Posts

Showing posts with the label Solat Sunat

APA FUNGSI DAN TUJUAN SHALAT SUNNAT ISTIKHARAH ?

Image
Kata Istikharah dalam bahasa Arab berarti minta dipilihkan. Seorang teman meminta tolong kepada temannya untuk memilihkan mana buku bacaan yang terbaik dari buku bacaan yang ada. Ini dinamakan perbuatan Istikharah. Seseorang mau melakukan Istikharah biasanya apabila ia merasa ragu untuk memilih, sehingga meminta bantuan orang lain atau temannya. Demikian juga halnya dalam beragama. Apabila manusia tidak dapat memecahkan masalah yang dihadapkan dengan akal dan fikiran maka ia mengadukan masalah tersebut kepada Allah SWT agar Allah dapat membantu memilihkan keputusan mana yang harus diambil. Cara meminta pilihan kepada Allah itu dapat dilakukan bermacam-macam, antara lain dengan berdo’a agar Allah memberi hidayah, atau melakukan Shalat dua raka’at. Shalat dua raka’at inilah yang disebut dengan Shalat Istikharah. Oleh karena itu, pengertian Shalat Istikharah adalah Shalat dua raka’at yang dimaksudkan memohon kepada Allah untuk membantu memecahkan (memilihkan) suatu hal yang belum dapat di

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

Image
Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'. Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak. Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu. Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya? Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang

Kalau nak senang bangun malam...

Image
Kalau nak senang bangun malam.. bacalah 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah (tips ni aku dpt drpd blog seorang homo sapien). Insya-Allah ada kebaikan & dipermudahkan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, barangsiapa yang membaca dua ayat itu maka dia akan terpenuhi (kemahuannya) kerana berkat ayat tersebut” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dah 7 Sya’ban dah cik abang zubair ooi! Cukup2 la buat benda bukan2.. Aku tgh cuba habiskan baca buku “Mencari Mutiara di Dasar Hati”. Antara bahagian yg membuatkan aku rasa sebak adlh bila baca part ni; Saudaraku, genggam erat-erat tali keimanan kita, Kenalilah diri. Fahamilah kebiasaannya. Rasakan setiap getaran-getarannya. Lalu berhati-hati dan kawallah kemahuan dan kecenderungannya. Waspada kekurangannya dan manfaatkan kelebihannya. Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan ilmu-Nya tentang diri. Sebagaimana senandung doa yang dilantunkan Yusuf bin Asbath, murid Sufyan Ats Tsauri: “Allahumma arrifni nafsii”., Ya Allah

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Image
More RAMADHAN graphics MALAM 1: Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia baru lahir, dengan lain perkataan dosanya diampunkan Allah. MALAM 2: Diampunkan dosa orang yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapanya sekiranya kedua mereka orang yang beriman. MALAM 3: Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. MALAM 4: Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Qur'an. MALAM 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa. MALAM 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini. MALAM 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta m

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Image
Oleh : Dr Engku Ahmad Zaki " Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku." (al-Dhariyat: 56) Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan. Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha. Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hi

Solat Sunat Dhuha

Image
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam) 2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi Niatnya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali Baca doa ini selesai solat : Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. src : http://permai1.tripod.com/dhuha.html