Showing posts with label afiq. Show all posts
Showing posts with label afiq. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

Keperluan sekolah di Uniform gallery Bangi..

Assalamaulaikum..

Minggu pertama cuti skolah dah siap2 beli persiapan abang rafiq..baju sekolah, seluar biru,baju melayu..semua tu me beli kat uniform gallery bangi..memang one stop center utk barang2 sekolah..senang x payah nak g merata cari dah..dengan nak angkut anak kecik lagi kan..


Total me bli semua lbh kurg RM150 utk 3 kemeja , 2 seluar biru , 1psg bju melayu n singlet 1..
Baju kemeja me ambil brand canggih..first time bli so ikut pada pendapat my sis..brand canggih ni ok tak cepat lusuh..tgk la camna nanti..



Beg n kasut pun dah beli...Selesai sudah persiapan sekolah abang rafiq..cuma nak topup sikit2 jer lagi..
Aduhai..nak skolah dah yer anak bujang ni..




Tuesday, 18 August 2015

Gigi Pertama ] Patah akhirnya..


Assalamualaikum...

Bila anak membesar baru ade pengalaman gigi patah..teruja & sangat exsaited bila jadi kat anak kita sendiri..Siap tanya kat mak kita nak buat apa kalau gigi dah longgar ni, iyelah 1st time pengalaman kan..Mak pun suruh cabut sebab gigi baru nak tumbuh..

Kejadian ni seminggu sebelum raya haritu, gigi rafiq ni memang dah longgar tapi takut nak cabut, last2 pergi klinik gig P9,tak sampai 5 minit pun nurse tu cabutkan.. haha lawak pulak.. afiq pun tak rasa sakit, relax je dia..
hmm..ape la..dulu masa kita kecik2 cabut sendiri jer..bila time ank tak berani pulak..


p/s: sekarang ni gigi sebelah yang tercabut tu pn dah longgar jugak.. adoi..nak kena pergi klinik cabut la gamak nya ni..


 

Monday, 2 March 2015

Daftar darjah 1 2016 WP Putrajaya.


Assalamualaikum..


Pendaftaran untuk tahun 1 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2009 telah dibuka bermula pada 1 Mac - 31 Mac..
PerkaraTarikh
Pendaftaran1 - 31 Mac
Pengesahan Pendaftaran 14 hari selepas pendaftaran
Keputusan Penempatan
14 - 31 Julai
Pengesahan Penempatan / Rayuan1 - 30 Ogos
Keputusan Rayuan1 - 30 Okt
Pendaftaran Murid1 Jan

Untuk yang sekolah di kawasan Putrajaya tu boleh klik link di sini... http://public.moe.gov.my/daftartahun1

alhamdulillah, abang rafiq dah berjaya daftar.. sekejap jer anak dah besar.. semoga dapat sekolah yang we all aply tu..


Tuesday, 24 February 2015

Imej Baru..


Assalamualaikum...

Abang Rafiq berimej baru..setelah sekian lama mengekalkan imej "KEMANJAAN" selama ni, so skang kita kasi tukar..

Ini gambar sebelum... Muka manja tu sentiasa ada.. 



Sedang proses.. First time gunting rambut di kedai..

Tara... Ini lah abang Long Rafiq.. hehe... barulah nampak macho sikit.. dah nampak macam abang-abang..
Selalu puji diri kata diri sendiri hensome.. kakak rania pun selalu memuji abang die hensome.. Bila dah rambut pendek ni rindu pulak dengan rambut panjang die tu..



 

Monday, 12 January 2015

Tadika Maiwp ] First Day..


Assalamualaikum..

Hari ni first day ke tadika setelah sebulan lebih bercuti.. Pagi ni pakai baju t.shirt putih dan seluar track suit dulu sebab hari pertama kan.....Tahun ni abang rafiq 6 years so dia akan jumpa kawan-kawan yang lama masa 5 tahun dulu.. 
Be a good boy my hensom..


Semoga abang rafiq terus bersemangat dan cergas selalu.....


Thursday, 27 November 2014

Tadika MAiWP ] Lawatan Ke Bomba..


Assalamualaikum..


Ini last aktiviti tadika abang rafiq sebelum cuti sekolah aritu.. Sebelum pergi bomba tu kemain lagi remind kat me yang dia nak pergi lawatan ke bomba... Pagi tu laju jer bangun, sekali panggil jer terus masuk  bilik air..

Cikgu dia wasap gambar budak-budak kat situ.. Memang seronok nampak nya.. Rafiq tu memang nak gi bomba, tapi takkan ler kita nak masuk dalam tu tanpa arah tujuan pulak..

Ni bila tadika dia buat lawatan ke situ seronok sangat lah dia..

Abang rafiq bersama kawan-kawan tadika...




Anak bujang me yang tengah-tengah tu.. Ahli bomba cilik..





