Followers

Showing posts with label perkongsian bersama. Show all posts
Showing posts with label perkongsian bersama. Show all posts

June 19, 2011

3 jenis jodoh

mcm penah dgr berkenaan 3 jenis jodoh nie
x salah dlm drama ke movie ada terselit 3 jenis jodoh nie

so ini utk dikongsi bersama 

harap tuan rumah izinkan 
ya ampun ~ ~


 


3 jenis jodoh iaitu;

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.


2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.


3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.


 ...
Apa jua jenis jodoh, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" (Memahami, Memaafkan & Memotivasikan) sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam InsyaAllah akan membahagiakan hidup anda di dunia mahupun akhirat.
 ...

May 22, 2011

Types of Hand Bouquet

 salam ahad semua

wahh.. dh lama rasanya x bercerita tentang perkahwinan
semua org mesti ada impian perkahwinan kan.. begitu juga saya
tiba2 minat betul dengan tema putih + merah nie
jatuh cinta sudahhh.. cairr ~ ~

warna yg suci lagi garang.. eh! ya kee..

sambil google2 cuci mata d'ptg hr nie.. terjumpa info yg menarik
harap sedikit sebanyak info disini bleh dikongsi bersama


enjoy (^_^)

{klik cnie}


..tata..

May 20, 2011

Panduan menjadi menantu kesayangan

Panduan menjadi menantu kesayangan;
 
1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.

9. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah. 

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayah.


>> <<
Menambat hati mentua bukan perkara mudah, terutama bagi wanita kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan lebih penting, perlu membuang ego yang ada dalam diri.

Keadaan berbeza bagi bakal menantu lelaki. Biasanya menantu lelaki lebih mudah diterima dan tidak banyak kerenah yang perlu dilalui untuk menjadi ahli keluarga baru pasangan. 

Bagi bakal menantu lelaki, ia agak mudah kerana tidak banyak keserasian yang perlu dicari, tetapi bagi bakal menantu wanita, ia adalah cabaran, tambahan pula bakal suami anak emas atau tunggal.
>> <<

sumber; Berita Harian, 20/05/2011 (Ratu)



 ...
jadilah diri sendiri & cuba mengambil hati mak pak mentua kita
mereka juga spt ibu bapa kita
mereka ego krn mereka mahu yg terbaik utk anak2 mereka
tp kita manusia yg punyai byk kelemahan diri
semoga kita dipermudahkan dlm segala urusan
niat hati dlm malakukan sesuatu itu sgt penting
tidak semua yg indah dlm hidup ini
semoga hidup kita sentiasa diberkati-Nya
-dr hatiku-

December 26, 2010

BESARNYA makna DOA

.. BESARNYA makna DOA ..
perkongsian bersama DOA semasa duduk antara dua sujud 

dalam kita sedar atau tidak 

Setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir.. tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. 

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..




 * * * * * * * * * *
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 

Warfa'nii (angkatlah darjatku) 

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 

Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 

Wa'fuannii (maafkan aku)
* * * * * * * * * *


 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.. Semoga ini dapat memperingatkan kita bersama tentang besarnya makna sesebuah doa itu..
...

December 7, 2010

5 things to do in 1432H

5 things to do in 1432H

 tag from syahira blogger from  

Pink and Orange Theme



thank syahira.. i get it and answer it yaa
this is my 1st tag i get from the person who make it
speechless because i new blogger
many thing to learn in writing in this blog
but syahira also give me the award
nothing to say 
thank you so much syahira
love u a lot.. hee ~ ~

..ok2..
strait on the road.. eh! strait forward
to get this award must answer the tag 1st
right syahira??

here the tag from syahira;


1. copy and paste this award in your blog.

ImageChef Word Mosaic - ImageChef.com

2. write an entry, 5 things to do in 1432H;
*firstly, i want to be a good person to all my Love
*second, have my own money
*third, i want meet my Love, aizuddin
*fourth, get engaged and married with my Love, aizuddin
* fifth, have one happy family at home


3. share your mission and / or vision for this new year.
*have more time with all my Love


4. tag 5 person and let them share their things to do.



..
daa
hope u guys can take it and share this tag too



*thank again to syahira for this tag.. i try the best to write in english.. good or bad still learn..
update! *10Dis2010 give from CikSyafa

December 2, 2010

2nd Award

yahoo ~ ~
dapat skali 2 award
sgt2 menghargai award yg diberikan ini
terima kasih R-YuzSha
juga kpd semua yg menyokong blog ini 
<

>

<

>




1) Thanks the person who give you this award..DONE!
2) Link that person at your blogroll..DONE!
3) Spread to 15 blogger which you think awesome..DONE!


ini juga buat kamoo..klik gambar untuk seterusnya.. 
(ini 1st Award kami, so post nya telah d'buat t'lebih dahulu)

..
..selamat berblogging kawan2..

November 30, 2010

kunci perhubungan

 “Kunci suatu perhubungan bukan terarah kepada 
pencarian insan yang terbaik untuk kita, 
sebaliknya belajar mencintai dan menyayangi insan 
yang kita temui dan yang kita ada” 

November 27, 2010

serasi bersama

perhubungan yg kekal adalah krn keserasian dari dua hati
andai kamu & si dia cukup serasi
tiada apa yg dpt memisahkan kecuali ajal & ketentuan Tuhan


haa.. serasi bersama ker saya dengan awak nie
jom suka suki bersama d'hujung minggu;-)


..
..1..
dari awal b'kenalan lg, kamu & si dia xpernah sekalipun
punya perasaan yg tidak puas hati antara satu sama lain

..
..2..
kamu dan si dia punya minat dan hobi yg sama

..
..3..
di saat kamu sedang bersedih, si dia tahu cara utk gembirakan kamu
begitu juga dgn kamu sentiasa tahu utk menceriakan hidupnya
w/pun si dia dlm keadaan bersedih

..
..4..
cara kamu berdua berbual dan bergurau sama 
kamu berdua berbual dan bergurau dgn teman lain
ini menunjukkan kamu berdua tidak pernah hipokrit 
di hadapan antara satu sama lain

..
..5..
andai kamu dan si dia sedang marah kamu bedua 
saling mengelak utk bertemu krn tidak mahu 
org yg d'sayangi menjadi mangsa kemarahanya

..
..6..
saling menerima seadanya biarpun mungkin kamu dan si dia 
tidak sempurna org lain misalnya punya fizikal yg gemuk, pendek, 
masalah muka berjerawat dan lain2

..
..7..
sekiranya kamu dan si dia melakukn kesalahan, 
masing2 akan cpt2 memohon maaf dan mengakui kesilapan yg dilakukan 
bknnya saling menuduh antara satu sama lain

..
..8..
kamu dan si dia saling menghormati antara satu sama lain
dan tidak pernah memaksa melakukan sesuatu 
yg kamu @ si dia tidak suka lakukan

..
..9..
kamu berdua sanggup bersusah payah utk cuba 
mengadakan @ menunaikan apa yg kamu inginkan

..
..10..
biar sibuk bagaimana sekalipun kamu dan si dia sentiasa 
b'sedia utk menemani antara satu sama lain saat memerlukan


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
haa.. amacam korg ok x..serasi bersama kerr??
aikk! rocknyee ayat kali nie.. oppss~

...

November 24, 2010

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan 
 Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad.

 ...


*Kongsi cerita bersama Tips Cinta..terima kasih;-)

November 15, 2010

thanks

thanks tO khumaera
sbb sudi kongsi tentang "formspring" nie
so DinCma dh ada formspring di kiri blog
  
..
u need too
 Follow the step; 
Formspring > sign up > setting > widgets > copy html embeded widget > 
blogger > design > paste on HTML/JavaScript > save
..

October 27, 2010

1st Award..

joget2 dtg cnie sbbnya dlm hati ada taman
wahhh! gumbiranya rasa hati


dapat 1st Award dr K.I.N.A
tQ Kina

wink! pembakar semangat utk trus berblog..
InsyaAllah


..
ok mai jwp soalan2nya dulu;

Slogan nape aku suka memoriseorangmuda?

*emm..yg nie yaa..br singgah blog kamoo td..1st impression..
nice..look good..suka header yg atas tuu..he3..

Reaksi selepas dapat Award ni?

*oh! s'mestinya tersenyum lebar.. sgt suka.. 1st Award la katakan..
t'msuk dlm top15 Kina plak tu..

Perlu Tag 15 Blogger lain...


*yg ini..bagaimana yaa..x cukup 15 nie..ok kerr..he3
??????????
 ..sape mau jd yg seterusnya..mai la..he3


...
1st Award "Kisah Kasih Kami"
..



update!  
*2Dis2010 terima dari R-YuzSha
*14Dis2010 terima dari sigaunputih

October 21, 2010

sepasang dua

setiap manusia tercipta berpasangan;
 lambat @ cpt pasangan itu utk anda
dkt @ jauh pasangan itu dgn anda
hitam @ putih pasangan anda
suka @ tidak anda dgn pasangan itu

:

ini krn pasangan utk kita itu adalah jodoh yg telah ditetapkan oleh-NYA
kita hanya merancang dan berusaha
DIA yg Maha mengetahui segalanya


juga
 dlm anda sedar @ tidak
setiap pasangan anda itu akan berlawanan character dgn anda;
dia marah anda senyap
dia baran anda lembut
dia kemas anda bersepah
dia tegas anda sambil lewa
dia byk berckp anda hanya tersenyum malu 


:

itu semua pelengkap hidup bg setiap pasangan
utk merasai kebahgiaan masam manis bersama
dgn menerima pasangan anda seadaanya