SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label HONEYMOON. Show all posts
Showing posts with label HONEYMOON. Show all posts

Thursday, February 6, 2020

DARI GHPO KE KL

#Throwback

Dari GHPO ke KL. Masih lagik tak mau pulang2. Habiskan cuti. Luangkan masa bersama. Menambah kemesraan dalam hubungan. Aaa gitchew..! Eceh! Ha3...

~ Black Pepper Fried Kuetiau by Signatures Food Court Suria KLCC untuk Sis.

Kanda makan Hotplate Pepper Yeemee by Sizzles, KLCC. Boleh la... Alas perut sebelum tengok wayang.

~ Melepak sekejap kat taman KLCC sementara tunggu waktu tayangan start.



~ Ingat tau! Ini entry #Throwback. ;P

Dapat honeymoon dengan Kanda di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands, Pahang.
Dapat berlibur dengan Kanda di GHPO.
Dapat spend time dengan Kanda layan filem #Sangkar yang semestinya ada Kanda #RemyIshak.

Owh... satisfaction nya sampai ke bulan, bintang & mentari... ;D


*Tamat...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 4, 2020

INFO SHOPPING UNTUK SI POKET TEBAL BERKEPOK2

#Throwback

Ramai jugak umat manusia di Awana Skyway Station. Macam2 skin colour hado.

Perut kami berkeroncong riang. Cepat2 explore food court di Genting Highlands Premium Outlet (GHPO). 

Owh... by the way, kepada yang tak tau / belum tau, Awana Skyway Station dengan GHPO ni berjiran je. Tak payah susah2 nak drive kereta yang kau parking kat Awana Skyway Station tu. Biar je ia park sampai kau selesai urusan di GHPO. Prepare je lah parking fee 'seikhlasnya'. Heh3...

Banyak port makan kat GHPO ni selain food court. Pilihlah ikut citarasa memasing.

Kami pilih food court sebab rasa macam mudah & ada variasi menu di 1 tempat. Tapi tu la... full house. Pantang ada yang angkat bontot, chow, kompom laju je yang lain sambar. Mata perlu setajam eagle eyes. Meneropong seat kosong. 

Beli makanan bukan pakai cash, ye u ols..! Ia pakai sistem cash reload:-

1. Kau pergi ke kaunter yang disediakan. Beli kad dengan nilai RM 50.00. Deposit RM 5.00 akan ditolak dari nilai kad. So, balance akan tinggal RM 45.00.

2. Berbekalkan kad tersebut, kau belilah makanan2 yang kau dambakan. Aaa gitchew...

Kalau datang berdua macam kami, helloklah bahagikan task. Contoh: Sis jadik eagle eyes. Kanda pulak handle cash reload & beli makanan. So, tak buang masa & praktikal especially masa peak season.

~ Set A Chicken Rice + Drink by Umi Nasi Ayam for RM 18.00. Berbaloi sebab sedap.

Kanda makan nasik campur by Nasi Campur & Lauk consists of nasik putih, seketol ayam goreng & sayur for RM 15.00. 

So, total cost for lunch adalah RM 33.00.

Yang boleh solat, usah khuatir. Kemudahan surau disediakan. Ikut je signboard. Nescaya sampailah kau.

~ Makan sudah, 'kewajipan' pada Yang Satu pun sudah. Alhamdulillah...

~ Barulah buleh selpie sampai lebam. He3...




GHPO ni ada 150 outlet stores untuk produk / barangan berjenama. Contoh: Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss & bla3... Tarikannya pulak adalah:-

1. 1 kawasan cover 150 outlet stores. Maksudnya, kalau suami nak beli Hugo Boss tapi, isteri pulak nak beli Coach. Takpe, no hal. Sebab pusing2 dalam kawasan tu jugak.

2. Kawasan outlet yang comfy & lengkap dengan kemudahan. Toilet, surau & port makan, semua hado. Lenguh kaki, buleh stop kejap lepak duduk2 atas bench yang disediakan. Tak pun, tengok view gunung-ganang. Kasik refresh mata.

