Thursday, July 17, 2008

Jentayu Yang Luka Bersama Saudara Anwar Ibrahim


-

Gambar anak-anak yang diambil dari Sharizals


Bagi sesiapa yang lupa atau memang tak tahu langsung, Usman Awang pernah menghadiahkan Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim dengan puisi ciptaannya.

Beberapa bulan sebelum Usman Awang meninggal dunia, dia bersama Dino S.S. menerbitkan sebuah antologi puisi dari 20 orang penyajak terkenal, bertemakan keadilan, dan diberi judul “Dari Derita Bangsa”. Terletak di penghujung antologi ini ialah dua buah sajak Usman bertajuk “Jentayu Yang Luka”, ditujukan untuk Wan Azizah dan “Saudara Anwar Ibrahim”, sempena hari lahir beliau.

Itulah dua buah sajak terakhir ciptaan Usman. Walaupun beliau diberi banyak hadiah serta penghormatan oleh pihak pemerintah, namun beliau memberikan sanjungan akhirnya kepada dua orang pemimpin keadilan. Di bawah ini saya peturun sepenuh dua sajak tersebut.


JENTAYU YANG LUKA
(Untuk Wan Azizah)

Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan

Lama dulu wajahnya tersembunyi
Di belakang pemimpin berani sang suami
Mengintip dengan mata kecilnya
Segala tingkah dan senyuman pura-pura
Si pengampu yang bermuka dua
Si penyembah yang berjiwa hamba
Si pengemis segenggam laba

Dia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
Mencabar dunia yang semakin kejam.


SAUDARA ANWAR IBRAHIM
(Selamat Hari Lahir)

Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang

Sekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnya

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

Pendek tetapi padat, bukan... Jika sesungguhnya saudara seIslam saya iaitu Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dianiayai, maka saya mohon agar kebenaran itu berada di pihaknya. Kuatkanlah iman mereka bagi menempuh dugaan ini. Sungguh! Sungguh.. saya tidak percaya...

Sesungguhnya minggu ini juga minggu yang pelik bin ajaib (termasuk perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah pada hari Ahad!). Saya terlihat di kulit buku Dr' Aidh Abdullah Al-Qarni "Jagalah Allah, Allah Menjagamu":

Ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang jahat dan para penentang takut kepada ktia. Namun ketika kita tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka.


Dengan apa yang berlaku pada hari ini, maka terdetik di hati saya bahawa memang... MEMANG.. ada pihak yang benar-benar takutkan Allah swt tapi siapa, wallahu'alam. Hanya Dia yang mengetahui. Kita yang perlu mengambil iktibar dari kata-kata itu (seumpama mengambil iktibar dari perlaksanaan hukum Hudud! Hikmahnya adalah untuk orang lain). Jangan salah anggap pula. Bukanlah maksud saya mengagungkan saudara Anwar dan menganggap dia maksum, cuma secara kebetulan saya terpandang kulit buku tersebut.


Nota :
- Ada seorang alim pernah berkata, "Jika datang kepada kamu seorang yang bertanya sama ada kamu takut kepada Allah swt atau pun tidak? Sekiranya kamu menjawab tidak, maka kamu sudah kufur. Sekiranya kamu menjawab ya, maka kamu telah menipu. Jawablah dengan sekadar dengan anggukan atau pun hummm"

- Saya pernah masuk pertandingan mendeklamasikan sajak di sekolah. Sajak Lim Swee Tin kalau tak silap. Dapat tempat kedua/ketiga. Dah tak ingat. Saya diajar dengan lenggok yang betul tapi saya sedikit gugup yang mana akhirnya saya kurang memandang audien. Antara kenangan yang manis.

- Ada cerita lif meletup kat IPK malam tadi masa Wan Azizah dan anak-anak tengah naik. Siapa ada berita lanjut?

5 comments:

m.q on July 17, 2008 at 5:49 PM said...

sungguh sayu dn menyentuh hati
ketabahan menjadi bekal dlm menerus kehidupan dn perjuangan..
hmmm...

Anonymous said...

sue, semenjak PRU12 dan 'khabar angin' DSAI mahu 'ambil alih' kerajaan, aku dah rasa mereka tak akan biarkan dia begitu saja. My money is he, either being assassinated or arrested for some make believe reason.

kejam bukan, imaginasi aku? But this world is cruel.

Mana mungkin mereka akan biarkan pencabar sehebat itu berleluasa.

Pernah tonton/baca Ayat-ayat Cinta? Seorang kutu penjara mengingatkan kepada hero, jika kehidupan penjaralah yang terbaik buat dia untuk beribadat (this is nort exact words)Allah, redha sajalah.

If u haven't watch, u should.

Wah sue, apehal aku emo2 pepagi ni.

Sue.Aleen on July 18, 2008 at 3:06 PM said...

>>> masni:
kita pun tak mungkin setabah dia dan anak2nya kan...





>>> intan:
tak pe. hang emo dan share dengan aku. aku pun syak macam tu. aku syak je la... sebab perjalanan politiknya makin lama makin sukar. di celah2 full speed takkan dia nak ngarut buat benda tu.

tak pernah baca/tonton lagi ayat2 cinta. dah lama sebenarnya tak sentuh novel sejak aku baca karya arenawati yang aku agungkan sampai saat ini.

yang aku heran dengan penentang2nya... awat la terkejut cicak bila dia bukak mulut? punya terkejut sampai pi buat road block. belum sampai IPK plak dah kena tangkap.. ape daaa...

Anonymous said...

saya semakin takut melihat dunia politik sekarang...tapi takpandai berbicara politik..maka itu blogmu ini kurang ku komeni sejak akhir2 ini....

Sue.Aleen on July 19, 2008 at 11:47 AM said...

>>> kak iza:
jangan le takut. di sebalik ribut2 ni mesti terkandung hikmah yang tiada siapa pun tahu.

saya faham tak ramai wanita suka berbicara bab politik. tapi kita berada dalam politik ni saban hari tanpa kita sedari.. rugi rasanya nak ignore macam tu je..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez