Followers

May 20, 2011

Panduan menjadi menantu kesayangan

Panduan menjadi menantu kesayangan;
 
1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.

9. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah. 

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayah.


>> <<
Menambat hati mentua bukan perkara mudah, terutama bagi wanita kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan lebih penting, perlu membuang ego yang ada dalam diri.

Keadaan berbeza bagi bakal menantu lelaki. Biasanya menantu lelaki lebih mudah diterima dan tidak banyak kerenah yang perlu dilalui untuk menjadi ahli keluarga baru pasangan. 

Bagi bakal menantu lelaki, ia agak mudah kerana tidak banyak keserasian yang perlu dicari, tetapi bagi bakal menantu wanita, ia adalah cabaran, tambahan pula bakal suami anak emas atau tunggal.
>> <<

sumber; Berita Harian, 20/05/2011 (Ratu)



 ...
jadilah diri sendiri & cuba mengambil hati mak pak mentua kita
mereka juga spt ibu bapa kita
mereka ego krn mereka mahu yg terbaik utk anak2 mereka
tp kita manusia yg punyai byk kelemahan diri
semoga kita dipermudahkan dlm segala urusan
niat hati dlm malakukan sesuatu itu sgt penting
tidak semua yg indah dlm hidup ini
semoga hidup kita sentiasa diberkati-Nya
-dr hatiku-

4 comments:

choclairissa@intan marliana said...

tq for the tips dear :)

.:sim@a:. said...

ur welcome dear.. perkongsian bersama =)

Syima Syaz said...

dear...
terus-terang...walaupun kita dekat sgt dgn bakal mak mertua, tp agak jarang jumpa n tak pernah call dia pun.
camne ntah lepas kahwin maybe duduk dgn fam si dia dalam 2,3 bln sementara dapat kumpul duit utk masuk rumah baru...

.:sim@a:. said...

xpe la syima.. try ur best k.. manusia sentiasa belajar sesuatu yg baru dlm kehidupan nie.. klu kita x laluinya kita xkan tau kesudahanya kann..