Saturday, May 15, 2010

'Fatwa' yang masih disebarkan..


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]





Sikap paling nyata tidak menepati kehendak al-Quran apabila setiap khabar yang diterima baik melalui surat menyurat, lafaz mulut, SMS, e-mail yang difowardkan, tulisan yang diposkan di ruang siber dan bermacam lagi, diambil bulat-bulat tanpa menyelidik dan lebih parah disebar-sebarkan pula. Berani saya katakan hampir 90% yang menyebarkan khabar-khabar yang mereka terima sebenarnya tidak langsung menyelidik kebenaran khabar tersebut.


Semalam saya berdiskusi di ruangan mukabuku milik seorang kawan. Salah seorang pengkritik/pengomen telah menulis begini, "... najib tak bole tulis MOHD sahaja sebab bahasa arab maknanya anjing mulut besar.... maaf sahabat...betul kan MUHAMMAD". Dia juga seterusnya menyatakan ada satu gambar di dindingnya untuk dikongsikan bersama. Gambar itu adalah gambar di atas.

Yang amat menjadi keraguan saya adalah berkenaan sumber dokumen dalam gambar tersebut. Benarkah dari Arab Saudi? Mengapakah tidak diletakkan sumbernya? Soalan kedua yang terdetik dalam minda saya, "Setahu aku yang tak berapa cerdik Bahasa Arab ni, anjing dalam bahasa Arab adalah 'kalbun'. Dalam MOHD tak de plak perkataan kalbun". Dan bukankah MOHD tetap disebut sebagai Muhammad? Sebagaimana ABD disebut sebagai Abdul. Tak pula orang menyebut MOHD sebagai MOHD.

Dengan pimpinan dari Allah, alhamdulillah, maka pencarian kebenaran bermula. Dari satu web ke satu web yang lain saya jelajahi. Antaranya:


Dari web yang kedua, saya telah mendapat link yang sebenar kepada jawapan seorang Mufti iaitu Mufti Ebrahim Desai.


Seperti yang tertera dalam jawapan beliau:

The advise to call a Mosque a Musjid, spell Makkah instead of Mecca and spell Muhammad in full is correct.

However, the reasoning behind mosque being mosquito, Mecca being a pub and Mohd being a dog is not correct.

and Allah Ta'ala Knows Best

Mufti Ebrahim Desai


Malangnya web Buletin Pengguna Islam (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) sendiri meletakkan email itu tanpa bukti yang kukuh.

Ternyata kita pada hari ini sangat gemar menurut atau mengikut tanpa menyelidik terlebih dahulu. Padahal apa yang kita percaya itu kadangkala tidak benar sama sekali. Ini termasuklah juga dalam perkara menyambut sambutan² bermusim seperti Hari Ibu. Padahal jika menurut apa yang digariskan oleh Islam, sudah cukup lengkap. Bak kata Ustaz Zahazan dalam Utusan Online - Jangan Sayang Ibu Bapa Bermusim.

Hentikanlah penyebaran 'fatwa' di atas. Moga kita sama² dipimpin hidayahNya untuk membezakan yang benar dan juga yang salah untuk berdepan dengan segala fitnah di akhir zaman ini, insyaAllah.





Wednesday, May 12, 2010

Mak, saya WAJIB meninggalkan syubhat


Mak, saya amat² gerun dan sentap bila membaca tentang apakah peristiwa sebenar yang berlaku pada Hari Ibu pada masa² lalu. Saya bukan hanya mencari kebenaran itu di Wiki, mak... tapi juga di tempat² yang lain. Baca juga di sini.

The modern Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in May or in March/April, as a day to honour mothers and motherhood. In the UK and Ireland it follows the old traditions of Mothering Sunday, celebrated in March/April.



Mothering Sunday is a Christian festival celebrated throughout Europe. Secularly it became a celebration of motherhood.[1] It is increasingly being called Mother's Day, although in countries other than UK and Ireland that other holiday has other origins.[1] In the UK it is considered synonymous with Mother's Day as celebrated in other countries.

History

In the Roman religion the Hilaria festival was held in honour of the mother goddess Cybele and it took place during mid-March. As the Roman Empire and Europe converted to Christianity, this celebration became part of the liturgical calendar as Laetare Sunday, the fourth Sunday in Lent to honour the Virgin Mary and the "mother church"[2].

During the sixteenth century, people returned to their mother church for a service to be held on Laetare Sunday. This was either a large local church, or more often the nearest Cathedral.[1] Anyone who did this was commonly said to have gone "a-mothering", although whether this preceded the term Mothering Sunday is unclear. In later times, Mothering Sunday became a day when domestic servants were given a day off to visit their mothers and other family members. It was often the only time that whole families could gather together, since in other days they were prevented by conflicting working hours.

By the third decade of the twentieth century, the custom of keeping Mothering Sunday had tended to lapse in Europe.[2] It was revived through the influence of American and Canadian soldiers serving abroad during World War II, who celebrated Mother's Day on the second Sunday in May.[2] People from Ireland and the UK started celebrating Mother's Day again, but on the same day Mothering Sunday had been celebrated before it fell into disuse, the fourth Sunday in Lent.[2]

Mothering Sunday remains in the calendar of some Canadian Anglican churches, particularly those with strong English connections.


Mak, Nabi s.a.w. kita sendiri pernah pesan kat kita, mak. Tapi kita lupa. Nabi s.a.w. pesan antara 40 tanda akhir zaman antaranya:

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

(H.R. MUSLIM)


Mak, masalahnya umat Islam hari ini cenderung untuk mengikut tanpa menyelidik faktanya. Mengikut buta². Tanpa sedar sebenarnya mereka, malah saya juga, telah terikut seperti orang² Nasara & Yahudi. Sedangkan dalam Islam itu telah terlalu indah. Ramai juga lupa pada perang saraf golongan Nasara sehinga merasakan, "Tak apalah. Sekadar satu hari". Lantas ia menjadi satu amalan yang tidak seorang pun akan merasa risau sekiranya melakukannya. Kenapa mesti Ahad? Kenapa tidak Jumaat? Bukankah Ahad hari istimewa untuk orang Nasara kerana mereka selalu ke gereja pada hari tersebut?

Dan dah pasti, mak, pasti ada yang tidak berkenan dengan tulisan ini kerana ramai di antara kita yang lebih suka mendengar sesuatu yang sesuai dengan pendapat dan pandangan kita. Saya mesti berkata benar sekali pun yang benar itu sukar untuk diterima.

Al-Baqara [2:42] : Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Maafkan saya, mak. Saya tak dapat mengucapkan Hari Ibu di blog ini lagi di masa akan datang. Saya WAJIB meninggalkan syubhat. Biarlah apa orang nak kata, mak, janji Allah swt tak marah pada saya atas benda yang tidak disukaiNya. Mak memang dah terlalu istimewa pada pandangan saya, malah tempat mak lebih istimewa di sisi Allah swt. Hari² adalah hari ibu. Dari hari Jumaat hinggalah hari Khamis. Bukan setakat hari Ahad minggu kedua bulan Mei.






Ya Allah... ampunkan kekhilafan hambaMu ini. Dan alhamdulillah, Engkau membimbing aku dari yang kabur ke arah cahaya.

Wednesday, May 5, 2010

Setelah 3 tahun...


Sedar tak sedar rupa-rupanya telah 3 tahun saya menjadi blogger. Dari seorang blogger tegar di Tangan Yang Menghayun Buaian dengan isu-isu semasa yang panas, sehingga saya memperlahankan rentak menikmati kehidupan sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang istimewa. Ya, sesungguhnya dia telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan dari sisi yang berbeza.

Saya mula menulis tentang pandangan saya di TYMB pada 9 April 2007. Semasa itu saya masih berkerja. Saya hanya berblog selepas waktu berkerja. Mencoret pada mulanya tentang pengalaman-pengalaman yang kosong dan kurang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Dulu ketika saya tidak berkerja, saya sering mengikuti kakak saya ke markas. Membantu semampu saya. Namun apabila masuk ke dunia pekerjaan, dunia itu seakan saya tinggalkan dan saya tidak mampu membantu seperti masa dulu. Rugi. Langsung saya mula memberikan pandangan-pandangan saya dalam isu semasa sehingga blog saya disenaraikan (masih disenaraikan) di Beras Padu & Beras Terpilih. Saya amat berterima kasih kepada saudara Sebol.

Sejak dari itu, saya kurang berbicara tentang peribadi kerana agak malu untuk ditatapkan di kalangan blogger handalan seperti ABO (politik banjar - saya mengenali saudara ABO ni secara peribadi), saudara Sebol, Kak Jie, saudara Knizam, saudara Jingga Studies (doktor mata), saudara me (yang kini telah berbulan juga berhenti menulis), kak Silversarina (antara pengunjung terawal blog saya), NurAflah, YB Idham Lim, kawan-kawan dan jiran-jiran saya di SU.net, saudara ASR (yang dulunya berada di UK, kini dah pulang ke tanahair), kak Ija (masih berada di Australia), saudara Deo, Umaralfateh, dll. Di sini juga saya kenali Aboo (unpublishednotes) sehingga akhirnya berkawan rapat dengannya. Saya amat gemarkan cara Aboo menulis namun sayangnya dia juga memilih untuk berdiam diri dengan isu-isu semasa. Mungkin saja dia amat sibuk berkerja.

Kini telah hampir beberapa bulan saya 'melarang' diri saya dari berbicara tentang isu semasa yang panas. Blog ini kini sepi. Saya masih mengumpul kekuatan untuk mencari bahan ilmiah untuk dikongsikan di blog ini.

Sebaliknya, saya hanya tumpukan perhatian saya pada blog A Journey of Amazing Syafiah. Idea membuat blog ini muncul apabila saya amat sukar mencari maklumat mengenai penyakit Syafiah dan ada pembaca yang mencari maklumat mengenai perkara tertentu. Blog mengenai insan istimewa memang ada tapi selain menceritakan tentang perasaan, yang menceritakan secara berilmiah amat kurang sekali.

