Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

dari kerana mata..

dari kerana mata, 
Ayra terpaksa bercuti 2 minggu sbb terjangkit dr kawan2 taska..
sian.. Ayra..
nasib baik mata sblh kanan je.. sblh kiri, selamat..
tp Ayra hebat.. 
sakit2 mata pun, tetap ceria mcm takde sakit pun.


cuma mama kena belikan spek hitam so Ayra tak rasa silau sgt & bleh jugak kuar rumah sesekali.

tapi sian jugak kt mama & daddy sbb selama 2 minggu juga ler jadual kerja mama & daddy agak kelam kabut sbb bergilir2 jaga Ayra sbb masing2 tak dpt cuti (bizi keja!)
kejap jaga Ayra kt umah smbil wat keja opis..
kejap angkut Ayra ke opis. (sori ye bos! hehe..)


nk jadi citer lg best, masuk je minggu kedua Ayra sakit mata, taska Ayra lak kena tutup seminggu sbb penyakit mata tu dah merebak smpai tahap xleh kontrol dah kt taska tu. 
(memang berbakul2 la 'puji-pujian' oleh suma parents kpd parent yg pencetus asal penyakit tu kt taska tu.. huhu..)

pastu, part paling best, lepas genap 2 minggu Ayra sakit mata,
MAMA PULAK JANGKIT SAKIT MATA NYA..!!
tp sbb keja banyak, kan.. so selamba je gi keja dgn mata bengkak.
fuh... nasib baik seminggu je.
masuk minggu ke2, mata dah comel balik.
lalalala...

skrg, suma dah sihat, alhamdulillah..
nasib baik tak berjangkit kt si abang & daddy
(daddy bleh demam la time mama sakit mata. ekekek...)

tp, above all, 
lepas suma dugaan ni selamat kami tempuhi, 
terasa mcm Allah dah makin dekat dgn kami..
sentiasa melindungi kami..
ada je kejadian2 yg sbnrnya bleh jadi lebih buruk, 
tp sentiasa je ada penyebab2 yg menjadikan ia sebaliknya..
syukur.. ya Allah.. atas kasih sayang mu kpd kami ni..

Friday, December 23, 2011

kutu la plak...


blk dari taska ptg td,
tetiba pengasuh kata Asyraf kena jangkitan kutu dr kawan setaska plak..
tanya camner leh tetiba leh terjangkit,
katanya dah bgtau parent budak penyebab kutu tu..
tp parent dak tu wat keras je..
dan skrg, geng2 budak lelaki dah kena belaka.
hmm.. 
macam2 la kamu ni Asyraf.. 
sabar je la..
lagi seminggu je.. 
pasni masuk tadika, k!

mood : stress
kena kuarentin sehari & cuci rumah. huhu..

kemalangan yg tak diduga..


Asyraf ku sayang ini sbnrnya baru nk baik dr sakit 
(muntah, demam & ceri beri yg teruk) 
yg dah berlarut selama 3 hari..

hari ke3, aku punya la suka bila Asyraf..
dah mula mahu senyum semula..
dah mula mahu bercerita potpetpotpet semula..
dah mula mahu main mainan2 dia..
and dah mula mahu lari & manjat ke sana ke sini semula..

tp malang tak berbau,
lewat ptg kelmarin, (hari ke3 tu),
tak semene mene pala Asyraf boleh tetiba berbalut gini gaya sekali.



hmm.. kecederaan nya takde la seserius balutan yg besar tu.. kecik je.. 
xde pun smpai membuak2 darah kuar..
(sempat tu amik gambar smtara tunggu daddynya siap2 nk bawak gi klinik. hihi..)

tp cuak sbb ni 1st time Asyraf luka kt kepala, kami decide bawak la gi cek dgn doktor kt klinik..
doktor cek, dia kata luka tak dalam & tak besar.. tak perlu jahit. lega..!!
tp just sekadar nk bagi tekanan kt tempat luka tu, nk biar darah cepat benti, tu yg doktor balut besar2 tu..

camner leh jadi gitu, 
ermmm... camner nk start citer ye?
well... time tu dah nk maghrib.. 
aku suh Asyraf gi mandi kt blk air sementara aku duk angkat kain kt ampaian (skit je kain nya..)
then masa aku nk tutup pintu depan,
tetiba aku nampak Asyraf lari keluar bilik air dgn lajunya.
trus jatuh terlentang & pala terhantuk kt lantai pembahagi dapur & ruang tamu ni :

lantai tu tinggi skit dr yg sblhnya..
aku apa lg? laju giler jugak la lari ke Asyraf!!
and, sebab apa tetiba Asyraf lari laju kuar bilik air?
sbb dia nk kejar citer Mickey Mouse faveret dia kt TV..!!!
huhu..
tp mmg pengalaman la..

aduh.. 
Asyraf.. Asyraf..
mama dah pesan jgn lari2 kt bilik air..
hmmm..
tp menda dah nk jadi, sekurang2nya syukur x smpai tahap serius.. :|

Tuesday, November 1, 2011

terima kasih, hubby dearie..


terima kasih, hubby dearie,
sbb sudi ambil cuti kecemasan semata2 utk menjaga Asyraf yg sakit smlm..

(gambar lama.. masa Asyraf berumur 7 bulan.)

 really2 appreciate it..
love u so much!
sori ayang tak dpt cuti sbb perlu hadiri meeting di luar opis smlm..

Sunday, October 30, 2011

ketumbit oh ketumbit

ketumbit oh ketumbit..

kenapakah dikau singgah di mata kiri Asyraf tu?

dia baru la nk baik dr demam tau..


* baru blk dr klinik.

Dr. tanya Asyraf ni baru baik demam or selsema/batuk ke?

sbb dia ckp demam or selsema/batuk bleh juga jd penyebab ketumbit tu. katanya panas dalam or bakteria kt dlm badan nk kuar? hmmm..


papehal, harap Asyraf cepatlah sembuh..

next week, nkraya haji ni!


Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, October 25, 2011

Asyraf jgn sakit ye.. mama syg kamu!


hero mama, Asyraf Muhaimin, 
dah 2 hari demam panas lepas muntah2 yg teruk..
mama sgt sedih tengok anak mama yg biasanya aktif ni, 
sakit, terbaring layu tak bermaya..
sampai makan minum pun x mampu..

maafkan mama..
mama tak tahu Asyraf sakit..
mama hanya takut Asyraf jatuh sakit sbb perut terlalu kosong..
ingatkan Asyraf  mmg saje memilih makan...
tu sebab mama suruh juga Asyraf abiskan sekeping biskut tu..
rupa2nya, sejam lepas tu, terus badan Asyraf naik panas suhunya..

maafkan mama...
walaupun semalam Asyraf masih demam, 
mama & daddy terpaksa juga memilih utk pergi kerja pada pagi tu 
atas faktor2 yg mama & daddy sendiri x dapat nk elakkan.. 
syukur alhamdulillah tiba2 Atuk menawarkan diri utk menjagamu utk setengah hari.
terima kasih Atuk!!
terima kasih juga Opah & Acu yg turut singgah melawat Asyraf di rumah..
tak terbalas rasanya dek mama ni..

lewat petangnya, 
bila badan Asyraf mcm kebah skit, 
mama cuba pujuk Asyraf & bawa Asyraf ke taman permainan kt Giant Nilai tu, 
sbb itu permintaan Asyraf (bosan kot duk baring je kt umah dah 2 hari)
tp sampai sana, Asyraf hanya mampu main menan goyang2 tu je.
gelonsor pun x larat nk panjat. huhu..
takpe lah. mama layan kan je kehendak mu asalkan kamu gembira.

lepas tu,
mama bawa Asyraf ke Tutti Frutti, Nilai..
kot2 Asyraf mahu jamah aiskrim & buah2an kt situ.

 tapi Asyraf tenung je aiskrim & buah2tu.. 
jamah @ rasa pun tidak.. hmm...

nasib baik malam tadi, 
akhirnya lepas bawa Asyraf makan Nasi Arab (Ayah Ngah blanja),
baru Asyraf mahu makan nasik & ayam..
mama suka sangat2!
tapi tengah2 makan tu, Asyraf bleh bisik kt mama "acap ngantuk..."
olololo.. siannya anak mama ni..
terus otw blk, dalam keta, Asyraf trus tertidur..
even masa angkat masuk ke rumah & tukarkan seluar Asyraf pun, 
Asyraf tak tersedar..
penatnya dia..

tengah malam, 
Asyraf tersedar, terus cari mama..
minta mama peluk sambil tepuk2 Asyraf sampai tertidur semula...
bila mama mcm nk terlelap semula, 
Asyraf pegang tangan mama & tepuk2 badan Asyraf dgn tangan mama tu 
tanda minta tepuk lagi. hehe...

pagi tadi, 
mama tengok hero mama ni dah x panas dah badannya..
wpun muka masih nampak penat, 
Asyraf akur je bila mama pujuk utk ke taska..
(mama kena keja!)

tengahari td, 
mama telefon taska tanya khabar Asyraf..
kakak kt taska ckp badan Asyraf tak panas dah..
cuma makan je masih kurang wpun susu Asyraf berjaya abiskan..
main dgn kawan2 pun kurang..
penat lg ye, hero mama ni?

fikiran mama sentiasa kpd mu sepjg hari ni..
skrg sudah pukul 5, mama harus pulang..
sbb dah janji dgn Asyraf nk blanje " ...ooo McDonald had a farm..."

Asyraf..
mama sayang kamu sgt2..

Monday, June 20, 2011

opah ku dah xde.. :'(


Alfatihah buat opah ku
yg telah kembali ke rahmatullah secara mengejut
pada jam 1 pm, 18 Jun 2011 (sabtu) yg lalu...
moga arwah tenang di sana..

opah : ibu kpd mama ku..

kami di sini akan sentiasa merinduimu teramat sangat.. :(


ps : nk cerita byk pasal opah sbnrnya.. 
tp tak tercerita buat masa ni.. sori...

Wednesday, May 11, 2011

not feeling so good..


semalam aku muntah-muntah sepjg hari & malam.

bukan sebab Ayra nk dpt adik tau!
tapi akibat dari gastrik yg dah super lama tak kena..


tu lah! sapa suruh tak jaga makan?
padan muka sendiri! :P

akibatnya, 
tekanan darah jadi rendah & badan dah jadi lemah semacam.
pandangan pun dah jadi gelap2.
tp lepas meeting kt opis by kul 1pm, terus ajak en.hubby gi klinik & dapat la "time slip"..
doktor suruh rehat..


nk amik MC, rasa cam sayang sbb pagi tu dah gi meeting, kan?
so, time slip pun ok..

pagi tadi bangun, alhamdulillah perut dan x sakit & muntah2 pun dah takde.
wpun blum 100% ok, boleh la gi keja arini.. 
syukur...

ps : lupa bawak ubat gi opis.
hmm.. kena balik umah gi amik ni.. hmm...

