Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Setelah 3 tahun...


Sedar tak sedar rupa-rupanya telah 3 tahun saya menjadi blogger. Dari seorang blogger tegar di Tangan Yang Menghayun Buaian dengan isu-isu semasa yang panas, sehingga saya memperlahankan rentak menikmati kehidupan sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang istimewa. Ya, sesungguhnya dia telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan dari sisi yang berbeza.

Saya mula menulis tentang pandangan saya di TYMB pada 9 April 2007. Semasa itu saya masih berkerja. Saya hanya berblog selepas waktu berkerja. Mencoret pada mulanya tentang pengalaman-pengalaman yang kosong dan kurang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Dulu ketika saya tidak berkerja, saya sering mengikuti kakak saya ke markas. Membantu semampu saya. Namun apabila masuk ke dunia pekerjaan, dunia itu seakan saya tinggalkan dan saya tidak mampu membantu seperti masa dulu. Rugi. Langsung saya mula memberikan pandangan-pandangan saya dalam isu semasa sehingga blog saya disenaraikan (masih disenaraikan) di Beras Padu & Beras Terpilih. Saya amat berterima kasih kepada saudara Sebol.

Sejak dari itu, saya kurang berbicara tentang peribadi kerana agak malu untuk ditatapkan di kalangan blogger handalan seperti ABO (politik banjar - saya mengenali saudara ABO ni secara peribadi), saudara Sebol, Kak Jie, saudara Knizam, saudara Jingga Studies (doktor mata), saudara me (yang kini telah berbulan juga berhenti menulis), kak Silversarina (antara pengunjung terawal blog saya), NurAflah, YB Idham Lim, kawan-kawan dan jiran-jiran saya di SU.net, saudara ASR (yang dulunya berada di UK, kini dah pulang ke tanahair), kak Ija (masih berada di Australia), saudara Deo, Umaralfateh, dll. Di sini juga saya kenali Aboo (unpublishednotes) sehingga akhirnya berkawan rapat dengannya. Saya amat gemarkan cara Aboo menulis namun sayangnya dia juga memilih untuk berdiam diri dengan isu-isu semasa. Mungkin saja dia amat sibuk berkerja.

Kini telah hampir beberapa bulan saya 'melarang' diri saya dari berbicara tentang isu semasa yang panas. Blog ini kini sepi. Saya masih mengumpul kekuatan untuk mencari bahan ilmiah untuk dikongsikan di blog ini.

Sebaliknya, saya hanya tumpukan perhatian saya pada blog A Journey of Amazing Syafiah. Idea membuat blog ini muncul apabila saya amat sukar mencari maklumat mengenai penyakit Syafiah dan ada pembaca yang mencari maklumat mengenai perkara tertentu. Blog mengenai insan istimewa memang ada tapi selain menceritakan tentang perasaan, yang menceritakan secara berilmiah amat kurang sekali.

Jadi kenapa saya tidak spesifikkan blog itu seperti sekarang ini, menceritakan perasaan bersama-sama dengan pautan-pautan yang berkaitan? Maka itulah sebabnya lahir Amazing Syafiah, yang mana cerita asalnya diceritakan di dalam blog TYMB. Semua ceritanya saya pindahkan ke sana. Dan saya perlu berblog secara dwibahasa kerana ada pembaca blog itu berasal dari luar negara seperti Sarah dari Australia. Sarah mempunyai anak bernama Violet.

Ia masih lagi menyumbang kepada ummah secara berilmiah, insyaAllah. Namun melalui cara lain, dengan memberikan kesedaran bahawa wujud individu-individu istimewa dan penyakit yang berkaitan. Semoga dengan pendedahan yang diberikan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan yang sama-sama mengharungi pengalaman yang serupa. Tak lupa juga memberi semangat kepada insan lain yang membaca kisah kami. Jika ada yang tersentuh dengan semangat juang Syafiah, alhamdulillah, blog tersebut berjaya mencapai sasaran objektifnya.

Kini nama blog tersebut telah pun bertukar ke Amazing Syafiah & Co. Ia refleks kepada kehidupan Syafiah yang bukan hanya berkisar dan fokus kepada dirinya sahaja, akan tetapi kehadirannya juga memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya. Terutamanya saya sendiri, ayahnya dan adik-beradiknya yang lain. Mungkin juga kepada kawan-kawan kami.

