Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Friday, December 30, 2011

layan anak seperti haiwan.. SAMPAI HATINYA...


ternampak berita ni mukasurat depan skhabar Berita Harian..
terus carik kt BH Online..

DUA beradik dirantai dan dikurung dalam tandas oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth sebelum diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Gambar kecil kaki kanak-kanak yang dirantai oleh bapanya.

BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, kelmarin, lelaki berusia 40-an itu mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang. 

LELAKI yang disyaki mengurung dan merantai dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran mendakwa bertindak demikian kerana anaknya nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Lelaki itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya dipercayai warga Thailand yang meninggalkan rumah sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bapa mereka yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian menimpa dua beradik itu disedari jirannya apabila terdengar jeritan mereka meminta tolong.

Jiran mereka menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan polis ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala bapa mereka ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali, berkata dua kanak-kanak itu kelihatan kelaparan ketika ditemui dan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

“Apabila kami berikan roti, mereka memakannya dengan lahap, keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas yang kotor,” katanya sambil menambah kanak-kanak lelaki itu tidak memakai seluar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata JKM sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

"Sementara menunggu siasatan selesai, mereka akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Kami akan mencadangkan supaya ibu bapa kanak-kanak itu mengikuti sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya.


sampai hatinya bapa itu buat begitu kt anak2nya..

*nangis*

Tuesday, January 11, 2011

en.hubby ku b'sungguh btul suh aku baca berita ni..

Cis..!! Camner bleh ter x autopublish entry ni?
mesti kes tertekan button save je ni. Hihi..

Nway, nk citer..
Aritu, en.hubby beria suh aku carik surat khabar Metro.. Suh baca pasal citer isteri super ini..


SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf

1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

sumber : myMetro

hmm.. mendalam btul maksud en.hubby ku itew. ihik!

Monday, January 10, 2011

AJL25


Juara AJL25 :
ANA RAFALLI!!!
dgn lagunya TOLONG INGATKAN AKU.

wah..
tabik spring la ngan minah Ana ni.
since lagu tu.. dia lah penyanyi.. dia lah penulis lirik.. & dia juga lah komposer nya. fuh..!
for me, mmg bagus sgt la dia menang.

errr.. tapi di mana kah finalist faveret ku???
siapa???
FAIZAL TAHIR lah..
dia menang PERSEMBAHAN TERBAIK dgn lagunya, HANYUT.

meh layan video klip persembahan dia time AJL 25 smlm. ;)
oh! btw, sila jgn bosan dgn intro 3 host yg panjang itew. hihi..

Sunday, January 9, 2011

Facebook Close - btul ke?


betul ke??
macam tak caya je..

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. 

sumber : weeklyworldnews 

nota hati : nasib baik la aku ni bukan jenis hardcore FB. hihi..

Friday, December 31, 2010

Khairul Fahmi - tempiasnya smpai lah ke blog awek nya


Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010!!
yahoo..!!

aku ni yg tak penah nk layan bola pun boleh terlayan time game Malaysia-Indon kelmarin.
sebab pe?
sebab masa mula2 tengok 1st half tu,
terkedu bila incik Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) ni berjaya tepis penalty kick dari team Indonesia dengan selamba nya..

akibatnya, terus aku terkedu depan tv sampai ke akhirnya sesorang smbil ditemani the kids.
en.hubby takde sbb kena keja, as usual.

tapi mmg tabik spring la kt mamat ni.
mmg terer la dia.
(en.hubby mmg suka bangat ngan dia nih - since KFCM tu kan sama negeri dgn dia.. hihi..)

akibatnya ketereran dia ni lagi,
nama dia terus melonjak2, mencanak2 naik.
blog Elia (awek dia) pun secara automatiknya menjadi tempias.
semalam intai, follower 1000++..
pagi ni aku intai skali lagi, follower dah 5000++!!!!
gilos!!!
(bila la blog aku nk glamer cam tu eh? hihi..)

tp honestly, 
aku mmg suka baca blog si Elia ni..
sgt2 sweet.. plus bila dia citer pasal relationship dengan jejaka idaman malaya tu.
good fo her. ;)

again,
TAHNIAH buat Malaysia!
TAHNIAH buat KFCM!
TAHNIAH buat Elia!

** mesti ada yg ckp "eleh.. org dah tau dah dr semalam.. ko je yg tertinggal ketapi!"
- err.. semalam aku BZ la wei.. x dan nk bukak blog. entri2 smlm pun autopublish sajork! :P


Friday, July 30, 2010

Asyraf Juara Imam Muda!!


tahniah! tahniah!
Asyraf Juara Imam Muda Astro Oasis!!

 NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya


baru selesai tgk Kemuncak Imam Muda kt Astro Oasis tadi.


bila tgk Asyraf dinobatkan sbg Imam Muda Unggul mcm tu, tetiba terasa cam tersentuh giler.. 
klau lah Asyraf ku ini..

juga bakal membesar menjadi muslim unggul sptnya.. 
alangkah sejuknya perutku ini yg kena czer sbb melahirkannya dulu. huhuu....


Friday, March 5, 2010

Apa Dosa Budak Tu??

pagi tadi aku terbaca citer sorang lagi budak maut sebab kena dera..
selepas genap seminggu citer Syafiah Humairah, 3 thn, menggemparkan seluruh negara..

kali ni budak umo 18bulan... kena pukul smpai mati oleh suami pengasuhnya..
surat kabar tulis : Enam tulang rusuknya patah, hatinya pula hancur, kepalanya terdapat kesan cedera parah akibat dipukul manakala kemaluannya pula dicekak dengan kuat berdasarkan penemuan kesan kuku.


sedeynya hati ini bila baca citer tu.
smpai hati manusia zaman skrg ni buat camtu skali kt budak mentah seusia itu. apa dosa budak tu smpai diperlakukan begitu??? ntah la...
terus aku teringat kt anak2 aku..

Ya Allah ya Tuhan ku, 
kuatkan lah hati aku demi anak2 aku ini.. 
lindungi lah mereka dari segala kejahatan di dunia ini... 
sesungguhnya mereka lah kekuatan ku, jiwa ku.. Amin..

Anuar Manan Menang Peringkat Ke-5 LTdL!

arini dalam sejarah !

"PORT DICKSON 5 Mac – Pelumba dari Terengganu, Anuar Manan mencipta sejarah hari ini apabila muncul sebagai pelumba Malaysia pertama memenangi perlumbaan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) sejak acara itu diperkenalkan 15 tahun lepas.
Anuar, yang mewakili pasukan Guemsan Ginseng Asia dari Korea Selatan, memenangi perlumbaan peringkat kelima sejauh 111.5km dari Muar (Johor) ke Port Dickson (Negeri Sembilan).
Beliau juga berjaya menyarung dua jersi iaitu hijau dan biru. – Bernama"

TAHNIAH!!

Friday, April 3, 2009

Najib - PM Malaysia ke6


Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam
KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama
source : www.bernama.com

semoga beliau akan menjadi pemimpin yang terhebat,
sepertimana ayahanda beliau,-- Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-2,
merangkap Bapa Pembangunan Negara kita.. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails