![ZULFAZA LOVES COOKING](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEvv8UNwLfAPOm8NxoyL89oMLydX5XAllLClZWT93r-U4X_lejRyo499HUoGbkBBik0S1ZqBtr2rH6EBJIVbrj_G0m-k-6Lil1zyRZOIVfQm4rGv4cvhyphenhyphenKSP573zh4h82s2ZOLbo5uDNdG/s1310/wallheader1.jpg)
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Showing posts with label Bisnes Suka-Suka... Show all posts
Showing posts with label Bisnes Suka-Suka... Show all posts
Monday, December 4, 2017
Brownies
Antara tempahan yang sempat disiapkan minggu lepas dan sebelumnya....Alhamdulillah. Sesekali terima tempahan kawan-kawan. Saya buat selepas balik kerja. Setakat satu dua tempahan kek boleh lah diterima, maksimum 3 biji satu malam kalau hari bekerja.
BROWNIES
400 gm coklat coklat compound
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
100 gm tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik
30 gm serbuk koko
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.
Satukan coklat dan mentega, dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
Satukan juga tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan kacau rata.
Kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
Saturday, November 11, 2017
Nasi Kabsa Ayam
Cerita hari ini. Tempahan dari jiran untuk tetamu yg bertandang di rumahnya. Alhamdulillah...awal pagi saya dah mulakan proses sambil hubby ke pasar membeli barangan keperluan. Chicken kabsa resepi lydia jadi pilihan.
CHICKEN KABSA RICE
A)
1 ekor ayam - potong 4 @ 8
2 sb minyak
1 biji bawang besar
2 biji tomato besar - buang kulit dan cincang
1 batang kulit kayu manis
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
1/2 sk serbuk jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
3 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk pes halia
1 sk pes bawang putih
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga keperangan. Masukkan halia dan bawang putih. Terus tumis hingga keperangan. Masukkan ayam dan air secukupnya.
Masukkan bahan2 lain kecuali garam dan rebus hingga daging lembut. Masukkan garam setelah separuh masa memasak. Asingkan ayam daripada air rebusan. Tapis air rebusan untuk asingkan bahan2 lain.
B)
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan kismis
3 sb minyak
2 sb minyak sapi
1 biji bawang besar - cincang
1 batang kulit kayu manis
1/3 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
3-4 kuntum cengkih
2 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk serbuk halia
1 sk pes bawang putih
1 sb jus lemon
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa
3 sb pes tomato
1/4 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
2 biji limau kering
1 biji cili benggala - cincang kasar
Basuh beras, dan rendam 30 minit utk pusa cream dengan sedikit garam.
Dalam periuk sederhana, panaskan minyak2. Tumis bawang himgga naik bau.
Tambah * dan teruskan menumis hingga naik bau. Masukkan beras, serbuk kunyit dan pes tomato. Tumis selama 2 minit. (Semalam saya masukkan stok dulu sebelum masukkan beras.)
Tambah air rebusan, jus lemon dan kambing dan tutup periuk. Biarkan 25 - 30 minit atau hingga nasi masak. ( saya masukkan kambing dan cili setelah nasi hampir kering dan tutup periuk 10 minit dan terus memasak dengan api kecil). Sukatan air yg saya guna utk beras pysa cream - Air 1 cawan beras : 11/4 cawan cecair.
Salasa hara
1 biji tomato
1 biji cili hijau + cili padi (ikut citarasa)
1 pokok daun ketumbar (jgn buang akarnya)
Jus lemon/limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Satukan semua bahan dan kisar. Jgn terlalu halus....simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi arab.
C (optional)
1/4 chopped fresh corainder
Place Kabsa Rice in the platter and sprinkle with roasted pine nuts and fresh corainder leave on the top Serve it with dakkos or maraq.
Friday, September 15, 2017
Cupcake Jarum
Selalu post gambar cupcake boleh dimakan....kali ni lain sikit...cupcake kalini versi tak basi atau berkulat walau disimpan selama mana pun. Saya post gambar cubcake jarum pulak.....hahahah. Cupcake jarum????? Nak kena bakar juga ke....kukus boleh tak.....berapa minit....blablabla..... Jangan tanya soalan2 itu tau...
Kenapa takble tanya.... Kerana cupcake ni bukan makanan tapi span untuk cucuk jarum tudung...jarum jahit tu jer. Cupcake jarum ni hasil tangan anakanda saya dengan mak sedara diorg. Dia buat untuk jual kat kengkawan sekolah. Comelkan....
Saturday, August 26, 2017
Birthday Brownies
Pertama kali mempersembahkan brownies sebegini....sebagai pengganti kek harijadi.....
Bila anak buah minta sediakan kek birthday untuk baby boy dia punya first birthday, terus dalam kepala terbayang birthday brownies. Saya google beberapa imej dan tunjukkan kepada anak buah untuk dapatkan persetujuan.
Bila dah ada persetujuan.....saya pun dengan senang hati hasilkan birthday brownies yg sesuai sangat untuk birthday baby yg belum berapa nak pandai potong kek sendiri ni...
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
400 gm coklat coklat compound
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
100 gm tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik
30 gm serbuk koko
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.
Satukan coklat dan mentega, dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
Satukan juga tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan kacau rata.
Kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
Tips : Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Selain itu, pilihan serbuk koko dan mentega bermutu juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang berkualiti dan mentega tulen (pure butter) untuk hasil brownies yang lebih lazat.
untuk sos karamel coklat yang saya gunakan untuk hiasan kek
1 cawan (100 gm) gula
1/4 cawan (60 ml) air
1/2 cawan (125ml) whipping cream
2 sb (30 gm mentega tanpa garam)
1 sk (5 gm) esen vanilla
100 gm coklat compound
Tuang 1 cawan gula ke dalam pan. masukkan 1/4 cawan air. masakkan hingga menjadi karamel. alihkan dari api. tuangkan 1/2 cawan whipping cream dan coklat. gaul sebati. masakkan semula selama 1 minit. alihkan dari api. Masukkan mentega. kacau sebati. masukkan esen vanila. gaul rata. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
Sunday, July 9, 2017
Nasi Tomato
Ceritera semalam. Jiran tempah untuk open house. Kelam kabut juga semalam sebab hubby bertugas sampai tengahari. Camna pun Alhamdulillah....siap tepat pada masanya. 100 paxs nasi tomato sampai ke destinasi...(taman sebelah jer).
NASI TOMATO @ ZLC
6 cawan beras - cuci dan toskan
1 biji tomato - cincang
4 biji tomato kisar
1 tin kecil tomato puree
2 sb minyak sapi
5 sb minyak
Garam secukup rasa
Air (untuk basmathi pusa cream dalam 6 1/2 cawan)
daun pandan disimpul
bahan tumis
3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1 sk serbuk ketumbar
1/4 sk serbuk lada hitam
1. Tumis rempah bahan tumis dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan tomato kisar dan puree, garam, gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan dan masak biarkan sampai airnya kering. Kacau sesekali.
4. Apabila nasi telah kering, taburkan tomato cincang. Tutup periuk dan biarkan tanak sepenuhnya dalam 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan selamat 5 - 10 minit sebelum kareh rata.
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.
AYAM MASAK MERAH
Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Bahan B
15 tangkai cili kering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ kisar
3 tangkai daun kari
4 biji tomato ~ potong baji
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak, jangan garing sangat. angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar, daun kari hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos dan kacau sebati.
Masukkan ayam, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.
Resepi pecuk/jelatah
1 biji timun dipotong kecil
1 biji nenas dipotong kecil
1 biji bawah besar hiris
1 biji cili merah hiris
Cuka, gula dan garam secukup rasa
Satukan dan gaul rata.
Friday, September 23, 2016
Daging masak briyani johor
Minggu lepas punya cerita. Masa kat Sabah jiran wasap minta masakkan daging aqiqah. Dia nak lauk sahaja dan minta saya cadangkan masakan yang sesuai. Saya bagi dia dua pilihan, briyani dan kari maghribi, dua2nya masakan encik hubby. Kenapa dua tu.....sebab ikut kata ustaz, daging aqiqah ni sunatnya dimasak masakan yang ada rasa manis2 skit. Jadi dua2 jenis masakan tu memang ada rasa manis2 manja....sesuai la digunakan untuk tujuan ni.
