Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts

05 November 2015

Rumah sewa kedua

Assalamualaikum...

Sekarang datang mood nak bercerita tentang rumah sewa.

Ini entry lama dahulu, bercerita pasal rumah sewa pertama kami. Rajin-rajin boleh la baca ye..?

Rumah sewa pertama

Banyak kenangan yang kami cipta disitu. Susah senang di awal perkahwinan disitu, Eusoff membesar sehingga usia 9 bulan juga di situ. Sedih nak meninggalkan rumah yang kami jadikan "Rumah kami Syurga kami" tu.. Tapi hidup perlu tetap diteruskan.... Melangkah juga kami meninggalkan segala memori, yang kami simpan rapi di dalam hati sanubari...hingga kini!

Silaturrahim dengan owner pun kami masih jaga, sampai hari ini. Alhamdulillah.

Saat ini, kurang seminggu kami mengulangi saat-saat sedih itu. Kami jadikan rumah sewa kedua kami "Rumah kami Syurga kami" Kami buat indah-indah untuk kami selesa di situ. Untuk anak-anak membesar dengan keadaan yang sangat selesa. Agar kehidupan berkeluarga kami seronok, rumah tangga aman sentosa.. ya!





-Boleh dikatakan keseluruhan ruang kami cat baru kecuali dapur, tandas dan bilik ke-3.

Di rumah sewa kedua, kami bermula dengan perlahan-lahan.. cukupkan mana-mana kelengkapan yang kurang. Lengkapkan segala keinginan yang dulu tak mampu kami adakan. Eusoff membesar dari 9 bulan sehingga ke 5 tahun. Elyass dari 2 bulan sehingga ke 1 tahun 3 bulan. Sungguh banyak memori kami di situ.. Sedihnyaaaa.....

Owner chinese yang sangat baik hati... layan kami macam kawan-kawan..





Kami melangkah keluar 31 Oktober 2015 (Sabtu) -9.30 malam.. Eusoff dan Elyass melambai-lambai ke arah rumah. Eusoff faham yang kami akan meninggalkan rumah itu. Elyass sekadar mengikut apa abang buat aje... Saya tinggalkan rumah sewa kedua dengan mata berkaca.. (En.suami tak perasan.. shhh.. kalau dia baca entry saya ni.. habis la dia akan gelakkan saya...hahah)





Dulu, bila becakap abang Eusoff bahasakan "rumah kita".
Sekarang abang Eusoff gantikan rumah tersebut dengan istilah "rumah lain"

Aisshhh... sungguh berat hati nak meninggalkan lagi memori-memori terindah empat tahun setengah tu..

Takpe... dirumah baru ini, pasti akan tercipta lagi memori-memori indah itu. Rumah sendiri memori pastinya lebih manissssss hendaknya Insya Allah.

Gambar-gambar saya letak di sini untuk kenang-kenangan...







18 October 2015

Kami sibuk mempacking barang, Elyass pun sama...

Assalamualaikum..

Ini cerita semalam..

Alhamdulillah, kerja-kerja mempacking berjalan lajuuu je.. walaupun ada gangguan si kecil Elyass.. Pergerakan dia sangat laju, jadi mama, papa kena extra laju.. Kalau tak memang tak dapat nak mengemas ler.. Kita masukkan barang dalam kotak, dia punggah balik keluar kotak.. Penat sungguh la anak oii.....hihi 

Barang-barang kelengkapan dapur semua settle masuk kotak, tinggal sikit untuk kegunaan dua minggu ni sahaja, baju-baju mana yang jarang guna dah masuk kotak juga..buku-buku dan alat tulis abang semua dah masuk kotak.. 

Baanyaaak lagi sebenanya, sambung packing lain hari lah...!

Jumlah kotak 6 biji.  



Setiap kotak perlu dilabel apa isi kandungan, mudah mencari nanti..

Banyak lagi yang belum dipacking.. hmmmmmmm... 

Bertabah lahhh... :)





01 August 2015

Berjalan Raya 2015 :: Owner yang baik hati

Assalamualaikum...

Berjalan raya kami tahun ni tak rancak mana. Mungkin sebab beranak kecil. Jalan-jalan mana yang sempat sahaja. Kalau ikutkan hati semua rumah kawan-kawan saudara mara pun nak berjalan. Tapi terbatas sikit pergerakan. Insya Allah tahun-tahun depan pulak camne, bila anak dah besar sikit.

Ini cerita jalan raya saya ke rumah owner rumah sewa lama. Haa.. tudia edisi special punya!
Walaupun dah 4 tahun lebih berlalu, namun sedaya upaya kami suami isteri tak nak persahabatan baik ni berakhir begitu je..

Owner rumah sewa lama saya ni baik sangat! Sangat-sangat baik!
Kalau kak Intan baca entry saya ni, jangan marah tau.. kami puji seikhlas hati. Takde maksud lain pun! =)

Nak kenal siapa lah gerangan owner baik hati saya ni..? 

http://intanaziela.blogspot.com/

Kot la nanti, mencari-cari rumah sewa area-area rumah sewa saya yang dulu ni.. kebetulan pulak masa tu memang rumah tengah kosong.. dapatlah korang owner yang baik =)

Petua nak suruh owner rumah sewa baik dengan korang, korang kena lah jaga rumah mereka dengan sangat baik sekali umpama korang menjaga rumah korang sendiri. Gitu......

Hah dah beri petua tu, so good luck! =)

Entry tanpa gambar memang tak menarik kan? Belanja 1.

Amboi..amboi..amboi.. abang menyengih dengan MIL ye...? Tak jadi "dokter" takde harapan le kamu... =p



Terima kasih kak Intan... terima kami berjalan raya dengan berlapang dada.. siap tumpang mandikan anak-anak lagi..

Yang pasti Churros akak memang terbaik, dan.. eh..eh.. rasa macam nak lagi jeeee... hahha

Bai.

02 June 2015

Susun atur barang dapur di awal bulan.. =)

Assalamualaikum...

Korang biasanya berapa kali beli lauk-pauk, kering basah segala dalam sebulan? Saya biasanya beli sekali je sebulan… jarang-jarang sangat 2 kali sebulan… dan kalau 3 kali sebulan memang tak langsung lah…apa lagi kalo 4 kali sebulan… memang taakkkk laa =p
Biasanya beli barang-barang dapur kat Giant je…
Tapi semenjak dua menjak ni..bila merasakan beli barang dapur cam mahal sangat…troli tak penuh pun..harga dah cecah RM150++.. jadinya berkira-kira la kami suami isteri nak mencube beli barang dapur kat NSK pulak.. Memang ramai yang syorkan beli kat situ sebab murah harganya berbanding Giant…
Bila dah cube, memang murah!…
So, start dari ari tu..kami membeli barang dapur kat NSK je.. Memang jauh sikit dari rumah, berbanding Gaint yang sebelah rumah je pun…tapi takpe…harga kat NSK lebih menjimatkan… lebih berbaloi-baloi…
Ok stop cerita pasal NSK.. Sebenarnya nak cerita perihal susun atur selepas membeli belah barang dapur. Itu sebenarnya tujuan utama… =)
Kalo takat beli barang seketul dua… tak lah susah mana nak menyimpan, menyusun atur kat dapur tu. Tapi kalo dah selambak, berplaktik-plastik, memang lah ambik masa untuk menyusun atur.
Jom kita mulakan dengan lauk-pauk basah –ayam, ikan, sotong, udang
Sebelum menyusun atur lauk pauk ni, perlu lah disiang dulu…buang perut, darah, lemak segala… cuci dengan asam limau biar hilang lemak-lemak melekat..barulah kita boleh simpan. Untuk saya, simpan dalam satu bekas yang memang khas untuk simpanan barang-barang basah. Biasanya, bila dah susuh elok-elok ikut group masing-masing dalam bekas tu, ayam sebahagian, ikan sebahagian, udang, sotong lak sebahagian.. saya akan biarkan seketika, air yang ada pada lauk pauk basah tadi menyejat ke bawah.., saya buang dulu air tu… dan barulah masukkan ke dalam ice box! Settle bab lauk-pauk basah!
Next…
Nugget, fries, fish ball, fish cake, sausage
Saja biarkan sahaja semua ni dalam packaging masing-masing. Maknanya saya tak pindah masuk semua ni dalam bekas lain. Sebab? Saya sebenarnya kurang gemar nak tengok icebox penuh dengan bekas-bekas segala… Lain orang lain kesukaannya kan?
Cuma untuk susun atur semua barangan ni…saya amat telitikan susun aturnya mesti dalam keadaan yang tersusun. Bermaksud.. dari plastik besar, kecil sikit, kecik lagi…dah paling last adalah yang paling kecil.
Biasanya barang makanan ini bertahan dalam 2-3 minggu, beberapa kali masak.. Ye lah duduk bertiga.. sekali menggoreng berapa ketul je la sangat pun.. Kalau dah dibukan packagingnya pun…saya tetap kekalkan bende ni dalam plastic asal.. Dan tutupkan dengan kepitkan aje menggunakan penyepit IKEA. Susunan perlu juga selaras macam tadi.. itu perlu..baru lah nampak kemas tersusun kan…… =)
Next,
Sayur-sayuran.. Sekali beli biasanya saya tak beli banyak. Kekadang cukup cuma kobis sebiji, lobak merah sebatang, labu sebiji kecil, lada kecil, lada besar, limau nipis, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup. Tu je… kuantiti yang dibeli pun tak banyak. Kalau dah abis biasanya ulang beli sikit-sikit kat kedai runcit sebelah rumah je..
Untuk susun atur barang-barang ini:
Saya letakkan semua barangan ke dalam satu bekas. Bekas yang dibeli kat IKEA. Lupa lak harganya..tapi sangat bermanfaat bagi siapa-siapa yang suka satu-satu barang itu diasing-asingkan bahagiannya dalam satu bekas yang sama. Saya guna untuk menyusun barangan ini.
Bagi saya ianya sangat praktikal! Sebab apa, kalau nak memasak saya akan mengeluarkan satu bekas ini dan semua ada kat situ..tak yah berulang-ulang bukak tutup ice box!
Next,
Barang-barang kering seperti bawang merah, bawang putih, kicap, minyak masak, maggie, mee hoon, sardin
Susunan seperti berikut:
Untuk bahagian bawah, saya tempatkan bahan-bahan masakan. Bawang merah, bawang putih ditempatkan dalam satu bakul. Saya lapikkan dengan tisu..taknak bagi habuk jatuh kebawah.  Kat bahagian ni jugak saya tempatkan minyak masak, kicap pekat manis, kicap masin, sos tiram, cuka,

Tapi bagi yang berpenyakit tak suka Nampak bersepah, tak suka Nampak tak kemas… tak suka letak barang ikut suka hati,.. kene lah gigih sikit.

Penat memang jangan cakap arr… kekadang balik membeli belah…tu rasa nak baring terus je! Penat kot…

Tapi kalo kata dah memang perangai jenis tak leh nak biar barang-barang yang dibeli terus masuk icebox mahupun kitchen cabinet cam gitu je…… penat-penat pun..gigih bersingsing lengan nak menyimpan barang-barang belian kat tempat yang sepatutnya.

Walaupun en.suami dan nanak dah dibuai mimpi… mama tetap lah kat dapur menyusun atur barang-barang belian tadi…

Gigih la sangat… =p





26 August 2013

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1434 Hijrah]

Assalamualaikum...

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah] - Ini cerita tahun lepas..

Ini pulak cerita pintu terbuka Hari Raya 1434 Hijrah. berlangsung lancar pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434 Hijrah.

