Nuffnang Ads

Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Family Day

Bab-bab family day ni, ct bukan rajin sgt nak pegi...rasanya 9thn lepas last pegi Hari Keluarga Mindef...hihi. Time tu buat kat Taman Tasik Titiwangsa.
 
Tahun ni berminat pulak nak join, lagipun kalau bertuah boleh menang cabutan bertuah pegi umrah ke kan...hurmmm being me, susah laa nak dapat luckydraw tuh...memang tak penah dapat pun..takde luck sedia ;( kena mandi ayaq bunga lepasnih ;p
 
ok tahun ni buat di padang milik Mindef shj...walaupun sampai lambat, ngam2 dgn ketibaan menteri, acara perasmian dalam pukul 930pagi.

 
Menteri merasmikan upacara dgn memotong tali belon nih ;)
 
Lepastu sempat la adlan dgn aqil masuk acara baling gelung dgn baling bola..takde pulak gmbr diorg tgh main sbb time tu mama pun join sekali..bebudak ni baling ikut perasaan jer tanpa strategi, sebab tu la tak menang hadiah cuma dapat jajan...hehe
 
booth funfair tu pun kelolaan bahagian kitorang so dapatla jgk hadiah mainan...senyum sampai telinga dah budak dua org tuh.

 
time menteri masuk booth kitorang ni bolehla curi2 selfie :)


 
padang becak, habisla kasut memasing

 
dapat jugak lanqil posing dgn DS...bagus menteri kami ni very friendly ;)

 
haku tumpang sekaki lah welfie...nak selfie segan pulak hihi
 
kakep kasi kopun rm20, habis  beli sate kebab yg sedap tuh...siap beli 2 bungkus lagi tambah...mcm biasa malas nak tunggu smpi habis, so pukul 12 kami pun ca alip but
 
begitulah aktiviti kami pada sabtu lepas ;))
 

Friday, August 15, 2014

Jamuan Raya Office~


raya belum habis, katanya sebulan... tapi tahun ni agak suram, byk openhouse dibatalkan ;) kawan2 pun tak ramai yg buat makanmakan raya. hehe takpayah kata kawan, tuan tanah ni pun dah bertahun tak buat ;p kesian pulak kat depa dok tanya...

untuk ofis, adalah menjadi acara tahunan. tahun ni macam awal pulak buat which is minggu ke 2...yee sebab nextweeks kan busy dgn urusan pengurusan jenazah mh17, 22hb ni diishytihar sebagai hari berkabung kan... alfatihah pada yg muslim.

berbalik pada citer makan2, tahun ni kite buat konsep gerai. setiap zon diberi senarai menu yg kena bawak. ada 4 gerai / zon yg menyediakan steamboat, laksa utaqa, rojak buah, satay,  lemang, rendang, mushroom soup dan bun serta salad malad. eh kita pun ada hire catering untuk sediakan nasik tomato.

konsep macam ni mmg happening sgt, masing2 berlawan nak hias gerai sebabnye ada pertandingan gerai tercantek... hadiahnya moto skuter. haha

takpela selain gerai, semua ahli gotongroyong sediakan menu. sedap2 belaka hasil air tangan sendiri kateko



aaaaaaaaaa ni gerai zon ct! menu tu nmpk simple tapi renyah gakla nak potong memotong bahan2 salad. sup cendawan lak 3org buat. hehe alhamdulillah ramai puji sedap. maklumlah resipi asli takguna sup dalam tin tu okess

kat bawah ni gerai satay. amboi depa lagi simple, order jer... tapi menu pertama ct makan adalah satay!




 pukul 12 org dah start datang. siap sedia ye nak melayan


deco deco tahun ni berkonsepkan awan biru sempena memperingati insiden mh17. boleh nmpk background awan kat situ.


owh lupa pulak kat gerai kambing golek nih. kawan2 cakap sedap tapi dah ct xmakan kambing, tgk jela. rasa mcm nak try, tapi takut risiko keluar balik jer...


 senyuman penuh keikhlasan dari ahli zon strategik



 KSU antara tetamu terawal sebabnye habis je meeting terus rombongan ahli mesyuarat tingkap sampai.


 eh tetiap tahun mesti nk posim dgn pak berahim. haha sebab dia rajin dok melayan sembang


 dgn ex-officer dan datin kak nik


 geng ex - ex dasarian yg sporting. sejak depa keluar, sunyi sepi ofis tanpa gurauan usik mengusik. yee depa ni lah suka nyakat org semua...


