Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Friday, April 22, 2016

Belajar English & British Council

Da lama sebenarnya saya berimpian nak belajar English kat British Council. Hari tu saya godek2 lah lama web British Council. Takde fees dinyatakan. Kena request dulu. Bila dapat Quotation harga dalam 3k - 5k. Huhu! Memang tak mampu lah buat masa ni nak belajar English kat sana. 

Tadi saya tengok MHI. Sorang Mat Salleh ni suka travel kat Malaysia. Sekarang dah pandai cakap melayu. Kata beliau sebab nak mendalami bahasa melayu dia tulis blog dalam bahasa melayu. Saya dah ke blog nya. Wah! Kagum. Bahasa melayunya boleh tahan. Nak baca? KLIK SINI =)

Adakah perlu saya menulis blog dalam English untuk mendalami English? Bukan blog ni. Maksud saya blog "baru".

Wednesday, December 23, 2015

Tak ada orang Malaysia ke baca blog ni?

Makin hari makin pelik ngan feedjit nih. Apa tak nya, cuba tengok gambar tu. Semuanya obersea punya reader. Tak tahu lah auto detect ke, robot ke apa ke? Tapi tak ske la camni sebenarnya. Sebab tak dapat nak trace reader dari mana. Bukan nak trace sangat pun kan. Cuma bleh lah tahu dari selangor ke, johor ke. Opsss!! haha

Serious rasa bukan orang yang baca. Sebabnya kan paham ke dia nak baca BM ni. Atau pun orang melayu menetap kat sana. Pun pelik lah. Unaccepted. Macam nak buang pun ada feedjit ni. Korang rasa cam mana? 


Friday, February 14, 2014

Sejak 2007

Tak sangka blog yang sekadar suka-suka di create telah masuk tahun ke8 tahun ni. Tak sangka. Tak sangka. Hahaha! 

Bila baca balik entri yang awal-awal dulu baru tahu betapa childish nya saya masa tu. Dan pengalaman hiduplah yang membuatkan kita makin matang. Betul tak? Moga tulisan saya nanti-nanti akan berubah tahap kematangannya seiring dengan peredaran masa.

Saya anggap blog saya biasa-biasa saja. Pengunjung pun biasa-biasa saja. Tak ramai macam blog-blog lain. Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca blog yang biasa-biasa ini. Tanpa anda mungkin saya takde kekuatan untuk update sehingga ke hari ini. 

Sebenarnya blog ini tempat saya berkongsi rasa, suka duka, kadang-kadang tension, nak marah. Sume-sume lah. Tapi saya filter juga benda yang negatif bila nak tulis. Sebab kalau kita sebarkan aura positif lagi oke dari sebarkan aura negatif kan. Ecececee... Hehe!. 

Lately saya tengok pembaca blog saya meningkat 2x ganda. Saya tak tahu sebab apa. Tapi saya nak cakap selamat membaca untuk newcomer. Apa yang baik-baik yang saya tulis jadikan tauladan. Apa yang buruk-buruk jadikan pengajaran. Moga kita beroleh manfaat bersama.

Thursday, December 5, 2013

Blogwalking

Salam semua. Jangan lupa tinggalkan komen kat sini k. Nanti saya letak link blog korang sume kat page ini. Page mana? macam kat dalam gambar ni k. tq2...


- Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah 
apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan -

Imam Hassan Basri




Tuesday, November 12, 2013

Blogwalking

Lately suka blogwalking. and i meet a lot of new friends... hehehe!.

Dann.!! kadang2 seseorang itu sangat lucky sebab mereka ada skill menulis yang hebat. Today I found new blog. And very exciting to read. Promise you won't regret.

maribergebang

Thursday, October 10, 2013

Saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan =)

Saya sebenarnya ada sikittt je masalah.! 

Sebagai contoh kotak komen ni kan..biasa kalau klik pada nama blogger terus direct ke page kawan2 yang lain. Tapi kalau ada simbol dalam bulatan tu. bila kita klik pada nama tidak terus direct ke page kawan2 tadi. Macam mana untuk ke page kawan2 tersebut. Segala pertolongan didahulukan dengan ucapan terima kasih =)


Sorry ada sesetengah komen ter print screen sekali


Tuesday, February 19, 2013

Rasa mahu buang saja benda alah ini

Tujuan ada chatbox dulu untuk senang kawan2 baru tinggalkan link. tapi kebelakangan ini asyik dilink kan kepada page2 yang pelik je. Memandangkan ia takde faedah sangat berada disitu macam nak buang saja. 


