Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, April 11, 2020

Mexican bun aka roti boy aka papa roti aka roti kopi


Itulah tajuk minum petang hujung minggu ni. Alhamdulillah.....lama juga berangan2 nak buat tapi malas mengatasi keinginan. Hari ni dikuatkan semangat buat juga....dan akhirnya tak sempat sejuk dan pindah atas redai selamat sudah masuk ke dalam perut kami bertujuh....

Ku harap kemyang sampai ke malam....sebab malas dah nak masak apa2 lagi malam ni.


Mexican bun aka roti boy aka papa roti aka roti kopi

Bahan-bahan ( 17 biji )
# Bahan untuk Inti #
100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

Cara untuk Intinya

Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
****saya tak bulatkan. Terus sudukan ajer dalam doh.

# Bahan untuk Topping #

100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
1 sk NESCAFE dicampurkan dengan 1 sudu besar air
2 sk coffee emulco
100 gram tepung gandum, + 1 sk serbuk kulit kayu manis - ayak.


Cara untuk Topping

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan nescafe dan emulco.
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

RESEPI ROTI
Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 60 gram
Garam- 8 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 60 gram
Bahan B:

Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus. [ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

Dah siap uli, timbang doh 20 gm dan 30 gm (untuk sebiji roti). Ambil doh 20gm leperkan. Isi inti, tutup inti dan bulatkan doh. Leperkan doh 30gm dan balut doh yg berisi inti, bulatkan dan letak atas cup atau loyang. Buat hingga selesai.  Biarkan doh kembang selama 2 - 3 jam. (bergantung pada suhu bilik).

Bila doh dah cukup naik, paipkan topping bentuk spiral. Bakar dalam oven pada suhu 180 celcius selama 25 - 30 minit.







#masaksendiri
#rotiboy
#rotikopi
#roti
#homemadebuns
#teatime
#mco
#foodie
#foodlovers
#food
#foodstagram

Tuesday, March 31, 2020

Roti sosej


Roti sosej. Kali ni dibuat dengan mencampurkan Water roux aka tangzhong aka yu-dane sebagai agen pelembut dan improver. Hasilnya memang kebabom. 

Dah lama tak guna.....sejak bantak produk softener dan improver keluaran bumiputera memasuki pasaran. 


Resepi water roux

50 gm tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Roti

240 gm air sejuk dari peti ais
1 sk garam
2 sb water roux
60 gm mentega
500 gm tepung gandum atau hp
60 gm gula
1 - 8 gm yis ( kalau lerak sikit masa proof lebih lama)

Satukan bahan ikut turutan ke dlm BM. Pilih manual doh. Uli 2 kali untuk hasil terbaik.

Kalau uli manual, satukan semua bahan kecuali mentega. Dah sebati masukkan mentega dan uli hingga elastik.

Bentukkan doh dan susun dalam loyang. Perap hingga 3 - 4 kali ganda saiznya.

Bakar pada suhu 180 celcius selama 25 - 30 minit - ikut kesesuaian oven masing- masing.

#waterroux
#breadmaking
#homemadebread
#masaksendiri
#foodstagram
#foodie
#instafoodpic
#foodporn



Water roux

Saturday, November 10, 2018

Burger mini menu pilihan jamuan anak-anak


Burger mini untuk jamuan harijadi anak sulung.... semua tetamu teruja dengan burger mini warna-warni ni..

Roti burger tu saya guna resepi roti biasa...buat bun burger kecil2...dua warna pilihan....hijau dan pink. Daging burger tu saya guna nuget tempura....plan asal nak buat sendiri tapi tak sempat.

Untuk lebih menarik saya cucuk burger dengan garpu plastik kecil warna- warni juga...

Laris burger saya haritu...



Wednesday, October 10, 2018

Pizza Mini


Buat mini pizza malam ni....ummi dah masak nasi....lauk kari telur tapi boboy ummi tak nak makan pulak....ummi sampai rumah jer boboy tomey cakap lapar....sbb boboi tak nak makan nasi ummi buatkan pijahat ni....takdan keluar oven boboy dah lelap la pulak...dengan perut kelaparan.....cian boboy....sekarang ni makin ngada2....makan memilih. Tapi ummi layankan juga.....


RESEPI ROTI
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram (saya lebihkan 50 gm)
Gula kasar- 80 gram (saya kurangkan 60 gm)
Garam- 6 gram (saya lebihkan 8 gm sbb garam bukit ni kurang masin)
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A (saya guna gred C)
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.


Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.
2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)

[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.
2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.
3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.
4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.
Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah



Untuk  toppingnya

Pastu utk sos pizza saya guna 1 tin kecil tomato puree, 10 biji tomato kisar, lada hitam, bawang putih dan garam gula secukup rasa.

Tumis bawang putih sekejap dengan minyak sikit jer tau. Masukkan bahan2 lain dan masak sampai pekat.

Pastu saya letak sosej, crab meat.....kalau letak bawang ngan nenas pun sedap tapi anak2 tak suka.
Cheese saya tabur mozarela...cheddar...ngan parmesan...pastu paipkan mayo sikit. Bakar api 180 Celcius selama 15 - 20 minit.


Agak2 ini macam kalu, jual boleh laku ke....boleh jadi jutawan segera tak...hehehhe.....mood nak pencen awal.....huhuhu.


Wednesday, September 19, 2018

Roti Gebu


Anak2....esok breakfast ngan bekal sekul roti jer tau....kalau rajin esok subuh ummi godak salted caramel spread....hahaha....ummi malas nak kelentung kelentang kat dapur subuh2 esok. Jadi ummi pun buatkan breakfast mudah ni jer. Malam dah siapkan...esok tinggal ngap ajer. Bila ayah outstation ni menu ringkas2 jer....(kalau ayah ada pun lebih kurang jugak kan....).

Saya guna resepi jannah jugak..... dah banyak kali share kat blog ni...



Kejadian roti malam ni.....terer tu tidak la....tapi nak makan sendiri lepas la...Alhamdulillah.


Buat dia adunan roti malam tadi....satu plain doh dan satu lagi pandan wholemeal....



Bentuknya huru hara sebab malas sungguh malam tadi nak membentuk dan menyusun.....main taram jer....janji bila dah masak rupa dan rasa masih macam roti...huhuhu.


Wednesday, September 12, 2018

Roti arang kelabu


Lama dah tak meroti......sejak paddle BM hilang. Bila dah ganti nak tunggu mood pulak.....ermmmmm.


RESEPI ROTI

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
Serbuk arang - 10 gm (kali ni main letak jer...rupanya tak cukup...tu yang roti jadi kelabu)
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih


Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram


Cara untuk uli menggunakan mixer:

Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus. Perap hingga berganda.

(kalau guna BM ikut step macam biasa)

Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh bentukkan ikut citarasa.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)





Tuesday, May 8, 2018

Burger goreng lajen

Burger goreng lajen......fav arwah kakak......entah mana dia belajar buat tapi sejak mula dia masakkan untuk kami semua memang terus jatuh suka. Bila buat takdan sejuk berebut2 kitaorg makan....angkat dari kuali jer habis....angkat lagi habis....selagi tak kenyang.

Biasanya dalam inti kentang ngan daging atau ayam.  Sama macam inti karipap tu....Sumbat tengah2 roti burger yg dipotong 2....pasti celup adunan tepung dan goreng garing. Makan dengan sos cili dan mayo....perghhhh terangkat abis....


Tak teringin ker......kalau teringin nah resepinya...klik jer kat link di bawah.....pi wat sindri...hahahhaha

klik link untuk resepi . Kat link ni cara2 nak tutorial bergambar pun disertakan.....cepat. jangan lepaskan peluang mencuba resepi enak lagi mudah ni....yumyumyum.