Friday, April 15, 2011

abah : alhamdulillah semuanya selamat..


yang kali pertama abah wat prosedur 'coronary stent' aritu, semua dah ok..

and semalam, abah wat prosedur utk salur darah yg kedua plak kt jantung abah tu...

kali ni, proses panjang skit sbb doktor cuba workout dgn salur darah yg dah blocking 100%.
tp, alhamdulillah, menjelang pukul 3.30 pm, abah dah kuar Operation Teater (OT)
and petang tu juga abah dah bleh sembang2 ngan kami.

aku tak dapat cuti atas faktor keja smlm..
so, korang bayang lah betapa tak dapat fokus nya aku kt keja2 opis spjg masa abah dlm OT tu.
huhu...

then, masa balik keja ptg tu, hati meronta2 nk gi jenguk abah kt spital.
tp en.hubby nasihatkan biar abah rehat & takmo our kids kaco.
sian kt abah baru selesai prosedur..
sedihnya, Allah je yg tahu.

takpe lah, abah..
walaupun Angah tak dapat nk jenguk abah,
Angah tetap sentiasa doakan kesihatan abah & semoga abah cepat sembuh.
i love so very2 much!

Saturday, March 26, 2011

abahku & "Coronary Stenting"

alhamdulillah, berkat doa semua,
abah ku arini telah selamat pulang ke rumah selepas jalani prosedur stenting semalam..
so, lepas ni, just bagi masa & ruang je utk abah agar dpt rehat leklok supaya bleh kembali cergas spt sediakala.

abah, mak & my lil sis masa sesi perbincangan ahli keluarga dgn Dr. kt spital,
utk decide kaedah rawatan yg nk dibuat utk abah..

untuk kawan2 yg dah ada pengalaman ahli keluarga yg ada sakit jantung, maybe dah familiar dgn "coronary stenting" ni.. tp untuk x penah dgr, rasa2nya bleh la kot aku citer serba sedikit, pasal prosedur ni (well.. sbnrnya sblm ni, aku pun harem tau apakebenda nya tu. x penah terfikir nk amik tau pun. :P)

well.. stenting ni, actually, salah satu kaedah rawatan kpd sesiapa yg ada mslh jantung, selain rawatan scr ubat-ubatan & pembedahan pintasan jantung (bypass). (sbnrnya masa memula kami sekeluarga jumpa Dr., Dr mmg dah suggest wat bypass je.. tp bila dah bincang2 suma, akhirnya kami decide wat stenting. sbb risiko komplikasi bypass ni jauh lebih tinggi & scary)

berdasarkan Dr. kt HUKM (well.. skrg dah dipanggil PPUKM (Pusat Perubatan UKM)) STENT tu kiranya sejenis rerelung dawai logam. Saluran sempit atau tersumbat tu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan. klau saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. - alhamdulillah salur darah abah sesuai..

Stent dilekatkan pada kateter belon dan di bawa ke tempat yang dikehendaki oleh kateter tu.. sampai di lokasi, belon tu dikembangkan dan serentak mengembangkan juga stent tu skali. Belon & kaheter ditarik keluar, meninggalkan stent di tempat yang dikehendaki di arteri koronari dan akan membuat salur darah ini kembang secara mekanikal. Kaedah ini boleh mengurangkan insiden penyempitan semula (restenosis) dalam 15-30 peratus kes (BERNAMA)

di bawah, ada lah video animasi bgmn prosedur tu dilakukan..


harapnya info ni berguna lah kt u all.. byk untung nya klau ilmu byk di dada, kan?

ermm.. x sabar nk menunggu hari siang, nk gi jenguk abah kt rumah nya..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, February 28, 2011

haven't been so well lately..

salam..

memula nk mohon maaf yg tak terhingga kpd semua sbb LAMA GILER duk mendiamkan diri dlm dunia blog ni.
(rupanya ada juga yg rindu duk mencari2. terharunya!! *love*)
keadaan tak brape mengizinkan, sbnrnya..
seminggu dua ni, (since hari entry terakhirku itu..) diriku jatuh sakit.. 
demam + sakit2 badan + sakit pala + sakit tekak + gigil2 sejuk.
bila makan ubat, ok skit.. bleh la berfikir apa2 yg patut.
tapi bila kesan ubat dah abis, mula la diriku berbungkus. huhu...

last week, dah mampu masuk keja..,
ok la setelkan menda2 yg urgent..
tapi badanku sbnrnya lum recover 100%, spt sediakala..
baru 70% agaknya.
 
semalam pun palaku still pening2. 
pesal eh?
heran aku.
tapi nk gi klinik lagi, rasa cam malas je.
so, telan je la panadol. hehe..

tapi nway, tetapi rasa TERIMA KASIH yg tak terhingga kpd semua yg tetap sudi join contestku kali ini yg tak seberapa ni.. 
TQ! TQ! TQ!

wpun tak kesampaian nk tinggal jejak,
alhamdulillah, berjaya juga aku menterjah semua blog peserta.
dan gambar2 u all skrg dlm perhatian para juri. ;)
insya Allah result akan keluar this week. 
tq, again! ;)
 
dan insya Allah juga, 
klau ada kelapangan, akan ku aktifkan kembali blog ku ini. 

sehingga berjumpa lagi..
mmmuuaahhh..!!