Balik semenanjung subuh sabtu, terima lagi wasap dari jiran tu....tanyakan kosnya....alamak....rupanya saya tak respon lagi yang bab tu. Masa tu kami dalam keta otw nak balik ke rumah lepas breakfast.....jadi sambil jadi co pilot....kira2 kos ngan hubby terus respon kat dia. Bila dah dapat harga dia kata confirm....so kitrg pun terus la ke pasar cari bahan keperluan. Asalnya offer nak masak petang sabtu tu, tapi dia kata takut tak sempat nak agihkan pada sedara mara lauk tu nanti. Ok la camtu, saya kata pagi kul 8 insya Allah siap.
Balik rumah lepas beli barang, check stor rupanya rempah dah habis. Terus hubby telefon pembekal, tapi takde orang kat kedai sebab diorg ada rewang kenduri dan boleh bagi rempah jam 9 pagi ahad tu. Huhuhuhu....contact balik jiran bagitau rempah lambat, jadi lauknya pun ble amik lewat sikit la. Dah masak2, ingatkan boleh la suruh pick-up jam 11, tapi bila test dagingnya belum cukup empuk....daging campur2, ada bahagian ok dan ada yang dapat bahagian otot2 tu lambatla empuknya.
Alhamdulillah....pukul 12 jiran datang ambil. Tak lama lepas tu dia hantar feedback....sedap sangat katanya. Siap dia snap gambar hubby ngan anak dia cicah kuah briyani tu dengan roti. Anak dia yang baru umur 2 tahun tu pun, suka walaupun lauk tu ada pedas2 manja gitew....hapi la we all. Jiran tu kata lagi nanti dia nak tolong promote....Alhamdulillah, Allah izinkan masakan tu jadi sedap. Korang kalau tak nak oder pun takpe...meh sini hakak share resepi dia....
Lauk briyani abang sado JJ
1 kilo daging lembu - potong kiub besar macam nak buat rendang tok
2 batang karot - Potong 2 inci dan belah 4
Bahan tumis
4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
**5 biji tomato - kisar (Boleh juga menggunakan tomato puree tin kecil)
***4 biji cili hijau/cili api pun boleh - kisar
****6 sb madu
****2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
****1/2 keping gula melaka
****4 sb sos tiram
****4 sb sos cili
****4 sb sos tomato
Garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang -hiris
Secekak daun pudina - ambil daunnya
1/2 batang chinese leek - Potong 2 inci dan belah 4
4 sb minyak sapi (QBB paling best) + 1/4 cawan minyak masak
Bahan pilihan
250 gm bawang goreng
3 sb kismis -goreng
Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan*. Tumis hingga naik bau dan layu. Masukkan rempah
briyani. tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili hijau kisar,
kacau sebati. Masukkan daging dan karot masak hingga mendidih daging
lembut. Masukkan **** dan kacau rata. (Kalau guna ayam daging masukkan
setelah kuah agak pekat sebab ayam daging cepat empuk dan hancur - lebih
sedap sekiranya menggunakan ayam pencen atau ayam kampung sebab masakan
ini perlu dimasak lama supaya semua bahan menyerap ke dalam daging).
Perisakan dengan garam secukupnya. (Rasa briyani johor agak manis
sedikit - sesuaikan rasa manis masinnya ikut selera)
Masukkan bawang goreng sekiranya kuahnya masih cair. Taburkan kismis dan gajus jika suka.
***kacau sekali selalu supaya tak hangit.
Wednesday, August 31, 2016
Nasi Briyani Abang Sado JJ
Sesekali memenuhi permintaan nasi briyani abang sado jj untuk majlis raya kat opis member aritu. Dah nak raya haji baru nak update kat blog. Malas kemain nak menaip.
Masakan encik hubby ni memang mantops...sedap tak hengat....hehhehe. Jarang2 kami ambil tempahan sebenarnya...sesekali. Buat suka2 sebab en hubby dan saya masih bekerja, hujung2 minggu atau kalau hari bekerja saya akan mula memasak waktu subuh sebelum pegi kerja. Selalu sangat tak mampu juga nak buat.
Tengok gambar nasi ni....ngences ko.....
😄😄😄.
Bau lauk briyani ni sampai ke rumah jiran sampainya......kalau makan dengan tangan...bau rempah dia melekat.
Kalau nak resepi ble klik DI SINI YER.
Dalca ni optional - atas permintaan yang.mengoder sebab biasanya briyani johor ni tak dihidangkan dengan dalca. Kalau yang nak saya sediakan dengan additional charge.
Friday, August 19, 2016
Kek Alunan Kasih
Kek alunan kasih bertukar tangan sudah. Panas2 lagi dia dah bertemu tuan baru. Disebabkan milik orang takde la operasi membedah kek. Takde posing maut kali ni...
Kalau ada pun ehsan sipemilik baru.
Kalau berminat nak resepinya ada diLink ini, klik ajer yer.
Kalau ada pun ehsan sipemilik baru.
Kalau berminat nak resepinya ada diLink ini, klik ajer yer.
Friday, August 5, 2016
Nasi minyak arab dan Arabic Seven Spice Roasted Chicken
Ceritera minggu lepas. Ada permintaan nasi arab yang sama macam dia makan kat open house kawan minggu sebelumnya. Sedap sangat katanya....Alhamdulillah.
Resepi baru share aritu....malas nak tempek kat sini. Kalau teringin nak buat klik jer kat link bawah ni... Lengkap resepinya saya bagi....😃😃😃😃.
Resepinya boleh klik di link.
Resepi baru share aritu....malas nak tempek kat sini. Kalau teringin nak buat klik jer kat link bawah ni... Lengkap resepinya saya bagi....😃😃😃😃.
Resepinya boleh klik di link.
Tuesday, August 2, 2016
Nasi Arab Kabsa Ayam
Menu pilihan majlis raya yang tak habis2 selagi bulan masih bernama syawal. Alhamdulillah....dah puasa sebulan raya pun mesti sebulan....meriahnya raya di mesia tanah airku....😃😃😃.
CHICKEN KABSA RICE
A)
1 ekor ayam - potong 4 (ayam dara berat skg ~) @ 8 (kalau guna ayam berat 2kg ke atas)
2 sb minyak
1 biji bawang besar
2 biji tomato besar - buang kulit dan cincang
1 batang kulit kayu manis
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
1/2 sk serbuk jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
3 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk pes halia
1 sk pes bawang putih
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga keperangan. Masukkan halia dan bawang putih. Terus tumis hingga keperangan. Masukkan ayam dan air secukupnya.
Masukkan bahan2 lain kecuali garam dan rebus hingga ayam empuk. Masukkan garam setelah separuh masa memasak. Asingkan ayam daripada air rebusan. Tapis air rebusan untuk asingkan bahan2 lain.
B)
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan kismis
3 sb minyak
2 sb minyak sapi
1 biji bawang besar - cincang
1 batang kulit kayu manis
1/3 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
3-4 kuntum cengkih
2 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk serbuk halia
1 sk pes bawang putih
1 sb jus lemon
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa
3 sb pes tomato
1/4 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
2 biji limau kering
1 biji cili benggala - cincang kasar
Basuh beras, dan rendam 30 minit utk beras jenis pusa basmathi dengan sedikit garam.
Dalam periuk sederhana, panaskan minyak2. Tumis bawang himgga naik bau.
Tambah * dan teruskan menumis hingga naik bau. Masukkan beras, serbuk kunyit dan pes tomato. Tumis selama 2 minit. (Semalam saya masukkan stok dulu sebelum masukkan beras.)
Tambah air rebusan, jus lemon dan ayam tutup periuk. Biarkan 25 - 30 minit atau hingga nasi masak. ( saya masukkan kambing dan cili setelah nasi hampir kering dan tutup periuk 10 minit dan terus memasak dengan api kecil). Sukatan air yg saya guna utk beras pysa cream - Air 1 cawan beras : 11/4 cawan cecair.
Salasa hara
1 biji tomato
1 biji cili hijau + cili padi (ikut citarasa)
1 pokok daun ketumbar (jgn buang akarnya)
Jus lemon/limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Satukan semua bahan dan kisar. Jgn terlalu halus....simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi arab.
C (optional)
1/4 chopped fresh corainder
Place Kabsa Rice in the platter and sprinkle with roasted pine nuts and fresh corainder leave on the top Serve it with dakkos or maraq.
Friday, July 29, 2016
Creampuff
Dua hari berturut2 buat creampuff....😅. Mysim raya ni ada la kengkawan minta buatkan... Semalam 150 ketul....arini 100 ketul. Alhamdulillah. Buat lebih sikit semalam..
ada la rezeki jiran merasa. Arini buat xtra utk bawak skit untuk jamuan raya sekolah anak selain bekalkan puding trifle.
Cream puff
Bahan2nya
Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila
Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur
----
Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.
pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa2 pun ok.
paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.
kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.
Kastard filling
2 1/4 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
1 sb mentega
masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.
Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...
Friday, May 20, 2016
Roti bawang putih dan sup cendawan
Garlic bread and mushroom soup ZLC sedap bangettt....tak caya?????....cer tanya tukang masak dia nih...hahahhaha. Tapi ni komen orang2 yg menikmatinya...bukan saja2 nak cakap besar tau....Alhamdulillah...dengan izinNya masakan saya dapat memberi kepuasan pada yg menikmatinya....ker diorg makan time tengah lapar gilerrr.....huhuhuhu.
Ni tempahan kawan untuk student2 dia....40 orang makan....bukan makan sup dan roti ni saja....ada macam2 makanan yang dia order ngan saya dan orang lain juga...memang puas hati student2 tu makan...dah kenyang makan kat situ, tapau pulak lagi.....moga berkat dan berganda2 rezeki kawan yang order nih....
Lain kali order lagi yer...
Roti bawang putih @ ZLC
1200 kg tepung hp atau gandum
6 gm bakerine plus
120 gm mentega
2 biji telur
100 gm gula
20 gm yis
15 gm garam
700 gm air sejuk (dlm fridge)
Satukan semua bahan dan uli hingga elastik dan doh licin. Perap setengah jam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk hilangkan gelembung udaranya.
Untuk proses membentuk roti bawang putih boleh rujuk dilink ini (klik disini). Peram selama dua jam atau sehingga naik 3 - 4 kali ganda. Bakar suhu 180 celcius selama 20 minit.
Resepi garlic butter (mentega bawang putih homemade)
250 gm mentega
2 labu bawang putih (tumbuk atau cincang halus)
Pasley kering atau segar (cincang halus)
Satukan dan gaul rata.
Sup cendawan berkrim
bahan
3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
6 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
10 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa
Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.
Nasi arab roasted chicken kabsa lagi
Musim roasted kabsa lagi....40 pax juga kali ni.....tukang masak dah jemu makan tapi orang lain suka sangat sesekali dapat makan.
Tiap kali orang order nasi arab saya akan tanya yang mana satu....sebab ada banyak jenis/versi. Diorg akan cakap yang mana2 la...mana yg sedap...hihihi...ikut saya semua sedap dan ada keunikan tersendiri.... Nak senang amik kabsa ni je la...samada biasa atau roasted...
Guna resepi yang sama. Dia order dengan set sup cendawan dan roti bawang putih, air, buah dan puding cocktail. Alhamdulillah....moga rezeki diberkati Allah.
Dah jadi macam signature akak pulak semenjak dua menjak ni dengan bunga ros kulit tomato nih....😃😃😃😃😃
Tiap kali orang order nasi arab saya akan tanya yang mana satu....sebab ada banyak jenis/versi. Diorg akan cakap yang mana2 la...mana yg sedap...hihihi...ikut saya semua sedap dan ada keunikan tersendiri.... Nak senang amik kabsa ni je la...samada biasa atau roasted...
Guna resepi yang sama. Dia order dengan set sup cendawan dan roti bawang putih, air, buah dan puding cocktail. Alhamdulillah....moga rezeki diberkati Allah.
Dah jadi macam signature akak pulak semenjak dua menjak ni dengan bunga ros kulit tomato nih....😃😃😃😃😃
Sunday, May 15, 2016
ROASTED CHICKEN KABSA (Kabsa Ayam bakar)
Rezeki hujung minggu. Tempahan dari jiran jauh untuk program usrah di rumahnya... Moga menepati citarasa. Dia order nasi arab, saya tanya yg mana satu...sebab nasi arab yg saya masak ada lebih 10 macam...😃. Disebabkan dia tak pasti, dia minta saya cadangkan.
Saya cadangkan roasted chicken kabsa ni sbb yang ni org biasa order walaupun semua jenis pun sedap2 belaka....ada keistimewaan tersendiri kot....😁😁😁😁😁. Takpe lain kali order lagi yer....jenis yg lain pulok tau...
Masih kekal menggunakan resepi lydia honey....
Roasted Chicken Kabsa @ ZLC
Ingredients:-
4C basmati rice (4 cwn beras basmathi - saya guna pusa cream atau gold)
1kg Chicken- cut into half, wash & drain (1 kg ayam - sekor ayam dara potong 2, basuh dan toskan)
*1 large onion-quartered (1 biji bawang besar belah 4)
*300g fresh Tomatoes*-blended together without water (300 gm tomato - kisar tanpa air)
*2 large green pepper* (2 biji cili benggala)
*1/2 tsp Black pepper (1/2 sk lada hitam)
*1/2 tsp Cardamom powder (1/2 serbuk buah pelaga)
*1/2 tsp Cinnamon (1/2 sk serbuk kulit kayu manis)
*4 pieces Cloves (4 kuntum bunga cengkih )
*2-3 pieces Bay leave (2 -3 helai daun bay )
*1 tsp Mixed spices (1 sk rempah campur - boleh beli kat kedai arab mcm mahnaz tu )
*1 tbsp Salt (1 sb garam atau secukup rasa)
*2 pieces dried lemon (lomy) (1 limau kering - beli kat kedai arab atau buat sendiri - jemur hingga kering limau nipis - sampai ringan mcm bola pingpong tu)
1/3C Oil/ Ghee ( 1/3 cawan minyak masak atau minyak sapi - sedap kalau guna minyak sapi terutamanya QBB)
1/2C Raisin, soak for 15 minutes (1/2 cawan kismis rendam 15 minit pastu tos utk kurangkan manis dia tu sikit tapi saya tak pernah rendam pun....)
salt n kabsa spice for the rice (garam dan rempah kabsa untuk nasi).
How to prepare:-
Wash rice well, soak in salted water for 30 minutes.
Basuh beras dan rendam 30 minit.
In a medium casserole, add water, chicken, onion, tomato, cardamom, cinnamon, cloves, black pepper, mix spices, *, salt, lomy and bay leave, bring to a boil and cook for 30 minutes or until chicken is tender.
Dalam periuk sederhana, satukan air, ayam, bawang, tomato, pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, rempah campuran, * , garam, limau kering dan bay. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak.
Remove chickens from the stock and keep aside, strain the stock.
Keluarkan ayam, ketepikan dan tapis air rebusan tadi.
In a medium casserole, fry raisin until golden, remove and set aside.
Dalam periuk lain, goreng kismis dan ketepikan.
Fry rice for 1-2 minutes, add water/ stock to get 4 cups of stock.
Kemudian masukkan beras dan goreng selama 1 - 2 minit, masukkan air rebusan tadi (1 cawan beras : 1 1/4 cawan air utk beras pusa)
Add 1tsp salt and kabsa spices.
Tambah garam secukup rasa dan 1 1/2 sk rempah kabsa.
Bring to boil in high heat for 10-15 minutes until water boils then cover tightly and reduce the heat.
Biarkan mendidih dan kecilkan api apabila air sedikit kering. Dan tutup rapat periuk.
Simmer for 20-25 minutes until rice is cooked and dry.
Masak 10 minit atau hingga nasi tanak sepenuhnya. Setelah tutup api, biarkan 5 minit sebelum buka tudung dan kareh atau gembur nasi.
***kalau tak biasa tanak atas api dapur boleh guna periuk elektrik.
****** Cara saya masak nasi tu - panaskan minyak sapi. masukkan kismis dan goreng kejap. pastu masukkan rempah kabsa. tumis jap. kemudian masukkan air rebusan ayam tadi dan perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih baru masukkan beras yang dah ditos. kacau sesekali hingga air hampir kering. taburkan capsicum. kecilkan api dan tutup rapat periuk. biarkan masak dalam 10 minit. tutup api dan buka penutup kejap dan masukkan pewarna jika mahu dan tutup periuk semula. biarkan dalam 10 minit sebelum dikareh/gembur rata.
Arrange chicken nicely and roast until golden brown.
Sementara itu, susun ayam atas tray dan bakar pada suhu 200 c hingga keperangan. (****saya sapukan sedikit serbuk kunyit, rempah kabsa, garam dan minyak zaiton sebelum dibakar)
Place the rice in the platter, arrange chicken and sprinkle with nuts and raisin on the top.
Ceduk nasi dalam dulang, susun ayam dan tabur kismis.
Serve it with salata and salad.
Sambal salsa
5 biji cili padi
3 biji cili hijau
2 biji tomato
1 pokok ketumbar
Perahan lemon
Sedikit air masak (jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Kisar semua bahan .
Saya share feedback customer semalam tentang nasi kabsah ZLC......Alhamdulillah.....😄😄😄
Subscribe to:
Posts (Atom)