Alhamdulillah untuk tahun ini, kami sekeluarga masih lagi diberi rezeki lebih oleh Allah Yang Maha Esa untuk membuat sedikit makan-makan kepada adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Semoga rezeki ini bertambah  berkat apa bila dikongsi bersama. Insya Allah.

Hasrat di hati memang nak masak sendiri.. Tapi apakan daya... kat dapur tu cuma ada kuali dan periuk kecik-kecik..sedang-sedang cukup nak masak untuk 4-5 orang makan je... Jadinya memang tak dapat lah nak menjamu  adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai makan dengan air tangan sendiri. hiihi... munkin satu hari nanti kot...Insya Allah...

Juadah di hari pintu terbuka tak banyak pun.. semua pakai main order saja.. Nasi lemak ayam berempah dan sambal sotong serta lauk-lauk standard lain. Selain tu ada mee hoon sup dan roti jala. Yang saya masak cumalah nugget dan agar-agar koktel berkuah. Dan adalah siikit kuih raya.. beli jugak =p.


Alhamdulillah...ramai yang datang walaupun ada jugak yang takde.. ada yang bekerja...balik kampung, dan ada yang mendapat terlalu banyak undangan rumah terbuka, jadinya tak berkesemptan nak datang... takpe...takpe..

Jom lah tengok gambar disekitar hari pintu terbuka... Setiap gambar ada ceritanya....


















Ramai tetamu yang tak sempat bergambar. Lagi-lagi ketika waktu puncak, rumah penuh amat sampai tak terlayan tuan rumah...maaf sangat-sangat..

Terima kasih pada yang datang ye...


30 June 2013

GA : Jom Bersihkan Rumah

Assalamualaikum....

Hari ini, saya nak joint satu GA lagi anjuran Hidupku Rumahku Terurus. Cuba nasib lagi.. Kali ini "GA : Jom Bersihkan Rumah".


Semua syarat-syarat penyertaan sudah saya patuhi ye Mama Lynd.. =)

Apa yang saya nak bersihkan tu..?

Dalam banyak-banyak bahagian rumah.. sebolehnya semua bahagian saya titik beratkan  soal kebersihan. Dari ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur nanak, bilik kain [bilik seterika, bilik jemur baju bajan dan bersekali dengan ruang penyimpanan dokumen, file, juga buku-buku], dua toilet dan juga dapur yang bersekali dengan ruangan mendobi. 

Tapi kadang-kadang masa membataskan usaha nak menampakkan keadaan sentiasa bersih. Jadinya tetap la ada masa tak nampak bersih sangat pun..hihi..biasalah....

Untuk penyertaan GA kali ini, saya nak kongsikan kerja membersihkan sebahagian peti sejuk dan juga membersihkan sebahagian kabinet yang menempatkan barang masakan saya. Kedua-dua kerja pembersihan ini sudah tentu lah di bahagian dapur.

Semalam kami ke Aeon Jusco Anggun Rawang, jalan-jalan cuci mata. Bila dah melalui Daiso memang tak sah arr kalau tak singgah, beli barang seketul dua... Saya sangat lah suka ke tempat-tempat sebegini. Boleh dok berjam-jam pusing-pusing tengok barang yang comel-comel, pelik-pelik tu. Kalau boleh semua nak beli ggrrrr...geram!

Dah lama terfikir nak beli bekas baru untuk kerja pembersihan di dua bahagian yang saya sebut di atas.  Memang dah lama sungguh, tapi asyik tertangguh-tangguh.. bila dah lama sangat memang lupalah. 

Apa yang saya beli?

3 biji bekas petak bertudung putih  untuk menukar 3 biji balang kuih raya berbentuk bulat, yang saya isikan tempoyak, cili giling dan juga bawang kisar.



Takde apa-apa masalah pun balang kuih raya yang dah berkurun saya gunakan tu. Cuma mungkin sebab dah lama berkeadaan begitu, dan sekarang saya inginkan sedikit kelainan dan keadaan penyimpanan yang seragam. Kalau perasan balang kuih raya tu tak seragam kan? 

Stok bawang kisar dah habis, maka bekasnya kosong saja begitu dulu. Sebelum Ramadhan wajib restok nanti...huhu..

1 biji bekas petak bertudung putih yang boleh ditutup buka di atasnya, untuk menggantikan bakul bawang yang saya gunakan sebelum ini.



Bakul bawang yang saya gunakan itu juga sudah lama berjasa pada saya. Cuma sedikit bermasalah apabila, habuk memerangkap di bawah bakul [walaupun sudah dialas tisu]. Selain dari penggunaan bakul yang sedikit makan space. Bila sudah ditranfer ke bekas baru..nampak sedikit jimat ruang di situ. Nak ambil  bawang tidak lah menjadi masalah sebabnya bekas boleh dibuka di atas.. Nampak lebih kemas juga kan?

Maka, selesailah 2 perkara yang dah lama saya nak buat, tapi asyik tertanggu aje. Satu kerja pembersihan juga kan...? Menukarkan sesuatu barang untuk menjadikan fungsi barangan itu bertambah baik dan menjadikan keadaan baru itu sedap mata memandang.

Dengan budget yang ciput, sekadar RM20.00 keadaan ruang ini bertukar menjadi bertambah elok.

Barang lama jangan dibazirkan. Tetap saya simpan dulu sehingga satu masa nanti pasti ada gunanya. =)



29 May 2013

Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus

# Ini adalah sticky post sehingga 29 May 2013. Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah. Terima kasih =)

Assalamualaikum..

Nak joint?? Klik banner..


Sejujurnya saya suka keadaan rumah yang menjadi tempat berteduh siang dan malam itu, dalam berkeadaan bersih, tersusun, terurus. Secara tidak langsung hidup saya pun menjadi tenang..nyaman.. dan emosi menjadi stabil…
 
Tak kisah lah rumah sewa aje pun.
 
Rumah sewa yang saya duduk ni, mungkin ambil masa bertahun-tahun.. jadi saya tak akan biarkan keadaan rumah seadanya saja. Biarpun perlu memperuntukkan sedikit duit bagi menjadikan rumah, bersih, tersusun dan terurus!
Rumah sewa pertama, di entry ini [Rumah Sewa Pertama] biarpun sekadar pangsapuri kos rendah, rumah yang bersf kecil..namun dengan sentiasa memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus.. ianya adalah syurga bagi kami sekeluarga selama 2 tahun.
Rumah sewa kedua, biarpun sekadar apartment mampu milik, namun dengan memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus, ianya tetap menjadi baiti jannati kami..dari Julai 2011 hingga lah kini. Alhamdulillah.. Entry berkaitan, boleh baca di sini [Bilik Sikecil Ilham Mama & Papa].
Insya Allah, jika Allah izinkan mempunyai rumah sendiri satu hari nanti, sudah pastilah keadaannya haruslah bersih, tersusun dan terurus juga. Selain baik untuk kehidup yang tenang..nyaman.. Emosi menjadi stabil, bagus juga untuk tumbesaran anak-anak. Semoga mereka membesar dalam keadaan sihat dan berkualiti.
Jom jadikan rumahku, hidupku terurus! =)

 


09 May 2013

Bilik sikecil ilham mama dan papa!

Assalamualaikum…

Semenjak dua menjak ni tertarik nak baca pasal susun atur. Lagi-lagi dah terjebak dengan  blog susunatursioca. Banyak info berguna perihal susun atur kat situ. Ada dah pun tips-tips susun atur yang dah pun saya manfaatkan kat rumah... Mungkin boleh dikongsi? Akan difikirkan nanti...

Sebenarnya ramai yang ada “penyakit" menyusun atur kediaman agar kemas, bersih senantiasa.. "Penyakit" ni tak lah bahaya mana… tapi kalau terlampau taksub melebihi segala-galanya…haa tu dah kira bahaya dah tu…. =) Silap hari bulan, buat orang yang duduk serumah  tak senang ngan "penyakit" kita ni.. Mintak dijauhkan..

