Posts

Showing posts with the label tamak

12 TENTANG JIWA YANG KOTOR ( 37-44 )

Image
111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH - DRS KASMURI SELAMAT DI dalam kehidupan ini kita telah tahu bahawa ada dua macam penyakit yang telah mengganggu manusia. Pertama, penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani, seperti deman, batuk, sakit perut dan sebagainya. Sedangkan yang kedua penyakit yang bersumberkan dan rohani atau bersifat kejiwaan. Adapun penyakit yang kedua itu, iaitu penyakit rohaniah, ubatnya hanya satu sahaja, iaitu dengan jalan mensucikan jiwa sendiri dan penyakit tersebut, dengan mengamalkan dan menghayati petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh agama, baik Allah dan Rasul-Nya. Penyakit yang kedua ini jauh lebih berbahaya dan penyakit yang pertama, sebab kalau penyakit rohaniah itu tidak dapat segera di ubat, maka akhirnya tak ubahnya seperti api dalam sekam, yang lama kelamaan akan menimbulkan kebakaran yang sangat besar. Dan penyakit ini akan menghambat orang dalam hubungannya dengan Tuhannya. Penyakit rohani itu banyak macamnya. Dalam satu hadis d