3. Harga yang ditawarkan berbaloi & disertakan dengan diskaun yang menarik. Pokoknya, sediakan je 'poket yang tebal berkepok2'. He3...

Sekian, info shopping yang bermanfaat untuk hari ini. ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 29, 2020

FAKTOR USIAKAH?

#Throwback

Sempat bersenang-lenang sebelum check-out. Nap pun sempat. 

Yang penting, book seat untuk complimentary shuttle dulu sebelum bersenang-lenang. Lambat kang takut full. Merepot & bermenonglah kau di lobby. Aaaa gitchew...

Tak payah susah2 turun ke lobby untuk book. Call dari bilik pun aci je. 

~ Sayangnya nak tinggalkan suite ni. Hu3...

~ Highest altitude, so far.

~ Menanti shuttle.

Kalau naik shuttle, janganlah berlagak diva, tunggu kat bilik, kengkonon concierge akan call kau once shuttle dah ready. Rentikanlah kedivaan tersebut, ye. 

Siap packing, turunlah ke lobby untuk check-out & tunggu shuttle sampai. Jangan bimbang. Lobby tu lebih dari selesa untuk menunggu. Silap hari bulan, kau buleh tak sedar shuttle dah sampai sebab syiok sangat lepak kat lobby. Sejuk nyaman je... He3...

Staff Grand Ion Delemen Hotel takkan biarkan kau terkapai2 tanpa bantuan. Diorang yang arrange shuttle & diorang jugaklah yang akan pastikan kau dapat seat ikut masa yang kau book. Maksudnya, kalau book untuk pukul 1.00 tengah hari, akan dapat shuttle yang pukul 1.00 tengah hari jugak. Aaa gitchew...

~ View balik.



Shuttle akan hantar kau ke lobby Resorts World. Sama macam masa pergi, balik pun cenggitulah jugak... Naik cable car dari Sky Avenue. 

~ Outdoor theme park yang masih ditutup masa tu due to renovation. 

~ Nak turun dah.

~ Naik tak gayat. Turun gayat baq hang! Nak angkat jari buat 'peace' tu pun ketaq, oiii..! Faktor usiakah?! Ha3...


~ Saujana mata memandang...

Alhamdulillah... selamat 'mendarat' di Awana Skyway Station. ;)


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 28, 2020

KAU TUNGGU, EK! KAU TUNGGU...

#Throwback

Lepas breakfast, terus rasa macam dah gemok! Macam magic! Eh, ke... memang dah sedia gemok?! Ha3...

Gasaklah. 

Yang penting, nak acah2 mengkurus balik. Makanya, jomlah berenang berirama. Ahaks...

~ Amik mood dulu.

~ Sedut fresh air roof top garden.


~ Hah, partner renang berirama dah terjun! 


~ Mana mungkin Sis tengokkan aje. Kau tunggu, ek! Kau tunggu... Ha3...


~ Team renang berirama, from Teluk Intan with love. Eceh! Ha3...

~ Lepak cenggini je pun dah best teruk, weh!

Jangan bimbang dengan kesejukan. Sebab air pool tu 'dicipta' untuk temperature Genting Highlands. Suam2 suku sesedap rasa aaa gitchew..! 

~ Team renang berirama dah 'insop'. Nak balik bilik, refresh sekejap sebelom check out.

Antara pengalaman mandi pool yang best. Sambil swimming, layan view, gunung-ganang bak dekat di hati. Ditambah dengan sinaran mentari menerobos sikit2. Owh... Sis suka! Sis suka! ;D

Yang bawak anak2, jangan gusar. Sebab kids pool pun hado. Sis tak tunjuk je sebab tak kose pulak nak tompang selpie kat kids pool tu. ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BREAKFAST @ KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Selamat Hari Selasa. Sis kembali dengan entry #Throwback. Ntah bila nak habisnya ntah. Layankan je la... Hu3...

Sis update blog pun, tujuannya adalah untuk kenangan, reference & kepuasan sendirik. Side income tu 1 bonus. Jadik, kalau suka, terimalah dengan redha... Tak suka, takpe. Sis tak terkesan. Sis ok je. 

Back on track, kesah Genting Highlands.

Bangun pagi dengan hari yang maha indah. Bersyukur tak terhingga atas peluang & nikmat ini. 

~ Honeymoon bertemankan Kanda...

~ Menikmati sunrise...

~ View yang maha indah...

~ Breakfast pulak di Kembali Kitchen.

~ Pelbagai pilihan menu. Agak2 tekak Melayu, amiklah menu pure Melayu. Agak2 nak acah2 omputih, amiklah American breakfast. Terpulang... Tepuk dada, tanya selera. 

~ Breakfast dah include dalam package. So, datang bawak perut je.



Nikmat mana lagik yang kau nak dustakan?! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Friday, January 24, 2020

KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Kembali Kitchen adalah salah 1 port untuk menjamu selera di Grand Ion Delemen Hotel. Overall ada 6. Meh Sis list down semuanya:-

Dinetopia
Hugo's In The Sky
Kembali Kitchen
Warung Pak Munir
Fairy Tales
Lepak Corner

Tepuk dada, tanya selera, lepas tu, tanyalah 'banker' sekali. He3...

~ Konsep Kembali Kitchen: Family friendly, casual dining & HALAL.

Lokasi di tingkat 7. Dibuka dari jam berikut:-

Breakfast: 7.00 - 11.00 pagi (setiap hari)
Lunch & Dinner:-

11.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu)
11.00 pagi - 11.00 malam (Jumaat & Sabtu)

~ Orange Fresh Juice x Teh Tarik worth RM 11.32 & RM 7.55, respectively. Wow, bukan?! Ha3...

~ Kembali Nasi Goreng x Cumin Grilled Chicken, both for RM 35.85. Wow kali ke-2, bukan?! Ha3... 

Jangan khuatir... Sebab 'wow' tu disertai dengan mind blowing ambience, coziness & spaciousness. Berbaloi untuk 'poket yang bocor'. Ha3...

~ Model Grand Ion Delemen yang sentiasa memukau hati Sis. Ntahlah. Mungkin sebab Sis memang interested dengan modelling stuff cenggini. Kagum dengan perekaciptanya.

~ Kembali Kitchen dah ditinggalkan. Makanya, kami 'kembali' ke sini untuk selpie. He3...

~ Tompang bergambar. Heh3...



Seharian kaki tak berhenti melangkah. Dah malam, baru rasa cramp. Wajar berehat dengan tenang... Eceh!

Good night.
Sleep tight.
Zzzzzzzzz.........


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Friday, January 17, 2020

PRIORITY ADALAH PERUT

#Throwback

Bila sejuk2, memang cepat nau perut berkeroncong. Mula la bergolek2 di atas katil sambil membayangkan makanan kegemaran. Merembes2 air liur, u ols..! Ha3...

Kanda ajak hi-tea di Lepak Corner. Sis onz je! Laju sarung shawl. Keromot2 pun takpe shawl tu. Kerana priority adalah perut. Ha3...

~ Selpie sedas.

~ Curry Mee x Beef Burger

~ Konsep stall santai yang menghidangkan kudapan ringan. Bukak dari jam 3.00 petang sampai 11.00 malam.

Lepak petang2 memang layannnnn...... Antara kau menjadik beku atau tak je la... Sebab serius sejuk! Curry Mee yang panas tu pun kau buleh sudu & telan laju2. 

~ Berjalan2 sekejap lepas hi-tea yang best itu. 



~ View malam cantek, weh! Terkesima Sis!


~ Tak boleh move on dengan tempat ni. Asik nak selpie kat situ je.

~ Lampu2 tu buat kita feeling2 romantic. Aaa gitchew..!


~ Singgah sekejap kat indoor pool. Kanda mintak Sis bersabor. Toksah buat perangai, terjun time2 tu jugak. Tunggu esok katanya... Macam paham2 je Sis dah mengelejat. Ha3...

Plus, kami nak dinner pulak kat Kembali Kitchen. Sebab dah lapor balik. Hu3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google