Nak cerita pasal susun atur jugak boleh...?? hihih

Dalam bahagian-bahagian kat rumah tu, saya nak mulakan dengan bilik nanak! Saya dan suami tak kreatif mana...idea yang ada hasil persongsian bersama. Mana yang rasa elok kami buat aje... Sikit-sikit lama-lama penuh bilik!! 


Nak kongsi pasal susun atur bilik ni bukan sebab bilik nanak yang paling baik susunaturnya… tak.. tak pun…. Tapi nak berkongsi satu perasaan yang maha excited seorang mama dan seorang papa menyusunatur satu ruang yang tak lah besar mana bertujuan untuk membina perkembangan tumbesaran seorang nanak –KHILFI EUSOFF...

Bilik ke-3 yang ber-sf paling kecil… dah rancang dari awal untuk dijadikan bilik nanak. Asalnya kosong dan bercat putih. Gambar sebelum adalah takde.. Maaf..

Mula masuk rumah, bilik kecil ni dilonggokkan dengan mainan semata. Tak silap umur nanak waktu tu dalam 9 bulan lebih.. Baru je nak bertatih laju.. Dalam usia-usia sebegini bayi adalah amat tertarik akan warna-warna yang boleh merangsang minda.

So, untuk menaikkan seri bilik.. pilihan warna kuning dan biru untuk bilik sikecil kami..

Dalam bilik nih sudah tersedia 2 biji side table katil warna putih... Tak boleh nak membuang-buang barang owner kan.. jadinya saya gunakan je lah perabot 2 ketul ni..susuh rapat ke dinding.. elok pulak muat-muat kat bahagian nih..

Nampak tak 2 biji side table warna putih yang disatukan berdua tu..

Atasnya saya letakkan satu rak buku, beli masa rumah sewa lama dulu dah.. saya susun-susun soft toy kat situ.. Ada sesetengah yang en.suami hadiahkan masa zaman bujang trang tang-tang dulu.. dan selebihnya dibeli untuk nanak. Mana tahu rupanya anak lelaki memang tak minat ber soft toy nih.. Jadilah perhiasan je atas rak-rak tuh.. Kekadang kena rajin lap-lap habuk yang terkumpul kat situ... Paling atas saya tempatkan Al-Quran..



Sebelahnya saya susun bantal-bantal.. berguna hanya apabila ada tetamu.. Opss... memang tak sesuai langsung duduknya kat situ.. Tapi memandangkan takde tempat lain yang lagi strategik selain dari kat situ... saya redha je la.. Tapi kalo dah susun elok-elok nampak kemas je pun...kan..?? -Agak lari topik sikit la bantal-bantal ni kat dalam bilik sikecil kami..


Antara rak yang saya susun-susun soft toy dengan katil tu ada lah sedikit ruang kosong. Untuk memanfaatkan sedikit ruang yang ada tu..saya tempatkan mainan-mainan nanak yang banyak tu kat situ. Saya masukkan 2 biji storage.. Lepas main, simpan elok-elok mainan ke situ... Entry berkaitan baca [Storage mainan nanak] Nanak mudah je nak ambil mainan-mainan dia..masih ada sedikit ruang nanak boleh lalu..


Asalnya dulu biliknya tak berkatil.. konon nak ajar nanak tidur sendiri, en.suami beli lah satu katil bujang warna coklat gelap. Kat bawahnya ada lagi satu tilam yang boleh ditarik keluar..  Jimat ruang katanyer.. Tapi jarang sangat pun guna.. Sudahnya tak ajar-ajar sampai sekarang pun. Tetap nanak tidur dengan kami.. Rasa cam sangat kecil lagi untuk tidur asing kot... Tunggu lah masa yang sesuai nanti..



