my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label teman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teman. Papar semua catatan

2 November 2013 dalam kenangan

Tika ini berleluasa berita tentang pemergian allahyarham Ahmad Ammar di facebook dan blog. Kisah pelajar cemerlang ini menarik hati bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga. Untuk lebih lanjut kisah2 trajis ini bolehlah google atau baca sini ye. Kakpb dah tengok videonya dari kecil hingga saat dikebumikan. Takziah untuk keluarga beliau. Allah lebih menyayangi beliau dan ditempatkan jenazahnya disisi sahabat Rasulullah SAW.

Tika 2hb November itu juga sebenarnya tarikh kakpb bertemu dengan kawan-kawan lama di UTM, Jalan Semarak. Kakpb tak sempat nak update disini. Baru ada peluang menulis.

Memang tak sangka dapat berjumpa kembali walaupun tak ramai yang datang dan dapat jumpa. Kawan yang sama-sama disekolah rendah dulu pun masih ingat kakpb. Katanya dulu dia miskin, selalu mengendeng bekalan karipap yang kakpb bawa. Dia masih ingat rumah kakpb depan sekolah masa tu. Sayangnya kakpb dah banyak lupa kisah dikampung, zaman kanak-kanak sebab kakpb dah lama sangat tinggalkan Johor. Dapat balik sekali sekala mana sempat nak bermesra dengan kawan lama?

Jadi, kawan kakpb ni plan bermula di facebook, supaya kami dapat berjumpa untuk melepas rindu. Baik sungguh hati mereka ni sanggup menaja makan minum dan bilik menginap untuk mereka yang jauh. Kakpb pula tak dapat dinner bersama sebab kena balik Kelantan malam tu. Tak dapat merasa kambing bakar...hehe...bukan suka sangat pun. Dapat hi-tea pun dah cukup. Itu pun tak minum sebab asyik bersembang je. Aktiviti petang tu cuma tolong susunkan cenderahati yang kami bawa untuk lucky draw. Kakpb terpaksalah ambil awal sebab pukul 5 ptg dah kena balik.


Ramai yang dah menikmati kerjaya yang baik, anak-anak diuniversiti. Ada yang doktor, datin, cikgu dan sebagainya. Kakpb tumpang bangga walaupun kakpb tak berjaya seperti mereka. Apa yang penting ikatan persahabatan tidak pernah membezakan itu semua.

InsyaAllah panjang umur kami akan cuba berkumpul lagi bersama keluarga masing-masing pula. Tempatnya mungkin di Putrajaya? Sabah? Johor? Perlukan perancangan yang teliti kerana masing-masing ada komitmen yang perlu didahulukan.

Untuk sahabat yang membaca coretan ini, terutama sahabat SDPB pertemuan tempohari amat manis dalam ingatan. Terima kasih kerana sudi menaja dan berusaha merealisasikan perjumpaan ini.

Santai bersama.....

Assalammualaikum, buat apa tuuuu? Update entry ke.....atau lepak-lepak dengan famili di shopping mall? Cuti hujung minggu, dah gaji pula tu kan.....apa lagi...aktiviti mengabiskan duit, betul tak? Kalau dah beli barang dapur, bayar kereta, bayar rumah, sekolah anak....tu kira menghabiskan duit juga. Tapi untuk yang berfaedah dan kewajiban untuk keluarga harus didahulukan....tak salah pun.
Oh ye....ada ke lagi blogger yang nak turun Sabah. Boleh kakpb sambut dengan karipap frozen...hehe...sebungkus je tau. Inti kentang sardin, ayam dan daging.....hehe...kalau tak makan sardin tu, rugi yang amat. Tak percaya....tanya Seri Kandi kakpb tu....hehe...cercite sikit...

Hari ni saja nak share gambar-gambar yang kakpb ambil beberapa hari lepas. Tanjung Aru first beach diwaktu senja. Cuba tengok...betapa cantiknya keindahan Allah ciptakan untuk kita yang dikasihi. Tenang dan damai.....janganlah kita cemari ia dengan sampah sarap, botol arak, tin minuman dan sebagainya. Bumi Allah ini juga perlu dicintai, disayangi.....



Matahari hampir melabuhkan tirainya. Ketika ini baru pukul 6.10 petang, hampir masuk waktu maghrib sudah. Kalau menyewa hotel sekitar Tanjung Aru, bolehlah turun makan disini, betul-betul berdepan dengan pantai. Best tak?? Mereka yang berbulan madu, seronok ler.....tapi kakpb yakin hotel sekitar sini mahal gila.

Hampir terbenam....masing-masing mengeluarkan camera, merakam detik indah untuk kenangan. Kakpb pun setiap kali datang sini, tak sah tak ambil gambar. Tak jemu-jemu.....

Kalau menginap sekitar KK, petang hari boleh melepak di sepanjang jalan menuju ke Suria Sabah. Ada disediakan kerusi mengadap laut. Boleh la duduk santai sambil berkisah dengan sidia pertemuan manis ketika bercinta dulu. Mata tak lepas memandang laut didepan. Air berombak lembut ibarat perjalanan hidup kita ni yang menempuh pelbagai onak dan duri.....huhu....falsampah yang tah apa-apa.


Model macam di paksa. Perasan tak model bergaya macam penyanyi nasyid, ayu dan sopan....kahkahkah...gayat sebenarnya kalau bergambar tepi2 gitu. Model tak pandai berenang der...jatuh kelaut....jenoh cikgu fahmi nak menyelamatkannya.


Belakang Suria Sabah ada juga tebing untuk mereka santai petang hari. Punyalah lama tinggal kat Sabah, baru ni kakpb jejak tempat ni. 

Akhirnya....kami bertemu juga. Kenangan manis bila bersua muka. SeriKandi yang tinggi menjangkau bersama suami dan anak gadisnya Yaya/Iman. Wajah yang mudah tersenyum dan lembut orangnya. Entah apalah agaknya dalam hati SeriKandi bila jumpa kakpb. Senyuman kakpb taklah semanis yang SK tengok di foto kan? hehe....tapi kakpb syukur sangat kurniaan Allah pada kakpb. Punya rakan maya yang sangat baik dan terasa kasihnya dihati ini.

errr....foto kelihatan pendek sebab tukang ambilnya tinggi menjangkau...hehe..


Muffin pisang dan cheese tart Alam Sari

Akhir2 ni kakpb jarang dapat blogwalking blog kawan-kawan. Bukan tak sudi.......bila duduk depan pc, kakpb boleh tinggalkan komen. Takde masalah. Cuma bila kakpb guna tablet dan S3 kakpb tak boleh komen guna account google. Tak tahulah kenapa. Nak kata kena virus....tak pasti pula. Mungkin ada masalah dengan blogspot kot.....Itu yang kakpb pergi blog kawan boleh baca je. Jika dia ada account google bolehlah kakpb komen disitu. Jika tidak.....kakpb tinggal message di shoutbox saja jawabnya.

Dalam sehari dua ni kakpb tak dapat update selalu. Entry baru ni tentang Ayam Kurma Sedap pula terhilang dari blog. Gara2 buka blog guna S3, hambik kau.....hilang entry dengan komen2 sekali. Nak buat balik, tak kuasa la pulak. Bagaimana pun entry Roti Kerca tu kakpb dapatkan balik dengan cara, klik sini. Satu lagi entry tak dapat cari, redha je laa....

Oh ye, hari selasa lepas kakpb jumpa AlamSari dan entry dia dah pun ada di blog. Baca kat sana la ye.....khamis ni nak terbang balik dah. Harap Sari/Yusa seronok ketika bersama kami. Takde apa hadiah yang istimewa.....hanya cenderahati kecil. Tapi yang lebih bermakna adalah persahabatan kita tu, mudah2an hingga ke tua....hehe..

 Muffin ni bukanlah untuk SK, saja je buat sebab kakpb sukakan muffin pisang. SK kakpb dah bagi karipap sardin. Lupa la kat mana ambil resipi ni.....kakpb catit ikut yang kakpb ingat ye..

1 cwn tepung naik sendiri
1 sudu besar susu tepung
1 biji telor
1/2 cwn pisang emas lecek
1/4 st soda bicabonate (lupa letak)
70 gm butter
1/2 cwn brown sugar (kakpb guna gula castor)
1/2 cwn coklat chips
secubit garam

Putar butter dengan gula hingga sebati. Masukkan telor dan putar lagi.
Masukkan telor dan pisang lecek.
Masuk tepung, coklat chip dan susu tepung.
Bakar dalam papercup selama 25 minit (bekas kakpb tu agak besar) suhu 180C.



Pemberian (ada kos yg tak disebutkan ye) dari SK dah tinggal separuh. Anak bujang kakpb buat sarapan. Cuma dia kurang suka dengan rasa bluberry (dia memang cerewet) Jadi, yang dia tak suka tu ibu dengan ayahlah kena makan. Terima kasih SK kerana sudi terbangkan jauh2, susah payah bawa. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa di Johor ye.





Laksa Johor dan Mangga 'berGABONG"

Dua hari ni kak pb tak dapat mengadap sangat pc sebab line slow sangat, tambah pula cuaca dua tiga hari ni hujan sepanjang hari. Hari ni pun tak dapat online lama-lama, ada urusan dengan KakCik Seroja. Semalam jumpa KakCik kat hotel Promenade. Besar tinggi orangnya kalau nak banding dengan kak pb yang kemetot ni.......peramah....seolah kami dah kenal lama...hehe....memang dah kenal lama di alam maya. Kali ni jumpa di dunia realiti pula. Suaminya lebih lagi ramahnya, sampai terkedu hubby kak pb sebab terjumpa orang yang lebih peramah dari dia......haha...

Ok la, taknak cerita panjang sangat. Ada hal lagi hari ni. Kak pb buatkan kakcik laksa Johor semalam. Mula rancang nak ajak makan kat rumah tapi suami kakcik ada meeting pula. Jadinya.......bawa ke hotel je. Cuma ralat sebab tak tahu suami kakcik tak makan/pandai benda-benda seperti laksa, orang Jawa katanya lebih suka nasi. Takpe la kakcik, esok-esok kalau datang lagi kak pb masakkan nasi ayam ke....nasi tomato ke...insyaallah.





Kiriman dari kakcik pula roti airport dan sebeg buah mangga. Fuiyoo....ingatkan kakcik bawa sikit buah mangga yang kecil-kecil......rupanya....berbiji-biji dia angkut. Kesian hubby kakcik menjimbit berat-berat. Ni buah mangga kakcik sendiri yang di ceritakan dalam blog dulu, kena jolok dengan mat bangla kalau tak silap. Kakcik tak suka mangga masam katanya, tapi kak pb rasa mangga ni tak berapa masam. Ok je kami makan malam tadi. Terima kasih KakCik.













Tu dia.....cicah dengan rojak buah Mak Bee....kopek sebiji pun dah sepinggan penuh.




nota: seronok sangat dapat kiriman dari semenanjung, hilang rindu dengan keluarga disana..


 






Tetamu dari Semenanjung (kawan lama)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sabtu dan Ahad lepas (semalam) pb sibuk lagi melayan tetamu yang datang. Taman lama dari Selangor. Kami kenal sekitar 1990an lagi dan bertemu semula tahun lepas di facebook. Kali ini dia datang bersama rombongan untuk promosi homestay di Banghuris (kalau silap, maaf ye Tina)

Tina tiba hari jumaat dan pb jumpa sekejap di airport. Mereka menetap di Courtyard hotel, One Borneo. Seharian tu aktiviti mereka pastinya melawat Kundasang. Tak sah tak pergi Kundasang kalau datang Sabah. Sabtu, pb sibuk teman hubby tempah laksam dan kuih. Jadi tak dapat jumpa, cuma sms dan talipon.

Ahad barulah dapat jalan ke Gaya Street. Macam2 yang dibelinya. Kami tolong tengok je.....hehe...tiap2 minggu pergi mesti nak beli kerosang. Kopak ler duit hubby macam ni.


huhu......Tina yang dulu kami gelar tomboy, sekarang dah anak lima kalau tak silap......teringat dialog Tina, kak, ko gambar dengan aku takpe la, nampak kurus! hehe......dah takdir kan? nak buat macam mana? terima sajalah kejadian yang Allah beri ni, yang penting kita bahagia.

beli...jangan nanti dah balik, rasa menyesal pulak......

Lepas shopping bagai, Tina lepak kat rumah pb. Lari dari hotel la ni.......sibuk kawan2 dia tanya pergi mana. Pb masak kari ikan putih, sambal belacan dan sayur kacang goreng pedas. Cukup la tu.......sebelum tu dia dah bedal laksam. Harap Tina puas hati dan juga sedikit kek gula hangus yang dibuat tempohari dibawa ke airport. Mana tau, lapar2....bosan ke....boleh ngap!

Harap Tina tak serik datang lagi.......

Suka belajar dari mereka..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb nak cerita ringkas je.....perasan tak perubahan pada blog pb? Itu semua pb belajar dari Sunah suka Sakura dot com. Mudah dan tak pening kepala nak faham apa yang ditulis oleh puan blog.

Pb letakkan blog list dalam kotak scroll. Tak banyak pakai ruang dan nampak kemas sikit. Kalau ada sesiapa nak belajar, boleh la lawat blog dia. Ada keterangan dan cara-cara nak edit template.

Satu lagi pb suka lepak kat Teknik Buat Blog. Rajin dengan malas je........semua ada diajar kat sana, cuma masa kekadang tak mengizinkan lepak lama kat situ.
Sebenarnya ada ramai lagi blog2 yang rajin tunjuk ajar. Nanti pb bgtau bila free...

Ok setakat ni dulu update. Sedang kukus serimuka tu.......gas abis la pulak....nasib la kalau jadi...

Seronok jumpa Kak Rose atau Kak Yon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Kakrose atau kak yon (http://kakrose.blogspot.com/) dari blog Pangkin Nenek bersama puan blog yang kureng sihat tadi. Kami jumpa di Marina Court jam 8 pagi dengan membawa 2 kotak cheesetart dan blueberi crumble buatan pb.

Puan blog juga dapat buah tangan dari kak rose, cute dan sweet macam orang yang bagi tu.....hehe....kakrose jangan marah ye......kapalterbang tak landing lagi, zana dah update blog pasal kita.


Terima kasih kakrose atas pemberian ini. Maaf la, zana tak dapat nak buat sesuatu sebagai cenderamata sebab minggu ni zana agak sibuk. InsyaAllah kalau kakrose datang lagi, adalah bahagian untuk kakrose.

Pasti kakrose seronok bercuti ramai-ramai dengan anak dan cucu. Penat berjalan satu hal, penat mengurus anak-anak dan cucu yang macam2 kerenah, betul tak? Sabar la kak rose, bila dah besar nanti, masing-masing dah pandai urus diri, senang la nanti.

InsyaAllah, jika kena pada masa dan kebetulan kami sekeluarga ada di Semenanjung, kami akan cari rumah kakrose. Rumah yang dulu pun naik pening kepala mencarinya. Tak tau la yang baru ni.........
Maaf la tak dapat sembang lama-lama sebab si budak manja tu tinggal kat rumah sorang2, taknak ikut pulak dia. Kalau tak, maunya macam dulu kita menyembang dari tengahari sampai ke petang. Nasib baik mami (Lela) dan anak manja gebeng takde.....pasti riuh kalau jumpa mereka....

Zana doakan kakrose selamat sampai kerumah bersama keluarga tercinta. Nak datang lagi nanti bagitau zana awal-awal, boleh kita konvoi sama-sama.

Bibir bergerak2, tandanya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam PB mimpi jumpa bekas teman sekerja yang telah pergi (arwah). Dalam mimpi tu PB tegur dia, kerja balik kat sini ke? (maksudnya.....dulu dia dah berhenti tapi agaknya apply balik kerja disitu) Tapi dia diam je, muka serius, cuma angguk kepala sedikit. Dalam hati PB, sombongnya dia ni (masa tu dalam mimpi)

Bila terjaga dari tidur, PB tertanya-tanya kenapa PB mimpikan dia ye? Dulu memang kawan rapat dan dia pergi pun PB dapat tau dari mulut ke mulut. Katanya accident dan PB pernah buat entry tentang dia dalam blog. Mungkin sebelum tu PB ada sebut-sebut nama dia tentang satu hal. Hal itu dah lama PB lupakan dan halalkan. Moga dia tenang disana.......

Oh ye, orang kata kalau bibir kita gerak2 dengan sendirinya, nak cakap dengan seseorang yang jauh atau nak bertengkar. Mulut PB beberapa hari ni asyik bergetar je.......otak ni terfikir, nak gaduh dengan hubby kot? hehe....tunggu punya tunggu......takde pulak topik yang nak digaduhkan!! Selamat PB.

Rupanya petang tadi PB dapat nombor talipon teman lama dari seorang teman lama juga. Dah lama PB cari dia dan akhirnya dia angkat talipon. Waaaa....seronoknya kita orang dapat sembang......setelah hampir 10 tahun terpisah. Suara tak berubah, macam anak dara dulu juga. Cuma katanya dah 'solo' dan masih kosong sejak 9 tahun lepas. Rasanya tak cukup dapat sembang sekejap. Lepas ni akan ada lagi kesinambungannya.......insyaAllah.

Alhamdulillah....sekian lama...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke KK setelah mengharungi pelbagai rintangan dari rumah kakak hingga ke airport Tawau. Cuaca sepanjang penerbangan pun cantik je......bulan terang menyinari perjalanan kami dari Tawau ke KK.

Pagi ni rumah ku masih macam 'kapal pecah', saje malas nak kemas dulu.....hehe....ngadap komputer update blog, baru kemas rumah.
Kisah semalam, flight kami 3.25pm ke Tawau. Aku pula dari pagi dok bersembang dengan kakak, emak, adik dan abang ku, punyalah leka hinggakan 12.30 tengahari baru nak packing barang. Aku memang suka buat kerja macam ni, last minute baru terhegeh-hegeh nak mandi, nak simpan tu simpan ni, lipat baju.....blabla...adik2 blogger jangan ikut perangai akak korang ni ye!

