SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SAMBAL TUMIS IKAN BILIS. Show all posts
Showing posts with label SAMBAL TUMIS IKAN BILIS. Show all posts

Monday, May 29, 2017

ROMADHON TIBA...

Berjaya bangun pukul 4.15 pagi. Bangga sangat nih! Tabik spring toink3.. untuk diri sendirik. 😁

Terima kasih, Mother untuk wake up call pukul 4.00 pagi. Haaa.. ni la point ia..! Ha3..

Tanpa wake up call Mother, mungkin ke laut dalam pergi dia.. sahur kitorang. Maklum la.. Tido lewat penangan Running Man: Misi Jelajah Global Wow! Ha3..

~ Nasik putih + sambal tumis ikan bilis + ulam timun. 

Sahur 1 Romadhon.. alhamdulillah.. 😇

Jaga diri, hiasi peribadi.
Lipat gandakan ibadat, semoga berkat. 

Selamat berpuasa, u ols..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 

Thursday, February 25, 2016

SEDIKIT MALAS

Bukan 'sedikit' la... Tapi, 'banyak' jugak kot... Hu3...

Ada roti canai instant. Tapi, malas betul nak buat kuah pencicah. 

Kebetulan, aku ada masak sambal tumis ikan bilis untuk dinner. Oppa nak makan dengan nasik. Aku pulak macam nak kurangkan makan nasik masa dinner. Bukanlah diet. Tapi, perasaan dia adalah perasaan nak makan mende lain selain nasik. Cenggitu la... ;P

~ Hasilnya, roti canai instant + sambal tumis ikan bilis + tomato salad. Sambal titik2 & taburan daun sup tu kengkononnya seni kulinari sangat..! Ahaks...

Aku makan dengan bahagianya... Seolah2, meja makan tu, aku sorang je yang conquer. ;D

Sejurus selepas itu, terus rasa kurus, feeling2 #SongJiHyo. Ha3... #KauDahKenapaHaaa ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 13, 2015

KLASIK YANG AVANT GARDE

Kat rumah Mak...

Petang tu indah sangat..! Cuaca tak berapa nak panas, redup + mendung2 sikit dengan angin sepoi2 bahasa kata ko! Thorrbahekkk..!

Nenek datang, bawak ubi kayu, nak kasik kat Mak. Kalau rebus cicah sambal, sodap katanya... Hah, itu adalah ayat petunjuk / kasik hint2 tuh! Maknanya, Nenek sedang merequest ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilislah. Aku pulak jadik tukang sokong #1. Ha3...

Dipendekkan cerita...

~ Taraaaaaa...... 

Sodap baq hang! Hujan dah mula renyai2... perrgghhh..! ;D

Terima kasih, Mak... untuk hi-tea yang sangat klasik & avant garde nih. Sayangggggg...... Mak laju2...! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 12, 2013

KELEDEK CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'sayang' ada beli keledek madu masa family vacation kat Cameron Highlands tu. Mak awal2 dah pesan suruh rebus sebab takut keledek tu 'tumbuh balik'. 

Perumpamaan ye, you ols..! Perumpamaan...

Maknanya, Mak takut penyakit malas masak aku datang. Macam beberapa stok sayur aku sebelum ni. Kalau mood malas datang, memang ke lautlah semua sayur2 tuh. 

So, sebelum keledek madu ni 'tumbuh balik' baik aku rebus siap2. He3...

Bahan2:-

10 biji keledek madu (dibuang kulit)
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak
Air

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan keledek madu ke dalam periuk berisi air. Rebus hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
4) Tuangkan sedikit air.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
7) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama keledek madu rebus.

~ Keledek Cinta. Ewah2..! Awwsss..! Ha3...

Resepi ni dimasak sebelum Ramadan datang...

Comel2 keledek madu tu kan? ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, January 6, 2013

BREAKFAST KONON2 DIET

Bukan breakfast untuk hari ni sebab sampai sekarang aku tak breakfast lagik tau! Lapor jugak. Hu3...

Nasik dah masak. BRUNCH terus la kot. 

Ini kesah brekfast di suatu pagi yang indah... Indah sebab weekend. Lepas tu, sebab dapat qada' tido bangun pun pukul 10 pagi. Tambah indah lagik bila bangun2 je, terus rasa lapor! Owh... indah sangattt..!!! Ha3...

Nak suruh my 'sayang' tapau, apa la yang tinggal kalau dah pukul 10 kan... So, masak je lah... 

Chop2!!! Mandi dulu, dressing cantik2, touch up & pakai apron baru... baru boleh masak dengan hebak! Cewwahhh..!!! Ha3...

Ye la kan... petua orang2 tua, katanya... kalau nak masak, masaklah dalam keadaan bersih & kemas. Barulah boleh fokus & insyaallah... makanan pun akan jadik sesedap rasa gitu..! He3...

~ Aku masak nasik lemak. 

~ My 'sayang' makan nasik lemak. Aku pulak replace nasik tu dengan roti. 

Kengkonon diet katanya... Kengkonon, ye! Kengkonon... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 20, 2012

CEKODOK CICAH SAMBAL TUMIS IKAN BILIS... NOSTALGIA HABIS!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi simple untuk breakfast/minum petang. Jom layan... ;)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

3 - 5 senduk tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 genggam ikan bilis
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu rempah kari
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan tepung gandum, garam, ikan bilis, carrot, ubi kentang, bawang besar & rempah kari ke dalam mangkuk. Sebatikan.
2) Pecahkan telur ayam. Kacau rata adunan.
3) Tuangkan air masak secukupnya ke dalam adunan.
4) Panaskan minyak. Goreng adunan dengan menggunakan sudu sebagai acuan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

2 - 3 genggam ikan bilis
1 biji bwang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama cekodok tadi.

~ Cekodok Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis... Nostalgia Habis! Hidangkan pulak dengan teh o panas. Perrgghhh..!!! Mak mertua lalu pun buat2 dek je..! Ha3...

Kejam tak bila aku auto-published entry nie waktu tengahari, di kala perut 'berkaroks' tak hengat? Ahaks3... 


 :: Like3, ek! ::



Monday, August 16, 2010

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS JASA BONDA

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi nie adalah permintaan daripada kakak aku. Beliau nak resepi sambal tumis ikan bilis versi mak aku. Tapi, yang dalam gambar kat bawah nie adalah yang aku masak. Alaaa... like mother, like daughter... Heh3...

Bahan2:-

1 biji bawang besar (dihiris)
3-4 sudu besar cili kisar
2-3 genggam ikan bilis
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak & goreng ikan bilis. Angkat & toskan.
2) Tumiskan cili kisar hingga naik bau.
3) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
4) Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi.
5) Masukkan bawang besar & kacau rata. Angkat & hidangkan.


~ Sambal Tumis Ikan Bilis Jasa Bonda... Kalau buat lauk bersahur pun best tau! ;)

Kepada kakak aku, silalah cuba buat, ye! ;D


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Saturday, May 22, 2010

BREAKFAST YANG SIMPLE

Owhhh... yeahhh..! Akhirnye, ah kak berjaya gak buat sambal tumis ikan bilis! Ha3... Baru buat sambal tumis ikan bilis, dah rase hebat sangat! Ntahhape2ntah! ;P Tapi, ye la kan... bagi aku ia adalah 1 kejayaan sebab before this, tak berapa berjaya, dowhhh... Rase cam hangit2 la... Cam cili tak masak la... Tetibe, bile buat balik, terus menjadik! Tu yang berbangga sampai kembang-kempis hidung tuh! Muahaha...


~ Walaupun rupe tak semenggah... hmmm... ade aku kesah..??? Janji buleh lalu kat tekak nie, ha! Tak dan la nak hias2... Sambal tumis ikan bilis nie aku buat malam (hari Rabu).


~ Cucur nie lak aku buat pagi Khamis. Sonang jer sebab pakai tepung segera cucur manis Adabi. Bancuh ngan air jer... Memang plan nak goreng cucur manis nih untuk breakfast. That's why la aku gigih gak buat sambal tumis ikan bilis tuh sebab aku kan bukan penggemar mende2 manis. So, kene la versuskan dengan mende2 pedas. Baru ade ummpphhh! ;P

Sambal tumis ikan bilis tu buleh simpan frozen. Buat banyak sket. So, bila nak makan, reheat jer. Makan ngan roti putih potong Gardenia pon sodap...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, February 18, 2010

NaSiK LeMaK rEsEpi MaK aKu... TaK bULeH TaHaN, wEH..!

Dah lame tak makan nasik lemak yang mak aku wat. Akhirnye, semalam penantian aku berkahir dengan sejuta senyuman..! Ecewah! ;P


~ Sambal tumis ikan bilis. Memang terbaiklah..! Ratah pon sodap..!


~ Telur dadar ade... telur rebus pon ade. Pilih jer mane ko nak. Aku prefer telur rebus, pastu sira ngan sambal ikan bilis tuh. Perrgghhh..! Hualla!

Aku amik mak hari Selase. Mak spend 1 nite kat umah aku coz hari Rabu aku nak bawak mak gi spital, nak check tekanan darah. Memula, hengatkan nak gi Klinik 1 Malaysia jer. Tapi, lambat la plak bukak. Kul 10 a.m kalo tak silap aku. Ke spital jer la... Ramai manusia wooo... Mak aku dapat no. 60. By the time kitorang sampai, baru turn no. 20. It's ok la... buleh aku sembang2 ngan mak.

Alhamdulillahhh... tekanan darah mak aku normal, 130/80. Next Wednesday, mak kene datang spital lagik coz ade appointment dengan doctor. Aku dah apply coti. ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google