Sunday, October 12, 2008

Template baru lagi...


Sila jangan marah. Saya menukar kulit blog lagi. Tempohari baru saja saya mengaku yang saya dah lekat dengan 'Creation'. Huh... cakap tak serupa bikin! Mood sengalkah? Sebenarnya.. TAK!

Saya seringkali menguji masa blog ini untuk dimuat-turun. Dan saya sungguh suka mencuba sesuatu yang baru. Kakak saya seringkali mengatakan bahawa tulisan di bahagian 'blog post' tidak keluar seperti sepatutnya. Malah kak Emy pernah mengatakan posting langsung tidak dapat dibaca. Selain daripada kelajuan komputer itu sendiri, kedudukan sidebar juga penting dalam menentukan kelajuan muat-turun sesuatu laman web itu sendiri. Begitu juga jumlah posting di dalam satu muka. Lagi kurang posting dalam satu muka, maka muat-turun blog lagi dipercepatkan.

Tips ini saya dapat dari Saudara Sebol (syukran!):

Saya memilih untuk mempunyai sidebar di sebelah kanan kerana saya mahu ia dimuatkan selepas kandungan dimuatkan.

Yang agak berat di kemudiankan.

Oleh itu pengguna yang mempunyai kelajuan internet perlahan masih boleh membaca kandungan utama blog tanpa perlu habis menunggu keseluruhan blog dimuatkan. Walaupun, ia berlatarbelakangkan kelabu, sebelum menjadi putih, ia tetap boleh dibaca.

Mana-mana wiget yang berat dan tidak berapa perlu, diletakkan di paling kiri dan paling bawah.



Terbukti lebih cepat dibaca sungguh pun yang lain belum keluar sepenuhnya. Dan saya masih gemarkan latarbelakang 2-ruang seperti sebelum ini bagi membenarkan ruang posting lebih lebar. Mungkin saya akan menggodek lagi kod html selepas ini, insyaAllah.

Tapi sebelum tu, sila perhatikan perbezaan rank blog ni di Alexa & Technorati:




4 comments:

Jingga Studies on October 13, 2008 at 12:10 AM said...

interesting!

Hasbullah Pit on October 13, 2008 at 12:13 AM said...

Popular pula Kaedah "Malas Muat" aku ni.

the principal on October 13, 2008 at 12:55 PM said...

k emy yg delete comment tu. jgn mare

k emy pun suka experiment ngan blog. Tp kan..kak emy rasa gambar tgn tu menarik...syg dah takde

Sue.Aleen on October 14, 2008 at 9:42 AM said...

Tuan Doktor:
dapatlah kita ilmu baru kannn....





Tuan Sebol:
terima kasih kerana ilmu yang dikongsi bersama. saya belum habis berguru dengan otai².





Kak Emy:
saya juga suka bangat dengan 'tangan' tu. macam gempak! template ni masih dalam tempoh percubaan.. kihkihkih

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez