Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

JUS APPLE BERYOGURT NYUMSSS!

* 48 HOURS SPONSORED POST*


Haritu keluar jenjalan ngan laki aku, ujung minggulah baru ada masa nak keluar beli segala barang keperluan. So tangan ambik tu ambik nih terus terpandang Nestle Natural Set Yogurt ni hah. Amboiii sedapnya uollsss. Menjejes jejes air liur kejap. 



Apalagi terus rembat seketul.  Pastu terus fikir kalau dibuat jus pun jalan jugak ni. Nak-nak lagi musim kejap panas kejap sejuk ni, perut lapar sokmo. So, kita guna bahan simple sajo janji murah, cepat, dan sedap! 



Sejuk-sejuk keluar dari peti ais.

Nestle Natural Set Yogurt ni banyak kelebihannya, antaranya adalah

- Low in Fat
- No Sugar Added
- Contains Calcium
-No Colouring





Kat belakang tu dia dah mention maklumat pemakanan.
Pelbagai khasiat yang kita boleh dapat dengan Nestle Natural Set Yogurt ni.

Jom kita mulakan proses membuat JUS APPLE BERYOGURT NYUMSSS!



2. Susu segar
3. Apple 

*kalau korang nak ganti dengan banana, kurma, pear or bebuah lain pun okey jugak*


Memula potong dadu 2 biji apple, make sure kupas kulit dulu yer.




Masukkan 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt

 Masukkan setengah kotak susu segar. Blend sehingga betul-betul kawww.




Taraaaa! Siap dah!
Yang berbuih tu lah yang sedapnyaaa, lemak lemak masam-masam rasanya. 
Cepatkan? Perghhh yang berbuih tu yang sedapnyaaa.


Nanti memacam resepi yang korang boleh jumpa dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Untuk keterangan yang lebih lanjut korang boleh klik link di bawah yer




Okbai!

Sunday, April 7, 2013

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #1


Assalamualaikum

Masa berhenti kerja dulu, terasa jugak boringnya duk kat rumah. Lepas tu terus aktif berniaga kat pesbuk. Alhamdulillah, hilang boringnya, pendapatan pun masyuk sikit. Tak perlu tadah tangan hari-hari ngan laki semata-mata nak beli eskrim solero, haha.

Okey, sebenarnya haritu kitorang berkampung selama 4hari kat hospital. Laki aku tak berapa nak sihat and kena operate. Bila dia sakit, baru aku tahu tanggungjawab kita sebagai isteri. Masa laki sihat tanggungjawab bini tak nampak sangat, bila laki sakit, hah hambik kau. Baru terkapai-kapai. Ketawa bersama, menangis bersama. Yup,laki aku nangis sebab sakit tak tertahan, dan aku jugak nangis sekali T__T


Masa ni nak g operate and masa ni pukul 11.20 malam. Lepas dapat tahu Dr dah panggil, Alhamdulillah perkataan pertama yang kami ungkapkan sebab tak mampu lagi menahan kesakitan.  Masa ni aku sorang je, lepas laki aku masuk je, dia punya sepupu sepupu pun sampai. Tapi dorang duk kejap je, lepas tu blah sbb dorang esoknya bekerja, takkan nak stay sampai pukul 2pg kan.

So, korang leh bayangkan aku duk sorang-sorang depan OT, dalam pukul 12 lebih. Sebelah OT tu ICU, depan tu tempat menunggu, aku intai, ramai sangat duk berkampung dalam tu. Siap bawak toto bagai lah. Aku pun ambik keputusan untuk tunggu kat ward je. Aku takut sebenarnya. Takut dengan manusia betul dengan manusia jadian huhu.

to be continue.....

Rahsia awet muda 

Saturday, February 2, 2013

Allah tarik nikmat sekejap


Assalamualaikum

Sekarang ulser berkeliaran dalam mulut aku. Tapi 2 ketul je pun. Biasanya naik celah celah pipi tapi sekarang hoverr sungguh ulser ni, kat atas lidah pun dia naik. Seketul kat celah pipi, seketul kat atas lidah, terbaikkkkk.