Halangan-halangan berblog ni tetap ada dari segi teknikal mahu pun dari segi emosi saya sendiri. Dari saya mula berkerja sehinggalah saya menunggu untuk dipasangkan streamyx selama beberapa bulan di rumah. Kemudian memakai pula streamyx bersama jalur lebar Maxis kepunyaan Aboo. Hingga kini pula saya telah membeli komputer riba. Pembelian komputer riba ini adalah gara-gara desktop saya yang kerap dihantar ke kedai untuk dibaiki dari bulan Disember hingga ke April. Saat ini desktop tersebut telah pun ditukar jantung hatinya kepada yang lebih baik, alhamdulillah.

Itu belum diceritakan tentang gangguan emosi. Jika dulu, blog ini mampu dikemaskini sehari 2/3 kali tapi kini ia seolah sesuatu yang mustahil. Adakalanya idea datang mencurah-curah, tatkala saya melakukan kerja tapi apabila tiba di hadapan komputer, idea hilang begitu saja. Kadangkala pula idea telah ada tapi apabila menaip, tulisan tersebut akan dipadam berkali-kali.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf atas keterbatasan saya. Saya akui saya amat suka membaca tapi sangat-sangat jarang meninggalkan jejak. Tidak kira blog siapa - blog otai-otai di Beras Padu/Terpilih mahu pun blog-blog kawan terutamanya kawan-kawan RH, mahu pun blog-blog rakan blogger lain yang saya terjah sendiri. Masa amat membatasi. Selebihnya saya ber-facebooking. Di sana, saya juga saya sebagai insan yang lemah tidak dapat menerjah ke dinding kawan-kawan saya satu persatu. Saya akui, membuat jaringan sosial amat saya sukai. Bersahabat walau pun tidak mustahil tapi adalah sukar. Tapi kalau sekali bersahabat, saya akan terus mengingati dan merindui.

Sama ada berblog atau ber-facebook, ke semuanya diharap mencapai sasaran yang baik. Yang penting perkongsian selama 3 tahun dan seterusnya ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat apatah lagi sekiranya diamalkan, insyaAllah.

Sesetengah blogger yang seangkatan dengan saya mungkin saja suka mempertimbangkan statistik-statistik blog. Mencongak-congak trafik yang diterima setiap hari. Dan mungkin saja mengejar ranking di Alexa mahu pun di Technorati serta pengikut paling ramai. Namun bagi saya itu bukan sasaran lagi. Sasaran saya hanya berkisar tentang penerimaan masyarakat tentang golongan istimewa dan memberi kesedaran tentang wujudnya istilah-istilah perubatan yang tertentu berdasarkan pengalaman kami. Dan ada idea-idea berblog saya wujud dengan kata pencarian pembaca. Sungguh pun begitu, saya amat berterima kasih kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Sokongan kalian amat saya hargai.

Moga masyarakat kita akan terus celik tentang perubatan, cara menghadapinya dan terutamanya cara untukk masyarakat biasa di luar sana berdepan dengan golongan istimewa. Agar tiada lagi mata-mata pelik melihat anak-anak ini. Agar mereka menerima golongan ini seadanya, tidak kira yang masih meniarap, terbaring mahu pun sudah mengorak langkah, dan melihat pengalaman ini dari aspek yang berbeza.





Monday, July 20, 2009

To hide the Navbar in blogger


Entry ini khas untuk MyLilDreamz dan semua rakan di mombloggersplanet.com.



To hide the Blogger Navbar (black in color):

1- Log in to blogger

2- On your Dashboard, select Layout. This will take you to the Template tab. Click Edit HTML. Under the Edit Template section you will see you blog's HTML.

3- paste the CSS definition in the top of the template code:

...
<b:skin><![CDATA[/*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Rounders
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 27 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */
#navbar-iframe {
display: none !important;
}
/* Variable definitions
====================
<Variable name="mainBgColor" description="Main Background Color"
type="color" default="#fff" value="#ffffff">
<Variable name="mainTextColor" description="Text Color" type="color"
default="#333" value="#333333">
...

Remove the code to show it again.





Wednesday, May 27, 2009

Blog Syafiah dibuka semula


Kenapa saya tutup sekejap blog Syafiah si kecil yang hebat itu?

Saya melakukan layout make-over secara besar-besaran selepas terpengaruh dengan salah seorang blogger yang juga kawan baik alam maya saya iaitu Intan! Intan menukar blognya kepada magazine layout yang kemas dan teratur. Tapi sekarang ni dia revert balik layout blog tu kepada layout sebelum ni. Whatelahapen?


Screenshot blog Syafiah


Layout blog ni dinamakan sebagai Reflection dan saya dapat di btemplates.com. Saya sukakan templates di sini sebab ia pelbagai. Nak buat sendiri nanti²lah. Kebanyakan blog menarik ni diadaptasikan dari Wordpress. Saya ada akaun di sana tapi sehingga kini saya masih tak selesa untuk berpindah. Antara ciri² menarik:

1- Featured post/glider content.
2- Fixed width.
3- Right sidebar.
4- Search form.
5- Navigation tab.
6- 3 columns.

Nak tambah gempak lagi, saya mencari kod untuk navigation tab jenis multi level drop down menu (lihat di sebelah kanan sidebar, di atas sekali). Sebenarnya saya nak gantikan navigation tab yang asal tu, tapi saya masih mencari penyelesaiannya. Saya dapat kod untuk drop down menu itu di bloggerstop.net.

Sebenarnya saya berkenan betul dengan slide show tab view menu. Contohnya boleh dilihat di sini. Lihat sebelah kiri, di bahagian bawah Home. Cuma saya belum ada mood nak masukkan ia ke dalam mana² blog yang saya ada ni. Nantilah...

Selain itu saya dapat juga ilmu untuk memainkan Youtube secara autoplay dan loop selepas kita memasukkan kodnya ke dalam mana² tempat terutamanya di dalam blog. Dan tandatangan di bawah ini, saya dapatkan kodnya dari My Live Signature tanpa membuka akaun di sana.

Berminat? Cubalah sendiri dengan memasuki website yang berkenaan... selamat mencuba!



Thursday, October 23, 2008

Pengalaman mengubahsuai 'rumah' orang & sikap amanah


Apa perasaan korang kalau diberikan 'kunci' untuk masuk ke rumah orang? Tuan rumah pula minta korang alih²kan barang dan mengubahsuai rumah tersebut. Perkataan 'jurutera' mungkin tidak tepat. Lebih tepat lagi korang masuk ke rumahnya sebagai kontraktor kelas F yang langsung tak pernah dapat job. Selama hari ini dok asyik 'bertukang' di rumah sendiri.

Walau pun sekadar rumah maya, amanah tetap amanah. 1 sen memegang hak orang juga tetap dikatakan amanah. Bagaimana pula keadaannya dengan pemimpin atau pemerintah? Tidak bergetarkah hati mereka kala mereka memegang amanah yang besar?

Al-Ahzab [33:72] : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.



Saya tidak mahu melihat orang lain. Semalam kala Aboo mengizinkan saya menjadi kontraktor rumahnya, barang sedikit pun saya teramat risau untuk mengusiknya. Bergetar dan masih berbekas di hati saya hingga ke pagi ini. Saya taklah kata saya ni cukup amanah cuma perasaan risau tu tetap menyelubungi saya.

Mungkin orang akan cakap... alahhh... blog je. Bukannya apa²pun. Ko ni terbawa-bawalah... Sikap tak apa² inilah yang menyebabkan rasa tanggungjawab pada amanah itu kurang pada hari ini. Saya kata sikap ini, sikap meringan-ringankan.

Alahhh.. tak apalah masak cincai² untuk banduan ni, lagi pun depa penjenayah. Alahhh.. tak apalah guna RM5 billion je. Nanti bayar le balik. Misalnyalah. Yang kita lupa.. satu sen hak banduan @ orang itu tetap haknya. Jangan sampai terambil hak orang lain. Nak menurut orang tu kelak di akhirat nanti bukannya kerja mudah. Tambah lagi sekiranya orang itu tidak bersalah atau dianiayai atau ada perasaan tak puas hati di kalangan mereka.

Pernyataan demi pernyataan kita keluarkan. Cuba kita kira berapa banyak "Alahhh..." yang kita tuturkan seharian. Yang kita lupa lagi, lagi banyak kita berkata (yang tidak berfaedah) maka lagi banyaklah salahnya. Tambah pula kita tak kenal dengan orang² yang berkenaan. Setiap apa yang kita kata dan tulis akan dipertanggungjawabkan.

An-Nisa [4:114] : Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.



Sabda Nabi Muhammad SAW (ertinya):

Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan pemimpin bertanggung jawab atas pengunaan harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Al Bukhari:5788, Muslim: 1829, Abu Dawud: 2926, Tarmidzi: 1705)


Astaghfirullah... begitulah besarnya amanah ini bagi yang beriman.


Selagi tuan rumah tidak mengatakan yang dia redha saya memasuki rumahnya dan tiada kerosakan yang saya lakukan, selagi itulah agaknya hati saya ini berdebar-debar....

Tuesday, October 21, 2008

Tips : Mengenai Read More........ lagi...


Brader Aboo tanya saya di posting terdahulu:



Berikut cara yang saya buat. Amaran... sila jangan pening... Anggaplah diri anda Spongebob Squarepant yang mempunyai kuasa menyerap air (info) yang tinggi sehingga terkeluar air itu dari mata, telinga & mulut! Kehkehkeh....


> Dashboard > Layout > Edit HTML > Tick 'Expand Widget Templates'



> Cari bahagian yang div class='post-header-line-1'/ > Salin tempek kod² html yang berwarna merah dari Hackosphere > Preview

Saya percaya anda pasti akan temui error di bawah ini selepas anda klik butang Preview:



'We were unable to preview your template'
'More than one widget was found with id: Bloglist1. Widget IDs should be unique.'

Widget di sini bermaksud gadget di Page Elements. Maknanya anda perlu membuang gadget di bahagian Page Elements tersebut. Namun sebelum anda membuangnya, anda perlu back up satu persatu gadget tersebut di dalam notepad/MS word. Nampak macam leceh tetapi percayalah... (macam politik pulak!! Huhu!), ia tidak akan mengambil masa yang lama.


Yang asal... tu diaaa... punya banyak. Awat yang banyak sangat hang punya html/javascript, Aboo oiii? Yang Limited Access kat atas tu boleh dibuat dengan menambah gadget dan drag gadget berkenaan ke bawah 'Links'.


Yang saya buang...

Lepas tu saya ulangi balik langkah Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Copy & paste the code from Hackosphere > Tekan save.

Jika keluar mesej 'View Blog' maknanya percubaan anda telah berjaya. Dan anda perlu meletakkan semula ke semua kod html yang anda buang di bahagian gadget itu tadi.

Kemudian pergi ke Settings > Formatting > Cari Post Template di bahagian bawah > Taip seperti dalam imej di bawah > Save settings



Jika anda 'Create' posting baru, di skrin anda akan tertera seperti berikut di bahagian Edit HTML:



Di bawah adalah versi asal posting dan cuba bandingkan dengan hasilnya:






Nampak macam susah dan banyak langkah akan tetapi sebenarnya ia tidaklah sesusah mana. Cuma yang nampak leceh tu bab bila kena letak balik gadget tu... Oh! Sila.. sila... jangan pening ok!!

Saya dapati jika kita seringkali menggunakan keyboard selain daripada mouse, penggunaan komputer akan lebih mudah. Contohnya, kod Alt + 0178 (akan jadi ²), salin tempek, dll. Saya belajar menggunakan keyboard dengan banyak sekali ketika saya 'menggodek' Autocad versi yang terdahulu. Kira² 10 tahun yang lalu.. huhu!

Owh.. hasil ujian urin negatif.. saya perlu risaukan perkara lain pula.. hish!

Saturday, October 18, 2008

Tips Membuat [Read more/baca seterusnya...]


Bagi saya, berblog mencabar keinginan dan pengetahuan saya. Saya menukar 'cat' & menggodek rumah ini berulang-kali bukan hanya untuk suka² atau apa yang orang katakan hobi. Tetapi ia lebih kepada ilmu dan cabaran baru yang saya tempuhi. Saya tidak mahu hanya menaip dan menerbitkan entry. Saya mencabar diri saya sendiri lebih dari itu.

Malah dalam apa bidang ilmu sekali pun saya amat gemar mencari maklumat dan mencabar diri sendiri. Contohnya - terma perubatan & kejuruteraan. Bagi saya, sikap menimba ilmu itu penting dalam diri setiap insan tidak kira apa saja latar belakang mahu pun umur. Jangan berhenti menimba ilmu sekali pun anda bergelar Doktor Falsafah dan berasa selesa dengan kedudukan itu. Ilmu yang orang lain ada, mungkin tiada pada anda. Merendah dirilah!

Ingat pada entry saya tempohari? Saya mengatakan bahawa saya mahu mencari tips untuk membuat [Read more...]. Ya.. akhirnya saya berjaya. Saya berjaya mengubah lagi blog ini bermula dari entry Nurul Huda. Saya tidak mengusik entry sebelum itu kerana masuk entry yang ini, keseluruhan entry saya dari tahun lepas adalah sebanyak 201 entry. Lenguhlah tangan saya... tak banyak pun.. kes malas sebenarnya

Bagi yang landing terus pada tajuk, tidak akan nampak perbezaan tapi sekiranya anda tekan pada 'Home' anda akan dapat melihat apa yang saya maksudkan.

Tips membuat [Read more...] atau dikenali sebagai 'Expandable post summaries' ini saya jejaki di 3 tempat. Antaranya di Blogger Buster dan Blogger Tips & Tricks. Dan bagi blog saya, saya gunakan tips dari Hackosphere kerana kod dan arahannya lebih mudah dan ia sesuai untuk pengguna template beta. Perlu diketahui bahawa kod html/Javascript adalah berbeza-beza walau pun untuk satu fungsi yang sama. Di sinilah kemahiran membaca kod yang hampir² sama diperlukan.

Adalah disarankan agar back up template anda terlebih dahulu dengan menekan 'Download Full Template' dan ikuti arahannya.

Di bawah ini saya perturunkan ilmu dari budak baru belajar ni.

1. Dashboard > Layout > Edit HTML > Tick expand widget templates > Ikuti langkah di bawah:



Perkataan Read more..... di dalam imej di atas bersifat boleh diubah. Anda boleh mengubahnya mengikut kesukaan anda.

Jika anda membuat entry baru, perkataan² dari langkah terakhir di atas akan muncul di bahagian Edit HTML bagi memudahkan anda untuk menaip di bahagian 'summary' dan di mana untuk menaip keseluruhan intipati post anda. Selamat mencuba... Kalau ada ilmu lain, sudi²kanlah berkongsi dengan saya.

Thursday, August 7, 2008

Pak Bakaq oh Pak Bakaq!


>

I was shocked and pissed off again today! My favorite blogger, Pak Bakaq arrested under Sedition Act. Sedition yang macam mana kalau yang dikatakan 'sedition' tu memang berita benar? Saya dah makin bingung! From Sheih:

"Bakaq Haq of the famous Penarik Beca bloq was arrested last night at his home in Greenwood Park, Gombak. According to his wife, 4 police personnel picked Bakaq and his laptop around 11 pm.

Around 12.30 am, Wan Joe of JiwoKelate confirmed that Bakaq is in custody at The Commercial Crime Building in Kuala Lumpur. His lawyer, Hanifah Maidin who is also PAS legal adviser confirmed that Bakaq’s arrest was done under the Sedition Act.

Bakaq or his real name is Abdul Rashid Abu Bakar has contributed a lot in revealing the hidden agenda of the infamous Muzakarah between PAS and UMNO. It is so damaging that the Deputy President of PAS, Nasharuddin Mat Isa has made a threat to sue him although later it was proven that much of what Bakaq has revealed is true.

Bakaq is not a member of any political Party but a stern supporter of PAS’s Constitution to form an Islamic Government that shall be fair to all races.

Bloggers and friends of Penarik Beca will gather at Commercial Crime Building near Bank Negara Malaysia at 2 pm today to give morale support to Bakaq.

p/s. Folks, Bakaq is a lovely person. Vocal yet very humble. I beg you to lend him you support in which ever mean he needs."


Pak Bakaq came from Matang, Perak. The accent he always uses is same as mine, thus it makes me feel like reading at home. I feel so closed to my hometown! He's a simple and straight talking guy.

I'll support you with my doa, Pak Bakaq! Though I couldn't join others on 2 pm, I just saw the pic of Black & Nora on Sebol's blog. They're wet because of the rain.. Yes, Malaysia is in gloomy days indeed! Your case and his case! May the truth prevails! If there's RM1 (or any ringgit) campaign, I'll be in this time!
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez