Showing posts with label Journal. Show all posts
Showing posts with label Journal. Show all posts

Thursday, February 15, 2018

SELEPAS 10 TAHUN



Tarikh ini;
10 tahun yang lalu;
saya meninggalkan dunia kerjaya yang paling saya cintai.
Membuat satu keputusan yang amat sukar dalam hidup;
hanya untuk berada di sisi seorang yang bernama SUAMI.
.
Pada ketika itu, keputusan langsung tidak didasari kewarasan akal;
sebaliknya lebih kepada mengikut kata hati yang ingin melayari mahligai cinta seadanya seperti pasangan lain.
Ada satu ketika terlintas di fikiran saya;
Jika dapat diundur masa;
jika ada keputusan yang boleh diubah;
pasti saya tidak memilih untuk berada di sini.
.
Itu dulu - kata hati seorang yang masih belum matang.
Yang sering membiarkan diri larut dalam kenangan;
yang melihat apa yang berlaku itu sewajarnya tidak begitu.
Kata hati saya yang mengenepikan ketentuan Allah.
.
Tapi kini, saya sedar.
Hadirnya saya di sini adalah mengikut perancangan dan izin Allah jua.
Semuanya berlaku mengikut qada dan qadar yang telah tertulis sekian lama.
Benarlah, setinggi dan sehebat mana pun perancangan manusia tidak akan bisa mengatasi percaturan Dia yang satu!
.
Seperti lagu M. Nasir;
lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
yang mana satu engkau pilih?
.
Bersyukurlah untuk semua nikmat kurniaan Allah.
pasti bahagia akan menjadi milik kita.




Tuesday, January 30, 2018

M.I.M.P.I


Kata orang mimpi itu mainan tidur.
Tak usah di layan syirik jadinya.
Tak ada niat saya untuk melayan mimpi2 ini, cumanya bila;
bermimpikan sesuatu yang agak menggerunkan.
.
Situasinya saya sedang berjalan2 di hadapan jalan rumah abah,
dengan tiba2 kawasan tersebut dipenuhi ular.
Yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Yang datangnya dari pelbagai arah menuju kepada saya yang mana akhirnya ular2 tersebut memanjat tubuh saya.
.
Sungguh saya gusar - apakah ini petanda Allah azab yang bakal saya terima kelak;
sering dalam pembacaan balasan2 Allah berbentuk binatang berbisa ini ada.
.
Kejadian mimpi ini saya ceritakan kepada Mr. Papa dan anak2 pun ada berdekatan bermain.
Tak saya menyangka, kejadian mimpi itu diceritakan Alesha kepada ustaz di sekolahnya.
Yang kemudiannya bila balik ke rumah Alesha menjelaskan maksud mimpi tersebut dari tafsiran ustaznya.
Yang antara lainnya bermaksud - ada orang sedang berusaha dan mencuba untuk melakukan sihir
.
Sihir.
Nauzubillah.. moga Allah lindungi.
Tiada sedikit pun niat untuk mempercayainya.
Kepada Allah jua saya berserah.
.
Aamiin.




Tuesday, January 23, 2018

W.A.N.I.T.A


Saya masih tak boleh hadam kejadian tular wanita semalam tu.
Serius saya kesian.
Dengan mendukung anak kecil, phisically she's okay.
Tak gemok, takdelah tak cantik.
Entah apalah yang ada dalam fikiran si suami. Nauzubillah.
.
Saya bukan penentang poligami.
Kahwinlah dua atau tiga sekalipun sekiranya mampu.
Pakcik saya sendiri beristeri lebih seorang. Tapi dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu.
Cuma dari segi didikan dll. Saya kira banyak yang terabai.
Dan satu prinsip saya - kalau betul-betul hendak, berkahwinlah dan halalkanlah.
.
Saya cukup pantang lelaki yang dah beristeri dan mempunyai kekasih gelap di belakang isterinya.
Dan kepantangan saya juga apabila ada yang bersekongkol menghalalkan perbuatan tersebut.
Terutama bila yang bersekongkol itu kenal baik si isteri.
Nampak tak pengkhianatan yang terang-terangan??
.
Wanita ni darjatnya cukup mulia.
Allah menyuruh setiap dari kita memuliakan wanita.
Ibu diberikan penghormatan tiga kali berbanding ayah.
Makanya seorang suami yang punya isteri yakni ibu kepada anak2nya - wajar dihormati.
Tapi kalau lelaki atau suami tadi lebih suka berhubungan tidak halal.
Untuk apa lagi wanita itu perlu setia.
.
Perkahwinan - akad - ijab dan kabul.
Perjanjian sang suami untuk bertanggungjawab menjaga isteri dan seterusnya keluarga.
Jika perjanjian itu telah dikhianati apa masih perlu setia?
Orang akan melihat tulisan saya sebagai - benda tak jadi dekat kau senang lah cakap.
Tapi saya masih berpegang kepada sayangkan suami tu berpada-pada.
Selagi dia masih suami ayah yang bertanggungjawab - setia dan menjaga hubungan perkahwinan dengan baik sayanglah sepenuh hati.
Tapi kalau sedah sebaliknya - janganlah direndahkan martabat wanita untuk merayu sang suami.
Unless beliau taubat dan insaf sepenuhnya untuk tidak mengulangi.
Sebabnya banyak lelaki yang kantoi minta maaf pujuk dan belai maka cairlah isteri.
Dan teruslah memaafkan dan menganggap yang salah ialah wanita kedua yang hadir.
Sedang kita tak tau di belakang sang suami masih berhubungan secara rahsia ibarat pasangan asyik bercinta.
.
Moga Allah pelihara mahligai perkahwinan yang saya bina dan jauhkan kami dari ujian sebegini. Aamiin
.



T.U.L.A.R ataupun V.I.R.A.L

Tular merupakan istilah yang boleh dikatakan menghantui hidup masyarakat kini.
Perkara positif ditularkan untuk kebaikan.
Yang negatif pula ditularkan kononnya untuk pengajaran.
.
Tapi betulkah orang melihat tular itu dalam konteks yang begitu?
Seperti yang saya coretkan semalam, manusia hanya ingin melihat apa yang matanya suka dan mendengar apa yang telinganya mahu dan bercakap apa yang mulutnya utarakan. Tidak pernah (atau jarang) ada manusia yang memberi pemahaman mengikut kehendak individu yang bercakap. Betul kan??
.
Yang paling saya yakin, dalam banyak2 tular..tular yang membuka aib orang lain yang paling banyak menghiasi media sosial dan mengundang komen2 netizen yang pelbagai termasuk menjatuhkan hukum.
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor media konvensional, saya amat mengutamakan ETIKA. Etika dalam perkongsian di media sosial atau pun etika dalam menyalurkan apa2 berita dan maklumat. Baik di saluran media sosial rasmi atau peribadi.
Meskipun ia sering dikaitkan dengan hak asasi manusia namun yang paling utama bagi saya - belajar menghormati hak dan peribadi orang lain.
.
Seperti semalam, kecoh di media sosial seorang wanita menampar suami yang ditangkap bersama seorang gadis di sebuah mall.
Ianya pada asalnya hal dalaman wanita terbabit - cuma yang salahnya ia berlaku di tempat awam.
Perkara kedua yang salah ialah apabila ada yang merakamkan dan menularkannya.
Nampak tak?? Bilamana tular menguasai minda kita kadangkala gagal untuk menafsir dan bertindak secara rasional.
.
Wanita (baca mangsa) dalam kes tersebut sedang dalam amarah.
Tindakan yang dilakukannya juga adalah tindakan refleks apabila amarah menguasai diri.
Syaitan memulakan aksi mencucuk jarum - sehinggakan minda tidak rasional.
Maka berlakulah adegan seperti di dalam video.
Tetapi individu yang menjadi perakam itu sepatutnya lebih rasional.
Mencuri merakam dan menyebarkan rakaman itu adalah satu kesalahan.
Entah apalah yang ada dalam fikiran individu tersebut sewaktu bertindak merakam dan menyebarkannya.
Wallahualam.
.
Konklusinya. Kita perlu ada etika.
Hentikan sesuatu yang melanggar hak orang lain.
Pokok pangkalnya pada diri kita.
Tindakan kita yang menentukan kematangan dan pemikiran kita.
.
Psst - balik ke asal. Didikan mak ayah dah sempurna untuk ajar kita bezakan mana baik dan mana buruk.



Monday, January 22, 2018

W.I.S.H.L.I.S.T 2018

Bila bermulanya tahun baharu maka bermulalah azam baharu.
Menjelang usia 40 tahun ni, satu benda yang saya sedar - saya tidak menginginkan sesuatu yang fizikal/barangan.
Mr Papa belikan beg Prada masa birthday pun dah tak rasa apa.
Walaupun dulu menginginkan ia tapi bila dah dapat rasa..Ya Allah membazirnyaaaa.
Entahlah. rasa macam apa yang paling dikehendaki sekarang adalah MASA.
Masa untuk bersama keluarga.
Masa untuk diri sendiri.
Masa untuk bersenang lenang selepas waktu kerja.
Masa untuk mendekatkan diri padaNya.
.
Banyak dah masa saya yang terbuang sebelum ini.
alpa, lalai leka.
Syukurlah Allah masih izinkan bernafas. Kalau dicabutnya nyawa waktu skrg?
Adakah dah besedia di sana?
.
Kalau orang baca orang kata macam bagus ja tulis.
Well..kita tak akan dapat puaskan hati sesiapa pun.
Hati kita hanya kita yang tau yang rasa.
Lantaklah apa orang nak kata kan. Yang penting bila kita rasa nak buat macam tu kita buat sahaja.
Orang suka dia terima kita, orang tak suka kita duduk ja diam-diam.
.
Dan menjelang usia 40 tahun ni juga saya mula merasakan kualiti KAWAN adalah lebih penting dari kuantiti.
Ada yang berjauh hati, ada yang berdengki, ada yang depan lain belakang lain tu bagi saya dah tak berapa nak utama.
Sebab dalam apa juga keadaan dan situasi kita tahu siapa yang kita boleh menumpang kasih dan sayang.
Kawan mana yang akan ada dalam susah dan senang kita.
Kalau orang nak kata kera sumbang sebab tak berkawan pun biarkanlah.
Kawan tak semestinya ada dan sentiasa bersama kita setiap masa.
Biar jauh di mata, yang utama kita sentiasa ada dalam doa mereka2 yang ada di hati kita.
.
Wishlist tahun ni juga nak amalkan gaya hidup sihat.
Bukan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan.
Tapi lebih kepada nak memastikan kesihatan sentiasa di tahap yang terbaik.
Alesha tahun ni 10 tahun, Aisy pula 9 - harapannya dapatlah bertahan hidup lebih lama nak tengok keduanya membesar dengan sempurna, jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
.
Aurat - pun nak ditingkatkan. Slowly but surely kata orang.
Insya Allah.
.
PhD - hurm. not this year i guess.
Sebab ada satu wishlist paling utama yang diinginkan tahun ini.
dan moga Allah makbulkan dan izinkan ia berlaku.
Aamiin.
.
Pssst - hidup adalah berdasarkan aturan kita. Hentikan memikirkan ia dari sudut pandang orang luar.




R.E.Z.E.K.I

Sesuatu yang terlalu subjektif untuk diperkatakan.
Ada orang melihat rezeki itu pada nilaian duit semata-mata.
Namun hakikatnya rezeki itu pelbagai.
Datang dalam pelbagai bentuk/takrifan/kurniaan yang kita tak terjangkakan.
.

Image result for rezeki

Seperti ayat di atas.
Rezeki itu ujian Allah. Kadang kita nampak mewah tapi apakah kita dipandang Mulia di sisiNya?
Kadang kita lihat ada orang yang rezekinya sempit. Tapi hidupnya jauh lebih bahagia dari kita.
.
Nampak tak?? Kalau Allah tak bagi bukan bererti Allah tak sayang.
Kalau setiap yang diinginkan tak dipenuhi bukan bererti Allah tak izin.
.
Pegang satu sahaja - Allah akan bagi pada masa dan ketika yang Dia kehendaki.
Kalau dapat bersyukurlah.
Kalau tak dapat Sabar dan redhalah.
.
Dan bagi saya - Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan suami yang penyayang. Suami yang ringan tulang membantu di rumah. Suami yang sentiasa menjaga hati isterinya yang kuat cemburu, yang suka merentan ini.
.
Saya juga bersyukur dengan puteri putera kesayangan. Yang Alhamdulillah sentiasa dalam tahap kesihatan yang baik, yang dipermudahkan urusan menuntut ilmu keduanya.
.
Psssst : Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?


Wednesday, September 3, 2014

Air Mata MH17

Sayu hati memandang...sayu lagi hati yang menanggung....
Sepanjang istiadat berlangsung..saya mengelak dari menonton..hati saya rapuh tak cukup kuat untuk menanggung kesedihan... tapi malam tadi..sewaktu sedang makan bersama mr papa di gerai char kuey teow...skrin besar menayangkan berita (buletin utama) dengan cerita mengenai arwah Mohd Firdaus... Allah... menitik air mata mengenangkan kesedihan yang ditanggung isteri arwah...tanpa suami di sisi dan bakal melalui saat kehamilan bersendirian... usia kandungan baru 18 minggu...anak yang bakal lahir pun tidak sempat mengenali ayahnya... allahhh...besar sungguh dugaanMu... 



Tenanglah dik...doa banyak2..moga allah temukan kalian semula di syurgaNya kelak...


**Speechless**





Monday, November 4, 2013

PAHANG Juara PIALA MALAYSIA !!!

Saja nak update blog setelah sekian lama tak update...
Bukan sebab nak tumpang glamer kejayaan Pahang...
Tapi saja ja nak bg en suami aka mr papa baca...
Sebelum mr papa ke KL, dia tanya :
"Nanti final Piala Malaysia sapa menang?? Love ambik sapa?? Abg bagi can love pilih dulu kita betting"

So saya diammm lama... memang lama saya diam.. hati kuat nak sokong Pahang.. tapi takut..so saya balas :
"takpelah..abg pilih dulu...love bagi can kat abg"..

hahahaha nampak dak permainan di situ... :p

Last2 dua2 diam.. so sudahnya saya kata : "Hati kuat kata Pahang menang..." mr papa kata : "Abg rasa Kelantan"... so DEAL...

Bila masing2 pilih team yang berbeza baru seronok kann... hahahahah... tapi saya saja pilih Pahang sebab tak suka Neelofa..saya suka CT Nurhaliza... boleh gitu??? ekekekekekek... kan ke paper Utusan Malaysia keluaq bukan main besaq kat belakang...siti pilih pahang neelofa pilih kelantan..so saya yang memang tak berapa suka kat neelofa terus suka pahang.. tapi secara dasarnya menilai permainan Pahang sepanjang musim..pluss status underdog..plus semangat nak menang selepas 21 tahun membuatkan saya yakin Pahang akan bermain mati-matian...

Akhirnya Alhamdulillah...pilihan saya menang... tak tau lah apa yang akan dibalas oleh mr papa nanti... :)

Saya dan Piala Malaysia sebenarnya bukan baru...sejak dari sekolah rendah lagi saya memang minat bola tempatan...kawan2 saya mesti tau kegilaan saya pada pasukan Hijau Kuning (kedah) dari zaman Lee Kin Hong, Norazam Ishak, Faridzuan Che Hamid, Ahmad Sobri Ismail, Azmi Mahmud, Nidzam Adha, Radhi Mat Din sehinggalah ke zaman kembar Feriza/ Farouk... lepas tu saya agak suam2 kuku..sebab tak kenal...hahahaha..dolu2 saya kenal personally geng2 bola..bukan setakat minat di akhbar/majalah...tapi bila tak kenal personally dah malas nak follow..tapi jiwa tetap menyokong hijau kuning... :)

Bukti nyata...saya berada di Stadium Bukit Jalil di saat kedah kecundang kepada pasukan Perlis pada tahun 2004... huhuhuu...

Gol balingan yang dijaringkan oleh Adrien Jurad Chamrong yang gagal ditangkap kemas oleh Megat Amir... haishhh frust okay... tahun 2005 saya tak ke Bukit Jalil sebab x minat Selangor... tapi 2006 saya kembali ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir antara Perlis vs Negeri Sembilan... (actually dating ngan mr papa)... masa ni tak sokong sesiapa pun..tapi just wanna spent our time together sebelum mr papa ke Penang untuk Kejohanan Terbuka Malaysia... :) (owwhh indahnya kenangan).. start 2007 no more bola selepas saya menjadi isteri mr papa..tapi ada jugak le ke stadium sekali dua... :)

Bila agaknya nak boleh repeat... errr...kalau nak repeat nanti kita repeat kat stadium oversea naaa.... :)

Tahniah pasukan Tok Gajah.. !!!


Monday, January 7, 2013

Masanya sudah tiba.....


It's already time for me to let them exploring new thing...
Alesha tahun ini bakal melangkah ke usia 5 tahun...dan adik pula 4 tahun..
Sudah tiba masanya kedua2nya didedahkan dengan persekitaran yang lebih proper untuk masing-masing belajar di peringkat usia ini...
Jika tahun lalu saya gagal dalam cubaan menghantar Alesha ke sekolah..Alhamdulillah tahun ini kedua-duanya menunjukkan perubahan yang positif..Aisy walaupun cubaan kali pertama untuk ke sekolah, namun dia lebih excited dari kakak (pada tahun lalu). Makanya urusan hari pertama masing-masing berjalan lancar...saya tak perlu masuk lewat ke pejabat untuk menguruskan kedua-duanya...Alhamdulillah...
Aisy sebenarnya hanya ke taska - tiada pembelajaran rasmi..tiada uniform...tapi memandangkan istilah school yang sering disebut kedua-duanya..maka saya dan Mr. Eastguy terpaksa juga mencari baju yang seakan2 uniform untuk Aisy..so end up kami beli dua helai T-shirt berkolar (biru dan putih) serta dua seluar panjang untuk dijadikan uniform...Alesha pula memang dah diberikan dua pasang uniform - satu seluar panjang dan satu lagi skirt...so akan berselang seli pakai..buat masa skrg cukuplah dulu dua pasang..sayang sebabnya budak2 semakin membesar..kalau dibeli banyak2 sekejap saja dah senteng... Baju Alesha tu actually saiz paling besar...Confirm setengah tahun dah senteng..nampak gayanya Ticher Alesha kena prepare one size bigger selepas ini sebab ada baby giant... hahahhahahaha...

Anak-anak : Semoga jadi insan yang soleh/solehah dan berguna untuk agama bangsa dan negara ya sayang.... we love you so much...




Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 19, 2012

Teaser : Graduation Dinner


Cerita panjang akan menyusul selepas ini...maafkan saya..sukar mencari masa untuk update blog kesayangan...entah2 reader saya semua dah lari kan...hahahahahaha... apa2 pun...akhirnya saya dan suami dah berjaya menamatkan MBA kami selepas hampir dua tahun bertungkus lumus...
Alhamdulillah....syukur Ya Allah atas kurniaMu.....



Malam Graduasi diadakan khusus untuk meraikan kami staf2 yang mengikuti program MBA hasil kerjasama UniMAP dan UUM... graduation akan berlangsung di UUM..so for dinner UniMAP menjadi host...
malam dinner kami menerima frame gambar dan sijil penghargaan....



Tuesday, May 22, 2012

Selamat Datang Rejab......



Hadis yang tidak sahih banyak disebarkan mengenai bulan Rejab..kononnya puasa satu hari ganjarannya sekian sekian...saya terbaca tweet imam muda asyraf : "Jgn sebarkan hadis2 tentang kelebihan puasa khususnya pada 1 Rejab...ianya bukan hadis sahih...sebenarnya sama sahaja antara kelebihan puasa sunat yang lain..dahulukan puasa ganti itu yang penting"....maka untuk kesahihan lagi saya google dan ini yang saya temui :
 
"Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan"

 So....ayuh kita menjalankan ibadat sunat untuk membiasakan diri dengan ibadat wajib di bulan Ramadhan nanti...Kepada yang masih belum sempurna ganti puasa tahun lalu...silalah berusaha gigih ya..masa semakin suntuk....:)



Friday, December 30, 2011

Mati Itu Pasti :)


Majoriti yang bercerita pasal Tentang Dhia baik di blog atau FB...
Twitter telah lah kan...
sentiasa penuh ngan update tentang Dhia...
memang berhantu lah citer nih...
sesuai ngan hantu2 raya yang dibela oleh pak boon...
merasuk majoriti rakyat Malaysia untuk menontonnya...
ramai yang mengulas mengenai ending tentang dhia...
ramai yang suka dan ramai yang mencemuh kenapa ku salmi tak dapat balasan kannn...
sama mcm saya...walaupun kita sedar balasan terhadap ku salmi diberi secara tersirat...
hamekk kaw..anak ko dah mati..apa pun ko tak dapat kann...rose pulak jadi janda berhias...
tapi dari satu aspect lain saya lihat..drama ini banyak pengajarannya...
salah satunya tentang mati....
Mati itu pasti...Dhia yang dah mati di episod awal..berjaya hidup kembali dan kemudian mati semula...
hebat kannn??
Bila pula giliran kita...??
Wallahualam....
hurmmm...lagi satu betul ke orang baik mati cepat?? orang jahat selalu hidup lama?
selalu sangat dengar orang cakap mcm ni..tapi sejauh mana kesahihannya saya pun tak pasti....
cuma dalam cerita nih nampak sangat...banyak orang baik2 yang diambil nyawanya terlebih dahulu....
itu tandanya Allah sayang...bak kata dhia...cintai Allah lebih dari segalanya...Cinta yang satu...:)




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin