Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Showing posts with label ADAB SOPAN. Show all posts
Showing posts with label ADAB SOPAN. Show all posts

Thursday

NOVEL PUN ADA BAIKNYA

Novel Setia Hujung Nyawa seperti entry di bawah dah habis baca. Start baca Sabtu minggu lepas. Malam tadi baru habis. Novel 500++ muka surat je, tapi habis lambat sebab banyak benda lain nak kena fokus juga.

Baca novel ni tak semestinya kita perlu lalai dengan perkara-perkawa wajib yang lain. Tapi, tak dapat dinafikan, novel tak sama seperti buku-buku agama. Walau bagaimanapun, setiap novel mesti ada pengajaran dan didikan tentang keIslaman dan adat Melayu serta ketimuran yang memang tak lupa untuk dikongsikan bersama. Pendek kata, ada pengajaran di setiap apa yang ingin diceritakan.

Tambahan pula di belakang setiap novel mesti terselit tantang hukum hakam agama yang dirujuk oleh penerbit dengan mana-mana sumber agama yang dipercayai yang ada hubungkaitnya dengan peceritaan novel tersebut. Secara tak langsung, pembaca dapat mempelajari serba sedikit ilmu keagamaan sambil menghayati jalan cerita penulisan novel itu.

Jadi jangan memperendahkan orang yang suka membaca novel. At least, dia ada salah satu hobi yang berfaedah yang boleh dilakukan demi mengisi kekosongan masanya dan menlengkapi kitaran hidupnya sebagai medium hiburan.

Jadi, dengan lafaz Bismillah.. saya nak baca novel ini pula..

Ingat Janji Kita oleh Murni Aqila


Kita jumpa nanti lagi ye, bila novel ni dah habis. Tak pun ada cerita menarik nak disampaikan...

Chow..!

Note: Kadang-kala lebih baik berdiam diri untuk melayan rasa kecil hati 

Wednesday

NOVEL LAGI

Salam, kawan-kawan,

Sekarang tengah baca novel ini...




Sebab tu lambat update blog.. Best cerita ni tau..

Ok, kita jumpa lagi nanti ye. Heheheh.

Note: Kadang-kadang menutup mulut lebih baik daripada bersuara. Mengurangkan dosa kering. Selamat beramal :)

Tuesday

PERNAH DENGAR INI TAK?

Orang kata, kalau kita tak suka seseorang buat macam itu, kita jangan mulakannya dulu. Nanti dia terikut-ikut tindak-tanduk kita sendiri.

Teringat suatu ketika dulu, aku main panjat-panjat tembok kat sebuah surau. Aku kecil lagi masa tu. Baru darjah 5 or 6. Aku nak panjat tembok tu sebab aku nak duduk kat atasnya. Muat lagi la montot kecil aku lagi masa tu. Panjat, duduk, turun. Panjat, duduk, turun. Nampak pula adik aku yang kecil lagi. Beza umur kami adalah 4 tahun. Dia pun terikut-ikut nak panjat juga. Tapi dia kecil lagi kan... Jadi, aku takut dia terjatuh. Terus aku cakap jangan panjat-panjat, nanti jatuh berdarah. Siapa yang susah?

Tapi, adik aku tu tetap nak panjat juga sebab aku pun panjat dan sedang duduk goyang kaki atas tembok surau tu. Lantas ada seorang pakcik yang duduk atas kerusi batu tak jauh dari situ terus menegur aku. Dia kata, "kalau kakak tak kasi adik panjat, kakak jangan panjat-panjat la.."

Pakcik tua tu lembut je percakapannya tapi betul-betul meresap ke dalam jiwa aku. Terus aku menjauhkan diri dari tembok tu sebab muka terasa merah membahang. Malu ditegur begitu. Adik aku tengok aku dah tak panjat, dia pun menjauh dari tembok batu surau tersebut.

Apa yang aku nak perkatakan di sini, memang ramai manusia tak suka orang lain buat apa yang boleh membahayakan diri atau memburukkan keadaan tapi diri sendiri tak pergi cermin diri terlebih dahulu. Orang kata, salah orang lain kita nampak. Salah sendiri buat-buat tak nampak. Yelah, takda orang carry cermin 24 hours sekeliling dia untuk dia mencerminkan diri dak?

Kalau kita nak orang hargai apa yang kita berikan, kita pun kena belajar hargai apa orang lain berikan pada kita. Kalau kita nak orang sayangi diri kita, kita pun kena la belajar menyanyangi orang lain seadanya. Kalau kita nak orang hormati diri dan pendirian kita, kita pun kena belajar buat perkara yang sama.

Kalau kita tak nak orang mention-mention apa yang dia berikan barang pada kita, kita jangan mention-mention depan khalayak orang ramai tentang apa saja barang yang kita belikan untuk dia. Kalau kita nak orang happy apa benda sekalipun barang yang kita hadiahkan untuk dia, kita sendiri jangan buat muka masam bila dia hadiahkan apa saja barang untuk kita walaupun bukan idaman kita.

Dalam keadaan dan persekitaran macam mana pun, manusia lebih suka melakukan perkara apa yang dia suka tapi dia tak mahu orang lain terikut-ikutnya. Contohnya, kalau kita tak suka orang lain suka suki ambil cuti tanpa sebab, kita jangan suka suki nak memonteng dan mengular saja. Kalau kita tak suka orang lain shopping time office hour, kita pun jangan seronok nak buat perkara yang sama. Kalau kita tak suka orang yang baru pulang bercuti masuk kerja buat muka blur, kita jangan nak suka suki perli-perli dan kondem dia. Kalau kita pantang betul orang lain masuk kerja lambat, balik nak cepat aje, kita jangan nak seronok buat ofis ni macam mak bapak kita yang punya. Kalau kita memang benci dan menyampah kalau ada orang perasan yang dia adalah seorang boss, jadi kita pun jangan sibuk nak jadi bossy. Udah-udah la tu...

Jadi, nak buat sesuatu fikirkan la dahulu. Jangan suka menegur orang kalau diri sendiri pun tak betul. Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Takde ketam pun yang berjalan lurus, sebab kaki tak berbedung!

LOVE BITES, KENCING DEPAN ORANG

Hohohoho...

Tajuk panas! Panas! Memang panas!

Hari tu aku terserempak dengan sorang mamat ni. Aku tau dia dah kahwin. Bukan berpacaran. Sebab dia adalah jiran aku sendiri. Kui.. kui..kui.. 

