SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK. Show all posts
Showing posts with label SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

PUNCAK JAYA

Ada yang tertinggal rupanya cerita KIK, Diamond Wave peringkat Negeri Perak. Hmmm... mohon buat sambungan, ek?! ;P

Simple je... Just nak share apa yang terjadik di hari terakhir konvensyen. Rasa rugi pulak kalau tak share sebab muka ni comel sangat..! Bak Nelydia Senrose gitu, noks..! Awwsss..!!! Ha3... #StatementMohonDilempang

~ Tempat yang sama dengan hari presentation, Dewan Bankuet, Bangunan SUK Perak. Susun atur je yang berbeza. Kami ditempatkan mengikut meja & kumpulan. Maknanya, 1 meja bulat = 1 kumpulan.

~ Koir SUK Perak sedang perform. Hebaklah diorang..! Siap ala2 bersilat bagai... 

4 lagu kot diorang perform. Paling thorrbahekkk... adalah lagu Puncak Jaya. Tau ke tidok lagunya yang mana 1? Alaaa... yang cenggini tu... 

Nyalakan azam membumbung 
Padukan tekad & waja 
Songsongi ombak bergulung 
Menuju ke pulau cita 

Setitis jadikan laut 
Sekepal jadikan gunung 
Namamu kelak disebut 
Jasamu kelak disanjung 

Nyalakan tekad di hujung cita 
Sama muafakat ke puncak jaya 
Sembah setia sepenuh jiwa 
Untuk nusa & negara 

Kan megah langit dijunjung 
Rela bumi nan dipijak 
Kan megah ibu mengandung 
Putera puterinya berjasa 

Hah, boleh imagine kan? Kan3..??? ;P 

Perrgghhh..!!! Bila time lagu ni, terus rasa macam nak mintak form jadik ahli. Ha3... Over sangat tau..! ;P

~ Perasmian penutup oleh MB Perak. Clap3... ;)

Di hari terakhir tu jugaklah hari pengumunan keputusan. Menang kalah, adat pertandingan. Yang penting, semua kumpulan dah cuba yang terbaik. 

Kutip pengalaman, simpan baik2, untuk panduan masa depan. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 11, 2014

MENARIK NAPAS LEGA...

1 kelegaan tahap maksimum! 

Semuanya dah selesai. Dah boleh tarik napas... lega. Fuh!

Aku tak pikir apa dah. Kalau Kak Ja ajak ke bulan mahupun ke bintang... aku follow je... Takde apa nak dirisaukan. Orang kampung aku kata, 'There's nothing bothers me anymore!' 

Amekaw! 'Orang kampung aku' skipping London. Ha3...

~ Duduk diam2 kat booth & selfie tak hengat!

~ #halussss ;D

Lepas tu, datang idea nak selfie dengan semua Diamond Wave. Buat kenang2-an... ;)

~ Dengan Mr. Propsman...

Korang akan perasan dengan jelas yang setiap kali aku selfie dengan setiap Diamond Wave, setiap kali tu jugaklah Kak Ja akan selfie dengan setiap Diamond Wave yang sama. Kak Ja copycat idea. Takpe... layankan je... He3...

~ Hah, nampak tak?

~ Dengan Mr. Penglipurlara...

~ Nampak lagik kan? ;P

~ Dengan Mr. Script Writer...

~ Tettttttttt.............. Ha3...

~ Dengan Mr. Director...

~ Encik Amir pun tiru jugak. Tapi, tiru selfie dengan Encik Selvam je. He3...

~ Dengan Mr. Producer...

~ Kannnnn..........??!

~ Muka 'terlajak kolagen'. Ha3...

~ Encik Boss dengan V.I.P yang datang melawat booth.

~ Diamond Wave + Big Boss SKM Perak + pegawai SKM Perak = #halussss Heh3...

Hari itu berakhir dengan senyuman... Sebab minda dah tak terblock dengan apa2 matters. Sampai esoknya pun aku masih senyum... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 9, 2014

KONSEP KEBANGSAAN

Saat paling mendebarkan...

Berat sangat kaki ni nak melangkah masuk dewan bankuet yang besar godang tu. Dahlah besar godang, sojuk tahap peti ais pulak tuh! Bila darah gemuruh sampai, yang rasa sojuk tahap peti ais tu boleh bertukar jadik seperti rumah igloo wooo..! Adeh3...

~ Sebelum dibanjiri peserta & tetamu. Walaupun agak kosong tapi, lutut tetap ketaq. Huuuuuu.......

~ Hah, nampak tak dah dibanjiri dengan lautan manusia tuh? Nampak ke tidokkk..? 'Skru' lutut makin longgar, weh..! 

~ Diamond Wave adalah presenter yang ke 7. 

Aku spesis yang... jantung seperti nak tercabut untuk beberapa minit pertama kat atas stage. Tapi lepas tu, dah tak perlu risau. Confidence level akan datang dengan sendirinya. 

Begitulah jugak keadaannya kalau aku jadik presenter. Minit2 terawal tu memang neves gedebak gedebuk tak hengat! But, once dah sherashi bershama dengan mic & stage, I just can handle it smoothly. Ecewah! Skipping London baq hang! Heh3...

Ding dong, ding dong... dah selesai presentation. Punyalah sekejap! Tapi, hazab nak tunggu present tu punyalah lama! Sampai sesak napas frozen bagai... Fuh!

~ Hazab baru separuh je lepas. Sebab ada lagik 1 hazab iaitu Viva. Tapi, aku chill jerrr... Tengok gambar ni pun you ols dah boleh agak kan tahap mana ke-chill-an aku tuh. ;)

~ Kojo berselfie je dengan Kak Ja. Hiks...

"Let it go... Let it go... Can't hold it back anymore... La3..."

Ooppsss!!! Sampai ternyanyi lagu Frozen pulak. Over sangat tu... Ahaks3...

~ Viva sedang berjalan...

SUK Perak amik konsep kebangsaan untuk penganjuran Konvensyen KIK ni. Maknanya, hari presentation ada 2 sesi iaitu presentation & viva. Takkan ada sebarang soal jawab / Q & A semasa presentation. Setel present, kena naik tingkat 2, tunggu turn untuk viva.

Viva dijalankan kat dalam bilik khas. Suasananya sejibik macam bilik interview kerja sebagai penjawat awam. Kat sinilah segala toknek soal jawab / Q & A akan keluar. Sediakan je lah jawapan. Logik ke... tak logik ke... sukahatilah. Yang penting, jawab! Pandai2lah nak goreng / auta / fakta. 

Begitu...

That's why aku dah kurang neves, dah boleh nyanyi lagu Frozen bagai... Sebab cuma ada kita dengan panel je. Peserta lain / penonton memang nan hado..! So, kurang segan. Nak 'menggoreng' pun takde hal punya..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 8, 2014

GORES & MENANG?

Sebelum tengok presentation Diamond Wave, marilah kita tengok booth dulu, ek! Macam2 pesen ada..! Saksikan je lah. ;)

~ Booth Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Cawangan Teluk Intan.

~ Kon jalan pun bollehhh... He3...

~ Bomba kot...

~ Ini pemenang Anugerah Inovasi Pejabat Daerah dan Tanah (AIPDT). Masih busy touch up booth.

~ Booth Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan replika Menara Condong.

Ini cuma sebahagian booth je tau! Tak larat nak upload semua. Plus, gambar2 ni pun ihsan Hafiz.

~ & inilah booth Diamond Wave. Win2 SMS tu samadengan tajuk projek. Sekali pandang dah macam booth gores & menang. Ha3...

~ Booth ni bukan suka2 je tau! Ada penilaian markahnya. 

Semua booth ditempatkan kat ruang legar / lobi Bangunan Perak Darul Ridzuan. Bersifat indoor booth. Terbahagi pulak kepada 2 kategori iaitu KIK & Inovasi. Booth Inovasi diletakkan kat tengah2. Lokasi booth KIK pulak adalah di sekeliling ruang legar / lobi tu. Maksudnya, mengelilingi booth Inovasi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja, Dr. Zambry Abdul Kadir pun turun padang, melawat booth2. 1 penghargaan jugak buat semua yang bertanding. Terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 30, 2014

GEDEBAK GEDEBUKNYA RASA

Sangat neves! Sangat berdebar2! Sangat gedak gedebuk rasa dada ni! Secukup rasa semuanya. Tak kurang & tak lebih walau sikit pun. Hu3...

'Hari tu' tiba jugak akhirnya... Hari Pemeriksaan Projek KIK by pemeriksa dari SUK Perak. 

3 orang... pakai kot hitam dengan necktie yang nampak sangat korporat... muka serious tak hengat... bakal kasik soklan cepu emas yang boleh buat ketaq lutut... hmmm... ini semua imaginasi aku tentang team pemeriksa SUK Perak tu.

Imaginasi yang bulat2 meleset! 

~ Sebab yang datang adalah mereka berdua ni je. Encik Surendran & Encik Abdullahaslam. & mereka adalah sempoi... ;)

1st impression tetaplah cuak tak hengat kan... Pertama kali bertemu kekdahnya... Tapi, diorang mintak kami relax & buat presentation secara chill2 je. Plus, diorang tu lebih kepada nak check kesahihan kewujudan projek. Nak tengok dokumen sokongan & bukti2 projek berjalan. 

Owh... kalau begitu kesahnya, bolehlah kami tarik napas lega. Heh3...

~ Presentation ringkas dari wakil presenter Diamond Wave, Encik Selvam.

~ Senyum simpul. He3...

~ Sebabun fail bukti! Amekaw! Ha3...

~ Stay focus.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Kami jawab apa yang sepatutnya, apa yang kami termampulah. Selebihnya, redhakan je... 

Terima kasih, Encik Surendran & Encik Abdullahaslam. Nasihat & panduan daripada tuan2 berdua sangat kami hargai. ;)

~ #OfficialDiamondWave

Diamond Wave yang biruuuuuuuuuu............... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google