SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF. Show all posts
Showing posts with label KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

'HARI KAMBING'

#Throwback

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2015...

Jangan tak tau, ah kak masuk lagik, noks..! Hu3...

Tak dapek nak bagi excuse sebab takde reason yang munasabah. Kang kalau cakap ah kak mengandung tahap morning sickness tertonggeng2 kang... nampak sangatlah membongaknya! 'MengandungI' lemak... adalah! Ha3... Hadoi la...

Timing konvensyen tak cun! Sebab masa tu family mertua buat event makan busat dengan mengorbankan seekor kambing, sponsored by Kerol. I named it as 'Hari Kambing'. He3...

Actually, memula dah cun dah date konvensyen tu. Tup2... urusetia tukar tarikh last minute. Clash, dowh... dengan Hari Kambing..! Sadis gigirl tau! Tsk3...

~ Dalam kenderaan jabatan. Encik Pala drive. Penumpang: Aku & Encik Wan je...

Oppa hantar sampai Tapah je. Lepas tu, car pool naik kenderaan jabatan. 

Sebelum tu, sempatlah jugak singgah rumah mertua. Jumpa My MIL, Abah, ipar-duai & all the biras. My MIL laju2 gorengkan ayam bila tau aku tak breakfast lagik. Terima kasih, ibu mertuaku... ;)

On the way ke KL, dapat berbondong2 gambar, adik ipar send via WhatsApp, show-off diorang tengah 'open table' dengan kambing bbq sebagai props. Motip: Nak kasik aku jeles lettew..! Cisss betul! 

Sebab diorang sedia maklum yang sis in law diorang ni paling suka bab selfie2 bila ada event. Suka enterframe. Suka havoc2! Suka tido jugak. Eh! Ha3...

~ Check-in di Peninsula Residence All Suite Hotel, Bukit Damansara.

Aku sebilik dengan Farah & Lia. Bilik Studio Suite Double. Ada 2 queen beds. Luas jugaklah biliknya...

~ Aku syak, konsep toilet dia adalah mirror2 on the wall. Sebab mostly pakai kaca. Ada bath tub jugak. Tapi, ah kak tak sempat test. Hu3...

Almari baju ada 2, spesis kaca & bersambung dengan toilet. Maksudnya, dari luar boleh bukak almari tu, dari dalam toilet pun boleh jugak. Tang sini macam 'bahaya' jugaklah. Takut ada yang lupa kita tengah mandi / 'membuang', terbukak pintu almari baju tu, perrgghhh... seram ah kak tatkala membayangkannya, noks! Ha3...

~ Katil ok. Kitchenette pun not bad. Lengkap dengan fridge, kitchen cabinet & meja makan.

~ Swimming pool. Aku tak 'terjun tiruk'. Sebab aku gigih tido dalam bilik. Ha3...

~ Hari pertama, dinner kat Ali Cafe. Ntah kat ceruk mana, aku tak tau. Toksah ada niat nak tanya spesis buta jalan tahap gaban macam aku ni, ek! Hu3...

~ Rehearsal kat bilik Cik Ratna & Cik Wani.

~ Rehearsal sikit, wefie banyak. Ha3...

Malam tu, aku chill2 je. Tak tertekan / neves melampau sampai tak boleh tido ke apa ke kan... Nyenyak je. Malas nak pikir hari esoknya (hari presentation). Gasaklah! Redah je. Buat je lah apa yang dah diamanahkan. Aku cuma nak cepat habis & balik jumpa Oppa terchenta. Rindu! Eceh! Ahaks...

~ Panel juri. Imported dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) & otai KIK yang dah menang di peringkat tertinggi.

~ Gedebak gedebuk jantung berdegup sebelum presentation.
Alhamdulillah... all went well. Hati & minda dah terbang balik ke Teluk Intan sejurus selepas present. 

~ Hari ke-2 a.k.a hari pengumuman keputusan konvensyen. Jumpa Haji Saiful (paling kiri), ex-Pengarah SKM, Cawangan Negeri Perak.  Beliau ajak wefie. He3...
~ Gambar kenangan selepas presentation.

~ Silver Wave dinobatkan sebagai penerima Anugerah Projek Harapan. Alhamdulillah...

Moh pulang... #OkBai


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 19, 2016

CERITA PENDEK

Kerja...

Tak pernah habis. Hari ni buat bersungguh, penuh khusyuk & tawaddhuk macam kengkonon esok tak payah dah buat apa2... datang opis boleh goyang2 kaki sambil tengok filem Dilwale. Eh! Ha3...

Ok... itu mukadimah. Cerita sebenar dia adalah... aku ke Ipoh lagik. Urusan kerja.

Ding dong... Ding dong... makanya, urusan kerja pun habis... 

Nampak sangat nak memendekkan cerita kan... He3...

~ Check-in kat DWJ Hotel lagik...

Hokaylah. Sekian, cerita pendek untuk kali ini... Motip..?!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 8, 2016

SIGNATURE DISH

Urusan kerja. Kat Ipoh.

Oppa hantar. Lepas tu, Oppa setelkan urusan beliau. Pukul 1 petang, Oppa amik & kami check-in kat Chariton Hotel, formerly known as Ecotel. 

Hotel bajet je, you ols... Tapi, berbaloi dengan Ringgit Malaysia yang dikeluarkan. Selesa, bersih, pendek kata... ok lah! Sesuai untuk check-in sekejap2 cenggini.

~ Takde almari solek yang grand2. Tapi, cukuplah dengan mirror2 on the wall yang panjang ni. Boleh sangat kalau nak #OOTD. He3...
~ Tingkap merangkap balkoni. Hmmm... tak sempat pun nak chill2 kat sini, dah check-out. Hu3...

~ Basic amenities. Ada Astro. ;P

~ Standard King Room, RM 98/nett.

'Terserempak' dengan Chariton Hotel kat Trivago. Tapi, kami walk-in. Tak book through Trivago. Tak koselah! Bukan peak season pun. Walk-in lebih praktikal.

Reservation staff sangat friendly, tak kekwat which is sangat2 bagus. Bilik yang worth it. Boleh tahan luas untuk kategori bajet. Bilik air pun ok. Bersih. Basic amenities yang disediakan pun dalam keadaan memuaskan. Parking luas & free. Teratur je...

So, #SongJiHyo kasik... 4.5/5 mintang. ;D

Chariton Hotel,
Blok B-G-28, Jalan Dr. Nazrin Shah 1,
Casuarina Corporate Park,
30250 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-2497777

Pukul 2.30 petang, aku back to work. Sampailah pukul 5 petang... barulah habis koje. Hu3...

Rehat sekejap kat bilik. Badan rasa lemau. Tido je lah ubatnya.

Lepas tu, Oppa ajak dinner. Tido kemudian makan. Ok, paham... Thorrbahekkk..., noks..! He3...

~ Appetizer kami... Cheezy Wedges. Lemak2 masam. Sebab ada lemaon sauce. Suit sangat! Boleh 'potong' rasa lemak2 tu. So, tak muak. Ermmm... dappp...

~ Nasik Goreng Udang Banjir untuk Oppa. Signature dish. Selak2 udang, baru jumpa nasik. 

~ Chicken Chop untuk #SongJiHyo.

Semuanya ho liao!

Gerai Nasi Goreng Udang,
Ipoh Town 24, Medan Selera SST Corner,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
Pusat Bandaraya, 
Ipoh, Perak.

~ & esoknya, kami pun check-out...

Senang sangat buat closing dia kan... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 5, 2015

LOOSE / WIN...

#Throwback

Komitmen, team work, 2 ways communications, punctuality... semua ni perlu ada dalam KIK. Aku dah bagi yang aku rasakan paling thorrbahekk untuk Diamond & Silver Wave. Aku jugak dah sebulat hati untuk terima seadanya sumbangan setiap ahli kumpulan.