Dari jauh dah terperasan ada 2-3 lebam merah-merah kat serata leher dia. Maklumla lelaki, just pakai t-shirt round neck pon dah boleh nampak segala pangkal leher. Aku dah agak itu mesti love bites. Tapi tak sure. Takut tersalah sangka. Pastuh aku bisik kat husband aku sendiri. Nak bisik pun agak-agak la jauh sikit supaya husband aku nanti sempat pandang pada lebam-lebam kat leher dia. Sibuk je aku nak suruh laki sendiri usha kan?

Bila dah jauh sikit dari jiran aku tu, aku tanya la betul tak itu love bites? Hahahaha.. masing-masing terhambur ketawa. Macam manala jiran kami tu boleh tak perasan ada banyak love bites kat leher dia? Adoi... kalau aku sure dah malu. Yelah, walaupun dah sah jadi suami isteri tapi tanda-tanda begitu tentula segan nak bagi orang nampak. Sebab nanti orang cakap "fuhhh.. ganasnya bini dia!". Takpun orang kata, "bini dia geram sangat kot, lama tak dapat". Kih..kih..kih.. tak boleh aku tulis lebih-lebih dialog tu. Nanti blog aku jadi blog lucah. Tidakkk!

Uols yang lelaki, sebelum keluar rumah rajin-rajin la usha kat cermin. Kot tak perasan ada love bites kat tempat-tempat terdedah kang ada yang nampak terus melompat nak balik rumah buat kat pasangan masing-masing pulak. Manakala yang perempuan-perempuan pula, kalau ada kat leher-leher tu bolehla cover dengan tudung bagi yang bertudung. Agak-agak nak pergi masuk surau, kalau teringat ada love bites kat leher, jangan la bukak tudung depan-depan orang. Nak ambil wuduk, pastu cepat-cepat la pakai tudung semula. Malu beb... huhuhu..

Ada juga member husband aku kat tempat kerja. Ye, kira lecturer juga la kerjanya. Selalu muncul pagi-pagi mesti ada love bites kat leher dia. Tapi husband aku kata sekarang dah tak nampak dah. Member-member semua pakat gelak belakang. Nak tegur takut dia yang malu. So masing-masing buat donno je la. Tapi kalau dah kerap nampak, orang boleh mengata.. "agak-agakla beb..." Huhuhuhu

Ok, ini cerita pasal lain pula.

Pernah sekali hari tu kami baru pulang dari makan petang kat satu kedai mamak. Dari jauh aku ada nampak seorang warga emas ni dok usha-usha line pastuh tangan dia dok raba-raba seluar. Awatla pakcik ni pelik semacam pulak perangai dia? Then bila kereta kami dah dekat dengan pakcik tu, baru aku tau dia nak buat apa. Dengan selamba badak, dia coootttt je kat tepi kereta orang. Coootttt berdiri pulak tu! Siap nampak anu pakcik tu. Adoi... pakcik, tak mau la saya tengok anu pakcik tu. Tapi kalau pakcik dah tunjuk depan-depan, kami tadah aja la mata ni. Ayoyoyoyoooooo...

Buat malu je beb. Dah la berkopiah bagai. Kalau kaum lain tengok tak ke boleh mengata? Carila tandas kat kedai mamak tu pakcik. Dah dekat dah pun. Tak tahan sangat ke? Tak pasal-pasal kami dapat dosa.

Tapi husband aku kata mungkin pakcik tu nyanyok atau tak betul kot. Aku rasa kalau pakcik tu nyanyok atau tak betul tentula pakaiannya compang-camping. Ni elok je pakai baju dan seluar yang proper siap berkopiah. Siap pandang kiri kanan nak cooottt. Kira tengah usha line la tu takut orang nampak. Tapi ramai orang kat situ takkan takde mata yang memandang dak? Adoyai pakcik...pakcik...!

Camimi siap tanya nape mommy jerit? Siapa yang kencing? Oh, lupa ada anak kecil dalam kereta sedang perhati apa mommy and daddy dia cakapkan. Oh.. silap! Cepat-cepat aku cover line kata ada cat besar kencing tepi jalan. Shame..shame..!

Hihihihi...

Friday

MACAM MANA NAK BAGI ALASAN?

Salam Jumaat uols,

Paling best malam tadi husband tak keluar pergi main badminton as usual. Bukan bersedia untuk mengharungi  malam Jumaat tapi sebab memang aktiviti saban minggu tu tak jadi nak buat semalam. Sudahnya, dia tidur awal dan aku menonton tv berseorangan. Cit!

Bukan suka mengikat suami untuk tidak keluar waktu malam, tapi aku suka dia luangkan banyak masa dengan kami sambil menonton tv atau melayan karenah anak. Kadang-kadang dalam seminggu 2-3 malam asyik kena tinggalkan saja kat rumah. Kadang-kadang aku rasa life aku terpaksa dikongsikan dengan life dia dengan kawan-kawan. Tak silap aku, pakej wang hantaran dan mas kawin aku dulu takde termasuk pun nama kawan-kawan dia. (kejam ke aku?!)

Okla, cut the story. Kali ni aku nak cerita pasal MLM ~ Multi Level Marketing. Sekarang ni ada seorang lecturer kat ofis suami  aku beria ajak aku join MLM ni. Aku tamau la cerita MLM apa dan jual produk apa. Sebab aku pasti ada dikalangan readers aku ni ada join MLM tapi berlainan produk. 

Bukan aku nak perlekehkan sesiapa yang join MLM, tapi cukup-cukup la nak ajak aku join. Aku memang taknak. Sampai aku sendiri tatau macam mana nak mengelakkan diri daripada berjumpa dengan lecturer perempuan kat ofis suami aku tu.

Ok, produk dia of course untuk kesihatan. Bukan untuk dimakan dan bukan untuk diminum tapi dipakai atau digunakan. Aku dah lama kenal produk ni dari zaman sebelum aku fly ke Germany lagi. Tapi sebab harganya mencecah riban-riban, aku tak jadi nak beli. Ada je installment tapi aku tak suka nak bayar barang cara installment. Ada duit sederap, terus bayar. Takyah pening kepala fikir duit nak bayar bulan-bulan. Tapi aku ni jenis bila banyak duit terasa sayang nak perabihkan. Mula jadi kedekut.

Kalau aku tak beli produk keluaran company tu, boleh je aku beli produk yang lebih kurang sama tapi brand lain yang tak kurang bagusnya. Harga pula jauh lebih murah. Tapi kualiti dan keberkesanan masih boleh dipuji.

Samalah contoh kalau kau ada duit dan nak beli kereta. Duit kau cukup nak bayar downpayment kereta Honda Civic dan bayaran bulanannya pun kau rasa mampu. Tapi sebab kau nak pertimbangkan antara keperluan dan kehendak. Maka, kau memilih hanya untuk memiliki kereta Honda City atau Ford Fiesta yang mana downpayment dan bulanannya jauh lebih rendah. Yang penting ianya adalah kereta. Asalkan boleh angkut kau ke mana saja kau suka. Kemewahan kau letak ke tepi.

Apa yang aku nilai bila seseorang ajak aku masuk MLM dan jadi downline dia adalah cara dia memperjelaskan tentang produk nya dan company MLM tersebut. Tapi, apa yang aku pasti tentang lecturer perempuan ni adalah dia lebih suka nak bercerita tentang bonus, pendapatan bulanan, holiday trips, dan cara mendapatkan modal untuk join MLM berbanding nak bercerita tentang kehebatan produk tu sendiri. Kau jual produk ke kau jaja cerita tentang kekayaan yang kau dapat dengan menyertai MLM ni?

Kebanyakan orang memang begitu. Sebab nak suruh jadi downline, dia gelapkan mata kita dengan duit, kekayaan dan kemewahan. Produknya entah ke mana. Padahal aku suka nak dengar cerita tentang kehebatan produk tersebut yang dijual dengan harga riban-riban padahal aku beli kat luar benda yang sama tapi brand lain dalam ratus-ratus je. Sampai sekarang kalau aku pakai masih elok, baru luak sedikit!

Lagi satu, aku memang suka baca blog Aidid Muaddib. Uols nak tahu pasal apa? Just click link pada nama tu dan carila apa jenis produk MLM kat Malaysia ni dia ada tulis. Bila aku dah baca blog mamat ni, lagi la susah aku nak join segala bagai produk MLM.


Walaupun bahasa dia kasar tapi sedikit pun aku tak terasa sebab aku bukan di kalangan orang yang dia katakan tu. Lagipun, mungkin cara penulisan sebegitu yang boleh menyedarkan ramai manusia di luar sana. Cuma apa yang aku tabik spring kat blogger ni apabila dia come out dengan segala datuk nenek info dan bukti yang dia dapat dari internet. Bukan omong-omong kosong je. Dari segi penulisan pun aku pasti blogger ni jenis yang rajin membaca dan reti mana nak cari info-info tertentu. Cuma kita sebagai readers terpulang samada nak percaya atau tidak dengan info dan bukti yang diberikan.

Setakat ni banyak alasan dah aku berikan kepada lecturer perempuan tu. Contohnya, aku kata "aku takde modal sebesar tu" sambil aku senyum kat suami aku sendiri. Beria lecturer perempuan tu minta suami aku buat personal loan kat Bank Rakyat sebab government servant mudah nak dapat kelulusan. 

Semalam kami berjumpa lagi. Selalunya sementara nak tunggu suami aku habis mengajar, aku akan lepak dengan Camimi dalam bilik dia. Tau-tau je lecturer perempuan tu yang aku dah ada kat dalam bilik laki sendiri. Cepat je dia ketuk pintu bilik. Aku memang dah syak itu dia sebab baru-baru ni suami aku cakap yang lecturer perempuan tu tanya samada aku nak join ke tak?

So, aku dah plan yang aku akan alihkan perbualan aku dengan cerita dan soalan lain. Selama lebih 30minit menunggu suami di dalam biliknya, kami sibuk berbual pasal anak, sekolah tadika, subjek yang dia ajar, pasal kerja dan lain-lain. Langsung tak sentuh pasal MLM. Dan bila suami aku masuk je bilik, suami aku yang mulakan bertanya "ha.. cerita pasal business lagi ke?" Ayiooo.. potong stim betul la suami aku ni. Penat aku alih topik selama tunggu dia dengan bercerita pasal lain, sedap je terus menjunam ke arah topik tu. Apa lagi, terus la lecturer perempuan tu tanya samada aku nak join ke tak.

Em, apa lagi alasan aku nak beri? Then aku cakapla, "nanti kalau saya nak join, awakla orang pertama saya cari. Don't worry"

Then dia cakap "Ha, Fauzi. Kau tolong la wife kau buat personal loan. Bukan susah pun. 2-3 hari dah approve!" Owh, setakat ni kami laki bini masih bersih dari sebarang personal loan. Loan beli rumah dan beli kereta je dah ada. Loan peribadi nak renovate rumah ke, beli perabot rumah ke, buat belanja kahwin ke, atau yang tak berkaitan kami elakkan.

Minggu depan dia nak jumpa lagi. Lokasi adalah sama iaitu di bilik suami aku. Alasan apa yang aku nak beri? Korang ada idea tak? Aku ni jenis tak suka nak sentap perasaan orang. Kalau aku tak berminat, idak la terus terang aku cakap "sorry, i tak interested!". Yelah, ada orang jenis cakap berterus terang. Aku pula tak reti, sebab fikirkan perasaan dia pula. Tapi jiwa terseksa maaa..! Kalau korang ada idea, bantu la aku. Jangan la kasi aku guris perasaan dia. Kalau boleh nak buat bak "menarik benang di dalam tepung. Benang tak putus, tepung tak berselerak." Huhuhuhu... boleh?!

Tuesday

AKU NAK CAKAP JUGA...

Nak cakap ke tamau eh..? Nak cakap ke tamau eh..? Kang cakap ada yang salah faham, kecil hati. Tapi tak cakap kang aku dah dikira berdosa. Tak berani nak bersuara untuk menegur. SO, aku rasa biarlah aku cakap kat sini. Untung-untung dia baca blog aku. Boleh ambil iktibar, aku gak dapat pahala.
  1. Islam memang dah melarang kita sebagai umat Islam untuk TIDAK menyambut hari Valentine's Day. Tapi aku tatau la kenapa ada orang ISLAM kat luar sana seolah-olah seperti tidak mendapat hidayah yang hari kekasih itu sememangnya sudah diharamkan oleh Islam. Tak perlu nak sambut, tak perlu nak persoalkan. Pelik la aku! Hari-hari lain kau nak berjiwang jiwung kasi bunga dan having a candle light dinner dengan niat nak berkasih-kasihan dengan pasangan masing-masing pon orang tak kesah. Sukahati kau la..
  2. Bukan budaya kita sebagai orang perempuan Melayu dan Islam untuk merokok. Tak kesah la merokok secara terbuka atau tersembunyi. Merokok secara berseorangan mahupun berkumpulan. Merokok dengan pakwe masing-masing atau geng-geng gegurl mereka. Kalau tak kesiankan diri sendiri, kesiankan la orang keliling yang rimas dengan bau asap. Rimas dengan pandangan yang menyakitkan mata. Kalau tak herankan dengan asap kepul-kepul yang keluar dari corong hidung ataupon mulut, fikirkan la kesan sampingan daripada bahan-bahan rokok tersebut. Kau tu bakal mengandungkan zuriat dan bakal melahirkan. Tapi aku tak heranla kalau lelaki yang nak merokok. Itukan lambang ke-MACHO-an mereka. Lantak pi la..
Ok 2 perkara tu je aku nak cakap. Sebab mata aku ni dah sakit baca status fb orang. Kesian pun ada... Lagi sekali, kesiannnn.. Anak aku pon pandai cakap kesian...

