followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label safee sali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label safee sali. Papar semua catatan

Ahad, 22 April 2012

Safee Sali 'Ghairah'




As'salam..



Penyerang sensasi tekad gegar gawang Sri Lanka 

NIAT penyerang sensasi negara, Safee Sali cuma satu - menjaringkan gol membantu skuad Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Sri Lanka dalam siri persahabatan antarabangsa pada 28 April ini.
Tambahan, dia berselera untuk kembali beraksi di gelanggang keramat iaitu di Stadium Shah Alam yang sudah lama tidak dijejaki selepas berpindah ke kelab Indonesia, Pelita jaya.

Bekas penyerang Selangor ini juga meminta peminat setia turun beramai-ramai ke gelanggang memberi sorakan padu kepada pasukan kebangsaan yang menagih sokongan untuk mendapat semangat baru mendaki semula ke tahap terpuji dalam ranking dunia. 

Safee akan pulang ke tanah air, Khamis ini selepas Pelita Jaya bertemu Persela Lamongan, Selasa ini. 


Sumber&Kredit: Berita Harian


Isnin, 2 April 2012

Safee Sali Bercerai Talak Satu


As'salam..


SHAH ALAM: Bintang bola sepak negara, Safee Sali, bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof, di sini hari ini. 

Penyerang kebangsaan itu melafazkan talak terhadap isterinya di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Rabu, 1 Februari 2012

Sukan | Safee Sali Kekal Di Pelita Jaya






Salam..


ini betul2 updated punya story hehe...Tak sampai sejam gua cerita sal spekulasi perpindahan Penyerang Sensasi Negara, safee Sali, gua dah pun dapat jawapannya hehe...


Safee Sali mengesahkan penyambungan kontrak bersama Pelita Jaya FC sehingga 2014  dengan pakej bernilai lebih RM2juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur  dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan .


Petikan dari Sinar Harian.


Tahniah untuk safee sali..wah! dapat durian runtuh nampak..hehe
kami di tanah air mengucapkan selamat kepada anda, semoga sukses di luar sana ya!! 

Sukan | Safee Sali Sertai Johor?


Khabar angin bertiup kencang mengatakan Penyerang Sensasi Negara, Safee Sali bakal menyertai Johor.
Gua dengar safee ditawarkan gaji paling lumayan iaitu sebanyak AS$15,000 (RM45,752) sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Sekiranya menjadi kenyataan, safee akan mencipta satu sejarah dengan menjadi pemain termahal dalam sejarah bolasepak negara.

Namun segala-galanya akan terjawab hari ini, berikutan pengakuan safee dalam laman facebooknya semalam
bahawa segala teka-teki dan spekulasi mengenai status kariernya bakal dijawab hari ini.

sama-sama kita nantikan!

p/s menyesal tak serius main bola zaman muda2 dulu hehehe