Monday, April 2, 2018

Pelbagai Hidangan Sandwich

Sandwich Tuna
Sandwich Tuna/sardin

Untuk Inti tuna/sardin

1 tin sardin/tuna - toskan kuahnya, buang tulang dan hancurkan
Sedikit garam
Cili padi atau cili merah buang biji dan cincang kecil
Bawang besar cincang kecil
Sedikit perahan limau
Tomato buang biji dan cincang kecil (optional)
Mayonis (pilihan)

Satukan dan gaul rata

**********
Sayuran pilihan

Daun salad
Timun
Tomato

Sandwich Telur


Sandwich telur
Zulfaza Loves Cooking

Inti telur

4 biji telur rebus - kupas kulit dan hancurkan
2 sb mayonis
1/4 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa


Satukan semua bahan dan gaul rata.


************
Sayuran pilihan

Daun salad
Timun
Tomato


Sandwich Keju untuk Vegetarian

Tuesday, March 27, 2018

Roti puri


Sarapan pagi hari minggu.



Roti puree @ puri

2 cwn tpg gandum
1sudu yis
3 sudu gula (boleh kurang ikut suka kemanisan)
3 sudu minyak masak
3/4 cawan air suam
secubit garam

cara:

Campurkan semua bahan.
Uli sampai tak melekat di tangan.
Perapkan 30 minit (bertutup)
Tumbuk tumbuk doh utk keluarkan udara.

Buatkan bulat bulat (sapu tepung di tangan supaya tak melekat) saiz ikut suka.
Tekan leper dan goreng.


Tips zulfaza: Roti ni kalau nak cantik kembungnya api dan teknik kena betul..... Apinya jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil....sedang2 jer.....lepas tu bila dah masukkan doh dlm minyak...siram2kan doh tu dengan minyak sampai kembung sepenuhnya sebelum diterbalikkan...terbalikkan dua tiga kali sampai masak utk hasilkan roti yg cantik dan masak sekata.

Toskan...dan hidangkan....


Sambal bilis kisar

*1 cawan ikan bilis
*1/2 cawan cili kering kisar
*1 biji bawang besar - potong bulat
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
2 batang serai di titik
5 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak.
Air secukupnya


Kisar *. Kemudian tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Gaul rata. Masukkan serai dan air asam. Kacau sebati dan biarkan menddih seketika. Tambah sedikit air. Kacau rata.

Biarkan mrenih dengan api sederhana. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.


Saturday, March 3, 2018

Bun kacang merah


Roti simple2 jer untuk sarapan. Bila mood rajin meroti datang selalu la bau haruman semerbak roti yg dibakar memenuhi ruang rumah ni.....tapi bila takde mood faham2 ajer la....😃


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT

Resepi Oleh: Nor Jannah

Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

[ Cara untuk membuat donut ]

1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut.

2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar donut tidak melekat di tray.

2) Perap 20 minit dulu. Baru canai, kemudian boleh lubangkan donut dengan jari atau nak guna nozel pun boleh untuk buat lubang.

3) Sambung perap sehingga naik dua kali ganda.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.

5) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih.

*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja.

*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak.

6) Siap di goreng, toskan.

7) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blender gula kasar separuh halus.

Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)

[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.
2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.
3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.
4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah

Wednesday, February 21, 2018

Pau goreng inti kacang merah


Satu doh dua hasil berbeza......sebahagian doh saya jadikan roti kastard pan.....sebahagiannya pula saya sumbat dengan inti kacang merah dan bagi nama pau goreng inti kacang. Menu minum peyang isnin lepas.


Pau goreng inti kacang

Bahan A:

Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram

Bahan B:

Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam B.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati. Saya guna breadmaker.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

Nak uli guna tangan pun boleh. Satukan semua bahan. Uli sehingga doh tak melekat dan licin.


1) Bahagikan doh ikut citarasa

2) Bulatkan dan leperkan. Letak inti kacang dan tutup doh, rounding betul2 agar doh tak terbuka dan inti keluar mada menggoreng. Pastikan inti tak terkeluar.  Letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar doh tidak melekat di tray.

3) Perap sehingga naik dua kali ganda. Angkat doh dengan sudip yg dioles sedikit minyak dan letaklan di atas pan yg telah dipanaskkan dengan api kecil.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat pau menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Goreng hingga keperangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...