Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

30 July 2016

Makan-makan @ Sri Wira [Syawal 1437H]

Assalamualaikum..

Rezeki yang sedikit jika dikongsi semoga Allah memberkati dan Allah gandakan lagi rezeki.

Menulis di sini, untuk kenangan.

Alhamdulillah perancangan last minit, pasti membuahkan hasil. As usual laa..

Asalnya nak jemput rakan-rakan x-officemate sahaja... 10-12 orang.. bila membeli lauk pauk... was-was pula membeli sikit.. jadi lebihkan semua.. sama juga bila nak start memasak.. nak masak sikit bimbang tak cukup, jadi habiskan semua barang belian.. erk.. terbanyak la pula.

Sudahnya decide sahaja untuk menjemput mana-mana kawan saya dan suami. Tapi bimbang juga tak cukup.. tapi kami tawakkal sahaja. Maaf bagi yang tak mendapat jemputan tau.. planning last minit huru haranya Allahurabbi...

Menu tahun ini:

Nasi tomato
Ayam masak merah
Dalca sayur
Acar jelatah
Sambal belacan
Papadom

Bubur kacang hijau
Kacang kuda rebus
Goreng nugget
Kek pisang

Set nasi tomato hasil air tangan sendiri. Masak dari hati.. masak dengan iman. Mulakan dengan Bismillah.. semoga menjadi, sebab first time masak dalam kuantiti yang banyak. Nerves sangat!

Bubur kacang dan kacang kuda rebus juga masak sendiri.

















Alhamdulillah.. menjadi. Feedback kawan-kawan semua memuaskan hati. Tapi tak tahu la kot diorang nak sedapkan hati si tukang masak kannn....

Boleh dah start bisness catering quantity kecil-kecil ni.. hahahhahah..

☝juadah dia atas sedang-sedang elok untuk anggaran 40-50 orang makan. Ngam-ngam lauk dengan nasi.. hingga tetamu last kami pukul 12.00 tgh malam dan ada juga rezeki untuk pak guard yang menjaga pintu masuk ke perumahan kami.

Terkurang, terlebih mohon halalkan ye kawan-kawan...

Yang sedikit sama dikongsi, yang banyak sama dirasai.

Jamuan untuk saudara mara batch lain pula en.suami kata..πŸ˜…πŸ˜… 

Selamat Hari Raya..




29 July 2016

Syawal 1437H :: Sesi Photoshoot kami keluarga

Assalamualaikum...

Gambar raya sekeluarga tahun ini, ada la sekeping dua.. tapi tak semenggah mana la... yang betul-betul cun, ini je haa..πŸ‘‡ itu pun perasaan je la yang rasa cun..πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…



Susah nak bekerjasama dengan anak-anak kecil ni. Biasa yang susahnya datang dari si abang Eusoff. Tapi kalau abang dah ok, adik pulak yang buat hal.

End up.. gambar raya dah hape-hape. Sadis betul.. tapi tahun ni.. cuba juga la nak kan juga gambar yang cun melecun package muka mama flawless tulus mulus kebabom gitu... kih..kih..kih..

Mujur la dah ada booking satu sesi photoshoot untuk kami sekeluarga. Perjanjian dan pembayaran dah dibuat awal pun sebenarnya untuk sesi photoshoot ni, 04 Januari 2016. Tapi sebab kami asyik bizi-bizi-bizi sahaja, sedang elok lah photoshoot menjadi juga di bulan Syawal 1437H ini. Konon-konon photoshoot Syawal la😊



























Terima kasih kepada Bintanghati Studio Photography, kerana merialisasikan gambar sekeluarga Syawal kami yang sangat perfect!

Alhamdulillah. Sangat berpuas hati... lain kali pasti kami nak lagi!

Nakkan servis mereka?
Add fb : Bintanghati Studio Photography

28 July 2016

Syawal 1437H :: Duit raya anak-anak

Assalamualaikum...

Masih lagi di bulan Syawal.. Makin penghujung, makin rancak masing-masing mengadakan rumah terbuka. Nikmat makan tak putus-putus. Alhamdulillah.

Nikmat duit raya untuk anak-anak pun masih sentiasa ada sampai hari ini. Alhamdulillah juga.

Teringat minggu lepas tika kami sekeluarga ke salah satu rumah terbuka Syawal, sebelum menaiki lif, ada seorang budak lelaki lingkungan 7-8 tahun, berbaju lusuh, berseluar senteng.. memegang pistol mainan yang nampak sudah rosak. Tiba-tiba muncul dihadapan kami dan memberi isyarat peace no war sambil senyum simpul. Kami tergamam, sebab tak faham maksudnya.. :)

Rupanya dia mintak RM2... dengan suara pelat-pelat dia beritahu kami.

En.suami seluk poket dan berikan satu sampul raya untuk dia. Alhamdulillah.. rezeki dia.

Terasa sedih pula.. anak-anak kita tanpa meminta-minta, tetap ada yang menghulur duit raya... tapi bagi anak-anak kecil yang susah, kurang berkemampuan.. dengan pakaian nyata-nyata menampakkan sedikit kesusahan.. nakkan duit raya terpaksa meminta-minta. Bagi yang bersimpati.. adalah rezeki, bagi yang tiada simpati dapatlah caci maki.

Nauzubillah, jauhilah kami dari menjadi manusia yang tiada belas dan ikhsan sesama manusia Ya Allah.

Duit raya anak-anak tahun ini, Alhamdulillah.. ada.. Rezeki abang Eusoff dan Elyass tetap ada. Penat kot Elyass berjalan raya bersama sepupu-sepupu tahun ni. Balik serah duit ke mama dengan peluh basah baju.. hihihii..

Macam mana nak tentukan duit abang Eusoff dan duit Elyass..? Bercampur aduk kan... Mama kumpul aje sekali.. nanti mama bahagi dua duit kalian itu.. senang begitu aje laaa.. Walaupun seperti adik beusaha lebih untuk duit raya tahun ni... Takpe la..cincai-cincai kira kan...? adik beradik sedarah sedaging, jangan berkira sangat la.. Elyass kannnnn...? hihihi

Duit raya anak-anak untuk tahun ni, nak buat kelainan dari segi penyimpanan. Biasanya duit simpan je semua masuk bank. Tapi tahun ni, kita buat simpanan emas - untuk pelaburan jangka panjang. Jika perlukan duit untuk kegunaan apabila abang Eusoff dan Elyass nak masuk pusat pengajian tinggi suatu masa nanti, emas yang disimpan ini boleh dijual semula pada syarikat, Arrahnu, kedai-kedai emas dan lain-lain. Jika harga emas meningkat, Insya Allah akan ada keuntungan di situ.

3gram dulu untuk 1st batch.


Ada rezeki duit raya sikit-sikit lagi ni, kita tambah lagi :)

Jom ibu/mama/ummi/mommy... duit raya anak-anak kita tukar kepada simpanan emas :)




26 July 2016

Almond London, favourite kuih raya Elyass..

Assalamualaikum..

Bercinta sungguh nak update blog.. kemalasan berganda walaupun bersusun cerita anak-anak dalam kepala. Rugi rasanya tak mengupdate kisah mereka. Tua-tua nanti nak baca balik pulak..


Kuih raya tak banyak beli pun tahun ni.. beli sikit-sikit campur dengan kacang dan kerepek.. dapat la 6 jenis.. ngam-ngam dengan bilangan balang kuih raya yang ada.


Dalam 6 jenis tu ada la satu kuih Almond London. Saya suka kuih ni.. tapi tak mampu nak mengadap dia aje sebab manis dan makan banyak-banyak jadi muak.

