Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Rawatan akar gigi (root canal)

kalau tak sakit gigi bukan anis lah tu. saya ni bermasalah gigi sejak kecikkkkkkkkkkkk lagi. awal lagi gigi dah tumbuh. gigi depan, gigi susu. tapi gigi tu tak kukuh then patah masa jatuh. dua2 batang pun patah. myparent decide untuk cabut sekali ngan tunggul2 gigi tersebut. and seriously it take times untuk tumbuh balik. tak silap darjah satu baru gigi depan naik. before tu saya adalah rongak. 

sejak darjah tiga bermula kisah bilamana nurse datang sekolah je saya kena scaling ngan tampal gigi berlubang. bukan sejekap malah berejam saya dalam treatment room. pada awalnya takut dah jadi biasa. sakit memang sakit. nak tak ndak kena buat jugak. tapi gigi saya tak elok2. tak tahu di mana silapnya. ada kawan saya dia tak pernah pun buat treatment gigi tapi gigi dia cantik je. siap tersusun rapi lagi. 

lepas abes sekolah, saya sendiri make an effort pergi jumpa dentist sekali setahun. saya prefer swasta masa tu sebab masa tak mengizinkan untuk saya ke klinik kerajaan memandangkan saya belajar jauh bukan belajar kat kelate. kalau buat appoinmnet nak dating ngan dentist kena balik kg. untuk senang masa balik g klinik swasta dia terus buat. biasanya puluh2 je untuk treatment satu atau 2 gigi. kalau cuci gigi seratus lebih. harga ni saya cakap ni pada masa tu lah. sekarang tak tahu. sebab da lama tak g klinik swasta. kenapa?

sebab saya da kawen ngan askar. dia ada klinik gigi sendiri. jadi pergi klinik gigi dia je. lagi pula free tak payah bayar apa2. yang perlu buat nganga je. lagi pula sekarang ni saya student. suka suki nak g uni bila2 jadi tak payah amik time slip ataupun MC. masa mula2 dulu tak tahu askar ada klinik gigi sendiri. dengan gigih ke HKL naik lrt. pastu naik teksi pula. nk drive tengah2 KL takut. husband pula takde kursus. last2 baru tahu dalam pagar ni aje kliniknya. maka makin rancak lah saya ke klinik gigi. bukan suka sangat tapi terpaksa. tapi masa HKL hari tu sempatlah jugak cabut 2 batang geraham bongsu yang naik senget and bagi effect pada bahagian lain jadi sakit. entrinya di sini. 

ingat lagi masa kat KMK, saya ke klinik gigi Kulim. masa matrik takpelah. nak g klinik gigi berhantar berambik. pakcik van tu baik. dan doc and nurse kat sana juga baik. kat sana kenangan takleh lupa sebab terpaksa cabut gigi geraham bawah. tak tahu gigi no berapa sebab tak pandai nak kira. masa tu gigi dah kritikal gler. rapuh sangat. masa tu doc pompuan yang cabut. tetiba gigi patah. ada lagi serpihan gigi kat dalam. dia da start nervous. then dia mintak pertolongan doc lelaki. yang mana sampai sudah doc lelaki tu yang cabut, kemain besar lagi lubangnya. sampai makan nasi pun boleh masuk kat situ. tapi lama2 lubang tu tertutup jua akhirnya.

nak dijadikan cerita kes yang terbaru ni. gigi geraham belah atas pula yang sakit. bukan belah geraham bawah yang dicabut. tapi yang sebelah lagi. kalaulah yang atas pula dicabut. jadi kiri kanan lah takde giginya. maka saya merayu kat doc jangan cabut gigi saya. buatlah macam mana sekali pun. dengan itu doc suggest lah rawatan akar ni. tapi banyakkkk gler appoinment. akar saya tak mati2...second treatment hidup lagi. and another problem is doc tak jumpa salah satu akar gigi. sebab katanya akar gigi saya bengkok. susah nak masukkan ubat and whatsoever. 

kat bawah ni adalah ringkasan rawatan akar gigi ni. saya amik kat blog doc ini. untuk mengetahui pasal root canal ngan lebih detail leh ke sana. 




sakit ke tak rawatan akar  ni? sakit memang sakit kata pun bermain ngan saraf. tapi biasanya doc akan bius untuk tak bagi rasa sakit. bagi saya lebih baik sakit kena bius daripada sakit disebabkan oleh treatment tu. sakit wooo... tapi bila treatment semua sudah siap tak sakit dah. masa tgh buat tu je sakitnya. 

UPDATE : JAB. BEDAH MULUT, HKL

Klinik gigi HKL tak buat untuk treatment biasa. dia hanya buat untuk yang melibatkan pembedahan sahaja.

Disebabkan kemalangan atau
Nak buang geraham bongsu

pendek kata apa2 yang melibatkan pembedahan je. kalau setakat nak cabut gigi biasa memang dia tak layan. biasanya nak g HKL kena ada surat rujukan dari klinik biasa dahulu.



Saturday, July 16, 2011

Impian

Dalam hidup ini saya punyai terlalu banyak impian. Ada yang dah tercapai dan banyak lagi yang masih belum. Secara logiknya semua2 impian itu adalah sukar untuk dicapai sekali gus. Ada yang saya kemudiankan mana yang sepatutnya dahulu dilakukan dan ada yang saya dahulukan walau sebenarnya kalau ikut turutan belum masanya lagi. Semua itu saya lakukan untuk memastikan saya akan capai semua impian2 tersebut. Kalau pun tidak semua dapat saya capai, 80% daripada semua itu sudah cukup memadai bagi saya.

"cheer up dear, life must go on"

Sunday, August 22, 2010

Tak sedap badan bila . . .

Sangat berasa tak sedap badan bila hubby nak balik Melaka. Satu habit yang sangat sukar untuk dimengerti. Sedang elok je duduk, tetiba dia cakap "b, abang da nak gerak ni" Fuh terus semangat dalam diri ni entah ke mana2. Rasa time2 tu jugak nak demam.

Huhuhu.

Sangat kuat penangan itu.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan kali ini....

Totally different dengan ramadhan2 yang sebelum ni..

1. Sebab saya da ade suami
2. Sebab saya bakal jadi mama nanti

Yang tak berubahnya saya still tak pandai2 lagi masak. Tambah2 lagi + ngengada kot. Bila masuk dapur je rasa lain macam. Bau bawang2 lebih2 takleh. Bau kunyit lebey2 takleh. Ayam yang tak masak lagi pun takleh. Betul ke ini adalah alahan atau sebab 'pemalas', huhuhu, no komen. Tapi still sampai hari ini saya masih tak selera nak makan nasi. Petang berbuka makan sikit je. Jika over limit then rasa nak terkeluar balik. So, saya kena stop makan on the spot. Pagi sahur saya hanya boleh telan nasi + sambal daging je. No more lauk lain. Kalau makan lauk lain seriously rasa macam nak terkeluar balik. Oh No.!! Da la hubby takde. Sob Sob SOb.

Ingat lagi tahun lepas, pas abes study saya keje kat Petrosains. Dalam fikiran da siap2 plan da before puasa nak berenti keje and nak duk sebulan kat umah. Sampai raya. And 1hb 8 saya cabut. Berenti terus tak datang2 da KL. Jadinya saya puasa selama sebulan kat umah, tiap2 hari ummi tanya nak makan apa. Tapi time tu takde pulak nak makan apa2. Sekarang rasa nak makan macam2.

1. Ketupat sotong, yang ummi buat
2. Butir nako yang ummi buat
3. Meee sanggul juga yang ummi buat
4. Puding gula hangus
5. Lagi2...entah banyak sangat sapa tak ingat..

Dan saya pasti ini bukan mengidam, saje2 nak makan. Tapi bila beli kat bazar ramadhan kat sini rasa nya tak sesedap yang ummi buat. Sesetengah je ade kat bazar yang selebihnya mungkin saya tak akan jmpa kat sini. Dan puasa kali ini saya tak berkesempatan pun balik kg untuk merasa nikmat berpuasa kat kg.

Sebab company saya sikit punye susah nak mintak cuti. Bayangkan dalam banyak2 cuti umum yang di ambil oleh KL. Hanya 14 hari terpilih saje kitorang leh cuti. Tapi untuk raya saya tak kesah unpaid pun unpaidlah asalkan saya leh beraya dengan tenang kat rumah.

Bukan saya nak merungut ke apa dengan keje sekarang, tapi jika diberi peluang saya tak akan duk lama kat sini. Saya harus mencari keje yang lagi secure. Sebab kat sini saya tak bleh bayangkan apa yang akan saya capai walaupun dalam masa 5 tahun lagi. Yer, saya da nampak saya akan tetap macam ni tanpa sebarang perubahan. Sedangkan saya memerlukan perubahan itu.

Wednesday, August 11, 2010

Too many things to write..

And to make it short and simple I will write all those things here =)

Hari ini 1st Ramadhan...And Selamat berpuasa kepada sume rakan2 juga family..Even saya kena bukak pose sorang2 saya sangat tabah dan lagi penting tak payah masak. Balik keje terus g bazar Ramadhan dan beli je apa yang ade. Tapi nasi tak abes jugak. Sedih je tengok nasi. Mase beli dalam hati cakap 'sikitnya akak ni bubuh nasik'. Last2 bila berbukak tak abes pun.

Dan ade benda yang still bermain di fikiran saya. Saya rasa tak puas hati je kalau saya tak sambung belajar. YES, impian tu kuat dalam jiwa saya. Saya rasa saya nak sambung dan saya akan sambung. Kalau saya sambung pun mungkin dalam bidang yang ade kaitan ngan makanan. Kenapa? Entah, rasa kalau kerja kat bahagian makanan rasa selamat sikit compare kalau kerja kat kilang cat, sarung tangan atau baja. Betul tak? Ya Allah bagi lah aku kekuatan dan semoga impian dan cita2 ini tercapai. Dan semoga lepas sambung nanti saya akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. InsyaAllah.

And oh, saya da buat buku pink. Excited kan kami tak sampai 2 bulan lagi dah g buat buku. Herm, ingat nanti nak g scan pulak sebab masa g buat buku tu dia tak scan pon. Sebenarnya boleh je nak g buat lambat2 sket. Kalau g buat lambat so tak payah la nak g klinik every month. Tapi bila fikir ini pertama kali saya jadi sedikit nervous. Better g check kan daripada duk diam je.

Saya ade terjumpa pasal cloth dypers. It is to early to think for all those things? Hahaha entah excited. Tak beli pun lagi. Just google2 je dulu. Nampak cam cloth dypers ni bagus sebab tak payah nak beli pampers baru tetiap bulan. Tapi kalau hantar anak kat nursery ade ke pengasuh yang sudi handle cloth dypers ni. Tapi saya rasa ok je kot sebab dia tak payahlah basuh. Bila kita balik keje dia bagilah balik and kita basuh kat umah kan? Herm...

oklah, sekian dulu untuk kali ini. Happy fasting =)

Wednesday, July 28, 2010

Ade ke mabuk ubat?

Entah saya tak pernah dengar. Tapi ade ke penyakit mabuk ubat ni. Ni berdasarkan 2 pengalaman saya.

1. Pertama kali senggugut yang sangat teruk. Saya tak suke nak makan ubat sebenarnya. Tapi dari pagi sampai tgh hari tak ilang2. So, sy decide g klinik sebab nak amik MC. Doktor bagi ubat banyak gler. 5 jenis. Tapi satu pun takde tuk period pain. Seingat saya dia bagi ubat angin, muntah, pening kepala, panadol kot ngan tahan sakit. So, pas tengah hari saya balik umah. Saya tak makan pun ubat tu sebab takut. Bangun tido dekat2 magrib period pain tak tahan lagi. Jadi saya makan la ubat2 tu. Tapi tetiba kepala saya jadi terhuyung hayang. Nak bangun pening nak tido pening. Nape? Entah saya tak tahu..

Esok nye g keje dalam keadaan badan tak bape stabil. Asyik pening2. Nak berdiri pun tak larat. Last2 g klinik lagi dan amik MC lagi. Esok ny tu SABTU dan hari tu sebenarnya hari majlis kat umah Hubby dan malam tu saya kena naik bas. Pas balik dari office saya langsung tak leh bukak mata. Tapi saya makan jugak ubat yang doc bagi sebab nak bagi cepat sembuh sebab nak naik bas kan. Jauh pulak tu KL - kelate. Kalau tak fikir yang esoknye majlis saya, saya mungkin cancel balik kg. Tapi nak buat cam mana kan. Naik2 je bas besenya saya terus tido tapi tak leh tido. Sampai Merapoh baru saya leh tido. Lega sket kalau tak asyik rasa nak muntah je. Kepala pusing2.

Esok nya sampai rumah, ummi ngan bak saya tak bagi dah saya makan ubat2 tu sume. Then lepas breakfast saya terus oke. Pening2 beransur ilang dan badan tak lemah2 lagi.

2. Masa g klinik buat pregnancy check hari tu doc bagi asid folik. Katanya baik untuk perkembangan bayi. Saya takut sebenarnya nak makan. Tapi after seminggu dok pikir2 ade baiknya jugak saya makan since ramai ibu2 berpengalaman cakap yang diorang pun makan. Hari pertama makan saya da rasa lemah2 badan. Padahal before tu takde pape. Esokny saya makan lagi. Makin lemah badan saya. Hari ni saya decide tak nak makan. Pastu badan saya oke je cam biase. Sihat cergas dan leh berkeja macam biasa.

Persoalannya di sini. Adakah saya mabuk ubat? Ade ke istilah ni. Tapi entah. Takut lak nak makan ubat. Esok tak tahu lagi saya nak makan ke tak.

Tuesday, April 20, 2010

Jemputan ke Majlis Perkahwinan saya...

Ni special invitation untuk teman2 blogger dan kawan2 yang membaca blog saya ini. Majlis saya akan diadakan pada 5 hb Jun 2010 di Kg. Sungai Mas, Machang, Kelantan. Semoga dengan kehadiran kalian semua akan memeriahkan lagi majlis nanti.




Sunday, April 18, 2010

Bila 2 jadi 1

Bila happy memang happy tapi bila ada masalah rasa cam geram je..

p/s: still malas nak kemas, kain pun tak basuh2 lagi =(

Saturday, April 17, 2010

Seharian mencari rumah sewa

Nasib baik hari ni keje half day.

So, misi mencari rumah sewa start dalam lebih kurang kul 1 tgh hr.

Bermula dari Desa Tsk...Tsk Sel. Ke Sri Kembangan then Puncak jalil...

Wuhuuhuhuh!! tersangat penat badan sebab hasilnya takde. Nape la tetiba umah kat flat ni sume ade orang plak. Seriously rasa malas da nak cari umah sewa dan mungkin kitorang cari rumah kat Melaka and every weekend I akan balik sana.

Ok tak? Hopefully everything will be oke

-PENAT-

Friday, April 16, 2010

My room is so bersepah........

Huhu..lately my room is so bersepah. Pagi nak g keje men campak2 balik keje men campak2. Then malas nak kemas balik.

Tiga malam lepas baru beria kemas2 then dah jadi cam tongkang pecah. Kalau dia tengok my room tunggang langgang cam ni ape la respon dia. But, definitely I wouldn't let him know. Even nanti dia akan tahu jugak kan.

HoHo! cam mane nak teruskan kerajinan diri kemas bilik + basuh baju even da keje. Bila balik keje takde la penat sangat but malas yang teramat.

Nanti kemas tambah satu task lagi. MASAK. But until know I still don't know how to cook..Help meeeeeee!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

I feel like i want to cry

I tried to be positive but sometimes i just cannot. Don't know why I am not confident enough. I am always post something in a positive way. If someone read it, there must be thinking that i am very positive person (I just guess). But in real, at that time I have tried to change the negative situation to the positive way. Erm, i'm actually not so good in doing everything and i don't know why i am here.

Seriously, i feel very sad. And want to cry right now. But I have to remember I am 23 now =(

p/s: Make money just in a easy way

Tuesday, February 17, 2009

Seharusnya aku,,,,

Seharusnya aku bersukur dengan apa yang telah aku kecapi selama hampir 23 tahun hidup di bumi Allah s.w.t ini. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi sehinggakan tak terkira dek jari kaki, tangan malah tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun. Sejak kecil sehingga lah aku menghampiri alam dewasa ini. Dan semestinya lah nikmat yang paling besar Allah anugerahkan buatku ialah nikmat Iman & Islam. Aku bersyukur sangat-sangat.

Seharusnya aku bersyukur kerana aku telah merasai alam persekolahan seawal umur 5 tahun. Aku sudah pandai membaca dan menulis seawal usia itu. Yang mungkin kanak-kanak lain pada masa tu masih tak mampu buat macam aku. Aku sebenarnya cukup bertuah.

Seharusnya aku bersyukur kerana aku telah ditempatkan belajar di sekolah berasrama penuh sejak tingkatan 1 sehingga 5. Yang mana mungkin kawan-kawanku tidak berpeluang merasai pengalaman tersebut.

Seharusnya aku bersyukur telah menghabiskan pengajianku di matrikulasi dengan cemerlang. Walaupun masa tu ada yang cakap belajar kat matrik susah tapi aku mampu buat.

Seharusnya aku bersyukur telah berjaya melanjutkan pelajaran aku di sebuah uni yang gah. Yang semua orang mungkin bercita-cita untuk menjadi warganya. Aku bersyukur. Tanpa aku sedari aku sebenarnya cukup-cukup bertuah.

Seharusnya aku bersedia menerima, walau apa-apa pun pekerjaan yang bakal aku jawat nanti. Kerana bak kata Ustaz muda wali dulu, setiap ajal maut, jodoh pertemuan dan langkah kita manusia, telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya yng tersendiri. Yang mungkin aku akan sedari 23 tahun lagi.

Friday, February 13, 2009

...

Aku bukan lah seorang yang ter'lalu baik

Friday, February 6, 2009

Nervous

COMPULSORY to ALL PETRONAS SCHOLARS FINAL YEAR FINAL SEM students

Activity : PETRONAS Career Talk & Assesment
Date : 7th February 2009
Time : 9.00am
Venue : LH1


COMPULSORY to ALL PETRONAS SCHOLARS FINAL YEAR FINAL SEM students

Activity : Written Test
Date : 7th February 2009
Time : 12.00pm
Venue : LH1


COMPULSORY to ALL PETRONAS SCHOLARS FINAL YEAR FINAL SEM students

Activity : Briefing
Date : 7th February 2009
Time : 2.15pm
Venue : LH1

COMPULSORY to ALL PETRONAS SCHOLARS FINAL YEAR FINAL SEM students

Activity : Ability Test (online)
Date : 7th - 8th February 2009
Time : 3.30pm
Venue : Block 2

I don't know why i feel so nervous when read this announcement. Not like four years ago. I just came to UtP with no hope. Educame is just like the motivation camp. Make new friend. Then, enter the interview just because i want to get new experience. Fortunately, i finally chosen as one of UtP student.

As time pass, i already enter final sem in UtP. So, i must fulfill one more challenge in order to get placement in career world. I really hope that i will pass this written and ability test. I really hope..

Friends pray for me..
Dear Allah, please give me strength

Thursday, February 5, 2009

JiMAt CerMaT

Waaaa......baru sekarang ku tahui penting nya jimat cermat tu. Even singgit pun begitu bermakna sekali. Biasanya aku senang2 je lupakan singgit aku, tapi sekarang waaarrgghhh!! realiti kehidupan tak seperti selalunya yang kita harapkan.

Dulu, masa sekolah aku hanya dapat biasiswa rm25 sebulan dari form 1 sampai form 3. Cukup je time tu. Pastu form 4, dinaikan jadi rm50. Tu pun dah rasa banyak giler duit. Siap g tuisyen ngan duit sendiri. Siap bayar yuran sekolah ngan duit sendiri. Mungkin time tu makan kat dining hall kot. Walaupun tak sedap aku berusaha jugak makan. Bleh pulak time tu. Belanja pun tak de lah boros sangat. AKu ingat lagi baju yang paling mahal aku beli harga dia rm26.00, tu pun sayang gler nak keluarkan duit. Tapi sebab nak sangat aku beli jugak.

Masuk matrik, aku juga dapat rm50 sebulan. Pun cukup jugak. Mungkin sebabnya kat KOlej MaRA kitorang di jamu 6 kali sehari. Duit aku tu buat beli roti je. Bukan kata cukup, malah berlebih2 plak. Ermmm,,,,

Masuk UTP, di tahun pertama aku memang terkejut tetiba dapat rm1500 untuk masa 3 bln. Gembira, sapa tak gembira dapat duit banyak. Sampai satu saat tu aku rasa tak tahu nak buat apa ngan duit aku. Sempat belajar kete bayar cash lagi. Walaupun sebenarnya leh je bayar ansur. Tapi bila makin lama kat UTP ni aku dapat rasakan rm500 tu aku guna hanya dalam masa tak sampai sebulan...waa,,, teruk giler. Jauh giler aku berubah.

Daripada rm50 sehingga ke rm500. Jauhkan beza. Aku mula terfikir cemana lah orang2 yang bergaji sket tu bleh sara family lagi. Masih ingat lagi dulu, kawan aku ada cakap, ayah dia keje driver bas sekolah. Gaji rm700 je sebulan tapi bleh sara anak 7 orang. Walaupun tak kaya mampu bagi kehidupan yang selesa walaupun sederhana. Kalau aku aku tak tahu lah cemana nanti. Aku rindukan aku yang dulu. Seorang yang jimat cermat dan tak boros. Seorang yang selalu berfikir banyak kali kalau nak beli barang yang bukan keperluan.

Friday, January 9, 2009

Ikhlas

Dalam berbuat apapun kita seharusnya ikhlas. Aku tahu aku pandai cakap je. Kadang-kadang nak aplikasikan apa yang kita cakapkan tu agak susah.

Dulu, masa mula-mula aku tulis blog ni aku sekadar suka-suka je nak ada blog. Nak rasa macam mana berinteraksi di alam maya. Nak luahkan apa yang aku rasa, nak berkongsi suka dan duka. Aku update bila aku suka dan aku tak update bila aku tak suka.

Aku tahu time tu aku betul2 ikhlas tulis blog ni tulus dari hati kecilku. Walaupun tulisan aku kat sini agak terbatas berbanding kat dalam diari2 kecil ku dulu tapi aku memang cukup puas hati dan rasa lega bila apa yang aku rasa terluah di sini.

Namun sejak kebelakangan ini aku rasakan keikhlasan untuk menulis di sini sudah tiada. Aku selalu teragak2 untuk meluah apa yang ada di mindaku. Kenapa?

Thursday, October 30, 2008

Kukira aku...

Haha,,tajuk tak menahan. Men letak je tu. Aku sebenarnya tengah takde mood nak buat pape. Tapi disebabkan ada lagi keje2 yang tak siap aku terpaksa menggagahkan diri untuk membuatnya. Dikala keboringan aku menaip2 di sini. Di ruangan yang aku sangat suka suatu ketika dahulu. Hampir setiap hari aku bukak walaupun aku tak post baru. Lately, aku rasa cam ade je benda menghalang untuk aku bersenang lenang kat sini. Jadinya aku telah menukar hobi dengan membaca blog orang lain. Dari satu link aku klik sampai la ke link2 yang aku tak kenal orangnya. Tapi cam mne ye, diorang leh buat orang suka baca post diorang. Ku kira aku tidak mempunyai skill tu.

Aku sekadar menulis apa yang ada di benak fikiranku. Untuk meluahkan rasa tidak puas hati, rasa sayang, rasa suka & duka dan macam2 lagi lah. Dulunya aku buat blog ni suka2 je. Tapi aku tak update sangat. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu wani PM aku dia cakap dia link kan blog ku ngan blog dia. Mulai hari tu aku mula aktif berblog. Sampailah sekarang, walaupun aku sebenarnya jarang sket update.

Erm, aku tak bagitau lagi korang. Hari tu aku ade buat fp sendiri. Kalau nak tengok klik kat sini

Saturday, October 11, 2008

Bicara hati

Sejak balik dari cuti Raya Hari tu aku mulai terasa yang Perak ni jauh nya dari Kelantan. Mungkin sebab aku homsick. Dah 4 thn masih homsick?. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi itulah kata hatiku. Aku mula terfikir, bestnya kalau UTp ni kat kelantan ataupun aku dapat masuk U kat Kelantan. Bukan aku fanatik sangat, tapi senang nak balik umah. Dulu masa sekolah, aku balik sebulan sekali. Pastu parent plak senang nak g melawat.

Tapi kenapa baru sekarang aku rasa? Di sem2 akhir kat UTp ni aku rasa kosong je. Macam banyak benda kat UTp yang aku pernah miliki tidak lama dulu makin menghilang. Kegembiraan yang suatu ketika dulu aku ada makin lama makin menjauh dariku. Yang menjadi hobiku sekarang hanya counting the day untuk aku menamatkan pengajian di sini. Adakah kawan2 se batch dengan ku juga berperasaan begini? Atau mungkin ini adalah simpton2 final year student?

Ya aku tahu tugas ku di sini untuk belajar. Tapi tanpa sweeat sour yang aku pernah rasa sebelum ni aku mungkin tidak dapat bertahan sampai ke tahap ini. DUhai semangat di mana kamu. Aku hanya memerlukan sedikit kekuatan untuk menghabiskan sisa2 perjalanan ku di sini.

Be strong ANiS!!

Thursday, September 25, 2008

Omelanku..

Sudah lama aku tidak mengukir kata2 kat sini. Letih? Banyak keje? Entah, banyak faktor sebenarnya. Ada je idea kat dalam fikiran ni sebenarnya.

Kengkawan blogger

Kepada yang membaca blog ini, terima kasih aku dahulukan. Walaupun kadang2 jejak korang tidak meninggalkan kesan, kunjungan korang tetap memberi kepuasan kepada diri ini. Setidak2 nya aku tahu aku masih ade korang dan aku tidak sendirian di sini.

Sekufu

Bercakap tentang sekufu aku tidak tahu sebenarnya apa yang di maksudkan dengan sekufu. Adakah dari keturunan yang sama? Level of education yang sama? Sama2 bergaji 4 atau 5 angka. Kalau nak dikirakan ciri2 yang aku mahukan, aku mahukan yang semuanya perfect. Yang tiada cacat celanya. Rupa? Wang ringgit? Status? Education? Pekerjaan? Tapi siapalah aku untuk menidakkan segala aturan yang telah ditetapkan.

Kenangan

Pernah sekali aku mengenali seseorang yang seharusnya di sini aku terpaksa merahsiakan identitinya. Apa yang ada padanya kukira memenuhi segala kriteria yang aku inginkan. Dia, tiada cacat celanya. Semua orang juga seolah merestui keadaan tersebut. Namun terasa begitu terguris disaat aku mengetahui yang dirinya tiada walau sekelumit perasaan yang aku harapkan. Masa terus berlalu.

Lebih berhati-hati

Hadirnya sudah lama, cuma aku antara sedar atau tidak merasa kengkadang dia ada dan kengkadang tiada. Tidak mahu mengulangi peristiwa luka aku membuat andaian jika sesuatu itu belum nyata jangan menelah. Ya aku berjaya.

Di sini bermula

Seiring usia, fikiran aku juga kukira makin matang. Dulu setiap apa jua keputusanku pasti adalah pengaruh daripada seseorang. Namun kali ini aku bertekad, apa jua yang berlaku aku mahu tempuhi. Ya, dia seorang insan biasa. Yang jika kukhabarkan cerita ini kepada umum aku terpaksa terima segala bantahan, segala macam nasihat yang akan membuatkan keputusanku menjadi tidak lagi teguh.

Salahkah aku jika aku memberikan ruang kepada insan yang mampu bersabar denganku. Insan yang tidak berselindung dalam menunjukkan yang dia perlukan aku. Walaupun pada pendapat umum dia tidak punya apa. Aku juga begitu, beranggapan yang sama suatu ketika dulu. Namun seiring masa berlalu, pandangan aku berubah. Bukan 45 degree malah mungkin 180 degree.

Ketahuilah bahawa aku juga dambakan kehidupan yang senang di masa depan. Sapa yang mahu menempah tiket kesusahan. Sapa yang mahu membina mahligai yang kita sudah tahu tidak dapat bertahan lama. Aku tidak mahu.

Bila difikir dari sudut positif, aku memberi ruang dan peluang untuk aku berkongsi nikmat yang Allah s.w.t berikan. Mungkin jika rezeki ku lebih boleh kukongsi dengannya. Mungkin jugak sebaliknya. Siapa tahu.

Tahu tak? Bukan mudah untuk aku buat keputusan ni. Tapi "ulat dalam cacing pun boleh hidup" inikan kita yang telah diberikan kemudahan dengan bermacam cara.

Mungkin tulisan ini akan ada sambungannya dan mungkin juga tidak. Faktor kerajinan bakal menyumbang 99%. Jika tidak ceritaku sampai di sini sahaja.
___________________________________________________________________________________________

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba aku mengambil kesempatan ini untuk memohon sejuta kemaafan. MOga kehidupan mendatang mendapat cahaya keredhaanNya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, August 20, 2008

Dah lama tak post

Semalam i got a called from my aunty. Dia tanya khabar sume. Then, barulah ku sedar yang aku rindu kerteh sesangat! 8 months there give me a lot of sweet sour memories that i will never forget. Did petronas will take me to work with them after i finished up my study? Hopefully they will take me, i dont care wherever they want to send me. Oppsss, i hope is still not too far. As long as i dont have to fly to go there. Do you get what i mean? Hehe! Eventhough long2 time ago, i had dream that i will work at 'Badarayaku Miri' but as time pass by, everything is changing. Me also, i feel that i have change a lot.

That all for me, hopefully next time i will able to write a lot about me myself and about everything. Gtg, see ya``