Jadi kenapa saya tidak spesifikkan blog itu seperti sekarang ini, menceritakan perasaan bersama-sama dengan pautan-pautan yang berkaitan? Maka itulah sebabnya lahir Amazing Syafiah, yang mana cerita asalnya diceritakan di dalam blog TYMB. Semua ceritanya saya pindahkan ke sana. Dan saya perlu berblog secara dwibahasa kerana ada pembaca blog itu berasal dari luar negara seperti Sarah dari Australia. Sarah mempunyai anak bernama Violet.

Ia masih lagi menyumbang kepada ummah secara berilmiah, insyaAllah. Namun melalui cara lain, dengan memberikan kesedaran bahawa wujud individu-individu istimewa dan penyakit yang berkaitan. Semoga dengan pendedahan yang diberikan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan yang sama-sama mengharungi pengalaman yang serupa. Tak lupa juga memberi semangat kepada insan lain yang membaca kisah kami. Jika ada yang tersentuh dengan semangat juang Syafiah, alhamdulillah, blog tersebut berjaya mencapai sasaran objektifnya.

Kini nama blog tersebut telah pun bertukar ke Amazing Syafiah & Co. Ia refleks kepada kehidupan Syafiah yang bukan hanya berkisar dan fokus kepada dirinya sahaja, akan tetapi kehadirannya juga memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya. Terutamanya saya sendiri, ayahnya dan adik-beradiknya yang lain. Mungkin juga kepada kawan-kawan kami.

Halangan-halangan berblog ni tetap ada dari segi teknikal mahu pun dari segi emosi saya sendiri. Dari saya mula berkerja sehinggalah saya menunggu untuk dipasangkan streamyx selama beberapa bulan di rumah. Kemudian memakai pula streamyx bersama jalur lebar Maxis kepunyaan Aboo. Hingga kini pula saya telah membeli komputer riba. Pembelian komputer riba ini adalah gara-gara desktop saya yang kerap dihantar ke kedai untuk dibaiki dari bulan Disember hingga ke April. Saat ini desktop tersebut telah pun ditukar jantung hatinya kepada yang lebih baik, alhamdulillah.

Itu belum diceritakan tentang gangguan emosi. Jika dulu, blog ini mampu dikemaskini sehari 2/3 kali tapi kini ia seolah sesuatu yang mustahil. Adakalanya idea datang mencurah-curah, tatkala saya melakukan kerja tapi apabila tiba di hadapan komputer, idea hilang begitu saja. Kadangkala pula idea telah ada tapi apabila menaip, tulisan tersebut akan dipadam berkali-kali.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf atas keterbatasan saya. Saya akui saya amat suka membaca tapi sangat-sangat jarang meninggalkan jejak. Tidak kira blog siapa - blog otai-otai di Beras Padu/Terpilih mahu pun blog-blog kawan terutamanya kawan-kawan RH, mahu pun blog-blog rakan blogger lain yang saya terjah sendiri. Masa amat membatasi. Selebihnya saya ber-facebooking. Di sana, saya juga saya sebagai insan yang lemah tidak dapat menerjah ke dinding kawan-kawan saya satu persatu. Saya akui, membuat jaringan sosial amat saya sukai. Bersahabat walau pun tidak mustahil tapi adalah sukar. Tapi kalau sekali bersahabat, saya akan terus mengingati dan merindui.

Sama ada berblog atau ber-facebook, ke semuanya diharap mencapai sasaran yang baik. Yang penting perkongsian selama 3 tahun dan seterusnya ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat apatah lagi sekiranya diamalkan, insyaAllah.

Sesetengah blogger yang seangkatan dengan saya mungkin saja suka mempertimbangkan statistik-statistik blog. Mencongak-congak trafik yang diterima setiap hari. Dan mungkin saja mengejar ranking di Alexa mahu pun di Technorati serta pengikut paling ramai. Namun bagi saya itu bukan sasaran lagi. Sasaran saya hanya berkisar tentang penerimaan masyarakat tentang golongan istimewa dan memberi kesedaran tentang wujudnya istilah-istilah perubatan yang tertentu berdasarkan pengalaman kami. Dan ada idea-idea berblog saya wujud dengan kata pencarian pembaca. Sungguh pun begitu, saya amat berterima kasih kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Sokongan kalian amat saya hargai.

Moga masyarakat kita akan terus celik tentang perubatan, cara menghadapinya dan terutamanya cara untukk masyarakat biasa di luar sana berdepan dengan golongan istimewa. Agar tiada lagi mata-mata pelik melihat anak-anak ini. Agar mereka menerima golongan ini seadanya, tidak kira yang masih meniarap, terbaring mahu pun sudah mengorak langkah, dan melihat pengalaman ini dari aspek yang berbeza.





 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez