Showing posts with label Capture Stories. Show all posts
Showing posts with label Capture Stories. Show all posts

Thursday, April 4, 2019

Permandangan Yang Mendamaikan

Assalamualaikum.

Gambar lama ini sudah tersimpan lama di dalam draft. Oleh sebab sedang gigih menulis apa sahaja sebelum keberangkatan aku ke Johor Bahru, aku coretkan sedikit di sini. Gambar-gambar ini sudah diambil dua tiga tahun yang lepas sewaktu bercuti di Port Dickson.

Permandangan indah amat menenangkan.
Permandangan indah amat mendamaikan.






Kalau ada peluang teringin mahu ke sini lagi. Cubalah bercuti di Avilion Port Dickson. Permandangan cantik bagus kalau dapat bergambar. Mesti cantik.

Salam pena,
Fyda Adim






Tuesday, February 10, 2015

~Kedamaian Pagi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Baru berkesempatan mahu menulis sedikit di blog ini. Pagi tadi sampai pejabat awal. Oleh kerana pintu masih belum dibuka, sempatlah aku snap gambar. Lantas aku upload di IG. Bermadah helah pagi-pagi tadi.

Kedamaian pagi memberikan ketenangan pada jiwa. Dalam ketenangan dari kedamaian ini, marilah kita membebaskan hati kita dari beban kemarahan dan hilangkan rasa kebencian yang menyelubungi diri.

Andai hati terluka kerana seseorang, maafkanlah. Bukan mudah memberikan kemaafan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yang terluka.

Dari sebuah kemaafan kita akan peroleh ketenangan. Selamat pagi!

Itulah yang aku tulis di IG pagi tadi. boleh follow IG aku. Cuma cari aje nama aku fyda2683. Sekian dulu entri tanpa hala tuju. Wassalam.

Aku penulisnya,



Wednesday, November 27, 2013

~Permandangan Di Simpang Menggayau~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Hari ini tak keluar lunch.  Mood masih swing lagi.  Asyik swing je.  Laki tak ada ko tak ada mood, laki dah balik pun ko tak ada mood.  Masalah ke hape ko ni?Errmmm, biarlah rahsia.  Mungkin ada hikmah semua kejadian.  Malas dah nak difikir-fikirkan.

Okaylah, setelah sekian lama stop pasal trip ke Sabah.  Marilah warming up dulu dengan entri ini.  Cuci-cuci mata dengan permandangan di Simpang Menggayau.  Sangat-sangat cantik.  Walaupun di sebaliknya terselit kisah duka.  Ohhhh nak jugak disebut-sebut.  Lupakan!!






Cantik tak uolls?Anginnya yang kencang buat kulit muka menjadi gelap.  Angin laut kot.  Balik Melaka mengelupas kulit muka yang sememangnya kusam.  Apa kaitan kulit muka dengan angin?Okeylah, sekian dulu.  Jumpa di lain entri.







                                                                                                        

Thursday, September 12, 2013

~Dari Lensaku~

Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis.  Hari ini kalau boleh tidak mahu beremosi, jiwa tak nak kacau, perasaan tidak mahu berkecamuk.  Mampu ker?Entahlah...Malam tadi anak-anak suruh call papanya.  Celah mana mama nak call.  Papa korang dalam hutan.  Tak ada line.

Jawapan ringkas daripada mama.  "Kita tidur dulu esok kita cuba telefon papa."  Huh!!Malam ni nak menjawab lagi.  Mesti ada lagi persoalan daripada anak-anak.  Pasti!

Lupakan hal aku dengan anak-anak.  Entri pagi ini saja mahu cari mood yang ceria.  Gambar ni aku yang snap.  Belajar menggunakan gadget baru yang dibeli oleh asben

Baru belajar-belajar..Masih terkial-kial lagi.

Ini gambar bunga diambil di sekitar Banda Hilir tempohari.

Sekian..







                                                                                                       

Friday, July 5, 2013

~Permandangan Dari Banda Hilir~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Dah makan ke?Hari ini aku banyak sekali makan sebab kat office aku ada buat jamuan.  Menu utamanya adalah nasi beriani.  Mata pun jadi berani nak lelap ni.  Mengantuk jangan cakapler.  Berkali-kali menguap ni. 

Tengahari tadi keluar kejap je beli barang lepas tu pukul 1 sudah kembali ke office semula.  Pada mulanya nak mentiapkan sesuatu task bersama mira mokhtar tapi oleh sebab mata ni tersangatlah mengantuk, maka task pun ke mana dan wujudlah entri ini.  Tengok mira mokhtar tak bersemangat je nak menyiapkan tugasan aku pun jadi double malas.  Hah gitu sekali.

Okey, ini adalah gambar-gambar yang aku dan asben snap ahad lepas.  Baru belajar-belajar nak tangkap gambar.  Laki aku memang tengah kemaruk dengan gadget dia tu.  Ermmm...So inilah hasilnya.  Ada yang aku snap, ada laki den yang snap.

Jom layan gambar-gambar yang ada.  Gambar yang bersiaran dari sekitar Banda Hilir.















Hah!!Inilah sebahagian daripada hasilnya.  Seronok rupanya.  Nanti kena buat photoshoot pulak.  Sekian dulu..Nanti update lagi dengan gambar-gambar yang ada...

Publish!









                                                                                                       

Friday, June 7, 2013

~Permandangan Dari KLCC~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Fuh!!!!Penat ye baru sampai ofis.  Dari Mydin bersama Kak Nisah dan juga Mira Mokhtar.  Itu saja teman yang sentiasa menemani aku.  Hah!!Poyo pulak bunyinya tapi itulah hakikatnya.  Masuk ofis baru sejuk je badan ni kena air cond.  Kat luar berpeluh-peluh macam lepas berlari 100 meter.  Hehehe..

Okeylah, marilah aku sajikan dengan gambar permandangan dari KLCC yang sempat aku dan SIL aku snap menggunakan gadget baru aku.  Suka dengan gadget baru tu tapi azab nak memikulnya.  Kalau tak sebab Mira Mokhtar suruh bawa memang aku tak bawakler.  Baru nak belajar-belajar guna gadget tu.  Belum pro lagi baru amatur.

Selamat menjamu mata dengan gambar yang tak seberapa ini.

Sekian dulu...

With love, A.A

Publish!!!