Assalamualaikum wbt..
Semakin lama semakin malas nak ambil gambar cantik-cantik.
Semakin lama semangat dalam baking makin merudum jatuh. Haih!
Bayangkan... 12.30 tadi pelanggan dah call bagitahu dah sampai. Saya baru terkedek-kedek nak susun manik silver kat tepi kek.
Nasib ler dapat kastemer baik. Terima kasih Farah.
Alhamdulillah.. dalam perjalanan nak balik rumah ~ amboi.. kemain. macam jauh bebenor ler rumah kamu tu!~ Farah whatsapp bagitau 'Cantik!!!!'.
Lega.. bagi saya bila pelanggan dah suka, makanya selesai sudah tanggungjawab saya untuk hari ni.
Showing posts with label Tempahan Kek. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Kek. Show all posts
Saturday, June 22, 2013
Monday, June 10, 2013
Ombre Blue Cake.
Assalamualaikum wbt...
OMBRE BLUE CAKE
Saiz 8 inc Berat -+ 2.3 kg
Harga RM150
Berminat boleh SMS/Whatsapp
013 258 8230 - Irma
Terima kasih.
Thursday, April 11, 2013
IKLAN : RED VELVET MINI PACK.
Assalamualaikum wbt...
TEMPAHAN RED VELVET MINI PACK.
HARGA : RM15.
BERAT ANGGARAN : 380 GRAM. ( BEKAS SAIZ 8X3 INC)
ORDER MINIMA : 2 BEKAS/RM30.
TARIKH PICK UP : KHAMIS 11 APRIL 2013. 5.30 - 6.30 PETANG.
TEMPAT PICK UP : PV12 PLATINUM LAKE CONDO
( TUNGGU DEKAT KLINIK ALAM MEDIK)
CARA TEMPAHAN : SMS /WHATSAPP - 013 258 8230. Irma.
CONTOH - IRMA - 1 SET/2 BEKAS - 5.45 PETANG.
TERIMA KASIH.
Sunday, August 26, 2012
Dah mula regangan tangan. Birthday cake.
Assalamualaikum wbt...
Chocolate Moist Cake dengan tema Boboiboy.
Saya sendiri lupa ada tempahan semalam. Duk ingat cuti je. Tak sedar dah angguk kepala setuju sebelum raya nak buatkan kek untuk Alya. Anak saudara Kak Jah, teman serumah saya. Sehari sebelum Sabtu nasib dia ingatkan. Barang semua dah ada. Tinggal nak bancuh kek dan kukus. Sambil tengok Mohabbatein semalam siap juga kek sebiji.
Kunun nak panaskan balik tangan. Esok dah start kerja. hehh. ;)
Hari pertama kerja dah dapat order Rainbow Cake.
Semangat... sila datang banyak-banyak kepada saya malam ni ya...!!
Saturday, August 25, 2012
Tempahan dibuka semula.
Assalamualaikum wbt...
Tempahan sudah dibuka. ~sambil berlagak seolah buka pintu kedai sendiri. ewah. berangan..!!~
Untuk tempahan bermula minggu hadapan 27hb Ogos 2012, boleh la sms atau terus telefon saya untuk tempah tarikh. Jangan tempah last minit. Nanti ada yang terpaksa saya tolak tempahan dek kerana order dah penuh.
Saya akan menghadkan tempahan hujung minggu bagi memberi laluan pada diri sendiri untuk berhari raya juga. :)
Untuk tempahan boleh hubungi saya, Irma 013 258 8230.
Terima kasih pada Raisha.
Raisha tempah Chocolate Mascarpone Cake dan Rainbow Cake dari saya.

Sunday, July 1, 2012
Eh... biru semuanya..!
Assalamualaikum wbt.
Selesai. Lega rasanya bila semua urusan tempahan dah selesai. Memang sangat penat bercampur berdebar selagi urusan tak selesai.
Saya paling bimbang jika terlepas pandang tempahan. Cukuplah dua kali rasanya saya TERLUPA tempahan pelanggan. Sekali bila pelanggan telefon nak ambil kek. Saya sedang elok duduk berehat macam takde tempahan. Sadis sungguh bila ingatkan balik kejadian tu.
Selepas kejadian tu, saya lebih berhati-hati dengan tempahan yang ada. Ulang semak sms dan email yang dihantar.
Minggu ini juga saya belajar banyak perkara dengan kerenah-kerenah pelanggan yang pelbagai. Mana yang baik kita kekalkan. Mana yang kurang kena perbaiki dan ambil iktibar.
Buat kerja sorang-sorang ni memang lah kena hadap semua. Saya yang ambil tempahan. Saya juga yang jawab panggilan. Sampaikan saya jugalah yang kemas periuk loyang yang masih belum dibasuh. Jadi bila pelanggan kata saya garang. Memang ada kala saya akan bersikap garang dengan pelanggan yang main-main. Setiap hari berhadapan dengan panggilan tempahan membuatkan saya boleh kenal dan tahu yang mana satu pelanggan serius dan pelanggan yang banyak songeh. Semua tu pengalaman yang mematangkan saya.
Bila diimbas balik, ada kala rasa syukur juga bila tiba masa tempahan banyak. Saya tak menang tangan tiba-tiba pelanggan call kensel order. Fuhhh.. lega satu. Dapat pulak sms yang kedua kata nak kensel tempahan juga. Phewww.... bertambah-tambah lega. Syukur sangat dengan bantuan di saat akhir macam ni.
Makanya minggu depan nak kena juga cari oven kedua. Tak sempat nak mencelah masa pergi beli lagi. Harapnya dengan ada dua oven nanti, makin mudah kerja membakar kek dan pavlova. :))
Dah... habis..!
Tiga biji kek ni saja yang saya ambil gambar. Tempahan yang lain semua sama ja bentuk dan rupa. Tak tunjuk pun tak pe. Korang pun tahu kek apa. Kan..!! =)
Sekian. Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 013 258 8230.
Terima kasih pada yang menempah. :))
Friday, June 15, 2012
Choc Moist Cake.
Assalamualaikum wbt.
Tempahan dari Jiha juga.
Kata Jiha, "Elok ja kek semua sampai Penang. Tak cair pun.'
Sebab Jiha ambik kek pukul 1230 tengahari. Sampai dah dekat pukul 800 malam.
'Semua orang Penang kata sedap.'
Waahhh... takkan semua orang Penang Jiha jamu makan. kekeke. ;)
Terima kasih Jiha.
Friday, June 8, 2012
Selesai 2 perkara. Sambung dengan 4 perkara yang lain.
Assalamualaikum wbt.
Oreo Cheesecake. RM 60. 1.45kg. 8 inc.
Selesai dihantar tengahari tadi jam 2 petang. Moga yang mengidam dah dapat makan kek ni. :)
Alhamdulillah... selesai urusan hari ni. Hari pertama kerja selepas cuti panjang. Memang lambat start enjin. Saya ambil 3 order je hari ni. Yang lain saya tolak. Kunun nak cuti sampai esok. Bila plan yang dirancang tak menjadi. Maka bila datang order baru, saya terima. Cuti pun dipendekkan.
Kerja sendiri. Saya lah boss. Saya juga pekerja. Senang kan. Tak payah nak sign borang cuti. Sentiasa diluluskan. :)
Oreo Cheesecake. RM 60. 1.45kg. 8 inc.
Selesai dihantar tengahari tadi jam 2 petang. Moga yang mengidam dah dapat makan kek ni. :)
Nama saya Irma. Kepakaran saya ialah menjual pavlova yang sedap, berkhasiat dan menyelerakan pada setiap mata yang memandang.
Ewaahhh...! :)
Wednesday, June 6, 2012
Jom tengok. Boleh order jika berminat.
Assalamualaikum wbt.
Seronoknya bila dapat cuti dari pegang tepung dan mentega. Tak yah nak fikir bangun tidur kena keluarkan mentega. Pastu nak sukat gula dan basuh telur.