Alhamdulillah.. tercapai jugak hasrat dia nak pakai baju bomba.. hehe.. balik rumah tu excited bercerita pengalaman dia kat sana bersama kwan-kawan..

Tuesday, 25 November 2014

My Rafiq Turn 5th..

Assalamualaikum..

25 November 2014...
Selamat hari lahir yang ke 5 tahun sayangku..
Muhammad Rafiq Adha Bin Rahizal Herey..

Semoga abang rafiq menjadi anak yang soleh, mendengar kata,sentiasa sihat selalu, cemerlang serta berjaya di dunia & akhirat, & sentiasa di bawah lindungan & rahmat Allah SWT... Ameen

Ibu, ayah, adik serta keluarga yang lain sayang abang sangat-sangat...


Kisah sambut birthday sebelum ni boleh tengok kat sini..

cerita masa birthday ke- 4
cerita birthday ke- 2

Wednesday, 12 November 2014

Lego...


Assalamualaikum..

Sekarang ni permainan lego tu dah jadi trend pulak.. Termasuk lah anak bujang me tu, kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak beli lego, tapi beli yang murah-murah je la..kadang tu kat pasar malam beli 3 kotak RM5.. tak mau lah beli yang mahal-mahal.. Kang kalau beli yang mahal asik hilang je..

Yang ni baru lepas pow atuk ngan nenek die..
Khusyuk betul nak memasang nya..Biar dia fikir sendiri macam mana nak pasang ni..


Siap tengok kat kertas rujukan tu lagi.. Kemain lagi yer abang rafiq ni..


Ayah jugak kena tunjuk ajar....tersenyum sebab dapat beli lego lagi...


Ni kalau time ok.. Kalau time mood tak berapa nak cantik, lego tu habis dibaling satu rumah..bersepah-sepah.. me ni pulak kalau menyapu terus je buang.. Sekarang ni jer, me jadi rajin bila bersepah tu, me kutip semula simpan dalam bekas tipu ware jer.. Bila dah kumpul-kumpul jadi banyak pulak..

Permainan lego ni bagus untuk perkembangan otak melalui kreativiti kanak-kanak yang sebaya dengan abang rafiq.. sebab melalui lego-lego tu nanti dia boleh cipta sesuatu benda.. contoh nya kapal terbang @ kereta atau apa-apa saja yang dorang fikir boleh buat.. 


Friday, 10 October 2014

Tadika Maiwp ] Rafiq handwriting..


Assalamualaikum..


Afiq buat kat sekolah.. not bad.. macam tulisan ibu dia masa kecik-kecik dulu..huhu.. Apa yang me nampak, dia lebih minat mewarna dari menulis.. Kebanyakkan buku kat rumah semuanya coloring book..
Tapi kalau suruh menulis pun dia nak jugak..



Semalam afiq tak gi tadika sebab demam..so dia kena ikut ayah gi ofis.. Petang tu me bawak dia gi klinik.. doc bagi antibiotik sekali, sebab tonsil dia bengkak.. Kena habiskan dalam 5 days.. Alhamdulillah afiq jenis yang senang makan ubat.. 
Harini pun sama off day gi tadika... pagi tadi makan nasi lemak sebungkus.. nasib baik dia jenis yang berselera..

Good boy..Hopefully, he will get better soon.. inshaallah..ameen..


 

Monday, 18 August 2014

Sambutan Hari Raya Di Tadika Afiq n Taska Rania..


Assalamualaikum..

Minggu lepas tadika islam al-hidayah MAIWP abang rafiq kat p9 tu ada buat jamuan raya.. Setiap parents bawak lah juadah sikit-sikit sorang..  Memang meriah lah nampak makanan-makanan dorang ni.. Cikgu siap wasap-wasap gambar lagi..
Pagi tu me bekalkan dia bihun goreng singapura n jelly.. Memang semangat betullah abang rafiq nak bangun pagi.. Malam tu dah reminder me nak bawak apa gi tadika..

Pagi tu sebelum keluar rumah siap cakap lagi "songkok abang mana ibu..?"hmm.. kalau hari-hari bersemangat nak ke sekolah kan bagus.. senang hati ibu..


Kawan-kawan sekelas abang rafiq.. 5 tahun semuanya..


Siap ada gambar outdoor lagi.. Kemain bergaya lagi semua orang..


Rania punya jamuan raya hari jumaat lepas..Me bekalkan kuih raya jer.. Gambar kat taska xde la pulak.. Pagi tu dia pun semangat nak pakai baju raya, bangun pun awal..

Sebelum ke taska tu siap selfie dulu.. mood punye lah baik.. dia sendiri request nak pakai tudung.. alolo.. muslimah sejati ni.. comel sangat anak-anak ibu..


