Showing posts with label Dekorasi Fyda Adim. Show all posts
Showing posts with label Dekorasi Fyda Adim. Show all posts

Tuesday, August 21, 2018

Deko Raya

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Esok kita akan menyambut raya korban. Hari ini aku bekerja. Semalam aje aku cuti sebab ada perkara yang tidak dapat dielakkan membuatkan aku tidak mampu untuk ke kerja. Aku ni kalau dah serabut sangat memang ambil jalan ringkas aje. Habis cerita. Tak payah nak serabut panjang-panjang. Lagi pula cuti sekolah kan memang minggu untuk bertenang-tenang.

Baiklah, entri ini sudah lama terperam dalam folder draft. Aku kongsi jugalah memandangkan tajuknya pun berkaitrapat dengan raya. Entri ini sekadar berkongi sahaja. Lagi pun aku bukan blogger deko ke apa. Dekorasi rumah aku pun serba-serbi ringkas.

Ini pun deko masa raya yang baru sahaja berlalu. Nak buat kenangan sebab masa ni aku kemas rumah tak ingat. Daripada siang bawa ke malam. Memang beria aku kemas sorang diri. oh ya, perangai aku memang suka buat kerja sorang-sorang. Tak adalah perangai nak berkemas habis satu rumah aku kerah. Aku lagi serabut kalau buat ramai-ramai. Biarlah aku buat sendiri. Lagi cepat. Tak payah nak suruh-suruh. Tak payah nak tunggu-tunggu.

Kalau bab nak menggantung frame ke barulah aku akan suruh tok laki. Agaknya kalau aku reti nak drill bagai memang aku buat sendiri juga. Jomlah tengok ruang-ruang kesukaan aku dalam rumah.

Dapur aku tempat di mana aku beraksi menyediakan juadah untuk isi-isi rumah selagi perut mereka minta diisi.

Ruang sebelah sini memang beginilah aku susunnya. Barang-barang yang selalu digunakan hampir setiap hari.

Ruang tamu. Bunga lama. Alas meja lama.

Ini pun perabot lama. Bantal hijau tu aku beli tahun lepas masa nak raya. Beli kat AEON.

Genaplah setahun usia sofa aku ni. Beli tahun lepas sebab sofa yang ada memang sudah koyak-rabak. Jadi kami berpakat laki bini kongsi duit beli sofa.

Ruang tamu merangkap ruang menonton juga.

Ruang ini antara ruang yang aku minat. Ruang kecil untuk menghimpunkan gambar-gambar kami.

Suatu ketika dulu aku suka beli perhiasan berbentuk basikal. Dari bentuk kecil sampai ke besar gedabak aku beli. Tengoklah gambar kat atas. Nampak tak basikal besar tu?

Bilik anak dara. Cadar tu aku beli. Kebetulan jalan di AEON masa puasa ternampak cadar murah. Dua pasang hanya RM90 kalau tak silap. Apa lagi aku belilah untuk anak-anak. Jadilah kan. Lagi pun anak-anak dah lama minta tukar cadar.

Itu sahaja entri untuk pagi ini. Selamat hari raya haji!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, June 1, 2015

Gubahan Hantaran Sentuhanku

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Lagi satu jam mahu makan tengahari dan berehat seketika. Rehat tak panjang hari ini. Satu jam je kut. Bolehlah melelapkan mata sebarang dua. Memang waktu rehat tak lelapkan mata sekejap memang tak sah. Sekarang ni kemengantukan terlampau-lampau. Adakah sebab faktor umur yang sudah meningkat? Esok bertambah lagi usiaku. Huhuhu...

Okeylah, nak cerita kisah aku dan hantaran. Bulan lepas iaitu pada 15 Mei 2015, anak buah aku melangsungkan pertunangannya. Jadi bab hantaran maknya serahkan pada aku. Aku ni bukanlah berseni sangat pun tapi bab-bab cenggini memang menjadi minat aku selain membaca novel dan menonton drama. Hahaha...

Jadi dua bulan sebelum kita orang memang dah beli barang-barang untuk hantara. Segala riben, kotak, gabus dan sebagainya. Memang dah beli awal-awal. Senang sikit kan.


Bahan-bahan untuk hantaran.


Coklat kegemaran. Nasib aku tak bukak makan. Ngeee...


Ini hantaran bertemakan pagar-pagar cinta. Last minit punya ilham.


Songkok dan kain apa ntah.


Set wangian.


Kek hantaran.


Semuanya sembilan dulang daripada pihak perempuan. Aku buat setakat mana yang mampu. Itu sahaja idea yang terluah. Apa pun aku puas hati bila si anak buah suka dengan sentuhan makciknya ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Tuesday, August 12, 2014

~Hiasan Dinding Di Teratakku~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Cuaca dekat sini mendung, sejuk sebab penghawa dingin atas aku ni baru saja diservis. Memang terasa sejuknya hingga ke tulang. Huhuhu. Walhal aku sudah memakai blazer lagi. Pun terasa sejuknya. Sudahlah puasa. Faham-faham sudahlah. Untuk mengelakkan kantuk yang lebih kritikal aku tulislah satu entri petang ini.

Nak cerita perihal rumahku yang tidak seberapa itu. Hiasan yang dihias olehku mengumpul sebulan demi sebulan barang perhiasannya. Nak beli sekali gus memang tak termampu. Jadi berdikit-dikitlah mengumpul apa yang berkenan di mata dan mengikut kemampuan. Ada juga yang berkenan di luar kemampuan. Hehehe. Terpaksa dilupakan hasrat murni itu. Setiap bulan selepas gaji memang aku terjah ke Romantika. Peneman aku adalah si Mira Mokhtar. Nak termuntah dia melayan karenahku. Mari tengok beberapa hiasan dinding yang aku beli dalam tempoh beberapa bulan. Semua murah-murah sahaja. 

Frame ini aku letak kat dining. Aku beli dekat Romantika dengan harga RM19.

Frame besar ini aku beli dengan kawan aku. Dia beli lebih jadi dia jual kepada aku dengan harga RM100. Murah gile!Kayunya berat.

Plate ni aku gantung sebelah kiri frame kat atas.

Plate ni pula aku gantung sebelah kanannya. Faham tak kedudukannya?Hehehe..Plate atas aku beli RM60 dan yang tiga ni RM120. Boleh beli dengan Puan Junaina Sagap. Aku selalu berurusan dengan dia. Selalu COD kat rumah dia je. Cuba cari kat FB.

Cermin ni asben belikan masa birthday. Aku yang minta hadiah ni. Belikan kat Romantika. Macam biasalah kedai pilihan aku Romantika.

Benda alah ni aku gantung kat luar rumah. Beli dengan Kak Jun juga. Beli dah lama baru gantung.

Ini area tempat mesin basuh.

Signage Allah Muhammad dan Bismillah itu pun aku beli pada orang yang sama.

Akhir sekali gambar ni aku gantung dekat area televisyen antik aku yang dekat dining. Ada ruang kecik kat situ boleh nak menonton kalau anak-anak sudah konker tv di depan. Itu sahaja kisah hiasan aku yang tidak seberapa. Ada beberapa lagi yang masih dalam perancangan. Aku buat ikut pandang mata aku. Cantik pada mata aku tak semestinya cantik pada orang lain. Lain orang lain citarasanya kan?Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Thursday, June 19, 2014

~Deko Dinding Dapur~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad

Assalamualaikum...^___^

Selamat petang semua.  Pasti semua sudah lunch.  Tengahari ni aku tidak ke mana. Hanya duduk di pejabat sahaja.  Memandangkan pagi tadi sarapannya nasi putih bersama lauk paru jadi perut ini masih lagi kenyang.  Berbalik kepada tajuk, nak cerita sedikit tentang dapurku yang secoet itu.

Taklah havoc pun dekonya.  Cuma biasa-biasa saja.  Hari itu kebetulan ke Family Store aku belilah benda alah tu.  Alah murah pun.  Tak ingat harga tapi bawah RM5.  Marilah tengok ruang yang aku deko itu.

Nampak tak?

Close up sikit.  Kat ruang ini yang aku dekonya. 

Tadaa...Inilah wall sticker yang aku beli.  Jadilah buat penyejuk mata aku sendiri.  Ala-ala bunga sakura kan.  Sakura ke? Gigih menampal dengan abang jebat.  Terkomot-komot tapi bolehlah.  Murah je kut.  Bolehlah sambil masak berangan-berangan kan tengok permandangan depan tu.  Okeylah, merapu je aku ni.  Sekian saja entri mendeko dapur aku yang secoet tu.  Nanti aku update lagi pasal dek-deko ye.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                    

Monday, May 26, 2014

~Hasil Menerjah Kedai Romantika~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad

Assalamualaikum....^_____^

Selamat tengahari semua.  Entri ini mesti tersenyum lebar sedikit.  Senyum sebab dapat membeli beberapa benda di Kedai Romantika selama beberapa aku menerjah kedai tersebut.  Dari tahun lepas, setiap bulan bila dapat gaji memang sepasang kaki ini gatal melangkah ke kedai tersebut.  Selagi tak dibeli apa yang dimahukan tidur malam tidak lena.  Hah gitu sekali.  Macam orang angau bercinta.

Setelah beberapa bulan aku keluar masuk Kedai Romantika dan inilah beberapa hasil pengumpulan duit dan pembelian dari dari kedai itu.  Setiap bulan beli satu barang.  Nak beli sekali harung memang tak termampulah.


Meja ini memang dah beberapa kali aku dok aim.  Barulah dapat belinya.  Harga meja ini RM89.  Clearance stok je pun.  Bunga tu pula RM49.


Basikal ini aku beli dari seseorang.  Teddy bear kecil tu aku beli kat Romantika.  Murah je harga teddy bear tu RM15.


Frame ini pun murah.  Aku memang beli yang murah dan mampu milik saja.


Bingkai gambar ini aku gantungkan di ruang tamu.  


Dua bingkai gambar ini hanya RM4.


Bingkai gambar ini aku gantung di laluan depan bilik utama.  Sementara nak cuci gambar anak-anak, aku gantunglah gambar aku dan asben.


Ini pula frame gambar untuk adriana.  Dah lama dia minta aku belikan.  Gantung dulu.  Gambar kemudian.  


Dalam bilik adriana.  Ini dekat dinding atas kepala katil.


Ini pun dalam bilik adriana.  Aku gantung gambar ini dekat atas meja tulis.


Quilt Carpet aku letak depan tv.  Beli warna hijau samakan dengan warna karpet yang ada sekarang.  Itu sahaja yang dapat dikongsikan.  Ada beberapa item lagi yang mahu dibeli.  Tunggu gaji bulan depan dan bulan-bulan seterusnya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                      
                                                                                                                        

Friday, February 28, 2014

~Lawatan Ke Romantika~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Korang tadi ke mana waktu lunch? Aku sempat terjah Romantika lagi.  Hahaha.  Ini kisah semalam.  Hari ini tak sempat nak bergambar dalam Romantika.  Snap pun senyap-senyap.  Masuk kedai ni macam terujanya lain macam.  Meroyan sekejap.

Macam biasa aku ke Romantika bersama blogger Mira Mokhtar.  Blogger uolls.  Ke Romantika setelah berbulan-bulan tidak membuat lawatan ke sana.  Uh!!Nak pi sana mesti ada je nak membeli.  Itu nak, ini nak.  Kan best 'Kalau Aku Kaya...'

Wallah...Teruja uolls.  Aku memang suka tengok hiasannya.  Tapi rumah aku bukan pun english style.  Pelbagai variasi.  Hahaha...

Bunga yang mencuit-cuit hati aku untuk membeli.

Inilah hasil rembatan semalam.  Hari ini punya nanti-nanti aku tunjuk.

Ini bunga yang aku pilih.  Harganya RM39.  Ini bukan kedudukan sebenar bunga ini.  Akan difikirkan di mana yang sesuai.

Beli yang love love gantung tu.  RM5 je harganya.

Dan alas kaki yang cantik.  Harga RM12.  Bak kata Mira Mokhtar tak sampai hati nak pijak alas akki cantik.  Hehehe.  Ada-ada je.  Itulah kisah rembatan aku semalam.  Kisah hari ini nanti aku cerita ye.  Sekian sahaja.

Wassalam...

Aku Penulisnya,
 






                                                                                                         

Wednesday, July 24, 2013

~Signage Di Rumah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Makin menjelang balik mata ni dok mengantuk walaupun sudah ke hulu ke hilir  buat kerja photostat, faks surat dan bermacam-macam tapi still jugak menguap.  Adoi..Mata oh mata.  Rehat tadi sempat juga melelapkan mata.

Entri petang ni untuk hilangkan mengantuk.  Sebenarnya dah lama aku beli signage-signage ni.  Saje jadi penghias di rumahku.  Aku beli secara online di SINI.

Signage ni digantung di luar.

Ini pula di dapur.

Yang ini digantung di area mesin basuh.  Ada lagi yang aku beli tapi secara offline pula.  Nanti aku sharekan di sini ye..

Sekian.