Tuesday, December 14, 2010

tergolek dok kejap kt opis..


just come back to ofis dari KL (tugas rasmi tau)..
smpai sini kul 11 tadi lg.
tp baru skrg mampu bangun & berfikir skit2.. 
selepas sejam setgh tergolek kt sofa opis sbb mabuk kereta yg super teruk!


siap dgn headache, peluh2 sakan & vomit2 lagi!
(nasib baik smpai opis baru vomit. klau dlm keta tu la.. jawabnya bos aku tu pun akan ada bau vomit aku skali spjg hari. hehe..)

aku ni.. dah lama giler x mabuk bila naik keta ni, sbnrnya.. dulu time kecik2, mmg pantang naik keta.. wajib la dibekalkan ngan beg plastik utk vomit. tapi dah 'besar' ni, mmg dah xde dah mabuk2 ni.. tapi td tiba2, bleh mabuk sakan plak!

pesal eh?
adakah sbb aku tak tahan duduk kt blkg, keta proton wira opisku itew?
pelik..
walhal slalunya aku naik cute little kelisa (CLK) ku itew, ok je..
hmm..

musykil.. musykil..

Tuesday, September 28, 2010

so many things to share... but..


i really don't feel so good..

selsema + batuk +sakit pala + badan rasa seram sejuk ala2 cam nk demam.
siap dgn loya2 gitu. huhu..

since ari sabtu aritu sbnrnya..
tapi sbb dari ari sabtu aku bz ngan majlis konvo opis aku & kursus bagai, 
arini baru la bleh setel down & fokus kt diri sendiri sat & pegi klinik, jumpa doktor.
(sblm ni, aku duk telan panadol soluble + strepsil je. hehe..)
makanya, dapat MC!
(doc cakap akunyer tekanan darah rendah la plak... pesal ntah!)

makanya, harus balik umah, rehat!

Friday, July 23, 2010

pneumococcal vaccine?? is it the best choice?

pala otak tgh sgt2 ceranai...

anak2 ku ni sejak dua menjak duduk taska ni, sgt2 kerap demam @ selsema @ batuk dan sakit2 yg seangkatan dgnnya..
kekadang semacam bergilir plak.
bila Ayra baru baik demam selsemanya..
Asyraf akan menyusul plak demam selsemanya..
dan juga sebaliknya.
rotate gitu je lah.
bleh kira ngan jari brape hari dlm sebulan tu my kids ni sihat betul2.
sgt sedey, ok.. Allah je tau hatiku ini di kala melihat anak2 sakit camtu.
dan juga penat.

then bila wujud sesi luahan perasaan kt kengkawan opis,
lecturer2 kt sini rata2 syorkan, selain drpd amik suppliment vitamin, dorg amik pneumococcal vaccine ni.. since dorg pun amik vaksin ni utk anak2 dorang.

selidik punya selidik, antara artikel yg aku jumpa adalah ni :



PnD mudah berjangkit
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

Kanak-kanak boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan

EMPAT penyakit berbeza — bakteremia (jangkitan bakteria dalam darah), sepsis (keracunan darah), meningitis (jangkitan selaput saraf tunjang atau otak) dan pneumonia (jangkitan paru-paru) — mempunyai satu persamaan, iaitu semuanya disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae.

Penyakit disenaraikan di atas adalah pecahan penyakit pneumokokal (PnD) yang membimbangkan pakar perubatan kerana ia dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun.

Walaupun bakteria pneumokokus turut menjangkiti orang dewasa, kesannya lebih ketara dan teruk pada kanak-kanak kecil. Sehingga kini, dianggarkan 1.6 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat jangkitan pneumokokus dan daripada jumlah ini, antara 700 hingga satu juta adalah kanak-kanak berumur kurang lima tahun.

PnD disahkan antara penyakit pembawa maut paling mudah berjangkit. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006, lebih separuh kes PnD berlaku di negara rantau Asia Pasifik, terutama di Bangladesh, China, India, Indonesia dan Pakistan.

Pada 2005, WHO melaporkan, daripada 133 juta kes pneumonia di seluruh dunia, 44 juta kes berlaku di India dan 18 juta kes di China. Setiap jam dianggarkan antara 80 hingga 112 kanak-kanak meninggal dunia akibat PnD dan secara purata seramai 1,900 hingga 2,700 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari.

Antara punca utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia ialah pneumonia (19 peratus), cirit-birit (17 peratus), lahir tidak cukup bulan (10 peratus), jangkitan ketika dilahirkan (sembilan peratus), mati lemas ketika dilahirkan (asfiksia, lapan peratus), malaria (tujuh peratus), HIV/Aids (tiga peratus) dan tidak cukup zat (50 peratus).

Menurut Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit Paediatrik Dunia, Profesor Ron Dagan, hampir semua kanak-kanak berisiko mendapat jangkitan bakteria pneumokokus. Kanak-kanak di bawah umur dua tahun mempunyai risiko paling tinggi mendapat jangkitan kerana ketika ini sistem pertahanan sangat lemah.

Kanak-kanak, terutama yang dihantar ke pusat jagaan harian, terdedah kepada jangkitan pneumokokus dan boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan. Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak prasekolah menjadi pembawa bakteria pneumokokus dan berpotensi tinggi menyebarkannya kepada rakan sebaya tanpa disedari.

“Sehingga kini kajian mendapati ada lebih 90 jenis bakteria pneumokokus, tetapi jumlah yang boleh menyebabkan penyakit pneumokokal serius adalah kecil. Bakteria pneumokokus biasanya ditemui dalam hidung dan tekak kanak-kanak serta orang dewasa yang sihat.

