Friday, May 30, 2014

F_ _ _ S _ _ _ S



Kihkih. Besor tak? Berpinar tak mata nengok? Priority access on 1st June. Sapa nak jalan tu halo halo la tuan tanah ye.

Selamat berhujung minggu :)

Tuesday, May 27, 2014

Counting Days

Hari hari akan ber whatsapp dengan mimi. Berangan pasal kampung baru favourite place kami. Ada banyak lagi nak buat. Salahkan Wak Doyok juga ketika ini. Sebenarnya entry Seoul trip tu tak habis lagi. Tapi dah tinggal entry last day. Takde mood. Lainla entry jalan jalan. Seronok sikit nak cerita. Hehe. 

November nanti tuan tanah & mimi akan bercuti lagi. Untuk penutup tahun 2014 katanya. Hopefully semua akan berjalan dengan lancar demi keriangan yang lebih berganda untuk masa akan datang.

Seoul, mu tunggu aku datang. Nah tuan tanah belanja sekeping gambar. Ihsan dari Mimi. kihkihkih


Wednesday, May 14, 2014

Tak boleh tidur



Dah cuba lelapkan mata. Tapi masih tak berjaya. Mungkin ini penangan Melbourne Iced Coffee yang tuan tanah minum petang tadi di EspressoLab, Empire Subang bersama girlfriends tuan tanah. 

Cuti wesak jangan disia siakan walaupun hanya dapat berjumpa dalam 5 jam saja. Yang penting tuan tanah spent dengan yang tersayang ;)





Saturday, May 10, 2014

Datin's Day

Kalau tak sentap sesama sendiri memang tak sah. Ada saja tak kena. Even kalau tuan tanah petik bintang dilangit pun mesti ada juga benda yang nak dikomen oleh Datin.

Tapi walau macam mana sukar pun, walau kadang kadang tuan tanah sibuk bandingkan mak sendiri dengan mak orang lain, Datin lah syurga dan angkasa tuan tanah. Syurga tuan tanah dibawah tapak kaki Datin.
Semoga Datin panjang umur & diberikan kesihatan yang baik.

**kalaulah Abah masih ada.

Tuesday, May 06, 2014

Testing testing



Kehadapan JM yang sudi mengajar. Sumpah tak pernah perasan button Small Medium X-Large tu. Hahaha.Terima kasih daun keladi Jari Manis :)

Monday, May 05, 2014

Seoul - Day 6

Halo. Bertemu kembali. Bagaimana Isnin anda? Oleh kerana handphone tuan tanah dah masuk bengkel, jiwa agak kacau. Jangan tak percaya tuan tanah dah buat itinerary ke Seoul during winter season. Padahal takda pun dalam jadual travel tuan tanah untuk ke sana lagi. Seoul mententeramkan jiwa. Cewahhh. Ok jom sambung baca hari ke 6 kami di sana. Sebab hari ke 7 dah nak balik Malaysia.

Plan kami nak makan ikan bakar di Dongdaemun. Berbekalkan info dari blog Skampung tuan tanah & mimi buat keputusan nak pergi untuk makan tengah hari. Sebelum tu dah janji dengan Klara nak jumpa di Dongdaemun Station Exit #2. Btw, si Klara ni takde internet. Dia memang mengharapkan belas ihsan internet dirumah kawannya atau dimana mana free wifi. 


sumber: Skampung  

Directions: Turun di Dongdaemun Station (Line 1, Exit #8) akan keluar betul betul tepi JW Marriot Hotel. Exit #2 dalam gambar ni kalau keluar dari Dongdaemun Underground Shopping Centre.

Dalam ramai ramai bloggers. Skampung punyalah yang paling tuan tanah paham & rasa mudah. Tapi bear in mind, jangan salah macam tuan tanah tau. Bijak pandai. Turun di Dongdaemun Station Exit 2. HEBAT! Agak menapak sikit. Tapi takpa. Kalau anda Exit 2 tu anda straight je sampai jumpa big intersection. Lintas jalan tu kekiri anda. Kiranya nanti anda akan datang dari arah Exit #8 macam gambar kat atas. Kesian Klara sebab dia pun salah juga. Terpaksa masuk coffee shop semata nak dapat internet untuk message kami. Seeeeee internet penting okayyyyy.

Yang benar tuan tanah salah tengok map Skampung tu. Rupanya no 2 dalam map tu adalah underground shopping centre. Hehehe


Sumber : WanderlusDJ

Memang save gambar ni siap siap kat handphone untuk makan dikedai yang sama. Thanks DJ! hehehe. Motif save sebab tak pandai baca Hangul kan. Masa tengah duk cari kedai ni, ada satu family melayu dari Malaysia pun tengah cari. Terus borak borak sambil jalan ke kedai dan of course la beramah mesra. Soalan wajib: Dah berapa hari kat sini? Bila balik? 


