SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts
Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

AKTIVITI SEMASA #DUDUKDIAM2DIRUMAH

Kejadian hari ke berapa, usah ditanya. Tak ingat.

Kami masih tegar mematuhi arahan #DudukDiam2DiRumah atau bahasa orang kampung Sis, #StayatHome. Eceh! 

Kanda dah merangka aktiviti. Supaya dia tak bosan. Takpe... Biarkan dia. Yang penting, patuh #MovementControlOrder. 

Tugas Sis, masak supaya perut Kanda kekal kenyang. Aaa gitchew..!

~ Breakfast sangat marhaen. Nasik goreng kampung + teh O panas. Alhamdulillah, syukur.

~ Aktiviti Kanda, mini renovation katanya...

Kanda cat guest room a.k.a mini surau. Under coat dulu. Setel under coat, baru pikir sama2 nak tema apa. 

Kanda kata, nak bereksperimentasi di 1 bahagian wall. Owh... takpe. Suka hatilah. Asal siap. Asalkan tak bersepah. Asal dah bersepah kemas balik. Sis onz.

Bilik ni ada single bed, stand fan, meja + kerusi opis, rak sejadah & iron board. Kerja2 susun atur Sis serah kat Kanda. Sis tak cemerlang bab nih. Plus, Sis sejenis rambang mata. Kang semua mende Sis buh dalam tu. Dah semak balik. Ha3...

~ Lunch untuk hari tersebut. Alhamdulillah, syukur lagik...

Projek mengecat Kanda bersambung ke belah petang. Sis tak kaco daun. Sis thoat (read: taat). Sis bergolek2 je dalam bilik sambil layan tv. Sangat thoat kan? Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 


Tuesday, January 28, 2020

BREAKFAST @ KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Selamat Hari Selasa. Sis kembali dengan entry #Throwback. Ntah bila nak habisnya ntah. Layankan je la... Hu3...

Sis update blog pun, tujuannya adalah untuk kenangan, reference & kepuasan sendirik. Side income tu 1 bonus. Jadik, kalau suka, terimalah dengan redha... Tak suka, takpe. Sis tak terkesan. Sis ok je. 

Back on track, kesah Genting Highlands.

Bangun pagi dengan hari yang maha indah. Bersyukur tak terhingga atas peluang & nikmat ini. 

~ Honeymoon bertemankan Kanda...

~ Menikmati sunrise...

~ View yang maha indah...

~ Breakfast pulak di Kembali Kitchen.

~ Pelbagai pilihan menu. Agak2 tekak Melayu, amiklah menu pure Melayu. Agak2 nak acah2 omputih, amiklah American breakfast. Terpulang... Tepuk dada, tanya selera. 

~ Breakfast dah include dalam package. So, datang bawak perut je.



Nikmat mana lagik yang kau nak dustakan?! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Monday, October 14, 2019

MUDAH TERPENGARUH & TER-ENJOYCE

#Throwback

Terjebak purchase voucher Matta Fair. Tak beli direct la, tapinya... Pakai agent a.k.a Personal Shopper (PS). 

Sebenarnya, dah lama pasang impian nak cuba, try, test voucher Matta Fair. Tapi, selalu ada kekangan masa & lokasi fair. Satu hari, Eika introduce sorang PS ni. Service tip top katanya... Sis terpengaruh. Lantas, terjebak. Ha3...

Sis memang cenggini kalau bab2 vacation. Mudah sangat terpengaruh & terjebak. Orang lain cakap tak best / so-so tapi, aku always enjoyce je. Sampai ada kawan2 cakap, "Aku tengok hang pi mana2 macam best je... Macam takde 1 pun yang nampak tak best. Bla3..."

Yang 'bla3...' tu, off-record. Sebab membawang. Ha3...

Tapi kesimpulannya, memang cengginilah Sis... Sejenis #MudahTerhibordanTerenjoyce kot. ;D

Aku & Kanda pilih untuk acah2 honeymoon ke Genting Highlands, Pahang. Jadik, aku purchase voucher Grand Ion Delemen Hotel. Tak pernah pun jejak kaki ke situ. Tapi, aci terpengaruh lepas tengok gambar2 & dengan sedikit survey via Instagram, terus onz! Aaa... gitchew..!

~ Hari kejadian... Breakfast di Zul Mee Kari, R N R Ulu Bernam.

~ Haaa... See! Belum sampai Genting pun muka dah ter-enjoyce. Ha3...

Sepanjang perjalanan tu, hati bermunge2... Burung2 pun turut berkicauan... Menyanyi lagu riang... Ha3... Pui! ;P


*Bersambung


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 24, 2019

SELONGGOK LEMAK UNTUK DIRATAPI

#Throwback

Kerana tido yang lena, bangun pagi pun rasa fresh. Betullah kata orang2... Sesekali perlu get back to nature. Tak semestinya ke hutan tebal. Cukup asal dapat nampak kehijauan dengan sound effect unggas2, pun dah ok.

~ Senyum pun seindah suria... ;D

Menapak sikit untuk breakfast kat The Rumbia Coffee House. Warm up. 

~ Not so me. Ini sejenis mukadimah breakfast Kanda.

~ This is really me! Lepas tu, meratapi di bucu katil, tengok lemak selonggok. Ha3... Hadoih!

~  Peminat fanatik K-Pop ajak selfie.

~ Peminat K-Pop vs Peminat Wani Hasrita. Ha3...

Rifqi ni adik Kak Ngah. Obviously, umur pun lebih muda la kan... Tapi, taste a bit lebih dewasa dari usia. Dalam kereta, kalau pasang lagu K-Pop, waima Blackpink sekalipun, dia #WatLekWatPeace je. 

Tapi, kalau kau nak tengok dia berubah character sekelip mata, kau try la pasang lagu Wani Hasrita. Nescaya, jiwang terus! Karoks dengan feeling tahap gaban, macam nak putuih urat tengkuk bila tarik high pitch. Ha3... #AcuTerhibor

~ Berebut handphone Acu. Berebut nak selfie. Sampai sorang dah buat muka ketat.

~ Comfy

~ Menebeng dengan Nenek diorang pulak.

~ Luas

~ Gigih bila jumpa cermin.

~ Cap kecik tak muat kepala don't care! Ha3...

~ Rifqi, mata mana mata?! He3...


~ Turn Rania pulak selfie.

~ Buleh tahan jugak dia punya tahap syiok sendirik tuh. Ha3...

~ Dengan Mama dia yang tengah gigih tidokan Raisha pun bollehhh..!

~ Senyuman & #OOTD dah bajet muslimah. 

~ Tapi, kalau kau tengok dia layan K-Pop, habis tarian sexy Jennie (Blackpink) dia tapau! Macam lupa diri! Ha3...

~ Acu Pendi pun terjebak jadik mangsa keadaan. ;P

~ #TeamKPopTegar

Breakfast tak hengat! Lepas tu, rasa mengantuk yakmat. Ikutkan hati, nak layan bantal kat chalet. Tapi, tokleh jadik, weh..! Kena lawan! Kalau tak, pasti meratapi di bucu katil tengok lemak selonggok lagi... Hu3...

Anak2 sedara ajak swimming. Wokeh, onz..! ;D


*Bersambung


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 15, 2019

MEE KICAP YANG MEMANGGIL2

Ini kesah breakfast di hari Ahad yang indah... Eceh!

Asik nasik lemak je. Jemu jugak. Jadik kita twist. Tapi, awas! Bukan homemade. Ha3...

~ Roti Goyang Special by Gerai Chah Sabar Menunggu

Jangan mudah terpedaya! Bukan Roti Goyang je yang jadik santapan. Sebab Roti Goyang tu acah2 appetizer je. Ha3...

Main course adalah Mee Kicap. Gambar nan hado! Sebab dah lapar. Dan jugak sebab Mee Kicap tu dah memanggil2. Ha3...

Achaner la nak kurus?! Adeh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 17, 2018

YAH ALI IPOH... BUKAN YEH SEKUPANG

#Throwback

Check-in dulu di Valya Hotel. Tak naik bilik pun... Sekadar check-in je. Kemudian, berdesup carik makanan. Ketaq lutuit, weh..! Hu3...

~ Jumpa Nasi Ayam Bulat. Hokay, belasah! Mujur sodap.

Lauk ayam tu 2 version. Ayam madu & ayam berempah. Dua2 layannnnnn..........

~ Ini nama dia Popia Yah Ali Ipoh. Dah alang2 stall dia ada kat situ, kita kasik try lah.

Yah Ali Ipoh tau..! Bukan Yeh Sekupang. Ha3... 

~ Perut dah kenyang, tetiba nampak pemandangan cantik cenggini. Giler tak heaven! ;D

Merehatkan diri di bilik & refresh. Lepas tu, sambung mentekedarah ayam goreng singgit. Beli masa makan kat Nasi Ayam Bulat. Sejuk2 air cond bertemu dengan ayam goreng singgit. Perrgghhh!! Heaven lagik! He3... ;D

Plan malam tu adalah menonton Munafik 2. Memula ke TGV AEON Mall Klebang. Sold out, derrr..! Laju2, check online untuk TGV AEON Mall Kinta City. Hokay, fine... Available lagik. Sepantas kilat booking terus twins seat. Yeahhh...

~ 'Ikan berterbangan' di AEON Mall Klebang. Heh3... ;P

~ Finally...

~ Bersedia untuk menjerit, terkejut & seumpamanya..! 

Nasib baik amik twins seat. Dok belakang sekali. Kalau tak, kompom aku kena baling dengan popcorn. Sebab asal terkejut je, aku... #OpocotMakKauHijau! Siap pakej dengan leher cramp, badan terangkat lagik! Ha3.... Ampon...

Mujur la bila balik hotel dapat tido seperti biasa. No nightmare. He3...

~ Ini kejadian esok paginya. Turun breakfast pukul 8.30 pagi.

Pukul 11 pagi check-out. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 5, 2017

JANGAN TAMAK

#Throwback

Bermalas2-an nak bangun pagi. Rasa macam nak berkelubung sampai petang. Heh3...

Tapi, tak boleh. Kena gagahkan diri untuk bangun sebab tak nak terlepas breakfast. Rugi. Sebab breakfast include dalam penginapan. 

~ Baju tido... don't care..! Yang penting, mandi.

~ Mother happy nak breakfast.

Semua menu breakfast yang ah kak boleh makan, ah kak amik. Tapi, jangan tamaklah. Makan ikut portion yang kita boleh habiskan. Janganlah biasakan untuk amik melambak2 bajet 'tank' kau tu flexible boleh mengembang tak rasa full langsung, lepas tu, tak dapat habiskan. Paling sedeh bila ada makanan yang tak terusik pun. Makanan tu bukannya boleh dikitar semula. Kompom ke tong sampah pergi dia. Kan membazir tu. Amalan syaitonnn... Toksah buat.

Tips: Jangan tamak. ;)

~ Rice porridge. All time fav ah kak nih.


~ Sosej, wedges & dim sum.

~ Try roti bakar sambil jeling2 camera. He3...

~ Kueteow goreng, popiah & cheesy omelette.


~ 1/2 boiled eggs. Menawan hati baq hang!

Mother risau tengok aku makan. Sebab apa yang aku amik, semua selamat masuk dalam perut. Ha3...

1. Aku makan, kemudian relax, chill2... sambil tengok gelagat orang lain dalam 5 minit. 
2. Kemudian, aku sambung amik makanan & makan. 
3. Aku ulang step #1 & #2, over & over again... ;P

Haaa... sejenis tips nih! Tips untuk sesiapa yang suka makan macam aku. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 18, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #106: SIMPLY THE SIMPLEST

~ Breakfast di suatu hari yang sangat2 simply the simplest konsep dia.

Yang penting, #SongJiHyo & #KangGary Oppa kenyang. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google