“Dari hidung, bakteria berpindah ke bahagian badan lain melalui aliran darah dan mula menyebabkan masalah kesihatan. Jangkitan bakteria pneumokokus boleh berlaku pada darah dan menyebabkan keracunan darah (sepsis atau bakteremia), keradangan selaput saraf tunjang atau otak (meningitis), keradangan paru-paru (pneumonia) atau jangkitan telinga tengah (otitis media). Namun penyakit paling banyak direkodkan penyebab kematian kanak-kanak ialah pneumonia.

“Catatan kes PnD di Asia jauh lebih tinggi daripada Eropah dan Amerika Latin. Lebih membimbangkan, kebanyakan kes jangkitan berlaku di negara sedang membangun yang kurang kemudahan perubatan, khususnya program perlindungan melalui imunisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Simposium Pertama Vaksinasi Pneumokokal di Rantau Asia Pasifik di Seoul, Korea anjuran bersama Institut Vaksin Antarabangsa (IVI), Persekutuan Vaksinasi dan Imunisasi Global (GAVI) dan Institut Vaksin Sabin.

Tujuh negara yang mencatat kes pneumonia paling tinggi di dunia ialah India (44 juta), China (18 juta), Nigeria (tujuh juta), Pakistan (tujuh juta), Bangladesh (enam juta), Indonesia (enam juta) dan Brazil (empat juta).

Bagaimanapun, sehingga kini masih ramai pengamal perubatan dan ibu bapa di seluruh dunia tidak sedar mengenai penyakit pneumokokal kerana gejala penyakit ditunjukkan berbeza-beza mengikut jenis dan bahagian badan dijangkiti.

Jangkitan dan faktor risiko

Bakteria pneumokokus boleh berjangkit melalui sentuhan, batuk dan bersin. Bukan semua individu yang ada bakteria ini mengalami gejala penyakit kerana pneumokokus didapati ada pada individu sihat. Kumpulan ini dipanggil pembawa dan mereka mungkin membawa empat jenis (serotip) bakteria berbeza pada satu masa.

Apabila bersin atau batuk, bakteria ini dilepaskan ke udara bersama titisan air liur dan menjangkiti orang lain. Kebanyakan kanak-kanak kecil didapati ada bakteria ini dalam hidung mereka dan ia dianggap biasa.

Yang dibimbangkan ialah apabila bakteria ini menyerang dan menyebabkan masalah kesihatan, terutama kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun, kerana badan mereka belum ada antibodi untuk melawan jangkitan pneumokokus.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesihatan Global Croatia, Profesor Igor Rudan, berkata insiden pneumonia lebih tinggi di negara membangun (satu kes bagi setiap tiga hingga empat kanak-kanak) berbanding negara maju (satu kes bagi 20 kanak-kanak).

Ini bermakna ada kira-kira 155 juta kes baru setiap tahun dan 150 juta kes berlaku di negara membangun. Daripada jumlah ini 15 juta kes dikategorikan sebagai kes serius yang memaksa kanak-kanak ditahan di hospital dan sedihnya lebih dua juta kes berakhir dengan kematian.

Pengarah Eksekutif GAVI, Dr Orin Levine, berkata kurang pengetahuan mengenai bahaya jangkitan pneumokokus menyebabkan kebanyakan ibu bapa hanya membawa anak mendapatkan rawatan apabila penyakit makin teruk dan sedihnya, ada yang tidak dapat diselamatkan. Ini kerana kematian boleh berlaku dalam masa lima hari jika pesakit kanak-kanak tidak mendapat rawatan sewajarnya.

“Masih ramai tidak tahu mengenai pneumokokal kerana ia tiada tanda khusus yang jelas, walaupun ada banyak gejala. Bagaimanapun, ada cara untuk melindungi kanak-kanak, iaitu melalui pemberian vaksin. Namun kebanyakan negara belum memasukkannya dalam program imunisasi kebangsaan, meskipun mendapat saranan WHO,” katanya.

Kajian di Afrika Selatan mendapati, kanak-kanak HIV/Aids mempunyai kebarangkalian 40 kali lebih tinggi mendapat jangkitan pneumokokus berbanding yang sihat. Golongan ini mempunyai manfaat 15 kali lebih tinggi jika diberi vaksin pneumokokal konjugat (yang memberi perlindungan kepada beberapa jenis bakteria pneumokokus) berbanding kanak-kanak tanpa HIV/Aids.

Jangkitan pneumokokal semakin sukar dirawat kerana bakteria berupaya menentang antibiotik yang biasa digunakan. Penggunaan antibiotik yang berlebihan meningkatkan daya penentangan bakteria terhadap rawatan.

Namun berita baiknya, kini ada vaksin pneumokokal konjugat salarida (PCV-7) untuk memberi perlindungan kepada tujuh jenis bakteria pneumokokus (4, 6B, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F) yang didapati bertanggungjawab terhadap lebih 80 peratus penyakit pneumokokal serius pada kanak-kanak di bawah enam tahun di Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, PCV-7 bukan saja mampu memberi perlindungan kepada bayi berusia kurang 24 bulan, tetapi turut melindungi kanak-kanak sehingga sembilan tahun. Pemberian vaksin pneumokokal terbukti mengurangkan jumlah kes dan kematian akibat penyakit pneumokokal yang secara tidak langsung merendahkan beban rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya yang memasukkan vaksin ini dalam program imunisasi kebangsaan, berlaku penurunan 30,000 kes jangkitan pneumokokus yang teruk dan keputusan positif juga ditunjukkan di Australia.Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi vaksin penuh mempunyai minda lebih cerdas dan pencapaian pelajaran yang baik kerana jarang ponteng sekolah akibat sakit. Namun cabaran utama dihadapi sekarang ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat vaksin ini dan kesinambungan program imunisasi, terutama di negara miskin, kerana kosnya mahal.

Menurut Ketua Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Hussain Imam Muhammad Ismail, ketika membentangkan kertas kerjanya, penyakit pneumokokal menyebabkan 20 peratus kematian di kalangan kanak-kanak di negara ini dengan 40 peratus mengalami pelbagai masalah seperti terencat akal, perkembangan kemahiran terbantut, sawan dan kehilangan pendengaran.

Pun begitu, catatan kes di negara ini tidak banyak iaitu hanya 258 kes meningitis (16 kematian) pada 2000 dan 340 kes dengan 21 kematian pada 2005; manakala 8,573 kes pneumoia dengan 104 kematian pada 2000 dan 8,207 kes dengan 128 kematian pada 2005. Bagaimanapun, sukar menentukan sama ada semua masalah ini disebabkan bakteria pneumokokus kerana kurang ujian pengesahan dijalankan.

Masalah utama untuk memasukkan vaksin pneumokokal konjugat ke dalam program imunisasi kebangsaan ialah kos kerana kini kerajaan memperuntukkan RM35 juta untuk memberi perlindungan kepada 450,000 kanak-kanak setiap tahun yang akan bertambah 10 kali ganda (RM405 juta setahun) jika dilaksanakan.

Pun begitu, ibu bapa tidak harus bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada anak masing-masing. Justeru, setiap pasangan perlu memasukkan pelan ekonomi, khususnya untuk rawatan dan perubatan dalam perancangan keluarga.

Vaksin konjugat ini ada di Malaysia sejak 2006 dan boleh didapati di hospital swasta pada harga RM225 satu suntikan. Setiap kanak-kanak memerlukan tiga hingga empat suntikan untuk mendapat perlindungan terbaik daripada jangkitan pneumokokal. Vaksin ini boleh diberi serentak bersama program imunisasi kebangsaan sedia ada ketika anak berusia dua, empat dan enam bulan.

Gejala
  • Bakteremia — Demam panas dan beberapa tanda penyakit lain yang tidak khusus.
  • Meningitis — Demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, tegang urat leher, mata menjadi sangat sensitif pada cahaya (fotofobia).
  • Pneumonia — Menggigil dengan tiba-tiba, sejuk, batuk, demam dan sesak dada.
  • Otitis media akut — Sakit telinga, demam, pendengaran terjejas (tidak jelas).
  • Sinusitis — Demam sedikit, hidung berair dan batuk.

Risiko pneumonia
  • Masalah kekurangan zat.
  • Kurang berat badan ketika dilahirkan (kurang daripada 2.5 kilogram).
  • Kekurangan imunisasi demam campak.
  • Kurang penyusuan susu badan.
  • Isi rumah terlalu padat (lebih lima orang).

sumber : susuibu.com


tapi 1 downside vaksin ni adalah sebab : ia agak mahal.. aritu aku try tanya kt klinik area sini, RM250 skali cucuk. pulak tu, kena cucuk bbrp kali plak tu.  maybe sbb tu kot ia x termasuk dlm program imunisasi kebangsaan yg wajib tu..

tapi aku fikir, aku nk pujuk jugak lah en.hubby utk amik vaksin ni utk the kids..
mmg mahal sket.. harus kami kumpul skit2 @ korek kt mana2 duit kami yg cukup2 makan ni klau plan nk amik vaksin ni..
tp sapa sanggup tgk anak2 sentiasa sakit camni, kan?
tambahan lg, aku yg jaga dorg tiap kali sakit...
smpai muntah2 bagai. ngalir air mata aku...

or.. is it the best choice?? hmm..

Thursday, July 22, 2010

Ayra : Demam Campak Keladi??


siaran langsung dari umah.
sbb terpaksa meng'EL'kan diri.
sbb stlh 3 ari demam & pastu kuar bintik2 kecik2 yg merah2,
akhirnya pada ari selasa lepas, 
Ayra disahkan doktor bahawasanya dia kena demam campak!


tp bukan demam campak yg bijik2 besar tu tau..
yang halus2 ala2 cam ruam2 tp SATU BADAN.
kawan kata "campak keladi".
(view peha chubby anak dara aku yg penuh ngan bintik2 halus tu. nampak x?  time ni bintik2 tu dah x brape merah. dah letak ubat. masa bawak klinik aritu, kulit Ayra sgt2 merah menyala. rasa cam nk nangis je tgk dia gitu)

mula2 ingat demam biasa je.. jangkit ngan daddy dia yg baru baik demam aritu.
tp bila timbul2 ruam2 tu 1 badan, musyil la jadiknya.
malam yg pasan naik ruam tu, trus bawak gi jumpa doktor.
tp doktor cakap demam ruam biasa je. viral biasa.
dia bagi ubat demam n ubat sapu je.
tp lepas 2 ari, makin byk plak naiknya, hati x sedap, pegi jumpa doktor lain plak.
akhirnya doktor ni la yg sahkan ayra kena demam campak. huhu..
ciannya anak mama kecik2 dah kena demam campak.

nway, arini, bintik2 merah ala2 ruam tu dah susut dah.. 
kt muka dah x nampak dah ruam2nya tu. 
hati sgt2 hepi, ok! wpun demamnya still ada time malam. 