Tadaaaa! Walaupun bahasa tu memang satu masalah antara kami dan ahjumma, ini tidak mematahkan selera kami untuk mencuba. Ikan kecik tu diberi secara percuma oleh ahjumma. Selain dari makan ikan bakar, kami makan sondobu jigae jugak. Dan spicy squid. Maaf takdak dalam gambar. Lapar sangat dah. Tak sempat snap lepas dapat makanan.

Dah kenyang makan kami teruskan ke Namdaemun. Bayangkan hari last baru terhegeh nak ke Namdaemun market. Tak lama pun kami kat sana since hari hujan renyai renyai. Dan yang sebenarnya macam tak menepati citarasa kami gituuu. Tapi kat sini tshirt I Love Korea murah. Dan boleh bargain. Compared dengan kat Myeongdong. Banyak pekedai kat sini nampak kami je terus tanya "Apa Khabar" Pancing lettewww 




Dari Namdaemun, kami berjalan ke Myeongdong. Agak lengang waktu tu sebab masih siang. Tapi apa ada hal, jalan saja. Masuk juga ke kedai music. Tapi agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kedai di underground market di Myeondong Station. 


Dari jalan jalan di sekitar sana, kami mencari kedai makan yang famous kalangan bloggers. Ntahlah kedai nama apa. Haha. Yang famous dengan spicy octopus tu. 


Tak paham? Takpa. Jangan risau. Dari Myeongdong Station Exit #8, masuk simpang kiri anda sejurus exit #8 tu. Jalan tak sampai 100 meter anda akan jumpa kedai nama Artbox belah kiri anda. Kedai makan ni atas kedai Artbox tu.

Paling best, waiter yang served kami boleh berbahasa inggeris. Mudah sangat nak order. Menu pun ada dalam bahasa inggeri. Jangan risau.


Inilah spicy octopus ni. Boleh mintak level spicyness ye. Kami mintak level 1 je. Dia punya pedas memang heaven! Kesian Mimi takleh nak enjoy sangat sebab tekak dia sakit.


Octopus tu disertakan sekali dengan wrap ni. Dan boleh mintak lagi kalau habis. 


Kami juga order cold noodle dia. Ya Allah pedas dia kalah pedas spicy octopus tu. Sejuk. Kejung. Pedas. Boleh bayangkan tak? Nasib ada telur yang seperti distim kot? Boleh la bantu kurangkan kepedasan makan kat sini.

Anda juga boleh makan octopus tu dengan nasi, tapi waiter tu suggest lepas habis makan baru order nasi. So dia boleh gaulkan nasi diatas kuali octopus tadi. Bersama dengan seaweed. Mimi & Klara tak nak. Tengok sotong banyak lagi. Sayang pulak kan. Jadi tuan tanah order untuk seorang je.



Tadaaaa! Nasi siap & ready to go. Tapau bawak balik guesthouse. Memang feel betul. Siap ajak waiter tu datang Malaysia. Tu pun sebab handsome. Cuba kalau tak handsome. Duduk je la kerja situ diam diam. Hehehehe jahat kan?

Lepas makan kami jalan jalan di sekitar Myeongdong semula. Beli selagi boleh. Sempatla beli stoking kiut miut untuk diri sendiri untuk 1,000won sepasang. Murah sungguh. Memang lupa diri. 

Bila dah settle semua, peluk cium sikit dengan Klara. Pulang ke guesthouse. Berat sungguh kaki ni nak balik sebab kena final kemas bag. Esok jam 7.30am taxi akan datang ambil kami. Oh ya, kami mintak guesthouse yang carikan taxi untuk kami. 


AS AT JANUARY 2016, KEDAI NI DAH TUTUP. DIGANTI DENGAN KEDAI LAIN YANG PROVIDE BUL NAKJI JUGA TAPI DIFFERENT TASTE. HARAP MAKLUM

Saturday, May 03, 2014

Seoul - Day 5

Hari hari baca blog orang lain. Sungguh terperinci. Diri sendiri dah tahap malas langit ke tujuh. Tapi takpa. Jom cuba. Maaf kalau tak menarik ye :)

Waktu ni dah hari Rabu. Ikut itinerary kami nak pergi SBS Building, KBS Building, 63 Building & Hangang River Park. Mengikut pada research kat blog blog orang yang dah pernah datang, lokasi tempat tempat ni agak jauh dari town Seoul. Tapi seperti biasa kami bukan keluar pagi pagi seperti orang lain. Sekali lagi, salahkan cuaca :B


Untuk sampai ke SBS Building ni, tuan tanah refer kat blog ini. Peminat Running Man ni. Jangan memain. Subway station yang terdekat dengan SBS Building ini adalah Omokgyo Station (Exit #2) Kalau macam kami yang dari Hyehwa kami harus berhenti di Dongdaemun History & Culture Park station dan tukar ke Line 5 menghala ke Banghwa. Kami turung di Omokgyo Station dan ambil Exit #2. 

Mula mula tu agak risau juga tengok subway map diorang ni. Tapi sebenarnya mudah je. Sama je macam komuter atau lrt kita ni. Janji kita tahu line mana & train menghala ke mana kita kena ambil. Contoh kalau dari KL Sentral nak turun di station Klang haruslah ambil komuter yang menghala ke Pelabuhan Klang. Faham kan? Jangan risau announcement dalam subway tu ada dalam bahasa inggeris dan ada screen tulis apa next station dan patut exit pintu kiri ke kanan anda. Kacang je tu. cewahhh. Ada few bloggers kata subway kat Jepun pun mudah lebih kurang macam dekat Seoul. Jadi kalau tuan tanah pergi Jepun pun sure kacang buncis je kan. Hihihi. 

Ok berbalik pada cerita. Lepas ambil exit 2 tu, anda akan jumpa walkalator panjang. Dan jangan terkejut kalau walkalator tu terus menghubungkan anda ke dalam shopping mall. Hyundai Department Store uols. Ingat Hyundai ada kereta je? Kat sana ada shopping mall siap. Assuming bila masuk je shopping complex uols kat lower ground floor. Akan jumpa panggung wayang diorang. Terfikir nak tengok wayang cerita korea juga waktu tu. Tapi bukan ada subtitle. Kang nganga je tuan tanah dan mimi nanti. hihi.  

Dari lower ground floor korang kena naik 1 tingkat untuk ke ground floor dan keluar dari main entrance shopping mall tu. Kat main entrance ni ada banyak basikal yang parking kat depan tu tau. Kalah kedai basikal. Hebat sungguh negara orang. Cuba kita letak basikal kita depan rumah sekali pun. Mau lesap lepas 10 minit. Hihi. Dari main entrance tu dah boleh nampak dah SBS Building di arah kiri anda.



Punyala excited masa ni. Tengok dari jauh dah excited. Dah la masa ni hujan dah start renyai renyai. Tapi demi Running Man yang kami suka gila tu, kami redah je pergi SBS Building ni. Btw, kat area SBS Building ni ada star street. Ala ala macam Avenue of Stars kat Hong Kong tu. Tapi bukan tau sapa punya tapak tangan pun sebab tulisan hangul kan. 



Sambil renyai renyai ni memang kumpul kekuatan dan tebalkan muka je ambil gambar kat depan SBS Building. Sebenarnya melalui pembacaan kita tak boleh masuk dalam building ni. Boleh ambil2 gambar je depan ni. Malu gak kan orang keluar masuk dari building ni. Ada pulak 2 budak comel ni sibuk beriya iya ambil gambar bagai nak rak. Agaknya tengok level kejakunan kami yang agak teruk, tiba tiba pak guard situ suruh masuk. Kami macam terpinga. Betul ke ni? Tapi dia kata only ground floor & no picture. Apa lagi kami ni. Tunduk 2-3 kali sambil cakap kamsahamnida dan terus berjalan macam orang nak pergi mencuri. Haha. Masuk je dalam terus rasa star struck. Padahal bukan ada sapa pun. Ada la satu coffee shop dan satu radio station nampak dj sedang bertugas. Ada la few orang datang jadi penonton kot. Nak naik lift kena pakai passcard. Kalaula tak pakai mahu kami dah naik dah kot. haha. Sorry kawan kawan takdak gambar. Sebab tuan tanah memang penakut. Kalau tak boleh, memangla tuan tanah tak buat. 

Coffee shop ramai orang. Kami hanya duduk ditepi tepi je. Tengok orang lalu lalang dengan harapan ada muka muka yang kami kenal. Sambil sambil tu mengenang kembali Running Man episode Park Shin Hye, Kim Wo Bin & Choi Jin Hyuk datang main pengepam air yang dilekat ke tiang building. Hehe. Lepas dalam 10 minit kami duduk melihat orang tiba tiba orang orang yang duduk kat coffee shop tu berlari ke satu arah lift tau. Duk ambil ambil gambar. Mengikut orang yang keluar tu. Kami budget sure artis famous ni. Artis lelaki ni siap jalan depan kami berdua sambil dikerumuni orang orang yang dari coffee shop tu keluar dari building. Kami berdua? TAK KENAL LANGSUNG. hahaha. lawak disini. Cuba kalau Kang Gary ke Lee Kwang Soo ke. Memang kami la champion berlari untuk kejar diorang. Tapi yang bagusnya disini acara mengejar artis itu berlaku dalam keadaan senyap. Cuma dengar bunyi tapak kaki berlari & bunyi lensa kamera. Sopan sungguh. Lepas artis tu dah masuk kereta, terus diorang yang mengejar ni masuk dan duduk semula macam biasa. Kami saspek mereka ini adalah wartawan hiburan ataupun blogger la kot. Kalau peminat kipas susah mati die hard fan sure dah ikut kereta artis tu ye tak? 


Selepas dalam setengah jam kami kat SBS Building, kami teruskan perjalanan ke KBS Building. Oh ya, KBS Building ni terletak berdekatan dengan National Assembly Station (Exit #4) Tapi mengikut dari pembacaan kami, dari Exit 4 itu juga agak jauh untuk berjalan ke KBS Building ni. Jadi kami yang berlagak ala ala kaya ni guna taxi je. Dalam KRW6,000 dari SBS Building. Yang bestnya tuan tanah kan tunjuk alamat KBS kat taxi driver, dia betul betul bawa kami ke main building KBS ni. Dengan selamba ya ya je masuk rupanya ni office orang. HAHA. Lepas bertanya di kaunter pertanyaan diorang baru tau KBS Exhibition Hall ni terletak dibangunan sebelah main building ini. 

Sampai je kat bangunan yang menempatkan exhibition hall tu nampak la few radio stations tengah on air. Ada la few peminat yang duduk diluar siap makan bagai. Cuaca dah la sejuk, awak berumahtangga kat depan radio station. Memang kipas susah mati. Oh ya, nak masuk exhibition hall ni free je. Jalan jalan tengok history KBS. Tapi naik tangga mintak nyawa. haha. 







Dapatla kami merasa macam mana buat process dubbing cerita kartun, pastu ala ala baca berita. Padahal semua dalam bahasa diorang. Tapi oleh kerana takde orang, memang semuaaaaaaaa ni kami yang punya.


Dalam sejam lepas tu kami naik teksi lagi ke Hanggang Park. Time ni masih hujan renyai renyai. Cuaca sejuk jangan cakaplah.


Niat dihati nak naik cruise, tapi next jadual cruise nya lagi 2 jam. Ahhh lama sangat. Lepak la kat Lotteria. Favorite place kan. Lepak sini jap. Panaskan badan dan jalan jalan sekitar taman ni sekejap.





Nak sewa basikal pun kena cancel sebab hujan kan. Sejuk kot angin dia. Tak mampu nak gigihkan diri. So dari sini kami naik teksi ke Myeondong lagi. Kali ni dah janji untuk berjumpa dengan kawan baru lagi. 

Seperti biasa makan nasi goreng di Yogane dan pergi stall ahjumma untuk makan fish cake. Feel dia memang syiokkk! Panas panas sup tu hirup diwaktu sejuk. Sementara tunggu kawan baru sampai, apa lagi tangan ni. Memang membeli saja. Suka sungguh pergi Myeondong ni. Macam macam ada. Yang tak perlu pun boleh TERbeli. 


Nahhhh, budak Medan yang berumur 23 tahun. Shahsta Klara namanya. Travel ke Seoul seorang diri. Dan menumpang dirumah korean girl, senior university dia dulu. Katanya sejam dari tempat dia tinggal nak ke Myeondong. Punyala gigih si Klara ni nak datang hanya untuk makan. But it was nice. Kelakar yang amat. Confirm boleh masuk kepala sesiapa je dia ni. 

Lepas dah makan dan strolling around kejap, jam dah hampir jam 9pm. Halau si Klara balik sebab dia kan nak balik jauh. Dah la sejam dalam subway. Naik bas pulak dari station dia turun untuk ke rumah senior tu. Tak manis pulak dia balik malam malam kan. 

Sebelum kiss kiss bye bye, siap janji akan jumpa esok lagi. Dia offer diri dia untuk ikut kami. Haha. Memang dia datang sini tanpa planning langsung. Hebat sungguh. 

Oklah, jumpa lagi untuk entry Day 6 ye. Sebab malam lepas jumpa Klara ni kami dah start packing sikit sikit. Especially Mimi la. Tuan tanah memang tak reti packing :B

Selamat berhujung minggu kawan kawan :))


Friday, May 02, 2014

100 hari.

Genap 100 hari abah meninggalkan kami.
Rasa macam baru semalam.
Masakan aku boleh lupa.
Segala keperluan abah kami yang uruskan.
Dah immune. Dah biasa. Dah lali.

Al-Fatihah.