Wednesday

TUNJUKKAN AMARAHMU MELALUI LAMAN SOSIAL...

Sekarang ni memang ramai orang yang gunakan laman sosial samada facebook, tweeter, blog dan macam-macam lagi untuk meluahkan perasaan marah atau tak puas hati kepada seseorang kan..?! Orang yang paling kita perasan buat perkara macam tu adalah golongan artis. Sebab mereka adalah public figure, jadi apa yang mereka buat dan tulis kat laman sosial mereka sendiri akan sentiasa menjadi bahan bualan rakyat jelata.

Dulu aku pun pernah buat macam tu. Tapi itu dulu la, zaman tak matang lagi. Fikir pon tak jauh. Tapi bila sedar diri ini bukan artis, maka aku dah tak buat macam tu lagi dah. Sekarang kalau marah kat seseorang, aku cari kertas dan aku tulis macam-macam pasal orang tu. Pastuh aku buang dalam tong sampah. Lega... Jangan orang tu jumpa kertas yang aku buang tu udah la ye.. ;p

Tapi aku tak salahkan orang yang nak luahkan amarah dia di laman-laman sosial milik mereka. Itukan MILIK mereka. Maka sukahati dia lah nak buat apa kan..? Cuma kena fikirkan juga baik dan buruk buat begitu. Kalau pembaca tak suka, jangan baca. Datang lagi next time for next entry or tweet or status. Mungkin next time angin kus kus dia dah okeh, maka tiada lagi angin puting beliung yang melanda..

Yang terbaru aku baca kat facebook pasal si penjual X marahkan si pembeli Y. Maka si kawan-kawan X backing bagai nak rak kat status si penjual X dan marah-marahkan si pembeli Y yang kononnya kurang ajar la, tak reti nak sabar la, suka memaksa la, suka maki-maki la.. Perghhh.. ayat-ayat si backing tu mengalahkan si pembeli Y yang buat status. Takut nak baca lebih-lebih. Takut fikiran kita diracuni. Kalau baca satu pihak saja, kita akan terpengaruh dan confirm akan backing si penjual X dan segera menyalahkan si pembeli Y.

Tapi aku ni suka juga jalan-jalan cari info. Aku merayau la ke facebook si pembeli Y yang kononnya dicop sebagai pembeli yang cerewet, tak reti nak sabar, dan macam-macam lagi. Seb baik dia tak private kan wall dia. Kalau tak sure aku tatau kisah sebenar yang berlaku. Orang kata, kalau nak mengadili seseorang, jangan dengar sebelah pihak je. Don't judge a book from the cover. Eceh..eceh...

Bila aku tengok facebook si pembeli Y, baca status-status dia dan supporters dia, baru lah aku faham pokok ceritanya. Sendiri buat kesimpulan siapa yang sebenarnya salah. Tapi tak perlu la aku nyatakan kat sini. Simpan dalam hati saja sudeyy..

Tapi apa yang aku boleh simpulkan di sini, dan seperti yang uols semua pernah dengar "customers are always right!" Customer cerewet camner pun, itu risiko yang si penjual kena ambil untuk menceburi dalam bidang perniagaan (selain daripada risiko-risiko lain). Especially kalau berniaga kat dalam dunia maya ni. Gambar-gambar yang display dalam facebook penjual takkan semestinya sama dengan realiti. So, sebagai customer, dia punya hak nak tanya itu dan ini. 1001 soalan pun kalau diutarakan, si penjual memang kena jawab. Then, kalau si customer tu tamau beli, itu terpulang pada dia. Dia punya duit, sukahati dia la nak salurkan ke mana. Tapi si cutomer pula, agak-agak la. Letih makcik tu jawab, at least berila khabar berita yang baik sikit. Jangan la kau main-mainkan hati dia. Dia berniaga nak mencari rezeki yang halal. Agak-agak tamau beli, baik jangan tanya lebih-lebih. Nanti sendiri yang malu kalau kau dicop sebagai 'poyos!'

Lagi, dari dulu memang aku tak berkenan kalau nak beli barang yang ada tulis 'pre-order'. Agak-agak kalau kau tak boleh nunggu lama macam aku ni, baik jangan nak buat 'pre-order'. Nanti sibuk tanya bila barang leh sampai? Barang dah sampai ke belum? Bila la saya ni nak dapat barang? Duit dah bayar.. Padahal si pembeli tu dah bagi tau awal-awal yang barang akan sampai sebulan kemudian. Tapi, si penjual pon. Kalau dah sebulan si pembeli tunggu, kau jangan la marah kot orang tu tanya kau lebih-lebih. Sebab kau janji sebulan baru barang sampai dari luar negara atau segar dari ladang or kilang. Tapi dah sebulan khabar berita pun takda. Memangla customer melenting. Duit dia dah bagi. Barang tak dapat-dapat. Baik jangan kata "sebulan kemudian barang sampai". Baik la kau kata "tatau bila barang sampai, tapi gerenti akan sampai"

Si penjual kena ingat, tak semua pembeli tu ada 1 ragam, malah ada bermacam-macam ragam. Kalau kita tak layankan, macam mana kita nak berniaga. Kalau kita harapkan pembeli yang faham kita, baik kau jangan berniaga kalau tak sanggup ambil risiko. Sebab itu, peluang berniaga ni menjanjikan pulangan yang lumayan (dengan izin Allah) sebab dia berani ambil risiko untung dan rugi. Duit takkan datang bergolek dengan mudah depan kaki kita okeh..

Kalau nak bercerita pasal ragam si penjual dan si pembeli, lagi takkan habis entry aku ni. Ada macam-macam! Sampai diri sendiri boleh menggelengkan kepala..

Aku pun pernah terkena. Tapi idaklah aku memaki hamun penjual tu kat wall dia. Malu lah dia. Yelah, walaupon niat kita bukan nak maki tapi nak bagi tau kat customers dia yang lain yang si penjual ni suka berjanji kosong. 

So far, aku pernah beli barang tapi barang tak sampai-sampai sebab dia kata pre-order items akan sampai bulan 4. Aku tunggu sampai bulan 6 ko nyah, tapi penjual tu tak bagi khabar berita haper pon kat aku. Aku pernah beli kuih raya, tapi bila oder lain, sampai benda lain. Lebih sebulan sebelum tu aku dah order, tapi esok nak hantar kat aku hari ni baru bagi tau item yang tak ada. Main replace je kuih dengan kuih yang lain tanpa tanya aku terlebih dahulu.

Selain daripada itu, aku pernah order maxi dress. Sampai kat aku macam baju kena reject. Siap ada jahitan kat kain bawah seolah-olah dah potong then jahit semula. Padahal dalam gambar idaklah sebegitu rupa pon..?! Kena tipu lagi..

Kalau aku marah pun, aku pm dia. Kaw-kaw aku bagi. Harga yang dibayar tak setanding dengan item yang dapat. Aku blacklist dia. Buang dia dari friendlist aku. Dah tamau order dengan dia. Memang si penjual macam tu sungguh memalukan. Kaut keuntungan dengan tidak bersikap jujur dan ikhlas. Selebihnya biar Allah yang balas. Bukan tugas aku lagi dah.

Tapi sekarang aku dah slow sikit beli secara online ni. Tahun berjimat cermat katakan.. Nak save lebih dan lebih lagi. Tahan hati je tengok kawan-kawan fb yang jual itu dan ini. Geram-geram nengok! Especially benda-benda yang melibatkan kids.. Grrrrr...

Note: uols macam mana? Harap nasib uols baik-baik belaka :)

Tuesday

MEREKA YANG BIJAK PANDAI

Ada beberapa aspek yang saya lupa untuk diambil kira sebenarnya dalam pemilihan membeli jenis kediaman. Saya akuinya dan saya rasa mungkin sudah takdir yang telah menentukannya. Kini saya berhadapan dan perlu melaluinya dengan sebaik-baiknya... :)

Sebenarnya betapa untungnya menjadi penghuni-penghuni kediaman jenis apartment mahupun kondominium yang telah berpindah ke kediaman baru mereka lebih awal daripada yang lain. Banyak perkara mereka terselamat dan mampu untuk berbuat sesuka hati mereka tanpa dihalang oleh penghuni-penghuni yang lain.

Kadang-kadang terdetik rasa di hati ini memiliki rumah idaman seperti apartment mahupun kondominium ibarat duduk di dalam hostel. Banyak perkara tidak boleh dilakukan, jangan dilakukan dan dilarang melakukannya. Yelah, kita hidup berjiran. Berkongsi satu tanah, tapi lain-lain unit.

Bagi penghuni-penghuni yang telah berpindah awal ke kediaman baru mereka, nak tebuk dinding concrete rumah sesuka hati siang dan malam tak kira hari biasa mahupun hari minggu, tiada sesiapa yang akan menghalang mereka. Kau bantai la dinding tu bertubi-tubi sampai lunyai pon takda orang akan marah. Sebab takda sesiapa lagi yang dah bermastautin kat situ melainkan kau. Tapi, kasihan kepada penghuni-penghuni yang lambat berpindah. Aktiviti mereka selalu disalah ertikan dan mendapat kritikan penghuni-penghuni yang telah pun berpindah lama ke situ. Inilah tindakan paling bijak pernah saya tengok oleh AJK-AJK perumahan di situ. Mereka sangat adil dan saksama bukan?

Oh, bagaimana pelantikan AJK-AJK di situ? Pada awalnya, pelantikan mereka adalah sendiri syok, sendiri lantik. Kau pindah awal, kau berhak buat undang-undang kau sendiri. Kau la berkuasa. Ini juga tindakan yang bijaksana oleh mereka. Syabas diucapkan..!

Kadang-kadang, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Kerana 2-3 orang penghuni buat pengubahsuaian rumah tidak mengambil kira aspek-aspek kebersihan dan keselamatan, habis kesemua penghuni-penghuni yang lain akan dikenakan undang-undang yang ketat. Disebabkan kau berpindah awal dan telah buat pengubahsuaian rumah sampai kotor sana sini, tak buang sisa binaan, tak bersihkan pasir dan simen tiada sesiapa pun marah kat kau. Tapi penghuni-penghuni lain yang selepas kau berpindah ke sini, nak buat pengubahsuaian itu dan ini habis kau terjah dan marah. Bising la, kotor la, berdebu la. Terus, dah dikenakan deposit RM500 untuk sesiapa nak buat kerja-kerja pengubahsuaian. Bijak la... untung mereka yang pindah awal tak perlu dikenakan sebarang deposit langsung dan boleh bantai hari minggu pun untuk buat kerja-kerja tu walhal memang dah tertera dalam T&C pemaju perumahan tentang yes and not to do. Hebat la kau..!

Lori-lori delivery yang hantar perabot ke rumah dikenakan syarat yang sangat ketat. Seolah-olah tak boleh hantar barang yang dibeli pada hari minggu. Yeker? Kalau sampai perabot hari minggu, kena tengok AJK keselamatan ada ke idak kat apartment tu. Kalau takda, driver lori kena pakir lori mereka di luar kawasan kediaman. Kau pikul la perabot-perabot tu masuk ke kediaman pelanggan mereka. Kasihan orang yang mengangkat perabot-perabot tu. Jauh nak berjalan, walhal ada je tempat loading dan unloading di kawasan kediaman ni. Siap ada ramp lagi. Memudahkan mereka yang menggunakan troli untuk bawa barang-barang yang berat. Bijak..bijak.. Menyusahkan kuli-kuli kedai perabot tu ye? Walhal kita ni semua sama-sama jadi kuli. Kerja makan gaji kira kuli la jugak kan...? :)

Sebab asalnya beberapa minggu yang lalu berlaku kecurian. Sebuah rumah kat apartment ni kene pecah masuk. Pencuri-pencuri tu buat kerja time-time orang pergi kerja. Memang bijak betulla pencuri tu. Diorang tak tunggu malam-malam buta nak rompak macam yang biasa kita dengar. Tapi mereka tunggu penghuni pergi kerja, then mereka boleh buat kerja. Tapi itu salah siapa? Salah penghuni tu ker? Ke salah pihak AJK Keselamatan termasuk pak guard sekali?

Lepas kejadian tu macam biasala.. Macam-macam peraturan dikuatkuasakan. Pak guard pon dah jadi strict. Pelawat-pelawat yang datang ditanya macam-macam. Macam polis pencen daaa pak guard tu. Walhal mereka itu semua tetamu kepada penghuni-penghuni di situ. Macam aku kata la.. seperti duduk dalam hostel da... Nak terima tetamu macam susah je. Kan senang just amik diorang punya IC ke Lesen mandu ke then kau tuliskanla kat buku log korang. Ini memberi kemudahan kepada pelawat-pelawat yang mengandung, yang membawa anak, warga emas dan orang kurang upaya. Ada juga tu pelawat perempuan yang sedang membawa 2 orang anak diminta pakir keretanya diluar kawasan kediaman sebab tempat letak kereta pelawat yang disediakan sudah penuh. Nasib baik kepala hotak aku ni brilliant sikit,  aku surah pakir aje kat lot aku sebab kebetulan kereta aku takda. Bukan susah sangat pon sebenarnya.

Satu lot umah dibenarkan memiliki satu lot parking kereta saja. Kalau ada yang lebih, pandai-pandai la korang pakir di luar kawasan perumahan. Especially yang tinggal bujang ramai-ramai dalam satu lot umah. Terpaksa cari tempat pakir di luar kawasan. Ini kes biasala sebab tempat pakir kereta terhad. Kena utamakan pemilik rumah yang mempunyai kereta dan motosikal dan mempunyai sticker kediaman. Tapi ada juga yang berdegil. Kau rembat aje tempat pakir kereta orang lain, memandangkan tuan lot umah tu masih belum pindah. Dan kau tu siapa? Orang yang memegang jawatan sebagai AJK di dalam kawasan kediaman itu. Wah..sangat berkuasa engkau ya? Kau gubal undang-undang, kau sendiri tak patuhi. Hebat dan syabas diucapkan!!

So, oleh kerana ada banyak orang macam kau ni, bila tempat pakir kereta pelawat penuh, pelawat-pelawat lain yang datang tentu akan dapat masalah. Patutnya lot pakir tuan rumah yang belum pindah boleh digunakan sementara untuk memakir kereta pelawat (kerana belum dicat nombor plat kereta tuan rumah), tapi semua tidak boleh digunakan sebab ada orang sudah salah guna kuasa mereka. Bijak la kau ni!

Oh ya, satu lagi keputusan yang bijak telah diambil oleh AJK-AJK di situ. Setiap lot pakir kereta akan dicat dengan nombor rumah sekali. Wah... memang menarik la kan?! Tapi, relevant ke semua tu? Oh, kereta di lot no. 82 orang akan tahu rumahnya nombor berapa. Cuba kalau korang bayangkan kalau pencuri nak buat kerja dia. Dia akan sedia maklum yang tuan rumah pakir lot tersebut ada di rumah atau tidak. Hebat kan?!

Sebab berlaku kecurian tempoh hari, jalan sehala dalam kawasan kediaman itu yang membolehkan kereta membuat pusingan U sekarang sudah ditutup dan direntangi rantai plastik dan kon merah. So, mana-mana kereta yang hendak membuat pusingan dalam kawasan tersebut aku tak tahu la bagaimana caranya. Mungkin kena keluar dulu dan melepasi gate automatik dan ambil jalan masuk semula untuk kembali berada di dalam kawasan kediaman. Wah... bagusla idea kau! Ini dah membolehkan jalan sehala menjadi 2 hala sebab orang akan malas nak keluar dan masuk semula. Aduhaiii..

Satu lagi la yang terbaeekkkk dari Kontraktor Utama (Main Cont) yang telah membina apartment tersebut. Agak-agak kalau wakil yang kau tempatkan kat apartment tu tak boleh buat kerja, baikla kau cari orang lain. Takda la penghuni-penghuni yang lain rasa susah untuk mendapatkan khidmat wakil tu untuk membaiki sebarang kerosakan dalam tempoh tanggungan kontraktor. Ni tak, janji nak betulkan itu dan ini tapi batang hidung kau pon aku tak nampak. Kalau orang telefon kau, jangan harapla kau nak angkat kan? Apatah lagi kalau nak berbalas sms. Sumpah kau takkan buat kan? Apa kerja kau cuma makan gaji buta macam tu ker? Bila bertembung, bila ditanya, alasan kau serupa dari dulu sampai sekarang yang mana budak tadika lebih reti nak bagi jawapan kat mak dia kalau dia malas nak pergi sekolah!

Dari bulan 11 tahun lepas aku beli rumah, bulan 2 aku dapat kunci dan bermula bulan 4 aku berpindah kat situ (walhal dah ramai yang sudah berpindah), macam-macam perkara berlaku. Semua aku tak ambil pusing sebab aku fikir mungkin semua ini hanya sementara. Tapi aku memang tak boleh tengok kalau orang mengambil kesempatan ke atas jawatan yang disandangnya dan memperlekehkan penghuni-penghuni yang baru berpindah. Itu kah cara kita sesama Melayu?

Aku bukan nak mengaibkan orang dengan bercerita semua ini sebab aku takda mention nama sesiapa pun kat sini malah orang pun tak tahu aku beli apartment kat mana. Tapi inilah masalah kita kalau masing-masing nak jadi ketua dan ingin berkuasa. Lihat sajalah isu politik negara kita.. semua bermula dari sini... bermula dari sekecil-kecil isu..

Thursday

SI TUKANG GRILL

teringat saya tntg pengalaman semasa saya mtk quotation utk pasang grill. utk grill rumah, idakla saya panggil seorang tukang grill aje, tapi dlm 2-3 org jugak la. sbb nk cari yg plg murah dan bagus. ada seorg tukang grill ni, yg saya pasti org jawa dari klang. mmg kerja full time buat grill and at the same time mengerjakan business kedai makan kt sec9. mgkin sbb dia ada business lain lagi, maka bg dia tgk saya laki bini ni ibarat kecik mcm kuman aje. punyela act dan outspoken!

marah dia bile saya panggil dtg umah utk ukur buat grill. sbb kebetulan saya ada kt umah masa tu then dia dh pesan awal2 soh call dia bile saya dh ready utk panggil dia ukur nk buat grill. 

tukang grill: kenapa suruh dtg siang2 mcm ni? mlm pon leh dtg ukur kan?

saya: mlm..? rumah ni blum psg lampu nnt gelap. lgpon saya ada anak kecik. nnt mlm2 dtg dia merengek2 nk tdo.

tukang grill: saya pon ada anak! lg skrg anak demam, bini pon demam..!

saya: (blurppp! tercengang!)

dia yg kene ikut waktu client ke atau client yg kene ikut waktu dia? ce bg tau skit kawan2...?! hari tuh masa saya belum dpt kunci berkobar2 nanya bile nk dtg ukur kt umah. la nih dh dpt kunci, kite panggil dia ukur, marah plak! kalo anak dan bini demam, ckp je la kt phone tadi. ataupon decide sdri takleh dtg atau tamau dtg. idakla saya tercengang dgn gaya percakapan dia yg outspoken tu. bnyk lagi dialog2 dia  yg outspoken. naseb baik dia quote grill tuh mahal, jadi mentah2 saya tolak tawaran dia. lgpon, saya nengok dia mcm tak kesah sbb dia ada lagi big business kedai mkn kt sec9 tu. tak dpt client mcm saya pon dia tak heran kot..  tapi yg pasti mmg ramai org mkn kat kedai tu beb..! hhuhuhu

note: mcm2 la org dlm dunia ni kan?

Wednesday

KECEWA

bile tulis entry ni, perasaan saya lbh kepada kecewa. rasa marah dan bengang pada pihak tertentu telah lama hilang dan terbang. mungkin dah rasa basi dan telah diubati oleh peredaran masa.

sbnrnya perkara ini berlaku semasa saya 'berkampung' di UMSC. pada ketika tu saya sbnrnya sangat marah dan bengang pada 2 org individu ni yg saya rasa mereka tidak beretika lgsg, tak sesuai dgn pangkat yg mereka pegang.

situasi pertama:

saya suami isteri dan camimi sedang menunggu lif utk turun ke tingkat 1 dari tingkat 3. 2-3 kali saya tekan butang lif dan saya dapati semua lif yg berenti penuh. kebetulan kami tggu lif dengan seorang wanita berumur. siap pakei tag UMSC so, mungkin staf ataupon doktor. tatau la! saya lihat pon dia tgh rush sbb sibuk tekan butang lif. dia pon perasan sume lif yg berenti penuh. biasalah, lif dari bawah nak naik ke atas sure pnuh giler. lif dari tgkt atas nk turun pon penuh. nak nak berenti kt tingkat tengah. nasib je la org2 kt tgkt tengah dpt naik lif utk ke tingkat destinasi.

kemudian, berenti lagi lif kt tgkt 3 dan masih penuh, lgsg tak muat kami ber3 nak turun ke tgkt bwh. saya merungut smbil bercakap "penuh lagi?!" seraya saya tersenyum pandang perempuan berumur tu yg saya sangka nak turun sama2 skali dgn kami. sbb saya pasti dia pon bosan tgk lif yg berenti semuanye penuh dgn org, dan brg2 yg diangkut.

perempaun itu: nak pegi tingkat mana?

saya: tingkat 1.

perempun itu: turun je la tangga! kan senang!

(tercengang dengan gaya percakapan dia yg mcm marah plak dan tak mesra lgsg!)

saya: saya ada anak. (takkan nak suruh aku turun tangga smbil dokong anak? bukan ke prioraty ibu bapa yg ada anak utk naik lif?)

perempuan itu: suruh la dia jalan..! jalan...! jalan...! (dengan gaya tangan sekali menyuruh camimi yg sedang didokong itu utk berjalan kaki turun tangga)

kami terdiam tak tercakap apa2.. dan tiba2 hp saya berbunyi <---- niza masa ni la awk call akak dan akak mcm tergagap2 ckp ~ sbb masih tercengang dgn gaya perempuan tua tu berckp. tak sangka!

smbil berckp dlm hp tu saya perasan ada lif yg ingin menuju ke tgkt atas berhenti dan masih penuh. perempuan tua tu rupenya nak naik ke tingkat atas dan dia hmpir terlepas lif tu. dia pon berbelah bahagi nak naik atau tidak. last2 dia berhimpit juga walaupon saya perasan org2 dlm lif tuh merungut sesak.

last2 kami decided tak jadi turun ke tingkat 1. kebetulan kami tekan butang lif utk ke tingkat atas, lif berenti, ada kekosongan dan terus je kami ke tingkat atas. perasaan marah dan bengang masih bermaharajalela dlm hati. suami pon rasa marah dgn percakapan perempuan tua tadi. tak mesra dan tak bertimbangrasa. kalo cuma kami ber2 yg berjalan2 di situ tanpa anak, tentu tangga yg menjadi pilihan kami setelah 4-5 kali butang lif yg kami tekan masih penuh lifnya.

smpai aje kami kat tingkat 10, kami perasan perempuan tua tu baru keluar dari lifnya. kelibat perempuan tua tu hilang cepat di balik2 dinding. kemudian dari jauh kami nmpk perempuan tua tu bercakap2 dgn nurses yg ada smbil menelek2 rekod di tangannya. baru la kami tahu yg perempuan tua itu adalah seorang doktor. huh! doktor?! doktor apa cmnih?! siap la ko kalo ko rawat anak aku!

note: situasi ke-2 dgn individu no.2 akan menyusuri kemudian. tak larat nk biarkan diri ini dikawal oleh perasaan marah dan bengang!

Tuesday

BILA HUSBAND I KATA...

Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i terkenangkan memula kami smpai kt sini dlu. segalanya begitu kekok dan serba tidak tahu..


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i terbayangkan betapa rumit sebenarnya hidup di sini tanpa ilmu bahasa di dada. sana sini kami terpaksa bertutur dlm bhs tempatan dan hanya segelintir shja mau berbahasa inggeris...


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." tentu sekali i teringatkan detik2 camimi dilahirkan. walaupon penghuni di hospital itu serba peramah, tetapi masih tetap tidak sempurna tanpa kedua2 ibu bapa dan saudara mara yg dtg menjenguk 'org baru' dlm hidup kami..


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." tentu i memikirkan yg kami hidup di sini sbnrnye serba sederhana dan penuh berdikari. kerana kami tiada kereta, tiada rumah yg besar dan tiada duit yg bnyk utk hidup serba kemewahan di negara org dan tidak dpt menjelajah ke pelusuk negara2 eropah...


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." selalu mengingatkan i bhw suami i seorg yg berpegang pada janji utk belajar bersungguh2 atas wang biasiswa yg diberikan kpdnya dan dia berjaya mencapai apa yg dia inginkan..


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i terkenangkan yg kami pernah ditipu dan pernah juga dipandang sinis oleh segelintir pihak di sini hanya kerana kami adalah warga asing dan beragama islam...


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." i terkenangkan org2 sini yg peramah, baik hati dan sukakan budak2. mereka sgt concern pada apa yg ank kite pakai dan alami. mereka suke menegur dan mempamerkan senyuman pada warga asing spt kami. itula salah satu adap kesopanan yg akan i ikut smpai bila2...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i fikirkan yg i akan merindui suasana di sini nnt. suasana 4 musim di sini, suasana jalan2 di bandar yg penuh dgn org duduk bersantai mencari matahari sambil menikmati aiskrim dan minuman panas..


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." betapa i terasa yg kami telah berjaya hidup selama 2 tahun di negara org dan berjaya berdikari dgn tulang 4 kerat kami sdri...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sbnrnya i dh terasa hiba dan sedih kerana i terpaksa tinggalkan tmpt tumpah darahnya camimi dan ntah bile la kami akan kembali lagi ke sini...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sudah tentu i akan kenang orang2 msia di sini dan warga tempatan yg baik budi pekertinya dan sudah tentu tidak terbalas jasa2 mereka pd kami...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sudah tentu terbayang2 keluarga terdekat yg akan menyambut kepulangan kami nnt di msia. sudah tentu berpelukan dan bercucuran air mata kerana 2 tahun kami tiada di sana..


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." i memikirkan tak sanggup utk menghadapi saat2 perpisahan dgn org2 melayu di sini. malu utk mempamerkan air mata nnt...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sudah tentu i akan kenang segala pahit manis 2 tahun kami membina hidup di sini dan sudah tentu pelbagai pengalaman yg kami tempuhi selama berada di sini...


Semoga kami dapat kembali ke sini lagi di kemudian hari. Mungkin bukan ber3, ber4 barangkali..? siapa tau..?!

MARI BELAJAR BERADAB

Entry kali ni bkn utk mengenakan sesiapa, malah ianya ditulis spy diri sdri sentiasa mengingati perkara2 tersebut tak kira di mana kite berada dan pada waktu bila. Mengapa? kerana kite sentiasa hidup dlm kelompok masyarakat yg mengamalkan budaya timur yg sentiasa sopan dan santun.

Sekiranya kite berada di rumah org yg ingin kite lawati, maka sentiasala ingat perkara ini. bawalah sedikit buah tangan walaupon sebiji buah epal. kerana mungkin itu saja yg tercapai atau yg termampu utk kite bawa buat masa itu. unless jika kite tidak merancang utk melawat tetamu tersebut.


walau apa saja mknan yg dihidangkan oleh tetamu, maka jgn la kite berdolak dalik dgn mengatakan yg kite tak mkn mkanan tersebut. ataupon kite mengatakan yg kite kurang mkn mkanan tersebut. ataupon kite mengatakan yg kite sedang berdiet, jadi kite tak boleh nk mkn mknan tersebut.

unless jika si tuan rumah tnya, apakah yg kite mahu mkn dan sedia memasakkan utk kite.


memandangkan kite baru tiba dari malaysia dan julung2 kalinye kite berada di negara org, maka manis2kan la muka kite dan ringan kan lah mulut utk bertegur sapa especially dgn org yg serumpun dgn kite.
jgn la kite mudah utk meninggikan suara ataupon bermasam muka walaupon kite stress dan shock dgn situasi dan keadaan semasa yg sgt janggal buat kite. ini kerana, siapa lagi yg akan menjadi keluarga kite dan membantu kite di sini kalo bkn org2 yg serumpun dan seagama dgn kite.


ya, walaupon kite masing2 dikurniakan akal fikiran yg waras dan perasaan tersendiri, kite perlu beringat bhw mungkin ada org sekeliling kite yg boleh terguris dek tikaman ayat keramat yg keluar dari mulut kite sdri. jgn la bile sekali sekala berkumpul beramai2, time tuh la nk bertikam lidah spt sdg berbahas sbb masing2 ingin menegakkan perdapat masing2 sehingga ada pihak yg hatinye terguris.
ya, mungkin pendapat kite tu sgt bernas, genius, dan brilliant! tapi beringat la bhw tak semua org mampu menerima apa yg kite perkatakan. oleh itu, sila la kite sama2 menjaga hati masing2 demi kebahagiaan sejagat.


biasanya duduk di negara org, ikatan sesama kite akan semakin utuh dgn mengadakan majlis keramaian spt mkn2, kelas agama, minum ptg dan sbgnya. malah acara 'potluck' biasanya mmg sgt lazim dilakukan.
masing2 diminta menyediakan juadah masing2 utk dibawa bersama dan mkn beramai2 di dlm sesuatu majlis tersebut. jadi, jgn la kite dtg dgn membawa tgn yg kosong tanpa lgsg berasa malu dan segan dgn org lain yg sggup bersusah payah menyediakan juadah utk dibawa bersama. walau kite bwk sebotol air juice utk dihadap beramai2 pon dah kira bagus. walaupon kite hanya membawa sebekas agar2 merah yg kurang menjadi pon dh ok!


biasanya kalo tuan rumah membekalkan makanan yg dimasak utk kite bawa pulang, dh menjadi adat utk kite membalas semula bekalan tersebut dgn sesuatu yg lain utk diberikan semula kpd tuan rumah. tak kire la samada dibalas dgn masakan kite tersendri ataupon sebiji pisang di dlm nya. jgn la kite membawa bekas yg kosong dan diberikan semula kpd tuan rumah tanpa rasa bersalah dan segan lgsg. ataupon yg plg teruk, bekas tersebut kite buat pekasam utk sekian lamanya. geleng kepala je la tuan rumah gamaknya. oh ye, jgn lupe berterima kasih kpd si tuan rumah ataupon si isterinya yg sudi memasak dan membekalkan makanan tersebut utk kite. bkn mtk apa pon si tuan rumah tu kan...


memang sgt perlu utk kite hidup di negara org, malah di negara kite sdri agar kite belajar menjadi seorang yg pandai bergaul, hidup bersosial secara baik dan tolong menolong antara satu sama lain. jgn la kite menjadi spt kera sumbang ataupon katak yg hidup di bwh tempurungnya saja yg hanya membuat dan membawa haluan sdri. tapi bile ada majlis mkn2 dan keramaian baru terpancul muka dpn pintu.


oleh itu sama2 la kite ingat mengingati tentang adab kesopanan tak kire di mana saja kite berada dan waktu bile kerana kite sentiasa mengibarkan bendera ketimuran di belakang kite.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...