Rupa-rupanya ada si kecil dalam rumah ni minat sangat-sangat dengan kuih ni. Kalau mengadap dia boleh makan 5-6 biji sekali makan.. dan sebalang kuih raya Almond London tu.. banyak abis Elyass yang makan.. mama sempat la makan lima nam ketul.... papa tak merasa dan abang Eusoff tak suke kuih muih raya. Tak sentuh langsung kuih apa-apa pun.. lebihnya memang abis ke dak kecil ni. Berulang-ulang makan sampai abis..




Tapi Elyass tak suka kacang kat dalam tu.. kacang suap mulut mama sudahnya.






20 July 2016

Sywal1437H :: Raya Eusoff dan Elyass

Assalamualaikum..

Selamat hari raya..


3 hari beraya di kampung Terengganu terasa tak cukup..walaupun dah balik dua hari sebelum raya pun. Mengejut rasanya raya ke-3 dah kene bergerak balik ke Pahang, sambung beraya di rumah mertua pula. Mengejut pulak terpaksa balik ke KL dah setelah 3 hari beraya di kampung Pahang.


Mood rindu kampung halaman is ON! Sejak raya ke 7 hingga la ke harini pun.. :(


Sampaikan update blog ni pun dah kelaut rasanya. Sunyi sepi aje blog selepas raya. Hilang rentak rasanya..hihihi


Ni baru nak cuba-cuba serikan balik.. untuk mulakan semangat... jom la citer-citer pasal raya anak-anak..


Raya abang Eusoff dan Elyass, Alhamdulillah nampak macam seronok je. Sambut raya dengan sepupu-sepupu. Raya pertama berjalan dengan mama dan papa la. Masuk je raya kedua dorang dah jalan raya sesama sepupu je sini sana. Abang Eusoff la kurang sikit nak mengikut. Dia lagi suka duk rumah main ngan sepupu-sepupu yang tak berjalan. Tapi Elyass, mengikut je sepupu-sepupu bawak beraya. Sampai rumah je serah duit raya kat mama. Berpeluh-peluh dengan baju raya ha... pastu sambung jalan lagi.



Raya per-1 Awal bersiap nak gi sembahyang raya..


Raya per-1 Berkunjung ke rumah ayah long

Raya ke-2 bersama sepupu-sepupu, geng jalan-jalan Elyass ni..

Duduk kampung takde la bimbang sangat kan.. lagi pulak bukan la jauh berjalannya.. dekat-dekat sini juga. Tapi pesan juga la kat anak-anak buah besar, jagakan Elyass elok-elok ye... rumah yang dah pergi jangan ulang pergi lagi tau.... kang nanti orang cam.. hihih :) Abang Eusoff kurang sikit nak bersosial, tak macam adik Elyass. Nampak dah dua beradik yang berlainan karektornya.

Beraya di Pahang, belum ada sepupu sendiri.. cuma balik kampung sekejap..jumpa juga dua pupu dorang. Seronok jugak walaupun kejap je jumpa. Selebihnya duduk rumah atok tengok tv dan main dengan kucing-kucing belaan atok yang comel-comel tu.. Eusoff penakut kucing dan Elyass sangat-sangat-sangat sukakan kucing. Berbeza kesukaan mereka.


Raya ke-4 balik kampung Temau, bersama dua pupu Eusoff dan Elyass


Tangan adik Elyass dengan jari pease... satu!

Raya ke-6



Raya ke-7

Itu aje lah serba sedikit cerita raya abang Eusoff dan Elyass. Banyak benda kalau nak bercerita semua.. kita pendekkan aje la mudah nak bercerita.. :)

Padahal tak dapat rentak lagi nak berblogging ni... :p

Bye!









08 August 2015

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1436Hijrah]

Assalamualaikum..

Cerita Syawal yang lepas-lepas... untuk Syawal 1435Hijrah, sedang berpantang Elyass di kampung. 

02 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436Hijrah.

Bekesempatan menjamu kawan-kawan sempena Syawal. Menu biasa-biasa sahaja.. tapi kehadiran kawan-kawan, saudara-mara menunaikan undangan kami, sangat luar biasa. Alhamdulillah.. Yang tak datang, kami faham sangat, undangan rumah terbuka di bulan Syawal sangat lah banyak..

Ada kawan-kawan yang kami terlepas pandang untuk mengundang, mohon maaf sangat-sangat. Cuba ingatkan semua dah.. tapi selepas majlis boleh pulak.. arghhh lupa si dia..si dia..si dia... mohon maaf dipinta ya.. -Kak Intan... kalau akak baca ni.. maaf tau..lupa plak jemput akak kesayangan.. =)

Sekitar majlis yang berlangsung semalam... warna-warni di Aidilfitri.. tak semua yang datang sempat bergambar. Tuan rumah tak sempat sungguh... lagi-lagi nak layan kerenah sikecil Elyass...

Pengasuh Eusoff lama, Aty (atas) pengasuh Eusoff dan Elyass, K.Maya (bawah)

Teacher-teacher Eusoff di Children Islamic Centre (CIC) Prima Samudera

Kawan Blogger saya, Jaja sekeluarga =)

Office mate :: Nurul, Syed, Asri, K.Sundari, K.Uma, Mai, Hawa, Siti & K.Min

Kawan-kawan sekolah rendah :: Ami, Fatanah, Yati, Helmi, Seh, Lokman

Family :: Faizul sekeluarga

Family :: Ila dan Ashraf sekeluarga, gambar kembar je sebagai wakil keluarga =)

Family :: Abah dan adik, K. Long sekeuarga, K.Ngah sekeluarga, Die & Ana, Kak Iffa dan suami
Dan satu-satunya wakil keluarga saya, anak saudara, Nasrul Amer. Tak sempat pulak bergambar kenangan Syawal ini dengan dia..

Kawan-kawan en.suami pun ramai.. Terima kasih datang, memenuhi undangan.

Juadah tahun ini..


TODAY'S SPECIAL..

"Semoga rezeki yang sedikit ini, mendapat keberkatan dari-Nya bila dikongsi bersama, Insya-Allah.."
~Selamat menempuh Syawal, hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan hari menambah amal kebaikan~




01 August 2015

Berjalan Raya 2015 :: Owner yang baik hati

Assalamualaikum...

Berjalan raya kami tahun ni tak rancak mana. Mungkin sebab beranak kecil. Jalan-jalan mana yang sempat sahaja. Kalau ikutkan hati semua rumah kawan-kawan saudara mara pun nak berjalan. Tapi terbatas sikit pergerakan. Insya Allah tahun-tahun depan pulak camne, bila anak dah besar sikit.

Ini cerita jalan raya saya ke rumah owner rumah sewa lama. Haa.. tudia edisi special punya!
Walaupun dah 4 tahun lebih berlalu, namun sedaya upaya kami suami isteri tak nak persahabatan baik ni berakhir begitu je..

Owner rumah sewa lama saya ni baik sangat! Sangat-sangat baik!
Kalau kak Intan baca entry saya ni, jangan marah tau.. kami puji seikhlas hati. Takde maksud lain pun! =)

Nak kenal siapa lah gerangan owner baik hati saya ni..? 

http://intanaziela.blogspot.com/

Kot la nanti, mencari-cari rumah sewa area-area rumah sewa saya yang dulu ni.. kebetulan pulak masa tu memang rumah tengah kosong.. dapatlah korang owner yang baik =)

Petua nak suruh owner rumah sewa baik dengan korang, korang kena lah jaga rumah mereka dengan sangat baik sekali umpama korang menjaga rumah korang sendiri. Gitu......

Hah dah beri petua tu, so good luck! =)

Entry tanpa gambar memang tak menarik kan? Belanja 1.

Amboi..amboi..amboi.. abang menyengih dengan MIL ye...? Tak jadi "dokter" takde harapan le kamu... =p



Terima kasih kak Intan... terima kami berjalan raya dengan berlapang dada.. siap tumpang mandikan anak-anak lagi..

Yang pasti Churros akak memang terbaik, dan.. eh..eh.. rasa macam nak lagi jeeee... hahha

Bai.

30 July 2015

Selamat Hari Raya ~ Kosong~Kosong..

Assalamualaikum…

Pengakhiran bulan Ramadhan 1436H, membawa bibit-bibit rindu hingga hari ini. Ya Allah kau berikanlah kesempatan untuk aku dan keluargaku melalui lagi Ramadhan di tahun-tahun yang mendatang. Amin..

Syawal yang sedang dilalui, sebolehnya ingin dinikmati… dihayati… sesungguh-sungguhnya.. Kerana nanti bakal akan merindu juga.. Allah.. istiqamahkan jiwaku… untuk terus jadi hamba-Mu yang semakin berubah ke arah yang terbaik.. dan makin baik.. Allah; Kau bimbingi aku, keluargaku, saudara maraku dan rakan-rakanku. Amin…

Alhamdulillah Syawal saya sekeluarga, di Kg Temau Pahang Darul Makmur. Kampung en.suami. Ada abah dan adik serta saudara mara, untuk kami menumpang gembira setiap kali raya. Sungguh meriah! Meriah dengan  gotong royong masak memasak! Meriah dengan makan-makan yang tak pernah habis.. bersambung-sambung je masak memasak, gaya nak berkenduri je.

Eusoff dan Elyass..?

Syawal ke-5 untuk abang Eusoff, dan Syawal per-1 untuk si kecil Elyass… Alhamdulillah mereka gembira di hari raya.. seperti kanak-kanak sebaya mereka juga..! 

Ade citer kelakar ni..abang Eusoff takut dengan bunyi mercun.. apa lagi main dengan mercun itu sendiri memang takkan laaa. Jadinya kegembiraan raya yang sememangnya sinonim dengan bermain mercun tak dapat la abang Eusoff rasa. Rugi tauuuu anak mama nii..

Tapi, rasa syukur gak.. saya tak perlu bimbang keselamatan abang Eusoff tika bunyi mercun berdentam-dentum di luar rumah..sebab saya tau tika bunyi mercun yang membingitkan telinga tu, abang Eusoff confirm sedang memeluk seseorang untuk dia melepaskan rasa takut… =p

Bunyi kelakar kan..? Tapi itu lah abang Eusoff.. 

Alhamdulillah raya kami gembira.. walaupun tak balik Terengganu…mmmm… (Sebenarnya nangis dalam hati.. jiwa rasa sayu tak dapat jumpa ayah dan adik beradik di Aidilfitri ini).

Sekeping dua gambar raya kami.. Susah bergambar bila dah beranak pinak… Tak banyak, tapi adalaa.. untuk kenang-kenangan..


Anak-anak dah berbaju tidur dah pun.... alahai gambar raya sekeluarga kami..
Sedih bagi gambar montot jee... gambar elok berdua depan-depan memang takde.. 

Elyas bersama abang-abang sepupu

Abang Eusoff bersama abang Haris dan atok
Tema warna baju raya utama kami adalah HITAM. Macam berkabung je kan.. =p
Sebenarnya jimat.. mama dan papa recycle tahun lepas punya baju sahajaaaa... anak-anak dua ketul ni je beli baru. Jimat kaedahnya.. =)  

Alhamdulillah Eusoff dan Elyass berkesempatan menziarah pusara arwah Wan di tanah perkuburan RTP Lembah Klau.. Kami rindu arwah sangat-sangat.. Al-Fatihah.

Dikesempatan Syawal yang mulia ini, Saya Diana; penulis Apabilaazambercerita, ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang sudi singgah di ruangan ini; seandainya sepanjang menulis di sini.. ada kata-kata yang tidak sesuai untuk ditulis disini.. dan membuatkan ada yang terasa. Maafkan kekhilafan saya.

~Kosong ~Kosong yaaa..

Semoga Syawal ini..memberi kenangan yang terindah untuk anda semua..Insya Allah..



03 September 2013

28 Syawal ~ menggamit memori

Assalamualaikum….

Syawal sudah dipenghujungnya… berbaki 3 hari sahaja lagi. Esok sudah 28 Syawal 1434H.

Hujung-hujung Syawal ini, teringat pada kisah sedih di penghujung Syawal 1433 Hijrah yang lepas. Penghujung Syawal yang maha sedih dan pedih untuk kami sekeluarga. Dia mengambil kembali emak tersayang pada 28 Syawal 1433 Hijrah bersamaan 15 September 2012. 

Innalillahiwainnailaihirojiun… Darinya kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali.

Terasa rindu yang sangat mendalam pada arwah. Rindu yang tak leh nak gambarkan dengan kata-kata. Rindu yang kadang-kadang tak tertanggung… Rasa rindu yang takkan dapat dilepaskan.. Rasa rindu yang maha halusss menusuk ke qalbu..

Rasa rindu ini akan kekal di qalbu hingga ke hujung nyawa.

Rindu nak memeluk erat tubuh emak..
Rindu nak mencium wajah emak..
Rindu nak bersenda gurau dengan emak..
Rindu nak merasa masakan emak…
Rindu..rindu..rindu..rindu….
Rindu segala-galanya tentang emak..

Yang pasti bukan saya seorang merasa kerinduan ini..

Suami, 6 anak-anak yang lain, menantu-menantu dan cucu-cucu.. pasti merasai kerinduan ini.

Kadang rasa rindu hingga kami menitiskan air mata di setiap doa, di setiap Yassin & Al-Fatihah yang dikirimkan.

Kadang rindu hingga kami berdoa agar Allah kirimkan mimpi arwah emak di setiap tidur kami.

Mimpi yang hadirnya arwah itu bukan pengubat rindu, tapi makin menebalkan rasa rindu kami padanya.

Al-Fatihah untuk arwah emak tercinta… Semoga aman, tenang di sana. Amin..

Rindu mak ketat-ketattt...



26 August 2013

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1434 Hijrah]

Assalamualaikum...

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah] - Ini cerita tahun lepas..

Ini pulak cerita pintu terbuka Hari Raya 1434 Hijrah. berlangsung lancar pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434 Hijrah.

Alhamdulillah untuk tahun ini, kami sekeluarga masih lagi diberi rezeki lebih oleh Allah Yang Maha Esa untuk membuat sedikit makan-makan kepada adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Semoga rezeki ini bertambah  berkat apa bila dikongsi bersama. Insya Allah.

Hasrat di hati memang nak masak sendiri.. Tapi apakan daya... kat dapur tu cuma ada kuali dan periuk kecik-kecik..sedang-sedang cukup nak masak untuk 4-5 orang makan je... Jadinya memang tak dapat lah nak menjamu  adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai makan dengan air tangan sendiri. hiihi... munkin satu hari nanti kot...Insya Allah...

Juadah di hari pintu terbuka tak banyak pun.. semua pakai main order saja.. Nasi lemak ayam berempah dan sambal sotong serta lauk-lauk standard lain. Selain tu ada mee hoon sup dan roti jala. Yang saya masak cumalah nugget dan agar-agar koktel berkuah. Dan adalah siikit kuih raya.. beli jugak =p.


Alhamdulillah...ramai yang datang walaupun ada jugak yang takde.. ada yang bekerja...balik kampung, dan ada yang mendapat terlalu banyak undangan rumah terbuka, jadinya tak berkesemptan nak datang... takpe...takpe..

Jom lah tengok gambar disekitar hari pintu terbuka... Setiap gambar ada ceritanya....


















Ramai tetamu yang tak sempat bergambar. Lagi-lagi ketika waktu puncak, rumah penuh amat sampai tak terlayan tuan rumah...maaf sangat-sangat..

Terima kasih pada yang datang ye...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015