Ayra, cepat baik ye sayang!
    mama nk pegi keja ni. hehe..    

Thursday, July 15, 2010

operasi mencari buah kelapa muda


en.hubby kan demam.. sian kt dia.. 
last time aku perasan dia demam camni, masa mula2 aku preggy kan si Ayra.. 
yakni setahun lebih yg lalu. gila lama!

so, pagi tadi bawak dia pegi la klinik..
doktor beria suh en.hubby minum air kelapa muda (4 bijik!)
 sbb katanya doktor tu, leh turunkan panas badan.
wajib minum air kelapa smpai 4 bijik arini jugak.
klau esok demam lg, harus pegi cek darah plak.. takut2 denggi.  
(erk! teruk betul doktor tu duk takut2 org gitu. huhu..)

aku ni plak, nama je dah duk Nilai ni 2 thn lebih.
tp tempat jual air kelapa muda pun haram tau kt mana.
nasib baik berpandukan guide dr staf aku, jumpa gak kedai buah ni..
dekat dgn shell kt Taman Semarak, Nilai.
(10 minit je dari umah aku rupanya. ekekek..)

bersungguh plak aku perati org kedai tu tolong potongkan buah kelapa.
kena la potong.. mana aku larat nk angkut n potong sendiri 4 bijik kelapa itew. hehe..
x caya? cuba tgk saiz badan aku & dibandingkan dgn saiz buah kelapa tersebut. aiyoo..!!
 

hasil belahan jiwa orang kedai tu :
ok. bayar sudah.. 
mission accomplish! hehe..

gambar buah2an tempatan..
sekadar mencuci mata. ;)

Thursday, July 8, 2010

Asyraf dah kembali sihat! TERIMA KASIH SEMUA..


alhamdulillah..
berkat doa semua pihak, termasuk kawan2 semua,
Asyraf dah sembuh dari demam panasnya yg berpanjang tu semalam.. 
TERIMA KASIH..!
sayang sgt2 kat u all!!

terima kasih juga kpd kengkawan yg sgt2 prihatin dan meninggalkan kata2 semangat & cadangan buat diriku ini. sgt2 x terbalas kebaikan dan berkat doa u all semua.. 
TERIMA KASIH lagi skali. 

actually, batuk selsema Asyraf ada la lagi skit.. tapi sesungguhnya dgn melihat Asyraf kembali aktif & lasak spt biasa, hati ku dah sgt2 lega dah skrg dan kembali menyanyi2 riang. 

TERIMA KASIH. 
hanya Allah yang mampu membalas jasa baik u all semua ni..

Tuesday, July 6, 2010

mintak tolong doakan Asyraf ye..


huh.. dah 5 ari ye aku mendiamkan diri dlm dunia blogging ni..

sebab.. Asyraf demam panas giler (40 darjah celcius) dah 5 hari la jugak..
sgt kesian kt dia.. since ari Jumaat lepas. balik keja tu, tetiba rasa badan the kids (Asyraf & Ayra) panas semacam. aku pun bagi la ubat demam yg sedia ada dlm peti ais tu.. pagi esok nya, badan Asyraf dah x panas dah. dia pun duk main2 dengan baik skali keliling rumah.
tapi x semena2, tghari tu aku rasa badan dia panas balik. sumbat la balik ubat demam dia tu.

kebetulan lewat ptg tu, kami balik rumah parents aku sbb along aku ada wat besday party kecil2an utk anak daranya, si Syafiqah. spjg masa kami kt sana, badan Asyraf mmg ada rasa cam suam2 kuku gitu (org panggil dedar2). tp sebab dia sgt aktif main ngan sepupunya tu, aku pun biar la. tp bila menjelang malam, Asyraf dah macam slow down.. aku sian kt dia, decide nk bermalam je la kt rumah parents aku tu. tp en.hubby nk balik jugak Nilai sbb dia terpaksa keja awal pagi esoknya..

bila tgh2 malam, Asyraf tetiba bangun menangis2 bagai nk rak. aku rasa badannya, giler panas! terus kejut parents aku ajak gi klinik kul 2.30 pagi.
aku x faham mslh doktor tu kenapa dia cek Asyraf ala kadar je.. n terus bagi ubat demam. aku x puas hati, mintak jugak la ubat demam yg masuk ikut punggung tu.

balik rumah, aku bagi ubat punggung tu kt Asyraf, basah2kan palanya ngan air beras.. baru dia bleh tdo balik. hmmm... org cakap ubat punggung tu kuat kan? org cakap klau bagi, confirm sihat kan, keesokan harinya? aku tgk cam x beri kesan sgt pun kt Asyraf... cuma panas dia kurang SIKIT la dr sblmnya..

sepanjang hari ahad tu, Asyraf tdo x bangun2. bangun kejap utk makan pisang 2 ulas & bihun skit + ubat. pastu tido balik smpai ptg. mmg mengalir air mata la tgk dia camtu.. sbb aku tau dia bukan jenis klau demam, tergolek je macam tu.. slalunya klau dia demam skali pun, dia tetap akan aktif! adeh la.. ahad malam isnin tu pun, panasnya kurang skit bila lepas bagi makan ubat je.. lepas 5 jam.. dekat2 nk smpai turn dia makan ubat lagi, harus panas giler 40 darjah celcius tu. 

akibatnya, ari isnin tu  (smlm), aku amik cuti kecemasan. biar la ada bengkel ke.. ada keja urgent ke.. papehal keja opis aku malas nk pk. biar la bebudak opis pandai2 coverkan utk aku. aku nak jaga anak aku. (oh, btw.. demam Ayra dah ok dah ari isnin tu.. so, aku xde mslh la hantar Ayra ke taska aritu.. so, at least aku leh fokus kt Asyraf je). 

dekat2 tghari tu, atuk Asyraf a.k.a abah aku dtg melawat cucunya yg demam di samping bawak makanan. hehe.. yg majik nya, masa atuknya dtg, bleh plak demam Asyraf tu tetiba hilang di smpai banyak giler dia makan. mmg sgt hepi la aku tgk dia cenggitu. tp yg majiknya lagi... bila cecah maghrib je, badan dia panas giler balik. hmm.. mula la aku start pk yg bukan2 dah ni. huhu...

so, pagi tadi aku & en.hubby decide bawak dia gi spital putrajaya, (ended up, kt klinik kesihatan putrajaya je.. sbb spital tu x terima kes2 demam. just kes2 kecemasan shj). kami ingat nk test darah Asyraf. kot2 ada sakit lain ke apa ke.. maklum la.. skrg ni byk benor penyakit kt sekeliling. 

(Asyraf kt klinik.. duk tunjuk tangan dia yg berbalut sbb kena amik darah.. tak nangis tau! siap ditenung2 lg tangan dia tu yg kena tekan dek misi masa nk kuarkan darah tu. hehe..  bagus betul! sgt brave la anak mama ni!)

tapi kan.. majik lagi tau.. Asyraf tetiba je x demam spjg masa kt sana. result darah, alhamdulillah suma ok. cuma HB dia rendah skit. maybe sbb kurang makan. ye la.. camner nk makan klau xde selera, kan? hmm..
so, bila suma ok, Asyraf pun dah start sengih2 balik, aku pun tinggalkan dia kt taska kejap. aku nk masuk opis kejap. dah mcm2 orang dah duk carik aku ni! huhu..

tapi kan.. Asyraf ni duk demam malam2 je camni, 
tetiba terlintas plak teori kot2 Asyraf terkena "sampuk". 

hish! klau camtu lak, nk wat camner ye? 
ada sesapa yg bleh tolong x?
atau tahu sesapa yg bleh tolong ke..?
please..

sgt2 kesian kt Asyraf ku yang sorang ni..

Wednesday, June 23, 2010

sian nya Ayra..


di kala entry ni mula ditulis,
aku sbnrnya sgt eksaited nk citer pasal Ayra yg dah pandai nak tolong mama 'ngemas' ni.
see..!!!


gambar ni diambik tadi.. dlm kul 10 mlm gitu..
tapi malangnya slps bbrp jam, x siap2 la entry sempoi yg satu ni.

sebab x lama lepas tu, smpai la baru ni tadi (skrg dah kul 3 pagi seh..),
Ayra duk nangis2 x benti sbb duk batuk2 n berak2 (berak2 ni dr semalam lg sbnrnya..), sampai duk muntah2 susu yg dia minum. "bunga' dia pun dah merah giler, sbb dah melecet sbb berak2 tu.. aku pun, dah officially tukar baju 3 kali sbb kena muntah dia. Ayra lak, 3 kali juga tukar baju suar. tilam pun dah wasalam tercedera kena muntah dia ni. 

nk bagi ubat, ubat dah abis belaka. apa yg terdaya hanya lah letak tepung ubi kt 'bunga' dia tu supaya kering n sapu vicks kt dada n blkg dia smbil tepuk2 smpai dia terlelap..

bila timbul keadaan camni, tambahan lg di kala en.hubby xde kt rumah, mula la kuat hati aku meronta2 nk cuti sbb x smpai hati nk antar dia ke taska. tapi esok pagi aku ada program besar kt opis. di mana aku lah 'org kuat'nya.. siap jadi MC lg tu. (teks MC ni pun x siap2 lg. dah la majlis dlm B.I lak tu. huhu..) petang tu plak, ada meeting kt putrajaya. 

adeh la.. camner ni??

Friday, May 14, 2010

bersiaran langsung dari rumah!

yup!
arini aku bersiaran langsung dari rumah, wpun belum ari sabtu atau ahad. hehe..
kenapa??
sebab the kids x sihat. cian dorg, tau..

Asyraf tetiba ter ceri beri la plak.. dari semalam lagi.. 
tp yg xleh tahan, smpai pagi tadi, selang 15 minit, harus ke toilet.
so, tuan2 dan puan2.. sila jawab :
ada ke taska yg sanggup melayan aksi2 ganazzz ceri beri Asyraf itew..? oh tidak.. huhu..

Ayra plak.. demam.
cian dia.. badan panas gitu.
well xde la panas thp gaban. org kata, "dedar, dedar" gitu.
tp biasa la.. budak.. bila x sihat, harus la meragam, wokeh?
rasa cam x sampai hati lak nk antar Ayra ke taska nya yg beraircond itew..
tengok Ayra wat muka jebik subuh2 tadi, lagi la x smpai hati. huhu... :(

sehubungan itu, menjadi mama yang mantap, harus la aku amik EL (emergency leave) arini.
wpun berduyun2 tiba telefon2 dari opis. ekekek.. (rindu ke? hihi..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails