu subjek kegemaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Kalau ada subject English dekat sekolah, aku lah manusia yang paling excited nak belajar. Kalau teacher English tak masuk kelas waktu tu, I was the one who disappointed because the only subject I love is English. Tapi still, English aku wasn't that good walaupun dapat A on paper kan. Grammar apa semua berterabur. Since I love English very much, I decided to further my studies in TESL.

Jujur aku cakap, sebagai pelajar lepasan sekolah agama, aku macam culture shock juga lah bila ambil TESL ni. Sebab apa? Masuk sahaja maktab tu semua orang speaking. Time dekat sekolah agama dulu memang boleh kira berapa kali sahaja kami communicate guna English (only during English classes and club to be exact). Aku rasa macam awkward dan malu nak cakap bahasa Inggeris waktu aku foundation. Lepas aku dah go through macam-macam latihan, kuiz, assignment dan sebagainya, baru tahu yang aku punya level English tu biasa sahaja. Aku memang lemah sangat grammar waktu tu. Even simple grammar rules pun aku boleh tak tahu (sebenarnya time dekat sekolah pun markah English aku rendah bahagian grammar). Daripada situlah terbitnya rasa macam menyesal ambil TESL
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI DALAM BIDANG TESL?
1. Grammar

Waktu foundation ialah waktu kau menguatkan segala knowledge kau tentang bahasa especially grammar. Seriously grammar yang kau belajar dekat sekolah tu baru sikit sebenarnya. There's a lot more type of grammar yang tak pernah didengari. Aku bayangkan bila ambil TESL ni akan belajar singular plural sahaja (sebab nak ajar budak-budak kan) hahaha rupanya lebih daripada tu. Bila masuk degree pula kau akan didedahkan dengan phonetics. Sebutan setiap huruf, macam mana nak baca simbol yang kau selalu tengok dekat dictionary tu. Waktu foundation pun ada tapi tak cukup mendalam la.

Bawah ni merupakan contoh phonemic chart yang aku dah belajar 
fuhhhhh complicated juga benda ni time buat assignment dulu haha.
Phonemic Chart
2. Teaching

Bila kau dah dilengkapkan dengan basic English yang kau perlu tahu, kau akan diajar cara untuk mengajar English pula. There are many fun ways to teach English. Itu yang lecturer-lecturer aku ajar dekat maktab. Kalau dulu waktu aku kecil, belajar English best tapi agak bosan sebab teacher-centered. Cikgu sahaja yang akan bercakap dan kita just dengar sambil buat latihan. Sekarang ni, selepas KSSR diperkenalkan ada elemen Language Arts di dalam subjek English. Language arts tu best sebab budak-budak akan belajar melalui lagu, cerita, seni dan sebagainya. So, sebagai seorang pelajar TESL, kau juga akan diajar cara untuk menerapkan elemen-elemen fun dalam pengajaran

Cakap sahaja apa yang aku tak buat zaman aku belajar dulu. Kalau nak ikutkan aku punya pemalu ni, nak berdiri depan orang ramai pun tak boleh. Tapi disebabkan aku ambil TESL ni, macam-macam perkara aku dah harungi. Antaranya ialah berlakon, menyanyi (yeah I sang during my lesson in school), story-telling dan sebagainya. Mula-mula tu rasa malu sebab aku memang tak biasa buat kerja macamtu. Tapi memang tuntutan course macamtu, kalau buat nak tak nak sahaja rendah la markah kau. Struggle jugalah nak berlakon dalam English dulu tu. Rasa macam tak natural langsung sebab speaking pun sangkut-sangkut huh!

3. Teori

Okay ini antara benda yang kau kena hadap bila ambil TESL ni sebab banyak sangat teori-teori yang kau kena hafal. Teori-teori ni memang berguna untuk kau ingat dan tahu sebab bila kau nak buat assignment kau kena ada reference. At least boleh kau kaitkan dengan penulisan kau tu. Selain itu juga, banyak teori lain lagi kau kena tahu seperti teori perkembangan kanak-kanak, teori pembelajaran dan sebagainya (sebab dah lupa hahaha). Mostly teori ni kau rasa susah waktu foundation sahaja sebab waktu tu semua benda pun kau kena hafal. Bila kau dah sambung ke degree, fokus dia lebih kepada teaching content and strategies sahaja.

4. Elektif

Walaupun kau ambil TESL, itu tak bermakna kau takda belajar subjek lain. Kalau dekat IPG, kau kena ambil subjek elektif. Antara pilihannya ialah Seni, Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan sebagainya. Lain IPG lain subjek elektif yang ditawarkan. Kiranya kalau kau masuk sekolah, if kau tak ajar English, kau boleh la ajar subjek yang lain. Itulah pentingnya ada elektif. Aku dulu ambil seni. Walaupun aku ni tak berseni mana, tapi inshaAllah kalau aku kena ajar subjek seni kira dapatlah aku ajar sikit-sikit walaupun lukis gambar kucing jadi panda.

Aku rasa itu sahaja yang aku boleh share pada entry kali ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang aku nak ceritakan, tapi aku rasa macam dah boleh dibukukan pula bila nak cakap pasal TESL ni. Nasihat abang kepada adik-adik yang nak ambil TESL, just go for it! Takpa, kalau tak reti boleh belajar. Yang penting ada minat dan usaha. Kalau nak ikutkan, dulu abang pun nak give up dah adik oi. Tapi bila fikir "inilah jalan yang aku ambil, takkan nak berhenti di tengah jalan?" lepastu fikir pula "kalau orang lain boleh? kenapa kita tidak?". Lemah takpa, yang penting usaha tu kena lebih sikit dan jangan give up. Rajinkan bertanya kawan yang boleh membantu dan praktis bahasa tu (practice makes perfect kan?)

Note: Penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tak pasti pula macam mana program TESL di Universiti lain macam mana. Most likely sama sahaja kot rasanya. Kalau ada beza pun tak jauh sangat.

Thursday, April 20, 2017

1001 RAGAM CUSTOMER DI RESTORAN FAST FOOD

Ragam customer di restoran fast food

Salam dan Hi!

Dah genap 6 hari aku berhenti dari menjadi cashier di salah sebuah restoran fast food di Kuantan. Alhamdulillah, I'm happy that I've learnt a lot of new things especially about life. Kadang-kadang kau tak pernah sangka pun benda-benda simple yang berlaku disekeliling kau actually helped you a lot to understand how life works. Kalau kau baca entry Pengalaman Bekerja di Restoran Fast Food, aku ada kongsikan beberapa perkara tentang kenapa aku tak sesuai jadi cashier. Tapi sebenarnya boleh sahaja kalau aku kerja lebih lama dekat situ. Walaupun sekejap, percayalah pengalaman yang aku dapat dekat situ sedikit sebanyak membuka mata aku tentang beberapa perkara.

Entry kali ini aku akan berkongsi tentang beberapa ragam customer yang aku pernah hadap semasa menjadi cashier. To deal with customers is not an easy task. Sebelum ni aku tak sangka pula kerja dekat kedai fast food ni kadang-kadang menduga emosi aku juga. Ingatkan senang sahaja just ambil order, ambil duit dan bagi balance. hahaha rupanya sangkaan kau jauh tersasar Syed! Berikut aku kongsikan beberapa ragam customer yang aku masih ingat di dalam benak fikiran aku.

1) Nak study menu

Ada sesetengah customers ni memang suka study menu lama-lama. Kaunter ambil order tu dah macam tempat study diorang dah kadang-kadang. Aku tak kisah pun kalau customer ni nak study menu lama mana pun sebab aku pun kadang-kadang ada masalah nak fikir "nak makan mana dan nak makan apa". Walaubagaimanapun, biarlah bertempat kalau nak study lama-lama pun. Kalau ada customer yang tengah beratur belakang kau tu, faham-faham lah. Mereka pun tunggu lama juga untuk order. Sepatutnya sebelum sampai turn kau, kau dah fikir siap-siap nak order apa. Tak pun duduk tepi dulu, dan tengok menu dari jauh. Tak payah masuk beratur dulu pun takpa. Bukannya apa, kesian dekat orang lain yang mungkin nak order seketul ayam sahaja tapi kena tunggu 1 jam sampai kau habis order (exaggerate habis aku ni haha)

Kalau customer lain takda yang beratur, aku okay sahaja. Nak ajak aku study sama dengan kau pun takpa. Kadang-kadang study dah lama lepastu cancel order. Pilu betul hati ini.


2) Makan bersepah

Aku bukan nak jadi social justice warrior. Not at all. Makan bersepah ni nampak kau seorang yang sangatlah takda adab. Kalau satu family besar yang makan ramai-ramai dekat restoran and bersepah sebab ada budak-budak kecil, takpa aku faham. Bukannya nak suruh kau kemas dan basuh segala pinggan yang kau guna tu. Cukuplah sekadar tinggalkan meja tu dengan keadaan yang tersusun sedikit. Mula-mula aku kerja aku rasa macam geli jugaklah nak kutip sisa-sisa makanan yang mereka tinggalkan. It took time for me to cope with it haha dalam 2 3 hari macamtu (maklumlah tak biasa buat kerja macamtu). Bila dah lama-lama rasa macam, okay kot sebab benda tu makanan and it's a part of my work. Nak tak nak, aku terpaksa buat juga.

Tak faham kenapa kalau yang dah tua-tua ni makan nasi, ayam semua bersepah atas meja. Kalau budak-budak kecil yang makan macamtu aku boleh faham lagi la. Kalau yang dah tua tahap boleh kahwin dan yang berumahtangga buat macamtu aku macam tak boleh nak brain lah. Is it how you eat at home? Macamtu ke agaknya kau makan dekat rumah? Aku faham, kau memang makan dekat restoran, tapi kenapa ada sahaja orang yang boleh tinggalkan mereka punya sampah sarap dengan keadaan yang tersusun. Kita mudahkan kerja orang, inshaAllah nanti kerja kita akan dipermudahkan. 

3) Berbudi bahasa

Paling suka dengan customers yang bila dia cakap lembut sahaja. Ada sekali tu, customer ni anak dia tumpahkan air dan makanan dekat lantai. Dia nampak macam bersalah sangat sebab lantai tu memang kotor habis. Dia tanya aku ada penyapu atau mop tak sebab dia nak tolong bersihkan. Lepastu aku cakaplah, "takpa nanti kami yang akan bersihkan" (sebab time tu ada customer, aku tengah ambil order). Then, aku nampak dia kutip sendiri makanan dekat lantai tu dengan tangan dia dan letak atas pinggan. Kesan kotor dia lap sikit dengan tisu. Dia tinggalkan tempat tu dengan kemas walaupun ada kesan kotoran lagi dekat lantai tu. Ya Allah, terharu rasa tengok :')

Kita ni sebagai manusia tak lari dari kesilapan kan? kadang-kadang tu adalah aku tersalah ambil order. Lepas aku bagitahu, dia tenang sahaja dan willing to wait for another minute. Itu membuatkan aku rasa lega sedikit. Bila aku hantar makanan ke meja makan pula, ada yang tak putus-putus cakap terima kasih dan menolong aku untuk ambil dia punya makanan. Entahlah, aku rasa macam terharu sangat! bila dengar perkataan terima kasih tu rasa macam terus semangat buat kerja. Rasa nak overtime terus kerja! (okay tu tipu)

4) Selalu bersedekah

Ada satu pak cik ni, dia memang regular customer dekat restoran tempat aku kerja tu. Setiap hari dia akan datang untuk beli chicken porridge. Dan yang menariknya, setiap hari dia beli, duit balance bubur (25 sen) akan dimasukkan ke dalam tabung derma yang disediakan. EVERY DAY GUYS. "Bagusnya pak cik ni, rajin bersedekah"- selalu bermonolog dalam diri. Lepastu mula lah aku reflect diri sendiri. Bila last time aku bersedekah? Pak cik tu sedikit sebanyak mendorong aku untuk membuat perkara yang sama. Walaupun nilainya sedikit, tetapi keikhlasan tu yang penting. Kadang-kadang dia tak nak pun ambil baki tu. Aku yang masukkan sendiri duit tu dalam tabung. Thanks pak cik kerana memberi contoh yang baik kepada saya :)