Satu ruangan di bilik kecil ini juga, saya tempatkan satu meja belajar nanak dengan 3 biji kerusi... Entry berkaitan sila baca [Khilfi Eusoff dan meja belajarnya]. Terfikir gak bilik sebegini kecil nak letak banyak bende...bertambah sempit lah bilik.. Fikir punyer fikir, terasa perlu gak ada meja belajar untuk si kecil nih.. Walaupun sekarang bukan lah guna untuk belajar lagi.. tapi tempat tu kekadang jadi tempat main nanak.. Berguna lah jugak... 

Kat depan meja belajar tu nak kasi lebih menarik, saya tampalkan poster mengenal huruf dan mengenal nombor Upin & Ipin.. Seronok nanak.. Entry berkaitan di mana saya beli bende ni, boleh baca enry ini [Karnival upin&ipin @ stadium Tasik Titiwangsa 2012]




Untuk feature wall... saje wat deco-deco simple.. saya tampal sticker-sticker comel memenuhi ruang.. Campur jugak, bintang-bintang glow in the dark.. Tapi tak glow sangat pun dalam gelap tu.. Saya letakkan jugak satu banner IT'S A BABY BOY! yang saya guna waktu sambut birthday nanak yang ke-2 tahun tahun lepas.. Boleh recycle untuk birthday ke-3 tahun nanti lak kan..sementara tu kita tampal sini dulu... hiihi.. jimat... Dah banyak-banyak camtu nampaklah menariknya jugak kan...

Entry berkaintan sila ke [Khilfi Eusoff dan 2 tahun, Alhamdulillah]


Lantainya saya lapik aje dengan tikar evamatic Upin dan Ipin..tak lah sejuk sangat nak berpijak... Selain dari warna yang cantik menjadikan bilik kecil bertambah menarik.. =p

Bilik kecil, kenderaan banyak, canner..??

Apa lagi ye... owh..untuk saje-saje menceriakan bilik nanak, suka suki je mama dia hang badminton menan.. Tampal gambar-gambar segala...biar lagi ceria dan bertenaga gitu bilik dak Eusoff..hihi


Banyak kali dah nanak suh ambik..mama ignore je..=)


kat pintu pun boleh..

Tu je lah susun atur di bilik si kecil ilham mama dan papa!

Nanak nampak suka dengan bilik dia..kekadang tu senyap-senyap dia masuk bilik main sendiri.. Ikut keadaan jugak, kadang-kadang nak mama dan papa teman..mmm layankan je la...

Nah intai sini... [buatper tu nanak??] -Waktu entry  ni susun  atur bilik nanak lain sikit..

=)


26 March 2013

Rumah sewa pertama

Assalamualaikum...

Dulu, selepas kahwin 2009.. duduk berasingan 2-3 bulan... Lepas tuh dapat rezeki pindah kerja di Shah Alam, di sebuah construction company..

Bermastautin lah kami di Shah Alam bermula bulan 5, 2009. En.suami cekal hati berulang setiap hari dari Shah Alam - Batu Caves, Batu Caves- Shah Alam. Duit minyak, tol, servis kereta..jangan cakap arr.. memang "parok" orang Terengganu kate... =)

Bukan nak bercerita pasal kerja, pasal duit, pasal jauh Shah Alam ke Batu Caves..ke apa..
Tapi nak bercerita pasal rumah sewa...

Rumah sewa pertama bergelar suami isteri.. nun di Shah Alam sana. Biasalah di awal perkahwinan umpamanya baru nak bertatih membina kehidupan.. nak cari rumah sewa yang ikut budget sudah semetinya.. Banyak-banyak rumah yang dicari, selain dari perlu fikirkan aspek keselesaan, keselamatan, kejiranan yang ok... perlulah juga menitik beratkan kemampuan untuk membayar setiap bulan. 

Alhamdulillah dapat sewa sebuah rumah mampu bayar di area Sungai Rasau, dekat sangat dengan Jusco Bukit Raja, Klang. Pangsapuri Rimba Jaya, sebuah pangsapuri kos rendah di kawasan perkilangan. Rumah di tingkat 5.. ada lif tapi kekadang asyik rosak aje... =p

Ruang tamu

Awalnyer terasa sadis sebab kene duduk area kilang, bising.. berhabuk...ramai India.. tapi lelama bila dah sebati dengan jiwa..ok je sebenarnya... Kalo dah itu menjadi syurga kita... perkara lain tu boleh di tangani...

Sepanjang 2 tahun, dan la jugak cermin kereta depan pecah sebab ada insan tak bertanggungjawab baling barang dari atas... dan plate nombor kereta en.suami di kokak dek zomba di malam Chinese New year.. apa la nak dibuatnyer plate kereta tu kan?
[Bila diingat sekarang...terasa manis lak momment tu... walaupun hakikat sebenar waktu kejadian adalah sangat GERAM!! =p]

Ruang makan sekali dengan ruang tamu

Ownernya Melayu sangatlah friendly suami isteri.... Tak sombong, tak kedekut... Appreciate kami sekeluarga sebagai penyewa. Tak kisah kami nak buat apa kat rumah tu, asalkan kami buat dengan elok.. Nampak meja makan kat gambar atas? Itu owner beri sempena kami setahun menyewa di situ..best kan? -Setahun pertama kami makan atas lantai je tau...

Bila dah owner baik... rasanya perlulah rumah mereka dijaga sebaik mungkin jugak. Nak duduk bukan sekejap, makan tahun jugak.. Sepanjang menyewa sempatlah kami tukar tikar getah seruang tamu, cat feature wall kat ruang makan, dan bilik tidur utama [warna coklat] .. Tambah paip air untuk kemudahan menggunakan mesin basuh... dan waktu berpindah aritu kami biarkan apa yang dipasang...senang penyewa lain masuk dah tersedia elok semua tu...

Ruang dapur

Rumahnya bersaiz 750sf... 3 bilik tidur, 1 toilet dan 1 bilik mandi... Dah cukup selesa untuk kami berdua.. Bila dah nanak ada..masih lagi selesa untuk kami bertiga. Tapi kalau sekali sekala adik beradik, saudara mara datang..masa tu baru lah terasa tak berapa cukup ruang yang ada.. =)


Toilet dan bilik mandi berdekatan dengan dapur...

Dapurnya tak besar mana.... 2-3 orang masuk terasa penuh dah.. Toilet dan bilik mandi lak memang duduk kat dapur... Memang lah jam kalau time-time ramai orang datang rumah.. Mana nak masak, nak potong memotong kat bawah..dan-dan tu ada yang nak masuk toilet, nak mandi... terasa lah kesempitan tersangat tuu... =)

Namun Alhamdulillah..dalam bersempit sekali-sekala tu..rumah inilah syurga rumah tangga kami selama 2 tahun. Banyak kenangan tercipta di rumah ini. Kenangan membesarkan nanak sedari baby... Kenangan arwah emak saya dan emak mertua pun banyak di sini.... =(

Kami berpindah hujung bulan 6, 2011.. Saya dapat kerja baru di Batu Caves. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan perpindahan... dan Allah permudahkan rezeki selepas adanya nanak.

Walaupun rumah orang, tetap menjadi Banti Jannati saya selama 2 tahun lebih tu...

~~Tetiba rindu~~

Update terkini - 22 Mei 2013

Alhamdulillah...dengan berblog, saya dapat jumpa owner rumah yang baik hati ni... Waaa, kak Intan dah anak 3, anak ke-2 beliau, Raisa Khadija, sebaya dengan Khilfi Eusoff... Raisa pun dah dapat adik.. Eusoff entah bile la ada rezeki nak beradik... =p

http://intanaziela.blogspot.com,meh  intai blog happy family ni ramai-ramai.. =)

Kak Intan... minta izin ye... bercerita perihal rumah akak di sini.. Saya share sekali gambar-gambar kenangan  dulu di sini... boleh ye...?

p/s : Segala pujian di atas bukan niat untuk membodek akak tau ..kkikiki.. Entry ditulis tika tak jumpa pun lagi blog akak...

Rindu lak rasa ke Hadif..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015