 saje posim dgn cc sebab baju kami sama kaler!



 dgn datuk syuk yg suka nyakat tapi baiknye suka tolong org


 datanglah gerai saya! sup cendawan strategik setia menunggu


 acara last tu gotong royong tapau menu yg tak habis. eh kenapa nasik tomato berlambak2 nih... rupenye org tak makan sgt nasik nasik nih.


lepas dah comot comot baju, muka  berminyak barula ada sesi bergmbr beramai2... tadi kan memasing busy serve tetamu...


 ahli zon strategik bersama SUB dan TSUB... awat bos dah tukaq baju raya...hihi


 bff sebab berkongsi nama yg sama ;p


 inila SUB kami, kebetulan feeling gurly pakai fink. tahun ni takde tetapan tema baju raya, pakai je baju raya yg masing2 rasa cantek vouge de vass bila sarung ;p


 gerai cupcake ni sebenarnya org dah nak kemas, barulah gigih sempat nak posim sini.


 kami di awan biru!

dan kat bawah ni gambar dasarian, tak byk pun dan tak cukup corum... kami warga dasarian mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi dtg ke majlis jamuan raya ni! ;)) jumpa lagi di tahun hadapan. lav

Friday, September 13, 2013

Makan2 Syawal


eh sekejap jer dah hbs bln syawal........meriah betul thn ni punya openhouz, dkt ofis pun kemain berturut2 unit buat makan2. tu belum masuk jiran2 ofis jemput mkn.

minggu pertama masuk keje, dah ada openhouz kementerian then openhouz menteri then openhouz ofis. kebykkan menu yg sama lah.

minggu berikutnya officer pulak jemput pegi rmh. kalini makan lain sikit. nasik daging! susah nk jumpa ok tapi lps mkn boleh pulak pi sakit kepala plus muntah2. maka,  nasik daging xbertahan lama dlm perut ;( agaknya daging rempah tu panas buat haku pening!




 officemate!



minggu berikutnya lagi, ada lagi makan2! Officer belanja beli cake dan kfc sempena kejayaan 5S kali ni. agaknye minggu tu mkn free sajek. murah rezki puan ;)

dan lagi jiran sebelah pulak panggil mkn. berlawan2 buat mkn2 nampaknya........


 Ya Allah ada jgk yg masuk hospital nih! pisau tu kak roziiiii



 meriahnya!


tak habis kat situ, 2 hari lps tu buat pulak surprise party tuk besday girl....masing2 bwk potluck, alhamdulillah walau mknn xbyk tapi cukup. cheese cake kak ani ni yg mahal, ct bwk puding jer ;) habis licin kesemuanyaa

mmg ini ofis terkenal dgn mkn2. mknn sentiasa ada! maka berat bdn naik sekilo lps raya. sebaik sekiloooo  jer kan!! T_T
 

Friday, August 30, 2013

Farewell


owh meriahnya raya.......tiap2 minggu makan makan makan. berat dah naik sekilo ;p

kali ni giliran Unit buat majlis plus majlis perpisahan our boss. yg bertemu pastinya akan berpisah, genap 3thn Tn Hj di Unit CPS, sama dgn ct pun 3 thn cuma beza sebulan jer. takde duka semuanya suka, masa berlalu pantas xsangka dh 3 thn berkhidmat dgn Tn Hj. sebelum Tn Hj, ct dh merasa keje dgn 4 bos selama 5thn, dgn Tn hj plg lama rasanya tapi best sgt. bos yg plg sporting, semua pun mengaku ;)) dan kali ni rasa sgt2 kehilangan...

sokay, pnjg umo kita jumpa lagi ;)

semalam disamping majlis perpisahan, ada jamuan raya. mknn potluck dan tempah. ada nasik tomato. laksa johor, laksa sarawak, nasik dagang, lemang, nasik impit, fruits, cake etc. sate jer takde. pagi mkn, ptg sambung mkn lagiii








selama 5 bos yg ct pernah berkhidmat, ni 1st time ct kasi hadiah hihi. hati saya tenang keje bwh Tn hj so xde masalah nk kasi hadiah kali ni...



 acara potong kek! lps tu kita makannnn