5) Rajin bersembang

Aku takda masalah pun nak sembang dengan orang. I seriously enjoy any type of conversations (sebab aku dah banyak bercakap kot sekarang haha). Ada sekali tu, waktu tu aku tengah rehat selama sejam. Aku duduk sekejap dekat depan surau nak beristirehat katanya. Lepastu datang this one abang, duduk dekat aku. Sembang punya sembang dah sampai habis waktu rehat aku dah. WE HAD A CONVERSATION FOR AN HOUR GUYS. Bapak lamanya haha. Kadang-kadang aku tunggu sahaja bila dia nak stop bercakap. Tapi takpalah, agaknya seronok kot dapat bersembang dengan aku. Yelah, aku kan Seorang Syed! HAHAHA okay kidding. 

Topik yang dicover oleh abang tu sangat best sebenarnya. Dia nasihatkan aku banyak benda pasal hidup. Lepas dia tahu aku ni bakal bekerja dan jadi cikgu, dia nasihatkan aku untuk beli rumah dahulu sebelum beli kereta. Lepastu dia cakap lah yang dia tak nak aku menyesal macam apa yang dia rasa. Lepastu ada juga sembang tentang ekonomi, perniagaan melayu, kerja susah nak dapat dan sebagainya. Aku rasa macam aku seorang yang sangat ilmiah waktu tu! Walaupun tak berilmu mana, tapi terpaksa acah-acah seperti ilmu penuh didada haha. Thanks random brother for your kindness and time to have a conversation with me :) . At least sejam waktu rehat aku tu bermakna jugalah.
Tak pernah sangka benda-benda kecil yang berlaku dalam hidup kita macam ni boleh memberi banyak pengajaran kepada kita sendiri. Jauh berjalan luaslah pemandangan, kalau aku tak kerja dekat situ, aku tak pernah tahu dan mungkin takkan pernah rasa seperti apa yang aku rasa sekarang. Thanks for the priceless experience my dear customers :')
Thanks for reading!  

Monday, April 17, 2017

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BAGI SEKOLAH RENDAH

In the name of Allah, the most merciful the most gracious
Assalamualaikum dan Hai!

Semakan Penempatan Guru Baharu
Alhamdulillah! Hari ini aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka-sangka oleh semua (aku rasa). Aku menulis entry ini pun masih di dalam perasaan yang tak sangka dan terkejut. Namun aku syukur sangat dengan berita gembira yang aku terima pada hari ini. 

"Penantian itu satu penyeksaan"

Benarlah apa yang orang kata, rasa macam dah lama sangat menunggu untuk dapat penempatan sekolah. Akhirnya terjawab juga pada 17 April 2017. Serius ni tarikh keramat bagi aku (over betul kan, but yeah excited kot!). Alhamdulillah, finally aku akan ditempatkan di negeri kelahiran aku sendiri, iaitu negeri Pahang. Untuk pengetahuan semua, masa aku isi borang penempatan tu aku letak negeri Selangor sebagai pilihan pertama. Tapi, apakan daya jodoh dan rezeki ada di Pahang mungkin. Aku okay dapat mana-mana pun, kalau dapat jauh boleh travel dan ambil pengalaman sikit, tapi dapat dekat pun okay juga. Aku percaya, setiap pilihan tu ada advantages and disadavantages masing-masing. 

Advantages dapat negeri Pahang

1) Dekat dengan mak

Since aku ni anak bongsu daripada 2 orang adik beradik, aku kena jaga mak aku lah. Bila dapat penempatan dekat Pahang ni, inshaAllah la dapat sekolah yang dekat-dekat sahaja. So, takda masalah untuk aku melawat mak aku bila-bila masa aku nak. Lagi satu, kalau ada rezeki untuk dapat sekolah depan rumah, itu lebih bagus.

2) Dah familiar dengan tempat?

Aku memang dari kecil membesar dekat Pahang ni. Dapat penempatan dekat Pahang ni takdalah aku susahkan diri nak survey rumah sewa semua. Tapi memang banyak lagi kawasan dekat Pahang ni aku tak pernah jejak sebab Pahang ni memang besar. Aku tak tahu aku bakal dicampak dekat kawasan mana. Tapi please lah jangan kawasan pedalaman. Aku bukannya lembik dan lemah sangat taknak masuk pedalaman, but I prefer not to go there hahaha. Kalau dapat pun I take it as a challenge la. Bring it on!

Disadvantages dapat negeri Pahang

1) Tak dapat nak travel tempat orang

Bagi aku, aku seorang yang suka memulakan sesuatu yang baru untuk permulaan hidup yang baru. Bila aku dapat tahu yang aku bakal ditempatkan di negeri Pahang ni, rasa macam hmmm. I thought I wanna go to other places. Bosan juga sebenarnya duduk Pahang ni. Teringin nak tengok tempat-tempat orang sementara masih muda tak beristeri dan tak beranak ni lol. Kalau boleh tak nak jumpa orang-orang yang berkemungkinan untuk aku kenal bila dah jadi cikgu nanti haha. Mana tahu kot-kot dapat sekolah depan rumah, lepastu semua cikgu kenal aku. Aku tak kisah, tapi rasa macam tak best la. Kau nak buat apa pun macam limited tahu dak? That's not a big issue pun.

2) Tak berkembang

Orang selalu cakap, kalau duduk negeri sendiri sahaja tak berkembang lah and I do feel the same. Rasa macam "alamak, bosannya nak duduk negeri ni lama-lama!". I want to have that feeling of travelling from different places and when you come back to your hometown, you feel like you belong there. Kalau duduk tempat sama sahaja, rasa rindu semua tu macam kurang sikit. Lagi satu nanti tak boleh la nak berdikari kalau duduk tempat sendiri. Bila rasa macam dah selesa dengan tempat sendiri, kita rasa macam lebih bergantung dekat orang yang kita kenal tu tak seronok.

Akhir kata, aku tak kisah walau dimana pun aku bakal dicampak, aku terima sahaja dengan hati yang terbuka. Even kalau aku terpaksa berkhidmat dekat pedalaman pun, aku terima sebagai satu cabaran. Aku tahu dekat Pahang ni memang banyak lagi sekolah-sekolah pedalaman. I need to get ready for any possibilities. Rasa macam excited dan happy tapi at the same time rasa cuak juga kalau kena campak jauh-jauh kan. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Semoga kita semua dipermudahkan urusan masing-masing inshaAllah!

Thursday, April 13, 2017

NIKMATI DOMINO'S PIZZA DI TEPI PANTAI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN

Domino's Pizza Kuantan

Salam dan Hi!

First of all, ini bukan entry berbayar ya adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian. Aku tak tahu nak buat tajuk entry kali ni dengan nama apa. Takkan nak tulis "Sambutan hari lahir di Pantai Teluk Cempedak" kan awkward sangat bunyinya tu. Hari semalam kan birthday aku, so hari semalam juga aku pau kakak aku untuk belanja aku Domino's Pizza. Aku dah lama teringin nak makan pizza since kerja dekat Kuantan ni. Memang aku craving teruk lah nak makan pizza, kebetulan birthday aku and akak aku cakap nak belanja makan! Aku tengah kerja time tu terus rasa excited lah apa lagi

When it comes to pizza, aku suka Domino's punya pizza. Dia punya rasa better dari pizza-pizza yang lain. Tak tahu la kalau aku sorang sahaja yang rasa macamtu ataupun kau pun rasa macam apa yang aku rasa. Sebab itu jugalah aku tulis "Domino's Pizza" dekat tajuk entry siap-siap sebab aku nak semua orang tahu aku suka Domino's Pizza! (macam penting sangat kan). 

Aku habis kerja pukul 7.30 petang semalam. Dengan gigihnya aku balik rumah, bersiap solat maghrib dan mandi semua lepastu kakak aku ambil dekat depan rumah aku. Dapat lah rehat dalam 15 minit macamtu dan terus gerak keluar. Mula-mula plan nak makan pizza dekat tempat dia so senanglah tak payah nak bawa pergi mana-mana. Tapi disebabkan waktu tu dah pukul 10 malam, dia pun nak kemas apa yang patut dan tak dibenarkan makan dekat situ. Boleh take away sahaja. Terganggu lah kejap plan nak makan pizza! Namun, disebabkan kegigihan aku nak makan pizza, it's okay lah. take away sahaja. Nak makan dekat mana nanti fikir kemudian.

Menu Domino's Pizza

Dah lama tak makan Domino's, sampai aku dah lupa cara-cara nak order pizza ni dan tak ingat dah flavour apa yang best. We have decided to order 2 regular pizzas. Pilihan akak aku ialah Classified Chicken dengan crust Chilli Cheese Burst. Aku pula pilih Flaming Tuna dengan Crunchy Thin Crust. Kalau nak beli pizza dekat Domino's, now ada promotion. RM30 dapat 2 regular pizza 🍕 dan banyak lagi promotion yang lain. Boleh check dekat website Domino's ya. 

Sementara tunggu pizza siap, maka kami pun bergambarlah sekeping dua (lebih sebenarnya) untuk  mengisi masa lapang.

Seorang Syed dan Kakaknya

Aku happy semalam sebab akak aku dia punya sunburn teruk gila lepas hari sukan dekat sekolah dia. Tiba-tiba aku jadi lagi putih dari akak aku dan itu sangatlah satu kejadian yang luar biasa. Banyak gambar yang kena reject just because akak aku rasa dia punya muka lagi gelap dari aku but I'll just put it here and let you guys judge. Kejamnya syed.

Kalau korang pernah baca blog aku, aku ada cakap yang aku suka makan dekat tepi pantai. So, malam tu aku pun ajak akak aku pergi Teluk Cempedak dan menikmati pizza yang dibeli ditepi pantai. Serious memang literally tepi pantai kot. Letak pizza atas pasir sambil duduk bersimpuh bersila.

Classified Chicken Pizza by Domino's

Sebab gambar pizza ni cantik gila, so aku kena share gambar ni dekat sini. Bagi aku pizza Classified Chicken​ ni sedap sangat! Tak sia-sia akak aku order yang ni. Dia jadi sedap sebab crust dia sangat cheesy lepastu ada rasa pedas-pedas. Memang terbaik weh serius! Lagi sedap bila kau makan pizza ni sambil mendengar deruan angin laut dan bunyi ombak. Subhanallah! Cantik sangat pemandangan 😍

Flaming Tuna by Domino's

Flaming Tuna ni bukanlah tak sedap, tapi aku rasa aku salah pilih crust. Dia tak sesuai dimakan dengan crust crunchy ni. Should be eaten with cheesy crust. So most of the pizzas aku yang habiskan hahaha. Akak aku makan sikit sahaja kot. Aku dah la tengah lapar so memang sedap lah nak makan pizza banyak-banyak. Pizza is love, pizza is lyfe kot.


Nampak tak beza gambar yang aku tangkap dengan gambar yang akak aku tangkap? haha. Aku stress betul kalau suruh akak aku tangkap selalu tak kena dengan citarasa aku. Tapi kalau gambar yang aku tangkap, tak pernah tak cantik haaa sabar jelah, nasib baik kau belanja aku pizza kak long! hahaha. Lama juga sesi makan pizza tepi pantai ni. Siap boleh baring lagi atas pasir tu, sebab best kena tiup angin semua. Kalau ada yang dating tepi-tepi pantai tu aku dengan akak aku buat-buat tak nampak sajalah.

Aiskrim Hershey Chocolate

Bila perut kami dah kenyang makan pizza, pergi beli aiskrim McD pula. Aku punya all-time-favourite of course lah Hershey chocolate sundae cone! Walaupun rasa dia a bit sweet tapi okaylah sebab dah lama nak cari aiskrim ni! lepastu try tangkap gambar, macam cantik pula tengok gambar ni, padahal guna camera smart phone biasa saja pun :)

Seorang Syed Dah Tua

Sebelum balik, kena tangkap gambar dulu satu sebagai kenang-kenangan untuk diabadikan. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih kerana memberi aku satu lagi peluang untuk teruskan hidup di muka bumi ini. Thanks to my sister for your effort (beli pizza) dan ambil aku kesana-sini sepanjang aku di Kuantan ini. Walaupun takda sambutan gilang-gemilang dan takda kek, yang penting aku dapat makan pizza dah berjaya buat aku senyum sampai ke telinga! :)

p/s : yeay esok last kerja, goodbye Kuantan! :)
Thanks for reading.