Comment juga da tukar setting. sekarang kalau approved dulu baru comment appear. sebenarnya saya bukan protective sangat. tapi geram bila asyik dpt komen dari anonymous saja dan komen yang bukan2...bila need approval takde pulak anonymous yang komen. tapi leceh lah sikit. kadang2 komen masuk spam dan terlepas pandang. kepada kawan2 ampun & maaf ye andai kata ada komen yang saya tak publish. 


Thursday, January 10, 2013

Bila baca dan terus suka dan terus rasa macam nak baca lagi

Sesungguhnya dunia pembacaan blog saya bermula sekitar tahun 2006 dan 2007 lagi. bagaimana boleh terjerumus? asalnya saya terbaca blog dengan nickname akimahen. ke dah pernah cerita? hehe tapi nak citer lagi. blog tu best. asalnya nak google somting lalu termasuk ke link blog nya. sy sebagai silent reader je masa tu. nak komen segan. namun akhirnya sebab tak tahan saya buat blog sendiri, blog ini lah yang korang sedang baca ni. lepas tu saya ada komen sekali dua di blog beliau sebelum beliau bertukar link ke blog lain. dan tidak lama selepas itu blog itu pun macam sudah tak wujud. tapi blog sy ni ada je. kadang2 rancak. kadang2 slow and steady saja. 

kemudian sekitar tahun 2008 saya dikenalkan oleh seorang rakan dengan blog lidah2. mahu ke sana just search lidah2 di google search. sehingga kini saya masih membaca blog beliau. banyaknya sebagai silent reader saya. komen2 sangat jaaaaaaaaaaaarang ataupun tak pernah komen langsung. huhu. tak ingt. 

terbaru. saya terbaca pula blog sembang kencang. google juga ye kalau mahu ke sana. alkisah bermula dari link i-city di facebook dan sekarang saya menjadi peminat tegar blog itu. 

perasan tak mereka semua lelaki dan saya suka baca blog mereka kerana mereka lain sikit berbanding bila kita baca blog wanita. mereka lebih straight forward. kadang2 bila baca apa yang mereka tulis terasa macam oooooooooo aku pun pernah melalui pengalaman, pernah merasai apa yang mereka lalui cumanya tak pandai nak expresskan kepada masyarakat. 

kalau korang still tertanya2 apa yang saya maksudkan boleh ke sana. hehehe!

Tuesday, April 24, 2012

Time to reveal: KOmen terbaik!!! =P

Ingat tak lagi yang saya mahu bagi adiah untuk komen terbaik pada post time to reveal?

memandangkan hanya ada 3 orang je yang komen. saya berbesar hati mahu bagi adiah tupperware dekat sumeeeeeee yang komen.

jadi bagi alamat ye, jumaat saya mahu post.

1. kakzakie

2. fiexa

3. farah

kalau sesapa mahu adiah jugak rajin2 lah ke sini ye =)

Thursday, October 27, 2011

1st Giveaway vanillacheze.com


Syarat2 penyertaan adalah:

1. Jadi follower elin, vanillacheze.com. Done!!

2. Entri bertajuk: 1st Giveaway vanillacheze.com. On the way!! =)

3. Then reply post beserta nama, url & bagaimana leh follow 0r jumpa blog elin

Itu saje..

Bagaimana terjumpa blog elin saya tulis kat sini, sebab panjang pulak nak tulis kat kotak komen. Rasanya pertama kali masuk blog elin sebab elin tinggalkan komen kat one of my entri. Tapi tak ingat dah yang mana. Then nak follow blog elin ada masalah sket masa tu. Internet lembab. So tak follow dan nak update blog list pun tak dpt. Nasib baik elin komen2 lagi kat a few of my new entries. Thank you dear.

Sebenarnya after i realize kitorang ni macam banyak persama pulak. Let me list down k. Just for fun =)

Umor: 25 thn
Tarikh tunang: Mine 23 Sept 2011 beza sehari je.
Tinggi: 153cm, berat of coz sy lagi2 berat dari elin.
Anak: Nama lebih kurang sama, Nuur Saarah Amani & Dhiya Amani cam janji2 pulak =)
Umur anak jugak lebih kurang beza 2 minggu je,..




Wednesday, October 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Da lama tahu pasal blog ben ashaari ni. Tapi tak pernah jenguk dan tahu apa yang ada kat dalamnya. Semalam start blogwalkingg blog ben macam menarik pulak. Hari ni pulak ada segmen bersama rakan blogger. Tertarik dan join. So, here it goes:

Ceritakan serba sedikit mengenai blog dan tujuan berblog

Saya berblog sejak 2007 lagi. Sebenarnya sebelum tu lagi saya sudah berblogwalking. Baca blog orang tapi sebagai silent reader je. Last2 terasa sangat gatal tangan nak komen. Buat blog untuk komen blog orang je masa tu. Tak nak lah kan komen sebagai anonymous pulak kan.

Daripada komen blog orang buat entri untuk blog sendiri pulak. Lepas satu satu. Tak sangka blog yang tak seberapa ini wujud sehingga ke hari ini.

Blog ni mostly ceritanya adalah pasal diri sendiri bersama keluarga & kawan2. Daripada zaman bujang hinggalah da berkawin. Daripada zaman belajar hingga lah ke zaman kerja. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila terjah..hehehe!!!

Idola dalam berblog

Sebenarnya macam setiap hari pun bertambah. Tapi yang paling saya suka baca dan bukak tiap2 hari walaupun takde post baru adalah blog Hanis Zalikha & Kak LG.

Oke dah..

Salam perkenalan untuk semua =)

Saturday, April 25, 2009

Awardss..=)

Thanks sebab bagi dua award sekali gus. Terharu2.

Award pertama

RULES ;

1.Put this badge in your awesome blog.



2.Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.

3.Make sure you put the recipients’ names here, along with their links.

Saya bagi award ni kat
+ Alin
+ Dalila
+ Zeti
+ Dayah Chemi
+ Intan
+ Sue
+ Wani
+ Dayah Wani
+ Harith
+ Rosli

4.Let them know about this.
5.Don't forget to tell the who give this award and also his links.

Opss Adreyna yang bagi award ni kat saya.

Award kedua:


1.Pastikan jantina anda adalah perempuan

2.Copy badge sebagai award anda

3.Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

+ Sebab boleh pakai baju dalam semua warna
+Sebab kasut dan selipar ada banyak choice
+Sebab sekarang dah ramai pompuan yang berjaya
+Sebab pompuan lemah lembut
+Sebab pompuan lawa2
+Sebab pompuan baik
+Sebab saya suka dan BANGGA jadi pompuan, mujur saya bukan lelaki

4.Pass kan award ini kepada girl-friends anda

Saya hadiahkan award ini kat sume follower saya. Oppss yang perempuan je ye.

Thursday, April 16, 2009

Award collections

Award from dyana


Award from honeysour


Syarat: Nyatakan pandangan.
Blog yang cun dan suka baca cerita kat situ.
Best2!!


Award from K.Ami


Award from Indah


Clik here and become Indah follower and
you will get this award. Easy right? Hehehe..

Award from Adreyna


Tuesday, June 10, 2008

background

Tau tak kenapa i choose this background for my blog. Because now i'm doing my internship at kerteh. Banyak pantai kat sini.

Kat Kuala Kerteh ade pantai. Tapi pernah pergi waktu malam jerk. Tak nampak sangat.

Kat Kemasik ade pantai. Selalu layan jiwang kat sana. Hak hak. Ye ek kawan2. Betul kan Sue, Aini?

erm, pastu ari tu g pantai kat Cherating. Saje jalan2 tiba2 dah sampai cherating. Walaupun cherating kt Pahang tapi still pantai jugak kan. Pendek kata kat sni kaya ngan pantai. Sampaikan i dah terjatuh hari dengan pandangan kat pantai.

Ops. lupa lak, selalu jugak lunch kt tepi pantai Paka. Best jgk lunch kt sn. Walaupun tak makan nasik, makan bihun sup pun best jugak. Ada keropok. Ado sotong celup tepung. Ada air cendol. Thank you kepada teman seintern. Embun, Dalila n Danial. Hik hik hik. Kadang2 time mengidam danial jadi mangsa kena g makan kat pantai kan? kan?

Walaupun kadang2 terasa boring sebab tak de keje nak bt kt opis but deeply in my heart i really like to stay here. I mean at Kerteh. Kepada Dalila. Im 99.9% agree with u. Hehehe.