Showing posts with label setia. Show all posts
Showing posts with label setia. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

M.E and H.I.M




Pemilik hati.
Yang kadang-kadang tetap bikin saya makan hati
Dan ada ketikanya cambahkan bunga-bunga dalam hati
.
Saya dan dia jauh beza.
Baik dari segi tingkah mahupun usia
Namun ketaksamaan itulah yang jadikan kami berdua
Saling lengkapi dan sentiasa berusaha
Untuk terus menongkah cabaran dan juga ujian dariNya.
.
Sayang sepenuhnya
Moga kekal selamanya
Biar sampai syurga cinta kita
Yang memisahkan hanya jasad dan nyawa
Serta ajal ketentuanNya
Mudah-mudahan hendaknya.
Amiiin.
.

Posting khas menjelang ulang tahun pernikahan ke-11 Februari ini.








W.A.N.I.T.A


Saya masih tak boleh hadam kejadian tular wanita semalam tu.
Serius saya kesian.
Dengan mendukung anak kecil, phisically she's okay.
Tak gemok, takdelah tak cantik.
Entah apalah yang ada dalam fikiran si suami. Nauzubillah.
.
Saya bukan penentang poligami.
Kahwinlah dua atau tiga sekalipun sekiranya mampu.
Pakcik saya sendiri beristeri lebih seorang. Tapi dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu.
Cuma dari segi didikan dll. Saya kira banyak yang terabai.
Dan satu prinsip saya - kalau betul-betul hendak, berkahwinlah dan halalkanlah.
.
Saya cukup pantang lelaki yang dah beristeri dan mempunyai kekasih gelap di belakang isterinya.
Dan kepantangan saya juga apabila ada yang bersekongkol menghalalkan perbuatan tersebut.
Terutama bila yang bersekongkol itu kenal baik si isteri.
Nampak tak pengkhianatan yang terang-terangan??
.
Wanita ni darjatnya cukup mulia.
Allah menyuruh setiap dari kita memuliakan wanita.
Ibu diberikan penghormatan tiga kali berbanding ayah.
Makanya seorang suami yang punya isteri yakni ibu kepada anak2nya - wajar dihormati.
Tapi kalau lelaki atau suami tadi lebih suka berhubungan tidak halal.
Untuk apa lagi wanita itu perlu setia.
.
Perkahwinan - akad - ijab dan kabul.
Perjanjian sang suami untuk bertanggungjawab menjaga isteri dan seterusnya keluarga.
Jika perjanjian itu telah dikhianati apa masih perlu setia?
Orang akan melihat tulisan saya sebagai - benda tak jadi dekat kau senang lah cakap.
Tapi saya masih berpegang kepada sayangkan suami tu berpada-pada.
Selagi dia masih suami ayah yang bertanggungjawab - setia dan menjaga hubungan perkahwinan dengan baik sayanglah sepenuh hati.
Tapi kalau sedah sebaliknya - janganlah direndahkan martabat wanita untuk merayu sang suami.
Unless beliau taubat dan insaf sepenuhnya untuk tidak mengulangi.
Sebabnya banyak lelaki yang kantoi minta maaf pujuk dan belai maka cairlah isteri.
Dan teruslah memaafkan dan menganggap yang salah ialah wanita kedua yang hadir.
Sedang kita tak tau di belakang sang suami masih berhubungan secara rahsia ibarat pasangan asyik bercinta.
.
Moga Allah pelihara mahligai perkahwinan yang saya bina dan jauhkan kami dari ujian sebegini. Aamiin
.



Friday, March 14, 2008

Rindu


"saat ini ada hati yang sedang merindu....."
Saya bukanlah seorang yang lemah..tapi dengan hadirnya dia dalam hidup saya, saya bagaikan kehilangan diri saya yang dulu...seorang yang kuat, tabah dan sentiasa bersemangat...huhuhu...sangat tidak menyeronokkan..tapi apakan daya...dua tahun memendam rasa dan bila akhirnya dia sah menjadi milik saya, hati ini telah saya serahkan 100 peratus padanya..dan kini..saat terpaksa berjauhan, saya semakin tersiksa..saya terlalu rindukan dirinya..
Bait lagu rossa ini sentiasa saya jadikan pegangan...kau jadikan aku ini wanita yang kau pilih untuk jadi kekasihmu...dan kau pun aku pinta, setia sepertiku, hingga waktunya tiba...aku percaya penuh, kau kan buatku bahagia...kerna cinta tercipta datangnya dari dalam hatiku....
Kala ini saya amat mengharapkan hadir dirinya...namun apakan daya..ada tugasan yang perlu dilaksanakannya..hanya satu yang saya harapkan..moga dirinya juga merindui saya seperti mana saya merinduinya....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin