SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAMADAN 2015. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN 2015. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #92: ISTANA BAMBU

#Throwback

~ Gazebo kami.
~ Rezeki jangan ditolak.
~ Dah nak pulang.

Annyeong..!

Walaupun demam but, this is still kenangan iftar yang manis. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 6, 2015

SAHUR 12 RAMADAN 2015

Takde plan pun nak masak apa untuk sahur. Paling penting nasik dah siap masak & lauk2 ekspres seperti telur & ikan bilis ada stok. Subuh2 tu, pandai2 la nak jadikkan ia menu apa.

~ Nasik goreng kampung + telur mata + air sirap suam. Hah, inilah dia hasilnya...

Oppa dengan aku takde masalah untuk makan nasik goreng di waktu sahur. Even nasik gorenglah yang buat kami laju sikit mengunyah & menelan. Tapi, tak bolehlah buat hari2. Jemu jugak kot...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 11 RAMADAN 2015

Berbuka di rumah Uteh. Kat Batu Gajah nun..! 

Aku, Oppa, Mak & Nenek. Pukul 6.00 petang gerak, pukul 7 malam sampai. 

Nasik putih
Ayam paprik
Ikan tilapia bakar
Telur masin
Sambal belacan
Bubur keledek
Murtabak
Kuih-muih
Tembikai & dokong
Air bandung & tebu

Semua menu2 utama dimasak oleh Uteh. Menu2 sampingan macam kuih-muih, we ols tapau kat PARAM Batu Gajah.

Alhamdulillah... Terima kasih, Uteh & family... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 3, 2015

SAHUR 11 RAMADAN 2015

Masih di rumah mertua...

Tolong tugas2 yang sama... cedok nasik & tuang air. Tettt...!!! ;P

Aku tengok lauk2 bersahur macam lebih kurang dengan lauk kenduri time berbuka semalam. So, aku syak ia adalah leftover yang direheat. Ok, takpe. Seriously, aku takde masalah. Asalkan kenyang. Terima kasih, wahai ibu mertua... 

Eh, tetiba kan..! Hiks...

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang dengan petai tumis bersantan bersama suhun
Air masak & teh o panas 

Pinggan kenduri tak setel lagik. Maknanya, masih berlonggok, belum berbasuh. JKKKK Basuh Pinggan iaitu Memem kata nak basuh lepas sahur. Tapi, bila dah lepas sahur, JKKKK Basuh Pinggan rombak keputusan, basuh pinggan bila hari dah cerah sikit. Nak tido dulu katanya...

'Staff2' semua menurut perintah. He3...

Tapi, staff yang gigirls terlajakkkkkk...... tido..! Bangun2 je, tengok staff boboys sedang beroperasi dengan gigih. Adeh3... Mahapkan kami, tuan JKKKK Basuh Pinggan. Kami sedia berkhidmat dan2 tu jugak! Ha3...

Tugas ah kak adalah susun pinggan-mangkuk, periuk belanga, sudu garfu yang dah siap dibasuh kat atas surat khabar lama untuk tujuan pengeringan / tos. Semacam bentuk exercise jugak tuh. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 10 RAMADAN 2015

Mertua buat kenduri tahlil & iftar sekaligus. Tahun lepas guna khidmat caterer. Tapi, ia tidak berlaku untuk tahun ni. My MIL insists nak masak sendirik. Assistant2 adalah terdiri daripada anak2 & menantu2.

Belah pagi dah start buat kuih-muih & desert. Kuih koci tepung, sagu, jelly kelapa & lepat labu... siap! Untong la, Oppa... sebab ada adik-beradik yang ramai. Dapatlah 'menghasilkan' menantu yang ramai untuk mertua. Yang agak berguna di kala ada kenduri-kendara cenggini. He3... Rewang2, sekejap je dah setel! 

Anak2 & menantu2 mintak reward. My MIL kata, kalau berjaya setelkan bahan2 untuk dimasak petang tu sebelum jam 1 petang, semua anak2 & menantu2 dapat reward berupa tido berkualiti tanpa gangguan di bilik / port pilihan memasing. Ko ada..??! Ha3...