Seksa sangat bila tang lidah, siyes,sakit! Aku sapu bonjela, lepas sapu aku baring lepas tu lidah aku harus terjelir lah kan. Time tu jugak laki aku nak tanya aku itu ini.

"Yang, kain pelikat abang duk mano?"
"Yang, asar pukul berapo?"

Eh, eh eh..sabar jelah kan. So, sekarang selera makan aku stop untuk seketika. Kekadang sampai perut aku berbunyi kelaparan. Nak makan pun fikir banyak kali. Bila fikir-fikir elok juga aku sakit. Sekurang-kurangnya sistem perut aku ni boleh rehat kejap. Ni asyik mengunyah je 24jam, kesian perut dapat tuan macam aku -_-'


Agak terliur jugak.


Ni lagi terliur sebab ada charktiow :(



Sekarang aku makan jelly ni je. Hancurkan sikit-sikit, 
lepas tu sumbat dekat area kerongkong, telan!

okbai.

Thursday, December 20, 2012

Berjangkit


                                                                     Assalamualaikum

Sekarang ni musim hujan. Asik lapar je kan? *aku ni kalau tak hujan pun memang spesis jenis lapar sokmo* Baru lepas makan nasi lepas tu terlelap depan tv jap, bangun buat lempeng share ngan ma aku. Tergolek depan tv lagi lepas tu buat air pulak. Itu aktiviti semalam lah. Aktiviti hari ni harap-harap bukan camtu lah.

Sekarang ni aku suka sangat minum air yang macam tongkat ali tuh. Laki aku cakap dia beli ngan kawan dia. Tapi rasanya takde lah se kaww tongkat ali. Kiranya aku boleh telan segelas lah. Kalau tongkat ali tuh rasanya kaww sesangat. Boleh lekat kat anak tekak ni hah. Ni sebab berjangkit ngan laki aku lah, dia asal keluar makan suka sangat oder tongkat ali sejuk lah, suam lah, panas lah. Sebagai isteri mithali *ehemmm* bila air dia sampai, mesti aku kacau-kacau dulu air tuh.

Lepas kacau aku rasa la sesudu dua, ngeh ngeh ngeh. Sedap jugak weh. Tapi minuman yang jenis berkafein camni elok ker untuk orang peknen? *eh,cikji dah peknen eh? tahniahhhhh!!*
Taklah,aku just tanya untuk persediaan di masa depan je. Hihik

Sekarang aku kat Machang lagi, tenet sikit down, yelah dengan hujannya.So korang pepaham lah ek. Tak sempat nak balas jejak komen korang. Sempat baca je huhu. Dont worry, Insyaallah malam nanti aku kelik Ketereh, aku start blogwalking eh.


Okbai.


Wednesday, December 12, 2012

Inhaler dan meggi ketam


                                                                Assalamualaikum
Dah lunch ker semua? Aku lately lunch punyalah lewat. Tapi takpe, sebelum tidur aku dah makan kenyang dah kihkih. Sape ada baca entry SESAK NAPAS aku, tahulah kenapa aku memerlukan inhaler dan jugak meggi ketam nih. Inhaler ni berbau busuk rupanya ek.

 Bila letak kat hidung yang tersumbat,nyaman je rasa. Tapi bila letak kat hidung yang okey, busuk jer bauuuu. *Dah tu kenapa letak kat hidung yang okeyyyy? Aiollss nak buat eksperimen ketahanan bau idung je uollss. nak letak kat idung sape lagi kalau bukan kat hidung sendiri ??*




Lupakan pasal inhaler, marilah kita cerita pasal meggi ketam. Ohoiii punyalah sedap! Habis okey aku makan sorang. Dah tu laki aku taknak sangat. Murah je semangkuk, dalam RM15 macam tu. Lagipun kedai ni ala ala warung je. Kalau makan kat ala ala cafe restoren tu, maunya sampai RM30 semangkuk.


*Sesiapa yang belum join GA aku kat atas tu, jemputlah join. Syarat super mudah aku bagi, tapi hadiah super lumayannnnnz!

okbai.









Saturday, December 8, 2012

sesak napas

Assalamualaikum
Bagusnya aku, malam buta baru update. Ini maknanya mata tak ngantuk lagi. Eh, sekarang musim orang demam demam selsema selsema ek? 

 Seminggu kemudian *eh,macam telemovie melayu la plak* 

Nak dijadikan cerita masa tu aku tidur Machang, laki aku tidur Ketereh *Ohooii tidur asing asing, gaduh letewww* Amboiii asal tidur asing je gaduh, fikiran langsung tak remaja okey, tapi memang dah tak remaja pun, menuju ke arah kertu dah -_-" Bangun esok pagi terus aku rasa hidung aku meleleh leleh, apakah itu? Selsema datang rupanya. Tapi bila selsema aku rasa macam napas aku tersekat je, nak bernapas pun tak syok.

Kuwus: Abang, saya rasa sekarang ni saya bernapas macam tak lepas je
Demok: Tanda tanda dah tu, len kali derhaka la lagi *kejamnya statment laki aku*
Kuwus: Nanti bila saya takde, abang ampunkan segala dosa saya tapi saya tak nak maapkan segala kesalahan abang huahua

Korang pepaham la bila selsema ni, hingus duk melekat je, dats why nak bernapas pun tak selesa. Tadi aku telan ubat gasrik yang kaler putih tu, aku suka sebab bila minum terus rasa berangin je tekak ni, hihihi.. Hilang kejap aku punya selsema. Adakah penyalahgunaan ubat namanya itu? Selsema tapi telan ubat gastrik. Lagipun tu ubat gastrik aku masa 2bulan yang lepas kot.




Motip malam malam buta upload gambar meggi ketam? Maknanya aku ada keinginan ke arah itulah, huahua. Takpe, esok lusa aku nak pergi makan,

okbai.

Monday, November 26, 2012

Lapang sangat

Assalamualaikum

Tetiba rasa banyak masa terluang la plak sekarang ni. On friday cuti, sabtu cuti, tergolek tidur makan, tapi tak gemuk jugak. Sekarang aku balik Machang, akak aku ada sekali, nak abiskan cuti tahunan katanya. Bila balik kampung terus rasa heaven, walhal balik sokmo. Dah dekat, balik jelah sokmo, yer dok?


Lepas tu tidur lewat, bangun lewat, yeay! Hahaha..My demok tak tidur sini, tidur Ketereh. We ollss dah biasa camni, sorang kat sana, sorang kat sini. Sat lagi lepas tutup kedai ni, dia balik la Ketereh. Aku tak nak balik, aku nak tidur sini. Esok malam baru nak tidur sana sebab esok nak pergi merendek ke Pasar Isnin ngan kakak aku. Huihui.



picture petang tadi *sama tapi tak serupa*


Bila malam je terus tak leh tidur awal, aku pun merajinkan diri mengugel. Antara yang aku gugel

1. Petua cepat hamil
2. Punca tidak hamil
3. Blog best dibaca
    4. Blogger cantik #Eh!
                 5. Blogger hensem *okinitipu!*


Nampak tak, makin lama makin mengarut haha. Ini namanya fikiran makin kusut. Tapi tang nombor 1 dan 2 tu memang memberi aku info.

Aku ni macam mengharap la jugak, awal tahun depan aku peknen. Kalau belum berhasil, nampak gayanya aku laki bini kena bertindak. Bukan apa, risau takut penyakit bertandang je. Kalau dah disahkan sihat tubuh badan, kita berserahlah kerana rezeki tu kan di tangan Tuhan. Tapi usaha jugak penting, terutama sekali tang pemakanan. Yang ni la susah nak kawal tapi yang ni jugaklah punca penyakit. Huuu.

Okbai.



Sunday, November 18, 2012

Gatal


Assalamualaikum

Ni bukan gatal gediks tapi gatal macam ruam, macam kena ulat bulu. Dah dekat seminggu macam ni. Memula tu asal malam je naik gatal-gatal lepas tu aku sapu ubat, lelama hilang. Tapi agak lama lah untuk hilang. Bangun esok pagi baru hilang. Ohoiii sabar jelah.

Tapi sekarang belum malam dah naik dah. Tak selesa sungguh aku. Gatal lepas tu pedih-pedih. Semalam aku pergi klinik, aku agak tak puas hati dengan jawapan doktor tu. Sebab aku ni bukan jenis alergi. Aku makan benda yang aku selalu makan. Aku sendiri pun tak berani nak try makanan yang aku tak pernah telan.

 Aku kalau alergi tang kacang pastu ngap makanan yang pedas non stop je. Tapi bukan alergi gatal-gatal tapi alergi cirit. Maka beralergi sepi lah aku dalam toilet. 

Semalam aku dah telan ubat tu, pagi tadi telan lagi. Nasib baik aku ni jenis mudah telan ubat. Ikutkan hati nak telan semua je, biar cepat hilang. Kuikui. Kejap lagi laki aku balik, nak try pergi klinik lain plak. Kena sejarum pun aku ok, asal gatal-gatal tu tak naik lagi.

Tapi masa kecik dulu aku dah pernah kena macam ni. Tapi takde la seminggu macam ni. Just sehari macam tu je. Kejap naik kat situ, kejap naik kat sini. Haritu peha dengan betis je, tapi sekarang sampai ke lengan. Tapi keadaan macam ni pun aku okey je, jalan sana sini, makan sana sini. Semua tu takde masalah, just tak berapa nak selesa je. Aku tak garu, biarkan kan je. Aku kan perempuan kebal. Hua hua hua.

Okbai.


Tuesday, November 6, 2012

makanan di kala petang

Assalamualaikum


ingat durian crepe je ker yang wujud? jagung crepe pun ada jugak tapi bukan aku yang buat,  my BFF  CIK YLA yang buat pastu mai hantar kat kedai aku. sedap, lembut, lepas tu kat dalam tuh ada jagung yang dicampur dengan whipping cream ek?

kalau letak dalam peti ais rasa sejuk macam makan eskrim. begitu rupanya rasa dia, patutlah ramai orang duk mabuk dengan durian crepe sekarang, sedap rupanya.




jagung crepe





ubi goreng @ goreng ubi?





tapi sebenarnya kalau makan pisang better makan yang camni kot daripada goreng. kalau sesiapa yang ada masalah yang tak berapa nak lawas tuh boleh la mencuba yer. Insyaallah menjadi. banyak khasiat pisang ni. nanti korang mengoogle la sendiri yer. ada ker orang tak suka pisang? cer cite cer cite sikit.
okbai





Thursday, October 18, 2012

penyakit bagi yang baru berkahwin

Assalamualaikum

Sebenarnya hidup ini terlalu indah dan teramat indah. so, gunakan peluang yang Allah kurniakan dengan sebaik-baik mungkin. setiap nafas yang kita hirup itu adalah milik Allah. kalau Dia nak tarik, sesaat je boleh. Alhamdulillah atas kurnianNya.

Okeh, hari ni aku nak cakap-cakap pasal kahwin. amboiiii suka lettewww! yang tak kahwin lagi pun boleh je. lai lai laiiii.

BAJET PREGNANT

bila selera bertambah terus bajet pregnant
badan rasa tak sihat terus bajet pregnnt
period lewat sesaat terus bajet pregnant
moody tak tentu pasl terus bajet pregnant

dah bape lama awak kahwin cijki? 1 tahun lebih. 
ada orang cakap itu dah lama & ada orang cakap ooo baru je.

so kalau siapa-siapa yang baru kahwin tu tak perlu la nak over xpose sangat
kalau Allah dah bagi rezeki, Insyaallah 

ni tak, sikit-sikit post kat pesbuk, kat twitter, macam tu la macam ni la. membulu jugaklah bulu mata  aku yang sedia berbulu ni. kalau dia pregnant takpe la jugak, sekurangnya aku boleh like status tu n say Alhamdulillah. ni kalau sekadar nak tarik perhatian orang, rasanya itu bukan cara bagi seseorang yang dah bergelar isteri. lagipun inai dijari pun tak habis lagi kottt

aku pun pernah rasai pengalaman tu semua, tapi kalau setakat badan lesu, selera bertambah, aku tak layan sangat. kalau setakat period lewat sehari dua aku tak layan lagi, tapi kalau dah 2 minggu lewat, kenalah bertindak. bukan apa, kalau kita tahu kita pregnant, at least kita boleh jaga diri
tak boleh lasak-lasak. ye dok??

dalam berblog hati aku sangat tertarik dengan blog I'M YOURSSS

dekat 7 tahun dia menanti cahaya mata. Alhamdulillah dia pregnant tapi Allah tetap mahu menguji dia. sekejap saja dia dapat merasai nikmat itu, dia keguguran. tabah sungguh hati wanita ini. aku memang tersangat-sangat kagum dengan dia. aku yang setahun lebih ni pun kekadang hukhek hukhek jugak, apatah lagi dia yang dekat 7 tahun. hebatkan dia? sabar, tabah, redha dan jugak usaha.



gambar takde kaitan dengan entry. 
aku cuma nak cakap lotion ni tersangatlah best!
wangi & cepat kering. 


okbai

Sunday, September 30, 2012

kisah menumpang 1 malam

Assalamualaikum

asal malam je mula la nak berblog
siang hari aku tersangat busy

ni bukan cerita momok ok, ni cerita yang dugaan hidup
hari jumaat haritu seperti biasa kami laki bini buka kedai
MIL takde, pergi ke KL melihat sepupu baru kami

petang macam tu my laki cakap my FIL sakit teruk
before this memang dia dah sakit, berbulan-bulan takleh bangun

seminggu sebelum tuh dia dah boleh bangun guna tongkat bagai
kitorang pun terus bedesuppp balik, nasib dekat je dalam 15 minit macam tu

sampai je terus tengok FIL kena strok dengan tiba-tiba
tengkuk terus jadi teleng, kaki kiri ngan tangan kiri terus sejuk
tapi kami laki bini dah tahu, bila kena tb tulang, strok akan menyusul
terus call ambulance bawak g hospital

my laki follow tapi aku mintak dia letak aku kat umah kak aku
sebab tak sure pukul berapa proses nak masuk wad tuh siap




makan seorang tanpa ditemani suami pun masih berselera




licin satu mangkuk aku makan




pukul 2 pagi my laki datang ambik
singgah makan sebab dia lapar, so malam tu turn my adik ipar dulu jaga FIL
adik beradik just 2 orang, so pusing pusing jaga la yang mana ada
*kalu boleh beranak, beranak la ramai, kalau tak boleh,beranak la setakat mana yang boleh*

pastu my adik ipar call cakap FIL duk meracau-racau even dah kena cucuk ubat tidur
pastu my laki hantar diriku ini ke rumah neneknya
bedesuppp dia ke hospital balik

daku pun menidurkan diri di sana dan subuh pagi my laki datang ambik
dan balik ke kedai kami.

tadi aku pergi, huuu nasib tak gugur airmata aku bila dengar dengar my husband cakap

"ayah, ayah mengucap dalam hati ek"

actually dah bergenang tapi aku cover, iolss hati tisu uolls


kalau pergi hospital mula la datang perangai aku
jenis sedih tak kira tempat, tengok orang tuh terlantar mula la "kesiannya dia..
tengok orang tuh berbalut "eeeii sakitnya dia..
tengok orang bernafas pakai oksigen "sedihnya..

sekarang semakin tenat, darah beku ada dalam kepala
dah tak sedarkan diri dan mengharap pada oksigen
doktor cakap dah takde harapan. kami hanya berdoa kepadaNya 

masa sakit FIL sempat bertanya "bilo wan nok ado anok?"

wan merujuk kepada nama panggilan my husband.

Sorry ayah, bukan kami tak nak bagi ayah cucu yang pertama tapi masih takde rezeki
tapi Insyallah.


Thursday, September 27, 2012

Thanks Digi

Assalamualaikum

macam tabiat la plak, asal malam je update blog, what should do
keinginan berblog datang masa ni. tapi keinginan nak makan ada sokmo -_-'




okey abaikan muka gedik aku, tapi gedik dengan suami okey apa, dapat pahala ,hikss
gedik dengan boyfren dapat dosa huuu, so sape yang rasa mampu kahwin tu
kahwin la cepat-cepat ek, pastu jangan lupa ajak aku sekali



aku laki bini every year dapat kuih bulan from Digi, aku rasa baru je aku dapat hari tu, padahal tahun lepas lagi aku dapat weh, lupa punya pasal. aku suka dengan Digi, something yang dia bagi mesti unik, 2 tahun sebelum tuh bekas macam ala-ala peti harta karun, tahun lepas macam bentuk almari. tahun ni plak bentuk simple macam ni tapi atasnya ada hiasan bunga sakura.


eh, bila sebut sakura teringat yang burger Samurai kat Mcd, korang dah try ke?burger samurai, air sakura yang rasanya macam air ribena. haritu my laki makan, katanya burger ngan air sedap tapi aku tak try minum pun sebab nampak macam tak best je, burger dia sos hitam macam prosperty, lagi la aku takde selera. aku lau mcd duk hadap mchicken je, yang lelain kennot go maaaa.




 paper bag yang very the kitar semula



4 ketul kuih bulan, yang kaler gelap tuh perisa keladi



semenjak dua menjak ni suka la plak dengan air vitagen ni
kawan aku pernah cakap, kalau korang ada masalah sembelit, boleh cuba minum vitagen ni
mana tahu masalah sembelit korang boleh pulih, terDokter la plak



ikutkan hati aku nak pilih yang orange je semua sebab yang lain-lain aku tak leh telan
tapi disebabkan aku mempunyai sifat bertolak ansur dengan suami, chewahh
maka aku pun pilih yang campur punya, tapi orange banyak la haha

pastu aku letak dalam kereta okeh, sebab pepagi nak pergi kerja haruslah minum dulu
kalau letak dalam peti ais, pagi pagi mesti kalut, mesti lupa
yelah, pukul 8 masuk, pukul 7.30 baru gerak
fuhhh sabar jelah.



Wednesday, September 19, 2012

muka macam kuetiow

Assalamualaikum


siapa kat sini penggemar kuetiow macam aku?
aku kalau pergi makan kat mana-mana
memang kuetiow la yang aku order, mee bolehla jarang-jarang
kalau bihun aku suka bihun goreng je, pastu letak sayur banyak-banyak, sedapppp!



muka baru balik kerja dengan jambu RM2 di tangan
banyak sungguh jambu dia, kenyang kejap aku
dah la baru makan kuetiow sup sepinggan huuu



my hero said, rasanya langsung tak berubah
padahal dari jaman sekolah lagi dia makan kat sini
patutla customer tak lari, sedap rupanya.

padahal sehari sebelum tu aku dah makan kat sini, esoknya makan lagi 



berkenan dengan tudung bawal 2 layer yang aku pakai?
jom terjah Suzi Shop untuk pilihan warna yang best-best belaka



malam tu pulak aku tibai charkuetiow pulak
dah lama planning nak makan sini
akak dengan adik aku duk cakap kat sini best
husband aku pun sama
tapi aku lagi suka dekat Angah Charktiow lagi
well, selera memasing kan.


agak-agak kalau makan kuetiow sokmo ada efek tak??
risau jugak aku, aku sokmo makan kuetiow, nak buat macam mana,
 kedai charkuetiow tuh 5 minit je dari kedai aku, 

haritu aku ada baca kat tenet, macam bahaya la jugak
dia cakap kalau ahad kita dah makan, isnin tak boleh, 
kena tunggu selasa baru boleh makan
lebih kurang macam tu lah.

aku dah ingat-ingat lupa, aku cari kat tenet tapi dah tak jumpa la plak
nanti la, kalau jumpa aku link kat sini.

Sunday, September 2, 2012

ini pokok kedongdong

Assalamualaikum

biarkan gambar bercerita
tapi aku akan tambah la yang patut

hari ni aku akan perkenalkan pokok kedongdong
sesiapa yang jakun macam aku bolehla tengok
ni lah 1st time aku tengok pokoknya -_-'





korang penah ker makan buah kedongdong ni?
aku penah makan masa tuh aku kecik lagi rasanya
tapi yang aku ingat buahnya masam pastu macam berurat camtuh
betul ke?



kekadang kat pasar aku ternampak jugak buah ni
tapi aku tak penah beli sebab kalau masam2 aku kurenggg sikit

kedongdong ni banyak jugak khasiat dia,nanti korang boleh refer kat sini okey

Tuesday, August 14, 2012

khasiat putih telur

hari ni tetiba hati aku terdetik nak share petua. tak perlu beli kat kedai pun. kat umah korang pun ada. jimat sungguh tambahan pulak nak raya,save budget

asingkan putih telur. pastu kacau putih telur tu jap. ambik kapas muka,sapukan putih telur kat muka. terutama kat bahagian yang banyak bintik bintik hitam tuh. kat atas hidung , tunggu dalam 20 minit macam tu


okey fine,masa tuh korang akan rasa muka korang tegang sangat, ala ala botoks gituh. lepas tuh cuci dengan air suam, kalau pemalas macam aku,air biasa pun boleh. memang petua ni berkesan, selain tu boleh hilangkan parut parut jerawat,kalau rajin buatla 2x seminggu,kalau malas sekali seminggu sekali,kalau malas lagi,sebulan sekali pun boleh daaa.






nak kekalkan mulut sewangi ini jom tengok  #petuabaru


kalau korang nak kulit santek tulus mulus bertukarlah kepada #petualama


Friday, July 13, 2012

cukuplah 2x guna pregnancy test

Dengar tajuk macam serik semacam je. Lebih dari orang bersalin la plak. 
Tapi memang itulah kenyataannya yang aku alami. Aku dah kawen 1tahun 1bulan lebih. 
Sejak dari jaman anak dara lagi memang period aku tak teratur, tapi nasib baik aku nih tak segugut, setakat sakit perut manja manja sekejap je.

Sesuka hati dia jer nak kuar bila. Kekadang sebulan tuh tak datang datang pun. 
Tapi takde la sepanjang tahun aku macam tuh. Ada la sebulan dua camtuh pastuh yang bulan lelain okey je walau kekadang kitaran hari terlebih terkurang sikit.

So, bila dah kawen nih asal period lambat sikit terus bajet peknen.
Dalam bulan 10 2011 aku duk tunggu tunggu la aku pun period
tak datang datang pun. pastuh mula berbisik bisik kat hati kecik nih
"peknen ker aku nih"

lagipun masa tuh dah masuk hari ke 40, so macam excited la jugak aku
pastuh mula la duk cakap cakap ngan my hero sambil usap usap perut
"kalau peknen kan, saya kan nak camnih camnih"
my hero lagilah, niat nak puasa 7hari. Sejuk bak air batu kejap hati  bini dia nih hikss


pergilah aku laki bini kat farmasi cari pregnancy test
malam tuh dah cakap kat my hero, lau saya tak peknen tak payah la rasa down sangat
ada hikmah la disebalik semua tuh. keesokannya, pepagi lagih aku bangun and test 

Google


ingatkan keluar garis garis tapi keluar garis sahaja.
down tapi s.a.b.a.r

Dalam bulan 12 2011 camtuh, sekali lagi lambat dekat 10 hari. Hati dah berbelah bagi, nak check ker tak nak sebab duk teringat lagi yang kecewa bulan 10 arituh. Lagipun masa tuh aku baru start keje, risau jugak andai kata peknen tapi aku tak jaga diri sangat, nanti jadi apa apa kang. So aku ambik keputusan untuk check.

Yang ni memang aku langsung tak bagitahu my hero. Pergi beli pun sensorang je, pastu mula la sorok sorok takut dia perasan. Aku bukan apa tak nak bagitahu dia, cuma aku takut dia lagi rasa kecewa untuk kali ke 2.
So, kecewa tuh biar aku sorang jelah yang rasa. Bangun esok pagi terus check tapi takde rezeki jugak. Masuk je bilik, terus dia tanya, "wat pe dalam toilet lama" Terkejut gak aku,camne ntah dia boleh sedar, aku pun cakap "sakit perut"

So, masuk tahun 2012 aku tak guna pregnancy test lagi setakat nih. Lagipun tahun ni smooth je, setakat lewat sehari dua camtuh je. Aku pun dah selalu pesan kat my hero, 

"pasnih kalau period saya lewat, saya takmo check dah, kalau dah pening muntah yelah tuh kot"

pastuh my hero pun cakap"kalau lewat sebulan??"  Aku pun hurmm.."check kot hihi"

Setakat ni aku just telan asid folic saja. 
Kalau takde rezeki jugak, hujung tahun ni rasa macam nak g berurut sikit.
Aku ikhtiar setakat mana yang mampu, selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.

*Harini terbaca gosip, Haiza penyanyi dangdut tuh 5tahun kahwin, sekarang sedang peknen 7bulan dah. Akhirnya kesabaran dia berhasil jugak :)



Tuesday, June 26, 2012

inilah akibatnya...

entry di tengah malam buta
memang sesuai dengan tajuknya


nescafe tarik kawkawkaw
tak pepasal mata ni tak nak lelap
takpe,pejam pejam je dulu
nanti lena lah tu.



teh tarik vs nescafe tarik

tapi aku minum tak penah habis pun
nasib ada suami yang baik ati
membazir amalan syaitan katanya.

1.16 pagi dah.
pejam mata pejam mata
esok harus bekerja
lalalala harihari kerja
nanti siap semua kerja baru boleh cuti dengan hati yang gembira :)

Sunday, June 17, 2012

Saturday, November 26, 2011

KEBURUKAN MINUM AIS

1) Kanser! Sudah makan sebaiknya minumla air suam@masak sebab air yang sejuk ni membekukan makanan berminyak yang kita duk telan tuh. Nanti tak pasal-pasal menyebabkan kanser sebab makanan tak dapat dihadam dengan betul. 

2) Membuncitkan! Yang ni cikji sendiri pun rasai. Segelas habis terus tahap kebuncitan semakin meninggi. Buruk beno rupenya. Lainla kalau orang yang dah beranak ramai kan. Ni kita yang belum beranak dah buncccc, malu la kan kat makciks tuh,dorang lagi kerengga berbanding kita. Very the ramping uolss

3) Gemuk air! Korang penah dengar tak istilah gemuk air? Dorang makan tak la seberapa tapi asal makan sesuap,minum air seteguk. Memang tak elok. Sesiapa yang kena gemuk air memang parah sebab berat badan susah nak turun. 

4) Badan cepat lesu! Masa bulan puasa kita dielakkan minum ais sebab badan cepat sangat penat. Terutama ahli sukan,kalau kita tengok, dorang duk tenguk air botol jer kat tepi padang tuh.Untuk menjaga stamina, nanti tak pasal-pasal pancit.

5) Terkucil! Haaa,yang ni memang lagi dasyhat. Bagi yang nak jalan jaun-jauh,sediakan la mineral water. Tak perlu nak berais-ais. Nanti tak pasal lambat sampai kat destinasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...