~ Hari pengumuman keputusan Konvensyen KIK.

Loose / win... doesn't matter. Sebab ini adat pertandingan. Asalkan ko dah redah sampai ke tahap ini, maknanya ko tak pernah mengaku kalah. Terima keputusan dengan hati terbuka. Tak payah nak post mortem sangatlah! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, April 21, 2015

HARI YANG NEVES

#Throwback

Sebelum Subuh dah rasa gedabak gedebuk jantung ni! Perrgghhh..!!! Ingatkan, bila dah ada pengalaman sikit2 masuk KIK, perasaan neves tu boleh dikawal. Tapi, tak semudah itu rupa2nya... Hu3...

Silver Wave adalah presenter pertama untuk hari tersebut. Hmmm... suka ada... tak suka pun ada. Suka sebab bila jadik yang pertama, cepatlah lepas hazab. Tak suka pulak sebab yang pertama, yang pagi2, kompomlah panel juri semuanya tengah segar-bugar. Focus diorang pun di tahap daebaklah! Kompom ada soklan maut! Uwaawaawaaa...

~ Kesah Pegawai Wilayah yang asik2 submit Permohonan Peruntukan Program yang tak lengkap. Lepas tu, kena return & makan masa untuk approval. Inilah masalah yang Silver Wave cuba selesaikan.

~ Q &A dari panel juri dah setel. Alhamdulillah... berjalan lancar jugaklah. 

Lepas dah 1 hazab... Belah tengahari, 1 hazab lagik menyusul. Diamond Wave pulak...

~ Kesah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang susah sangat nak datang kursus anjuran SKM Wilayah. Bagi pengesahan 'Hadir' tapi, tak nampak batang hidung. Sudahnya, berlaku pembaziran & ALK dok nganga sebab terlepas ilmu.

~ Q & A yang hampir selesai. Aku tersorok di sebalik Cik Nad sebab sedang handle slide.

~ 3 orang panel juri yang buat kami semua seriau habis! 

& akhirnya, dua2 hazab berjaya diharungi... Fuh, lega giler! Dia punya perasaaan kan... memang tak dapat nak digambarkan! Lebih kurang macam melepaskan 1 beban yang hamat besar jauh2 & now, kepala hotak kita rasa ringan, aman, tenteram & damai tanpa beban tu. Haaa... cenggitu...

~ Lepas tu, terus gigih berselfie. Ha3...

~ #Halussss ;P

~ Court costume

Belah petang, dah takde apa2 untuk kami. Kasik chance kat team lain pulak untuk rasa hazab. He3...

Lunch, balik hotel, tido & bersuka-ria sejenak. Ecewah..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 16, 2015

'MAHKAMAH' BERSIDANG

#Throwback

Sehari sebelum konvensyen, aku & the geng dah mula berkampung di HQ. Menginap di Hartamas Business Hotel, Desa Sri Hartamas. Silver & Diamond Wave duduk di hotel yang sama. Kojo sonang!

Pukul 5.30 petang, kami ke HQ kat Bukit Damansara. Nak usha2 stage sesambil buat rehearsal buat kali terakhir sebelum presentation sebenar.

Diamond Wave rehearse dulu. Silver Wave kena K.I.V sebab tak cukup kuorum. Habis je stage rehearsal untuk Diamond Wave, Silver Wave pulak take over. Ho3... Pitam ah kak...

Almost pukul 7.00 malam, wrap up untuk Silver Wave. Tapi, bukan untuk Diamond Wave sebab geng2 yang ini ajak rehearse lagik kat ruang menunggu lobi.

Maka, 'mahkamah pun bersidang'... ;P

~ Tuan Hakim yang arif lagik bijaksana. 

Boleh pulak Encik Amir tertinggal spec kat hotel. Jenuh la 'Tuan Hakim' tertunduk2 terbongkok2 baca skrip. Hadoi la... ;P

~ Tengah kaji watak. Ha3...

~ Puan Bailiff yang ayu, jelita, cantik, menawan kalbu. Hah, amekaw! 

~ Cik Pendakwaraya sedang bersoal balas dengan Encik Plaintif. Comel betul kasut Cik Pendakwaraya tuh! ;P

~ Puan Peguambela yang dalam hatinya selalu ada taman. He3...

~ Plaintif yang gigih nak menang kes. 

~ Tukul Tuan Hakim tu yang paling mahal tau! Kalau hilang, court boleh bubar terus! Ha3...

Takde la nak rehearse melampau2 tahap nak menjadik juara. Tapi, agak2 sampai rasa puas hati sikit2 & hilang rasa cuak bila nampak stage, pun dah kira ok dah.

Balik Desa Sri Hartamas, terus carik makan. Lapor!

~ Aku order Nasik Goreng Omelette. 

~ Ini untuk Kak Ja. Mee hailam kot...

Dinner kat restoran mamak je sebab memang restoran mamak je pun yang bersepah kat situ. Nak terjah yang jauh2 sikit adalah tak berani. Takut sesat-barat. Tak pasal2 esok kang, Diamond Wave tinggal nama je yang emcee dok panggil2 naik stage. Hu3...


Portion dinner kitorang memang banyak kot..! 1 kuali tu share 2 orang pun masih boleh kenyang. 

Pukul 8.30 malam, geng Silver Wave ke HQ, nak rehearsal lagik. Banyak kali jugaklah rehearse malam tu. 11.30 malam balik hotel. Jeles betul tengok Kak Ja & Cik Nad yang dah lama hanyut alam mimpi. Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 30, 2015

GAYA, MUTU & KEUNGGULAN VERSION 2.0

#Throwback

Bukan 1 group tapi, 2 groups. Yesss! Aku join 2 groups untuk KIK 2014. Tak volunteer tapi, 'Saya yang menurut perintah'. Hadapi dengan senyuman jerrr... 

Group Diamond Wave untuk SKM, Cawangan Wilayah Hilir Perak & Silver Wave pulak SKM, Cawangan Negeri Perak. Nasib baik serebrum, sereblum & medula oblongata masih berfungsi dengan baik. Kalau tak, kompom konpius & blurrr masa meeting. Adeh3...

Silver Wave buat photoshoot kat opis negeri & Dewan Bandaraya Ipoh. Makan masa 1 hari sebab ada rehearsal jugak.

~ Candid2... mesra2... santai2...

~ Retis catwalk. He3...

~ This is the official picture for Silver Wave.

Tadah je la muka dekat sinaran matahari yang panas membahang tu... Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



GAYA, MUTU & KEUNGGULAN...

#Throwback

Takde masa / lebih sopan lagik, tak cukup masa nak create projek baru. Redah je la bawak projek lama. Touch up mana yang mampu. 'Kami yang menurut perintah' kan... Hu3...

Buku projek nak kena submit. Bunting pun sama. Maknanya, kami perlu berphotoshoot untuk bunting. Outdoor & indoor. Ada yang suggest Dataran Menara Condong sebagai lokasi outdoor. Tapi, macam tak mendapat sambutan. Jadiknya, akur je la buat photoshoot kat luar opis. Pandai2 la editor yang kitorang hire tu mengphotoshopkan gambar2 tersebut kang. Adeh3...

~ Warming up! ;P

~ Who's the boss? Konpius kejap. Ho3... Ya ampon, Encik Boss..! ;P

~ Indoor

~ Ajak Encik Boss selfie. He3...

~ Gaya, Mutu & Keunggulan... Ko ada..??! Eceh! Ha3...

~ Nampak sangatlah yang di depan tu yang terpaling 'rendang'. Owh... sadis! 

~ 8 ahli including tuan fasci.

1/2 hari habis untuk photoshoot. Feeling retis majalah Mangga pulak. Swimming pool je takde. Kalau tak, memang obvious giler! Ha3...

Terima kasihlah, geng, ek! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google