Wednesday, 30 July 2014

Daging untuk rendang..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dh sampai kampung..tahun ni ke melako le kita beraya..

Sempat lagi tu afiq bergambar dgn lembu sementara nenek g bli daging.. Lembu ni tgh tggu turn je utk disembelih..redho jer la ye..


Wednesday, 18 June 2014

WW : Random Photos

Assalamualaikum...


Afiq demam @ opis ibu..


Semalam punye cerita..welfie with my doter..

Bulat nyer mata die...

Pagi ini punye cerita.. Semangat nak ke school..

Thursday, 5 June 2014

Comel nyee] Gambar Graduasi Tadika MAIWP 2014...


Assalamualaikum.. 

Gambar ni dah dapat masa awal bulan 5 aritu..
tapi baru nak publish..

Ya hanana budak zaman sekarang.. belum tamat sekolah tapi dah graduate..



me dulu tak pergi tadika pun..sob..sob...


Monday, 2 June 2014

Nasi Lemak Sedap..


Assalamualaikum..

Balik kampung my parents baru ni gi breakfast kat sini.. 
Kedai ni sempoi jer kat pekan BT.18 sebelah jambatan sebelum  ke Sungai Gabai..

Bawak afiq makan kat sini sekali..belum mandi lagi abang afiq tu.. kat belah bawah tu sungai.. Sungai apa ntah nama nya..


Ni sungai nya..sambil makan nasi lemak sambil menyedut udara nyaman...


Nasi lemak kat sini memang sedap sangat.. Sebenar nya makcik ni bukak kedai makan jual roti canai, nasi lemak ni orang lain yang punyer tapi dia letak kat kedai makcik ni untuk jual..Satu hari dia buat 400 bungkus.. aitu asben me duk tanya ngan makcik tu, fuiyooo hebat sungguh.. me pun salah seorang pelanggan tetap nasi lemak orang ni....memang terbaekkk!! harga pun murah RM1.30 jer sebungkus..



Thursday, 29 May 2014

Little Helper Di Rumah...


Assalamualaikum..

Dah boleh diharap abang afiq ni...
Cuti sekolah ni kenalah tolong mengemas rumah yer..



Sambil menyapu mata tengok TV..


Wednesday, 28 May 2014

Cuti Sekolah Bermula..


Assalamualaikum..

Yeay!! cuti sekolah bermula..same goes with tadika abang afiq..
Cuti tadika Maiwp ikut cuti sekolah.. So ikut ibu ke ofis la jawab nya sampai jumaat ni sebelum duduk umah nenek..
Pagi ni breakfast roti canai dengan ibu..

Yummy!!




 

Thursday, 22 May 2014

Sukan Tadika Maiwp 2014


Assalamualakum...

Minggu depan ade sukaneka skat tadika abang afiq..
ibu nye lagi seronok nak attend sukan dia ni..
 tak sabar rasa nya nak tengok afiq..hehe




Tuesday, 20 May 2014

Kad Hari Ibu...


Actually kad ni afiq bagi hari isnin baru ni..
But hari ini baru nak cerita.. Bila dia balik sekolah hari tu terus bagi kat me, owhh...so touching..sob..sob..
Finally i dpt jugak kad dari anak...
seronok sangat..
and now i am a mother of 2 kids who are intelligent, brilliants, smart, talkative, soleh n solehah...







kids grow up very fast.. and me tak nak kehilangan detik melihat mereka membesar...




Wednesday, 14 May 2014

Aqua Watch...@ Jam Air

Assalamualaikum..

Tajuk ntah ape-ape ntah..kemain lagi tapi memang betul pun..magic betul jam tangan ni..me buat demo kat rumah..mase nak beli tu sales girl tu pun ade cakap jam ni bole masuk air siap dia letakkan display jam dalam air lagi..

pagi tadi kek dah nya me dah terbangun awal, so sempat la buat demo sendiri nak percaya betul ke tidak orang yang jual jam ni cakap..bangun awal sangat, so ni lah benda dibuat nya..

haa....u see....tengok lah tu pukul 4.29 pagi tau me gigih gak snap nak ambik gambar..hehe..

murah je jam tu..hihihi.. beli kat stall AEON Melaka..



Hebat betullah jam abang rafiq ni.. jam ibu yang mahal ni pun takut-takut je nak kena kat air..jam abang ni siap boleh direndam lagi..




Jahit Butang Baju..

Assalamualaikum..

Ni baju kedua me jahit butang baju abang afiq..
sebelum ni pun tercabut jugak..nasib baik me ada perkakasan menjahit.. seronok pulak rase nya..
butang tu me beli kat kedai menjahit.. beli yang ala-ala serupa jer..
beli sepeket murah jer dalam 50sen, ada dalam 10 biji butang.. me standby jer mana tau ade baju lain yang takde butang jugak....

















tada....siap sudah!!!