SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, November 12, 2014

LUNCH DI MAK TOK

Pernah aku storykan dulu pasal Mak Tok Delights nih. Dah lama jugak tak datang makan & lepak kat sini. Bukan sebab tak suka / apa... tapi, sebab dia tutup. Ingatkan tutup forever. Tup2... baru2 ni bukak balik.

Tutup sebab renovation? Atau... tak cukup staff? Atau... takde tukang masak? Hmmm... ntahlah! Tak pulak aku kaji sampai ke akar umbi sebab-musababnya. Macam takde kaitan. So, abaikan...

Dah alang2 bukak tu & alang2 parking kat depan Mak Tok Delights ni, moh la kita singgah lunch... ;)

~ Nasik putih, nasik goreng pattaya, sup campur & daging black pepper... sangat cukup untuk bulatkan perut kami. He3...

~ Makan control macho... tajuk album dia... Ha3...

~ Terima kasih, kakak yang tukang serve..! ;)

Kalau terpengaruh dengan apa yang kami makan, alamat Mak Tok Delights ada kat sini. Sudi2kanlah 'jengah'. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #70: KAKAK / KECIK / ATHIRAH / CININA

~ 'Kakak' adalah dia... 'Kecik' pun dia... 'Athirah' jugak... 'Cinina' pun iye... 

Banyak betul nickname dia..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 11, 2014

PERABOT PERTAMA

Sepanjang 31 tahun aku bernapas di bumi Allah, inilah kali pertama aku beli perabot. Maksudnya, hasil titik peluh sendirik, untuk diri sendirik, pilih & beli sendirik. Rupa2nya, ia 1 kepuasan yang maksimum! ;D

Alkessahnya...

Mak nak beli sofa & coffee table. Bab2 perabot ni, memang aku angkat bendera putihlah. Surrender! Tak berapa arif. So, mintak tolong Kak Aneem untuk guide kedai mana yang paling berbaloi2. Sebab dia memang pakar dalam 'bidang' tu. 

Kami ke TD Furniture...

Mak dah setel buat pilihan sofa & coffee table. Tetiba, gatal pulak mulut ni nak tanya pasal single bed. Sales Assistant tu pun show-offlah online catalog dia. Dia suggestkan yang spesis divan bed. Aku tengok rupa paras divan bed tu, usha pulak harga dia, buat timbang-tara sikit... 

... & akhirnyaaaaaa.........  

~ ... sampai la single divan bed pilihan hati ni... Ngeh3...

Bed sheet dah beli. Kaler pink2, motip kartun. Comel sangat! Awwsss..!!! 

Tapi, tak 'make overkan' dia lagik. Sedang mencarik masa. #WatLekWatPeace dululah.

Aku bangga... Bukan sebab dapat beli perabot. Tapi, bangga sebab aku beli, pilih & terus buat payment tanpa banyak soal. Abang, Kak Aneem & Mak pun macam rasa tak percaya #SambilGosok2Mata sebab diorang arif sangat pasal aku. Bukan spesis yang interested dengan perabot2 ni. My 'Jebat' lagik la... 'Unbelievable...' katanya... 

Hal ehwal decor2 rumah normally, aku serahkan pada My 'Jebat'. Tugas aku, buat aduan kerosakan / usulkan perabot yang perlu. Bab2 bila nak beli... nak beli kat mana... bajet... bla3... My 'Jebat' decide. Kami pun jenis yang cuma sukakan perabot yang basic & yang jadik keperluan. Minimalis konsep dia. Tak suka yang merepek2. Semaklah!

Lokasi single divan bed tu adalah kat dalam guest room a.k.a mini surau. Khas untuk tetamu2 yang datang bermalam especially Mak. Harap selesa... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Monday, November 10, 2014

DELIMA TOMYAM

#Throwback

1st time kot makan kat sini. Kalau tapau tu, selalulah. Ada 1 hari tu... berlegar2 kat Taman Melor, carik port makan. Nampak Delima Tomyam... hmmm... bolehlah.

Selalunya full house jugak. Tapi petang tu, macam lengang sikit. Memang sedang elok sangatlah untuk kami yang nakkan service yang pantas. Dah pukul 6.30 petang masa tu. Ding dong... ding dong... kang Maghrib. Kalau dapat service pantas, canteklah!

~ Aku makan kueteow Hong Kong, My 'Jebat' kompomlah makan nasik, nasik goreng kampung dengan ikan masin goreng. 

~ Mak takmo makan yang heavy2. Fries je.

Rasa: Not bad. Service: Boleh tahan. Portion: Banyak! Pasti kenyang. Jangan risau. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, November 3, 2014

LUNCH BENTO YANG SEDEH!

Semalam...

Mak admitted untuk direhatkan & dibuat pemantauan. Sebab Mak akan go through fibroid operation on 5 November 2014. Aku tau Mak neves. Plus, anak2 Mak semuanya pun tumpang neves jugak. Tapi, depan Mak, wajib 'cover line'. Hu3...

Pukul 10 pagi, siap urusan registration. Aku, My 'Jebat' & Abang teman Mak ke wad. Berbondong2 barang keperluan Mak yang kami jinjit. Paham2 je lah kalau aku yang jadik tukang packing. Memang biasa sangat packing barang berbondong2 tuh! Ha3...

Prosedur pertama adalah urine test & check BP. BP naik sikit, 147/70. Prosedur ke-2 adalah x-ray. Kena jalan jauh sikit ke unit x-ray nun..! Mak tak nampak semput tapi, aku yang semput, dowh..! Faktor 'kegebuan' barangkali. Ha3... Hadoih!

Prosedur ke-3, amik darah untuk check HB. Pukul 12 tengahari, Mak dapat lunch bento. Memang sangat berbeza menunya dari selera tekak Mak.

~ Lapanploh kali menyuarakan kesentapan sebab lunch dengan porridge & sayur kobis masak air yang tawar heben! Holloh3... Tak dapek anakanda nak nolong... ;P

~ Sempat selfie sementara tunggu Mak makan. Heh3...

Prosedur ke-4 adalah check jantung. Badan Mak berselirat dengan wayar yang disambungkan ke 1 mesin yang akan keluarkan graf condition jantung, siap dengan bunyik 'srettt3...'

Aku cadang nak tunggu sampai Mak discan. Tapi, nurse kata prosedur tu depends on doktor pakar punya masa. By that time, doktor pakar tengah busy handle kes lain. Maknanya, takde waktu spesific untuk scan. So, aku cakap kat Mak, nak balik dulu. Nak amik barang kat rumah Mak & nak setelkan urusan mendobi baju Mak. Mak ok jerrr...

Elok2 aku sampai rumah sendirik, Mak call. Doktor pakar dah siap scan katanya... Fibroid tu macam dah berubah posisi. Kalau dulu dia dok kat bawah, sekarang dia dok betul2 dalam rahim pulak. Isk3... main larik2 pulak dia kan... Huh!

Pukul 6.30 petang, aku & My 'Jebat' jenguk Mak lagik. Abang pun ada. Habis waktu melawat, My 'Jebat' & Abang pun balik. Aku stay back, teman Mak tido kat wad malam tu. Aku ok jerrr... Takde masalah susah nak tido ke... tak selesa ke... apa ke kan... Semua cukup. Adjustable chair + blanket kartun + bantal baring + SpongeBob tu sangat enough untuk buat aku tido lena. Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


KEJOHANAN BOWLING FAMILY PAK USOP

Hari bersosial bersama family mertua. Bermula dengan 'meeting' di meja makan kat dapur rumah mertua sambil mengunyap apa2 yang patut. Yana jadik Puan Pengerusi, Bulat sebagai Setiausaha merangkap Pencatat Minit. Huda jadik pembentang usul merangkap Bendahari. Yang lain2, jadik tukang cadang, tukang sokong & tukang gelak terbahak2. Ha3...

Abah dengan My MIL tak campur. Setakat senyum2, angguk2 & geleng2 kepala je. Konpius barangkali... He3...

Dari 'meeting' yang tak berapa nak serius, akhirnya... terlaksana jugak. Owh... tak sangka betul! Tapi, selalunya memang cenggitu kan? Yang kita plan2 beriye... yang kita rancang bagai nak rak... selalunya akan ke laut. Tapi, yang plan cincai2, gelak2 & tak serius... itulah yang menjadik. Betul tak, you ols?

~ Stoking yang aku pakai masa hari kejohanan bowling tu & jugak yang menjadik 'kontroversi' pada hari tersebut. Ha3...

Cik Ani dengan Aisy jadik 'mangsa keadaan'. Aku saja je tala kat diorang sambil gerak2kan jari-jemari kaki tu. Cik Ani geli! Aisy pulak terus lari! Ha3...

~ Arrisya pun gigih nak main bowling jugak. He3...

~ Peserta paling over! Ha3...

Nak kata bijak sangat tu, memang tak la... Sekadar main pakai teori 'aci baling ikut sukahati' je. For fun! Yang penting, gaya ala2 atlit especially before nak baling tu musti kena ada. Ha3...

~ Nampak tak siapa yang chop podium gemilang yang paling tengah tuh? Walaupun tak berapa nak score tapi, we ols tetap rasa seperti juara. Ha3...

Venue adalah kat Ocean Bowl, Seri Manjung. 

Keputusannyaaa... semua pun pemenang, tiada pengalah. Ha3...

Next activity adalah dinner ikan bakar. Tapi, macam awal sangat pulak kalau nak ke restoran berkenaan. So, kami ke Marina Wing dululah. Nak lepak2...

~ Warship. Dibenarkan membuat lawatan. Of course pakai tiket.

~ Kitorang tak melawat Warship pun... Lepak2 amik angin petang sambil bergossip kat Marina Wing tu je...



~ Masalah apa ntah My 'Jebat' tu?! Konpius sangat bila tengok dia buat muka cenggitu. Hadoih!

Puas dah lepak sambil bergossip kat Marina Wing. Perut pun dah berdondang sayang. Dengan kuasa veto yang ada, Abah kerahkan semua anak2 + menantu2 + cucu2 ke restoran ikan bakar. Heh3...

Restoran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Kerangkaian Ikan Bakar Seri Manjung
Lot 5132, Jalan Lumut
32040 Seri Manjung, Perak

4/5 bintang. Agak tinggi mintang2 tu sebab rasa berbaloi. Servis agak cepat, keadaan restoran pun ok, makanan pun sodap & harga berpatutan.

 Perut kenyang, tido pun lena. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.DY ::



Thursday, October 30, 2014

MOHD CHAN

Berkobar2, bersemangat, tak sabar betul nak balik rumah. Misi & visi adalah nak mengupdate blog. Rindu, weh..! Rasa lama sangat kot tinggalkan ia. Eh, ke... memang lama..? Bukan aci 'rasa2' je. Hu3...

Hokay! Tak payah nak buang masa sangatlah! Moh terus ke 'misi & visi' seperti yang tersebut di atas. ;P

Kesah makan2, kat Restoran Mohd Chan. Eh2, macam pantun 2 kerat pulak! Hiks...

~ Interior decor-nya simple, yet kemas. Indoor, siap dengan air-cond. Comfy la...

~ Mak layan blues kejap. He3...

~ Ada fountain jugak... yang ala2 air hujan. Wajib pose! Ahaks...

1st time terjah Restoran Mohd Chan nih. Secara tak sengaja pulak tuh. Pergi 3 orang je... aku, Mak & Abang. Kami tengah carik port untuk dinner. Perut pulak memang dah lapor. Survey punya survey... tup2... dari kejauhan kitorang nampak Restoran Mohd Chan. Makanan Cina muslim katanya... Hmmm... macam best je kan... Jadi, moh try! ;)

~ Nasi Masak Lada Hitam Daging untuk Abang.

~ Nasi Masak Kam Heong Ayam untuk Mak.

~ Hokkien Mee, aku yang punya... ;D Add on kailan ikan masin...

~ ... dengan tomyam campur.

~ Nak balik dah...

~ Manja2 dengan Mak. Heh3...

Makanan ok, service pun ok, comfy je kan... Sesiapa berminat atau tetiba terasa tekak tu nak makan makanan Cina muslim, bolehlah cuba, try, test. 

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan
No. 1, Jalan Seri Temenggung
Taman Temenggung
45000 Kuala Selangor, Selangor

Harga dia reasonable. Sesuailah dengan apa yang dihidang & disediakan. Berbaloi...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 11, 2014

MENARIK NAPAS LEGA...

1 kelegaan tahap maksimum! 

Semuanya dah selesai. Dah boleh tarik napas... lega. Fuh!

Aku tak pikir apa dah. Kalau Kak Ja ajak ke bulan mahupun ke bintang... aku follow je... Takde apa nak dirisaukan. Orang kampung aku kata, 'There's nothing bothers me anymore!' 

Amekaw! 'Orang kampung aku' skipping London. Ha3...

~ Duduk diam2 kat booth & selfie tak hengat!

~ #halussss ;D

Lepas tu, datang idea nak selfie dengan semua Diamond Wave. Buat kenang2-an... ;)

~ Dengan Mr. Propsman...

Korang akan perasan dengan jelas yang setiap kali aku selfie dengan setiap Diamond Wave, setiap kali tu jugaklah Kak Ja akan selfie dengan setiap Diamond Wave yang sama. Kak Ja copycat idea. Takpe... layankan je... He3...

~ Hah, nampak tak?

~ Dengan Mr. Penglipurlara...

~ Nampak lagik kan? ;P

~ Dengan Mr. Script Writer...

~ Tettttttttt.............. Ha3...

~ Dengan Mr. Director...

~ Encik Amir pun tiru jugak. Tapi, tiru selfie dengan Encik Selvam je. He3...

~ Dengan Mr. Producer...

~ Kannnnn..........??!

~ Muka 'terlajak kolagen'. Ha3...

~ Encik Boss dengan V.I.P yang datang melawat booth.

~ Diamond Wave + Big Boss SKM Perak + pegawai SKM Perak = #halussss Heh3...

Hari itu berakhir dengan senyuman... Sebab minda dah tak terblock dengan apa2 matters. Sampai esoknya pun aku masih senyum... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 9, 2014

KONSEP KEBANGSAAN

Saat paling mendebarkan...

Berat sangat kaki ni nak melangkah masuk dewan bankuet yang besar godang tu. Dahlah besar godang, sojuk tahap peti ais pulak tuh! Bila darah gemuruh sampai, yang rasa sojuk tahap peti ais tu boleh bertukar jadik seperti rumah igloo wooo..! Adeh3...

~ Sebelum dibanjiri peserta & tetamu. Walaupun agak kosong tapi, lutut tetap ketaq. Huuuuuu.......

~ Hah, nampak tak dah dibanjiri dengan lautan manusia tuh? Nampak ke tidokkk..? 'Skru' lutut makin longgar, weh..! 

~ Diamond Wave adalah presenter yang ke 7. 

Aku spesis yang... jantung seperti nak tercabut untuk beberapa minit pertama kat atas stage. Tapi lepas tu, dah tak perlu risau. Confidence level akan datang dengan sendirinya. 

Begitulah jugak keadaannya kalau aku jadik presenter. Minit2 terawal tu memang neves gedebak gedebuk tak hengat! But, once dah sherashi bershama dengan mic & stage, I just can handle it smoothly. Ecewah! Skipping London baq hang! Heh3...

Ding dong, ding dong... dah selesai presentation. Punyalah sekejap! Tapi, hazab nak tunggu present tu punyalah lama! Sampai sesak napas frozen bagai... Fuh!

~ Hazab baru separuh je lepas. Sebab ada lagik 1 hazab iaitu Viva. Tapi, aku chill jerrr... Tengok gambar ni pun you ols dah boleh agak kan tahap mana ke-chill-an aku tuh. ;)

~ Kojo berselfie je dengan Kak Ja. Hiks...

"Let it go... Let it go... Can't hold it back anymore... La3..."

Ooppsss!!! Sampai ternyanyi lagu Frozen pulak. Over sangat tu... Ahaks3...

~ Viva sedang berjalan...

SUK Perak amik konsep kebangsaan untuk penganjuran Konvensyen KIK ni. Maknanya, hari presentation ada 2 sesi iaitu presentation & viva. Takkan ada sebarang soal jawab / Q & A semasa presentation. Setel present, kena naik tingkat 2, tunggu turn untuk viva.

Viva dijalankan kat dalam bilik khas. Suasananya sejibik macam bilik interview kerja sebagai penjawat awam. Kat sinilah segala toknek soal jawab / Q & A akan keluar. Sediakan je lah jawapan. Logik ke... tak logik ke... sukahatilah. Yang penting, jawab! Pandai2lah nak goreng / auta / fakta. 

Begitu...

That's why aku dah kurang neves, dah boleh nyanyi lagu Frozen bagai... Sebab cuma ada kita dengan panel je. Peserta lain / penonton memang nan hado..! So, kurang segan. Nak 'menggoreng' pun takde hal punya..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 8, 2014

GORES & MENANG?

Sebelum tengok presentation Diamond Wave, marilah kita tengok booth dulu, ek! Macam2 pesen ada..! Saksikan je lah. ;)

~ Booth Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Cawangan Teluk Intan.

~ Kon jalan pun bollehhh... He3...

~ Bomba kot...

~ Ini pemenang Anugerah Inovasi Pejabat Daerah dan Tanah (AIPDT). Masih busy touch up booth.

~ Booth Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan replika Menara Condong.

Ini cuma sebahagian booth je tau! Tak larat nak upload semua. Plus, gambar2 ni pun ihsan Hafiz.

~ & inilah booth Diamond Wave. Win2 SMS tu samadengan tajuk projek. Sekali pandang dah macam booth gores & menang. Ha3...

~ Booth ni bukan suka2 je tau! Ada penilaian markahnya. 

Semua booth ditempatkan kat ruang legar / lobi Bangunan Perak Darul Ridzuan. Bersifat indoor booth. Terbahagi pulak kepada 2 kategori iaitu KIK & Inovasi. Booth Inovasi diletakkan kat tengah2. Lokasi booth KIK pulak adalah di sekeliling ruang legar / lobi tu. Maksudnya, mengelilingi booth Inovasi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja, Dr. Zambry Abdul Kadir pun turun padang, melawat booth2. 1 penghargaan jugak buat semua yang bertanding. Terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google