Bangun tidur lepas solat boleh sambung tidur. Weehooaa... sekali sekala memang syok bangun bila matahari dah tegak atas kepala.
Tambah best lagi sekarang tengah tengok drama korea. My Girl. Walaupun dah tengok 2-3 kali sebelum ni. Layan je. Dah nama pun cuti kaaann..!!
Cuti tak bermakna takde gambar kek. Meh la saya kongsikan gambar kek yang lepas-lepas. Ada banyak lagi yang belum di kongsi.
Mana tau... ada sesapa yang tengok dan berminat nak tempah kan.
Rainbow Cake dengan tema Upin dan Ipin. Tambahan 9 biji cupcake dengan tema Liverpool.
Red Velvet Cake sempena Hari Ibu.
Red Velvet Cake untuk hari jadi.
Red Velvet Cake. Kali ni saiz 10 inci.
Mencabar jugak nak lapiskan kek ni. Tak kena gaya dan cara mahunya gempa kek jadinya.

Kek Karamel. Kek yang banyak menguji kesabaran saya sepanjang tahun. Ada ketika dia elok jadi. Ada masa dia menguji kesabaran saya dengan hasil yang kurang cantik. Semua ni saya belajar dari pengalaman sendiri.
Ok.. dah masuk Zohor. Berhenti lah dulu. Nanti saya sambung lagi.
Jom solat.
Wednesday, May 23, 2012
Rainbow Cake. Tema Boboiboy.
Assalamualaikum wbt.
Dah hampir 10 hari kek ni selamat diambil oleh kawan saya. Kek untuk anak lelaki sulung menyambut hari lahir di sekolah. Happy Belated Birthday Syimir..!
Rainbow Cake. Buttercream frosting.
Size 10 inc. Berat : 5kg ++
Harga : RM250.
Wednesday, May 9, 2012
Tahniah Aisha - Terima kasih semua.
Assalamualaikum wbt.
Tempahan minggu lepas dari kawan sekolah rendah saya.
Lama kan.. Lapan belas tahun baru jumpa balik. Jumpa kat FB tak leh kira.
Ni yang buat saya seronok. Masakan membuatkan saya berjumpa dengan ramai orang.
Kawan sekolah rendah. Jiran yang tak pernah jumpa.
Saudara jauh pun ada. Tiba-tiba sms kata pavlova tak jadi. ~Adeiihh.. macam-macam tau~
Jumpa pembaca blog saya yang comel. ^ ^
Ramai. Tu belum campur yang tahu dari mulut ke mulut.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA.
Segala komen yang baik dan yang membina saya terima dengan tangan terbuka.

Friday, May 4, 2012
No Chocolate No Cheese.
Assalamualaikum wbt.
Makanya.. jadilah Butter cake dengan jem blueberry ditengah.
Dah siap... Happy Birthday Reihana. :)
Makanya.. jadilah Butter cake dengan jem blueberry ditengah.
Dah siap... Happy Birthday Reihana. :)
Friday, April 27, 2012
Hari Paling Sibuk.
Assalamualaikum wbt.
Di saat orang lain sedang lena beradu ( heww.. jeles ai) saya masih berjaga menunggu Red Velvet Cake saya masak dalam oven. LIMA BIJI kesemua sekali.
Tinggal lagi 4 loyang. Lepas ni bagi oven rehat sejam. Pastu sambung lagi dengan kek karamel dan pavlova.
Ada SEPULUH BIJI kesemuanya. Alhamdulillah rezeki.
Ini order yang lepas. Semalam punya.
Terima kasih pada yang mengorder.
Nak sambung buat cream cheese frosting. Pagi ni seawal jam 6.45 pagi dah ada pelanggan nak ambil kek.
Salam Jumaat!

Labels:
Kek Karamel,
Pavlova,
Red VelVet Cakes,
Tempahan Kek
Subscribe to:
Posts (Atom)