Apa lagik..?! Berdesup semua capai pisau, sayur, bawang, halia, cili bagai... Haaa... nampak tak betapa aktiviti tido tu amat2 menjadik keutamaan aku, ipar2 & biras2. Ha3...

Aktiviti memasak bermula dalam pukul 4 petang. Maka menu berbuka pada hari tersebut adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang & petai tumis bersantan bersama suhun
Kerabu (sumbangan Cik Am)
Lala masak lemak (sumbangan Cik Am)
Kuih-muih seperti yang tersebut di atas & kurma
Tembikai (sumbangan Cik Am)
Air oren
Kuih pau, cakoi & popia goreng (sumbangan Aril-Erna)
Puding caramel

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Semoga murah rezeki kalian. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Thursday, July 2, 2015

SAHUR 10 RAMADAN 2015

Aku terjaga pukul 4.45 pagi. Terkulat2 bangun & cuci muka. 

Masa tu, My MIL sedang gigih siapkan juadah sahur. Dibantu oleh Jijah. Aku pun tumpang join sekalilah. Tolong cedok2 nasik & tuang2 air. Kira ok lettew..! He3...

Nasik putih
Ikan goreng
Pajeri terung
Sambal udang petai (leftover berbuka)
Air masak & teh o panas 

Sekian, melaporkan... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 1, 2015

IFTAR 9 RAMADAN 2015

Balik kampung mertua yang sememangnya dirancang. Sebab mertua buat kenduri tahlil & berbuka puasa on 10 Romadhon. Balik awal sikitlah, bermalam & esoknya, boleh tolong2 apa yang patut. Menantu isi sorga... gitu..! Ha3...

Sempatlah singgah PARAM, beli popia goreng & kuih buah melaka. 

Main course untuk iftar (homemade) adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ikan goreng
Air asam
Sambal udang petai
Sawi goreng

Bbrrppp...!!! Kenyang. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 30, 2015

SAHUR 9 RAMADAN 2015

Bersahur dengan nasik putih, rendang daging, asam pedas bawal cermin & telur dadar. Rendang daging dengan asam pedas bawal cermin tu adalah lauk leftover berbuka. Telur dadar tu je yang aku masak di subuh hari tersebut.

Pekena dengan air oren suam. Boleh la... 

Alhamdulillah... Takde miss sahur lagik setakat ni. Harap2 dapat bersahur dengan jayanya selama sebulan. Aminnn...

Kalau ter-miss, kompom nangis sedu-sedan! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 8 RAMADAN 2015

Ada yang PARAM mari & ada yang homemade. Sementara semangat memasak masih ada lagik, lebih baiklah diteruskan je. Sebelum ia bertukar ke mode suam2 suku. Hu3...

Aku masak nasik, asam pedas bawal cermin, cicah cili kicap & bawal cermin goreng. Ok lettew..! Yang selain dari tu, semuanya dari PARAM.

~ Iftar of the day...

Nasik putih
Asam pedas bawal cermin
Bawal cermin goreng
Rendang daging
Cicah cili kicap
Lempeng pisang
Takoyaki
Roti pita ayam

Asam pedas ah kak tu macam pelik sikit rasa dia. Terlajak gula. Mungkin nama ia boleh ditukarkan kepada 'Asam Manis'. Ha3... Hadoi la...

Tapi, Oppa macam ok jerrr... Kalau dah lapor, semua pun berasa indah, katanya... He3...

Nak jaga perasaan si isteri / memang jujur habis... hmmm... tak tau la yang mana 1?! Tak kesah pun... Sebab yang penting, Oppa makan dengan jayanya..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SAHUR 8 RAMADAN 2015

Sama jugak macam 7 Romadhon... takde lauk leftover yang boleh direheat. Goreng telur mata & buat sambal tumis, kemudian di gabungkan kedua2nya, maka terhasillah lauk seperti di bawah.

~ Nasik putih + sambal telur + air oren suam

Tak terpikir nak campakkan kentang kat dalam sambal telur tu. So, takdelah sayur. Tak berapa nak seimbanglah kiranya tu kan... 

Hmmm... redha je lah. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 29, 2015

IFTAR 7 RAMADAN 2015

Aku masak nasik & goreng telur dadar je. Lauk utama a.k.a heroes of the day, Oppa tapau dari Restoran Aroma Keladi. Kojo sonang! He3...

Lepas masak, terus rest kat living room sambil layan drama Korea. Well... ah kak kan #SongJiHyo jadian kata ko..! ;P

~ Main course & kuih-muih.


Nasik putih (Homemade)
Sup ekor (Restoran Aroma Keladi)
Sup ayam kampung (My MIL kasik)
Kailan ikan masin (Restoran Aroma Keladi)
Sotong masak kicap (Restoran Aroma Keladi)
Ikan kayu masak kicap (My MIL kasik)
Telur dadar (Homemade)
Lepat (PARAM)
Cucur badak (PARAM)
Karipap (PARAM)
Buah melaka (PARAM)

Nampak meriah! Alhamdulillah... semuanya habis. Tiada pembaziran berlaku. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IMSAK 7 RAMADAN 2015

Takde lauk leftover yang boleh direheat. Nak tak nak, memang kena memasak.

Mintak tolong Oppa bukakkan tin sardin. Sebab aku memang fail bab tu! Hu3...

~ Nasik putih + sardin cili padi + scrambled eggs + ulam kacang panjang + air oren suam

Lauk cenggini memang gempak giler di tekak kami! Hoyyeahhh... win bebeh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 6 RAMADAN 2015

Kelam-kabut! 

Malas masak pada hari tersebut. Macam... terlajakkkkkk...... letihlah! Thank God sebab Oppa memahami. Tapau je katanya...

Aku gigih nak berbuka dengan nasi kandar Restoran Nikmat. Tapi, kecewa sebab ia tutup. Ok, fine... takpe... Kita try Nasi Kandar Lambai pulak. Malangnya, kecewa lagik sebab ia tutup jugak. Ok, fine3... takpe3... What if, Nasi Kandar Padang Speedy?! Hmmm... O.M.G..!!! Tutup jugak kot..! Terjah pulak Restoran Al Naeem Maju kat Tamn Melor nun..! & ia jugak tutup.

Grrr..!!! Rasa macam nak geget bumper kereta je. Sedeh!

Oppa kata, Restoran Fazari Maju je yang beroperasi. Masalahnya, ia tak termasuk dalam senarai restoran mamak idaman aku. Sebab tu la macam berchenta sikit nak tapau kat situ. Hu3...

Jam dah pukul 6.45 petang. Nak ke PARAM, carik parking & berpusing2 mencarik makanan, rasa macam dah tak berapa nak sempat je. Hmmm... akhirnya, ke Fazari Maju je la... Tsk3...

~ Nasik kandar lauk ayam goreng berempah + sotong goreng untuk aku. Oppa pulak lauk ayam goreng berempah + kari kambing.

Petang esoknya tu kan, elok pulak Restoran Nikmat & Nasi Kandar Lambai beroperasi. Arrgghhh...!!! Stress!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 25, 2015

IMSAK 6 RAMADAN 2015

Mental tak bersedia sangat untuk memasak. Maksudnya, tak pikir pun nak masak lauk apa untuk sahur. Macam nak spontan je gitu..! 

~ & akhirnya terciptalah nasik putih + bawal cermin goreng + ikan bilis goreng kicap + air sirap suam.

Daebak ke... tak daebak ke... tak kesahlah. Yang penting, masih ada nasik & lauk untuk bersahur. Ada sesetengah orang tu, jangankan lauk, nasik pun takde. Bersahur dengan air kosong / masak je. 

So, tak payah nak demand sangat tekak tu. Sentiasalah #SyukurSelalu ;)

Eh, macam hashtag Romadhon TV3 je..! Errr... pinjam sat naaa..?! Ho3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 24, 2015

IFTAR 5 RAMADAN 2015

Nasik putih
Asam rebus bawal cermin
Bawal cermin goreng
Sambal belacan
Air tebu

Yang seperti di atas tu je la menu berbuka puasanya. Semua homemade kecuali air tebu. 

Haaa... amacam..?! Daebak tak semangat memasak ah kak di bulan Romadhon? Hiks...

Gambar takde. Lapor sangat. Lupa nak snap. Sesambil baca tu, korang imaginelah sendirik, ek! Bawal cermin tu, kalau korang nak imagine rupa ikan tenggiri pun, aci jerrr... Ikut sel2 otak memasinglah. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IMSAK 5 RAMADAN 2015

Tapau ayam sirsau cili padi yang Mak masak, yang sodap menjilat jari, yang ho liao sangat2 tuh. Owh... terkenang2, noks..! Nom3..!!!

~ Nasik putih + ayam sirsau + air suam

Memang ada ummpphhh... lah..! Beronok2 & berselera betul ah kak bersahur..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 23, 2015

IFTAR 4 RAMADAN 2015

Berbuka puasa kat rumah Mak lagik...

Aku tak lepas peluang nak makan ayam sirsau cili padi air tangan Mak. Macam lama sangat dah tak rasa. Mengidam tahap gaban nih! He3...

Aku tolong Mak potong2 bawang, potong2 halia bagai... Pukul 5.30 petang, ayam sirsau dah settle. Canteklah!

Mak kata, teringin nak makan kuih. So, kami bawak Mak ke PARAM Teluk Intan. Sesambil membuang masa menunggu waktu berbuka.

~ Nasik putih + ayam sirsau cili padi + gulai lemak terung dengan ikan masin + ikan masak acar + ikan tilapia goreng + air asam + chicken chop + kuih tako + roti pita + agar2 + kuih buah melaka + air laici lemon & laici kang

Wah..! Nampak macam berderet2 sangat kuantiti menu tu kan... Ada yang homemade, PARAM, lauk kenduri surau & ada jugak yang Mak Yang kasik. Tak kesahlah. Yang penting, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. 

Paling thorrbahekkk... adalah ayam sirsau cili padi tuh..! Masa dia still dalam kuali pun hidung aku dah kembang-kempis cium bau dia. Semerbak yang indah, noks..! Cobaan... betul! Ha3...

Terima kasih juta3 kali, Mak. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IMSAK 4 RAMADAN 2015

Masih di rumah Mak...

Maksudnya, kami bermalam di rumah Maklah. Cenggitu...

Aku terjaga pukul 4.30 pagi. Aku usha2 Mak, rupa2nya Mak dah ke dapur, reheat nasik & lauk. Dalam terkulat2 tu, aku gagahkan kaki melangkah ke dapur. Tolong buat air. Well... kategori tolong jugak la tu kan... ;P

Dipendekkan cerita, menu bersahur adalah leftover lauk berbuka. Nasik putih + ayam goreng berempah + kari daging + bawal cermin cili padi. 

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 22, 2015

IFTAR 3 RAMADAN 2015

'Balik kampunggg...... Oooooo...... balik kampunggg...... Hati giranggg...... La3......'

Gumbiranya hati bukan kepalang. Al maklumlah... nak balik kampung, berbuka puasa dengan Mak. Heh3...

Singgah PARAM Teluk Intan dulu, beli apa2 yang terberkenan. Masa tu pukul 6 petang. Dah agak lewat cenggitu pun, PARAM masih dilitupi manusia. Nak carik parking pun berchenta jugaklah kekdahnya...

~ Nasik putih + ikan bawal cermin cili padi + ayam goreng berempah + pajeri terung + kari daging + takoyaki + agar2 laici

Mak masak ikan bawal cermin cili padi. Lauk2 lain semua made in PARAM. Kesimpulannya, lauk yang Mak masak jugaklah yang paling daebak!

I heart Takoyaki very much! Owh... walaupun 1st time merasa tapi, aku dah jatuh chenta. Nom3..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, June 21, 2015

IMSAK 3 RAMADAN 2015

Bangun pukul 4.40 pagi. Canteklah tu kan... Sempat sangat kalau nak masak yang simple2.

Sambil memasak tu sambil pikir... " Petang ni nak berbuka apa la pulak, ek?"

Haaa... nampak tak perancangan awal seorang isteri mithali di situ..??! Ahaks3...

~ Nasik putih + sambal tumis ikan bilis + telur dadar + ulam kacang panjang + air sirap suam

Sekian, melaporkan... Peace! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google