1.30 pm sempat lagi mengadap laksa johor masakan kakak. 1.45 pm kami keluar rumah dan dihantar abang ipar ku. Cilok sana cilok sini.......laju juga dia bawa kereta sambil tengok jam di tangan. Kebetulan atas jalanraya banyak kereta, tak boleh salahkan mereka. Setiap traffic light kami lalui mesti kena lampu merah. Sehinggalah sampai pintu masuk lapangan terbang. Terkejar-kejar pula scan bagasi dan terus ke kounter ekspres. Ngam-ngam masuk ruang menunggu ada masa setengah jam untuk lepaskan lelah.

Dalam kelam kabut tu, passport kami rupanya termasuk dalam bagasi. Aku ingatkan hubby dah prepare awal-awal sebab bila aku tanya, dia kata ok, semua settle. Hampeh, tak boleh percaya punya olang!! Tiba di airport Tawau, kami terpaksa ambil dulu passport baru boleh melepasi imigration. Ada sebab kenapa kami tak lepas dan perkara ni memang kerap berlaku.

Flight ke KK pukul 9.30 pm tapi kami tiba 6.45pm. Kena lepak sana beberapa jam dulu. Sebelum tu aku dah sms teman baik ku, Sumiyanti, kerana katanya dia nak datang jumpa ku di airport. Selepas turun tangga, mata ku terus terpandang wajahnya di balik cermin. Memang tak banyak perubahan dia, masih cantik dan rugged seperti dulu.

Kami berbual panjang soal diri masing-masing. Rasanya tak cukup dua jam dan kami rancang akan jumpa lagi selepas ini. Kalau boleh satu famili berkumpul. Selepas di belanja ice blended dan jagung rebus, aku terpaksa berpisah juga. Mata ni dah terbayang dapur ku, bantal ku, tv dan segala-galanya yang ku rindui. Baru balik seminggu aku dah teringat-ingat.

Sempat berposing walaupun hanya duduk atas roller scan bagasi, lepas tu baru kami ketingkat atas. Aku minta tolong anak ku snap gambar, Sumi suka gambar yang close up, aku pula nak jauh-jauh....hehe..malu kononnya.

Puluh tahun berlalu, baru ku temu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nasib baik aku tak delete akaun facebook ku. Baru2 ni terjumpa teman lama ku, best friend dari sekolah menengah.....Sumiyanti Dahlan....seronoknya!!Lama juga aku cuba cari dia, rupanya dia dekat dengan ku. Tak sangka dia masih menetap di Tawau.

Sejak lepas SPM, kami masih berhubung dengan surat (dulu mana ada handphone, internet lagi la...) Maksud ku bukan dulu2 takde kemudahan ni tapi masing2 sekolah lagi, kerja pun tah hape2......dah mewah sikit baru boleh beli hp sendiri. Sehingga dia kahwin dan ada anak, aku dan dia masih berhubung. Tapi rasanya aku yang kerap berpindah tempat tinggal maka terputuslah hubungan.

Sekolah menengah aku dulu ada asrama yang diduduki oleh murid2 Yayasan Sabah dan Serawak. Mereka2 ni dulu popular sikit sebab rupa dan loghat memang jauh beza dengan teman2 lain. Selalu jadi perhatian murid2 lelaki. Aku pula rapat dengan si Sumi ni, rapat bebenor. Kemana2 mesti dengan dia. Kekadang kalau teman lain kurang suka dengan dia, aku la yang jadi tempat dia mengadu hiba. Banyak kisah kami kongsi bersama ketika lepas zaman sekolah. Dulu, semua surat2 dia aku simpan kemas.

Minggu ni kami berhubung dengan fb dan handphone. Rasa macam tak cukup sehari nak sembang terutama hal anak2. Kemudian aku jumpa lagi teman sekolah yang lain. Makin meriah fb ku itu tapi mereka semua kerja, aku je yang goyang kaki kat rumah.

Aku tak sabar nak buat satu perjumpaan bila ada masa nanti. Pasti kecoh macam dulu2 sebab group aku ni terkenal dengan nakal dan kuat ketawa. Banyak peristiwa lucu zaman sekolah yang sukar nak ku lupa.

Pasti teman2 blogger pun begitu kan? Zaman sekolah adalah zaman paling menggembirakan.....


nota aku: Hati ku berbunga sekarang, macam orang sedang jatuh cinta!!

Komen boleh dapat hadiah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam jalan2 blog paklongcikgu......dan terbaca pulak entry tentang En. Mustaffa,.http://mustaffabaharudin.com/ katanya 'Hadiah menarik, hanya letakkan komen anda', biar betul? Tak percaya ek? boleh tengok kat blog dia, aku cuma tolong promote.

Blog sendiri pun takde orang komen banyak macam dia. Kelakar la pulak nak promote blog orang. Tak kisah la.......siapa yang berminat boleh selak2 langsir rumah dia, tengok apa yang berguna dan diambil sebagai pedoman.

Catatan untuk Tina

Salam Sejahtera....

Apa khabar teman2 blog semua? Rindu nak menyelongkar dapur kawan2 tapi sejak balik kampung hari tu, masa dan kesihatan selalu tak mengizinkan. Sekarang ni baru ada masa sikit, itu pun selesema tak baik lagi. Musim hujan, biasalah........kena pula berjalan kesana kemari, kejap aircond kejap berpanas, apa lagi kepala pun naik pening.

Nak tau gambar siapa kat atas tu? Itulah saat paling gembira bagi aku bila dapat jumpa teman lama ketika kami bekerja dulu. Aku sekeluarga susah payah cari rumah dia yang terletak nun jauh di Sepang sana. Ada busines juga rupanya dia. Setelah hampir 6 tahun kami tak bertemu, sekali jumpa, macam2 nak cerita. Kena pulak kawan aku ni becok orangnya. Memang sesuai la dia buat 'homestay' kat rumah dia tu.

Aku tengok dia masih macam dulu, gempal dan tembam. Tapi sekarang saiz dia lebih kurang dengan aku je......pandai dia nyorok belakang aku masa ambil gambar hari tu, tersorok la segala lemak dia dan lelemak ku pula yang expose!!

Anak dia dah enam sekarang daripada yang ku tau dulu cuma dua orang. Hemm.....betapa tuanya kita sekarang ni ye Tina? Ingat tak dulu2 masa kat Tochigi? Korang terpaksa carry kak zana dengan basikal untuk kemana2 sebab kak zana tak pandai naik basikal. Dalam sepuluh orang perempuan, aku sorang je tak pandai bawa basikal. Pelik kan? Memang dari kecil aku tak biasa main lasak2. Main masak2 ada le........heheh...

Tina masih ingat Mr. Wang yang handsome tu? Dah jadi apa agaknya dia ye? Masa kita jumpa dulu, dia masih bujangan. Ingat tak masa dia bawa akak naik basikal? haha.....cikgu bahasa jepun pun carry akak tau....masa nak turun bukit tu, dia soh akak pelok dia.......ish...tak hingin akak walaupun dia dah berjasa pada akak. Agaknya dah bertongkat dia sekarang ni.....ataupun lebih nampak muda dari kita!!

Walaupun kita jauh, akak harap Tina tak lupa persahabatan kita. Sayang selalu dari kak zana.....

From JAPAN with TULIP

Salam Sejahtera....

Dah beberapa hari teman blogger E-na suruh gantung frame pemberian dia ni kat blog. E-na jangan kecil hati ye........akak ni very d slow soal IT.
Terima kasih http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/, kita baru je berkenalan, blog E-na pun ntah bila nak katam baca. Kalau nak tengok aku laju je klik blog korang, letak la gambar kek ke, kuih muih, desert........hehe....tak masak pun salin resepi jadi la!

Cantiknya bunga tulip u tu!! dari kamera sendiri pula......teringat masa akak di Tochigi, kenangan paling indah kat sana dengan kawan2 (masa tu tak kenal lagi dgn cik abe kita) Tapi kita takde kamera canggih macam zaman sekarang ni. Berpuluh2 beli film. Jumpa benda pelik sikit, ambik gambar. Sekarang ni album terperap bersusun dalam almari. Bila kemas2 rumah, terjumpa......selak balik kenangan lama.
Syahdunya

nota: bila pulak aku nak bagi kwn2 award?
tak reti la.....ada sesiapa boleh ajar?

merayau ke Kota Belud hingga Simpang Mengayau

Salam Sejahtera....

Lama betul tak update blog, rasa malas plus dengan sibuk melayan saudara mara dari Johor. Tiba2 je kami jadi 'bidan terjun' melayan tetamu tanpa ada persediaan. Itu yang jadikan hidup aku kelam kabut selama seminggu. Tapi takpe la.......'tok ngah' punya pasal......layan je!!

Minggu lepas kami menyewa sebuah kereta untuk ke Kota Belud, sebenarnya nak melihat bagaimana suasana Pasar Tamu Kota Belud. Pukul 9 pagi bertolak dari rumah, 10.30 pagi dah sampai sana. Aku rasa macam dekat je........sampai je, terus cari kedai makan (pada hal dah makan kat rumah) Ini kes pakcik ku le yang lapar agaknya. Sembang2 dengan orang kat kedai tu, rupanya pasar tamu tu bukan kat tempat kami park kereta. Pukul 11 pagi dah ni, pukul 12 katanya nak tutup. Alamak........kalau tau tadi, takde le melepak lama2 kat kedai makan.....

Dah jumpa pasarnya............apa lagi? shopping time laa.......aku takde beli apa sangat, cuma beli kotak tisu yang di buat drp daun mengkuang kot......nak beli parang, nanti2 la.....cadang nak bawa balik semenanjung tapi tak pasti pula boleh ke tak.
ni dia tok ngah dengan tok moi.......bab tawar menawar, bagi kat dia....


orang dah tak ramai, nak tutup kedai.....kita baru nak shopping..


dalam perjalanan ke Kudat kami singgah ditempat orang membuat gong

Nama tempat tu aku lupa pulak. Kemudian kami singgah di rumah panjang. Aku ni dah setahun tinggal sini, rumah panjang belum pernah naik atau tengok dekat2. Masa lalu depan rumah tu, tokngah kata, tu bukan rumah panjang tu........reban ayam tu.....(maaf ye pada orang2 sabah, atok aku tu dah tua.....faham2 je la sikap orang tua ni, tambah pula dia tak pernah ke Sabah)


Ni je gambar yang dapat ku snap sebab bateri dah kong! Sejuk je lepak kat sini, tak payah beraircond bagai. Teringat rumah arwah tok ku kat Johor masa kecil2 dulu, guna atap nipah ni ler........

Kemudian kami ke Kudat tanpa di rancang. Jalan ke sana teruk betul, lubang sana sini dan bahaya pula. Tiba di Kudat, terus ke rumah sahabat suami. Tumpang sembahyang dan jamu sedikit minuman sejuk. 5.30 ptg kami terus ke Simpang Mengayau bersama famili mereka.

Tak dapat ku jelaskan dengan kata2 betapa indahnya ciptaan Allah, tiada bandingan. Bagi ku.......Simpang Mengayau adalah tempat paling indah yang aku lawati. Dengan angin yang nyaman, fikiran terasa tenang dan damai.........


rasa nak bina rumah je kat atas bukit yang di kelilingi lautan........berangan ni......

Ada banyak gambar2 kat facebook. Malas nak upload di sini sebab brodband mengong sikit........mood aku pun dah macam brodband ni........

nota aku: tak sabar nak pergi lagi ke sini tapi entah bila agaknya....
rasa tak puas sebab aku suka suasana begini, rasa beban berat di kepala terlepas bila memandang ke laut luas!

PERGI tak kembali...

Salam Sejahtera....



Berita sedih aku terima petang tadi. Teman baik ku semasa sama2 berkerja dulu telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya. Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.

Dah bertahun kami bersahabat, dah macam adik beradik. Arwah ni seorang yang kelakar habis orangnya. Tak kering gusi kalau sembang dengan dia. Ada saje cerita lawak yang keluar dari mulut dia setiap hari. Tambah pula dia seorang yang kuat melatah.

Arwah kerap kali kemalangan masa bawa motor. Calar sana sini. Itu masa belum kahwin. Bila dah kahwin, aku masih dengar berita dia jatuh motor lagi. Cuma semenjak kami berhenti kerja dan bawa haluan masing2, aku dan dia tidak berhubung lagi. Kali terakhir kalau tak silap aku jumpa dia berkerja di Carefour Alamanda. Masa tu dia sebagai Supervisor dan bila aku shopping di sana, aku akan cari dia untuk bertanya khabar.



ketika beramai2 ke Pulau Tioman

Gambar di atas ni, dua orang teman ku yang telah kembali ke alam baqa. Bertenggong dari kiri, Zul (juga kawan baik kepada Romzie, disebelahnya) meninggal dalam kemalangan jalanraya tahun bila aku dah lupa. Perwatakan mereka berdua hampir sama. Kelakar dan kalau bawa motor, mesti jadi bahan gelak kawan2 kerana punggung dia yang kelihatan tonggek diatas motor.



berkumpul waktu malam di Cherating (mungkin, dah lama sangat, aku hampir lupa)

Semoga ROHnya di tempatkan bersama orang2 yang berIMAN.
AL FATIHAH

Sabtu kelmarin.........kakak talipon, katanya anak buah ku kemalangan juga. Dia di langgar oleh kereta berdekatan dengan rumah (balik dari sembahyang kat masjid katanya) Patah kaki dan baru lepas operation. Tersentuh hati ku kerana dia baru saje form 2. Tadi aku telephone kakak ipar ku bertanya khabar dan aku harap dia banyak2 bersabar.

Ini semua dugaan dari Nya.........

cikgu Uchup datang!!

Salam Sejahtera....

Semalam, kami menjamu teman dari semenanjung yang pulang bercuti ke kampungnya di Keningau. Ahad ni mereka akan balik Selangor, jadi bermalam satu malam di rumah ku. Masak biasa2 je......nasi putih, ayam kari, seafood paprik dan ikan bakar. Kuih pula, serimuka (aku kan dah terror dgn bantuan member dari myresipi....)

Selepas berbuka, sembahyang maghrib, isyak dan terawih (kat rumah je) Yusof (cikgu uchup nama timangan) cadang nak bawa kawan dia yang dari Perak tu (Firdaus.......sedap nama ni) jalan2 bandar KK. Mungkin selama di kampung dia, tak sempat nak bawa kemana2, dengan puasa lagi........melepak je kat rumah agaknya.

Kami bawa mereka ke Tanjung Aru. Cuaca mendong, kelihatan kilat memancar tapi belum hujan lagi. Angin menderu kuat..........seronok juga sekali sekala duduk tepi pantai waktu malam. Aku sekeluarga memang jarang keluar malam sejak dulu lagi. Kalau jalan malam kemana2, boleh jadi perang besar dengan anak sebab dia biasa tidur awal. Tapi malam tadi nampak dia seronok sangat. Mungkin sebab dapat jumpa uncle uchup dia tu.........lepas rindu la tu................

Sempat jugak la aku capai kamera, snap dua tiga keping untuk mamat dua orang ni........maklum la....orang dok KL kan? walaupun.........kampung sebenar dia di Sabah.....jangan lupa diri sudah!
Aziz dengan member baru dia........seronok sangat la tu sebab ada orang yang rajin layan dia borak. Tak henti bercerita dari dalam kereta lagi.........nasib baik malam tu dia tak merungut nak balik.......padahal dia tak tidur siang (dia ni memang cekik darah kalau suruh tidur siang) bulan puasa ni tambah aktif lagi ada.....alhamdulillah.....dah 9 hari dia puasa. Harap2 boleh cukup sebulan.
Melepak kat tepi tebing sambil makan kacang rebus, jagung dan buah jambu. Tengah sedap2 mengunyah, hujan pulak........alhamdulillah......hujan rahmat sebab siang hari panas terik. Kami bergegas ke Wisma Plaza, nak minum2 pula. Kali ni dia orang pulak belanja. Gambar tak dapat snap, sebab orang ramai........malu pulak rasanya..........

Maria oh Maria...

foto di rumah Maria

selepas ni mungkin akan ada lagi sesi 'geder2'


Sebelum berjumpa dengan Maria ni, aku dah berbalas sms. Walau tuannya belum ku kenal, aku andaikan dia seorang yang peramah, mungkin........


Takde apa yang aku bawa sebagai buah tangan untuk Maria. Maaf la Maria, barang2 dalam rumah banyak yang takde. Nak buat kek pun tak sempat, lain kali ye......


Hari jumaat tu (pagi), aku dan suami survey dulu kat mana rumah Maria ni. Maklum la, kami baru disini, kalau nak cari rumah malam2, takut tak jumpa. Bila pergi malam sabtu tu.........aku tengok sunyi je......salah rumah ke? Aku tak tau majlis apa Maria buat ni, birthday party kot........rupanya saje nak makan2 dengan kawan2. Hai....rajin betul Maria ni......dah la dia kerja malam..........ada cuti kena layan tamu pulak.....


Lama juga aku dan keluarga dirumah Maria (kami dekat je, tak sampai 10 minit dah sampai rumah) Ada beberapa keluarga yang dijemput seperti Mama Tiara......errm....yang dua orang lagi tu aku rasa jarang jumpa di blog. Mungkin dah lama kenal dengan Maria kot. Paling riuh bersembang dah tentu la kaum suami..........macam dah kenal lama je aku tengok!!


Aku ni pemalu sikit orangnya. Pertama kali kenal rasa kekok juga tapi Maria ni lemah lembut orangnya, tak macam aku......hehe....biasa la orang keje jururawat ni kena la lemah lembut kan? kalau tak....... mau tambah sakit orang dalam wad......


Orang perempuan ni kalau sembang dah tentu pasal kuih, tupperware, anak2 dan hal2 rumahtangga. Riuh dengan keletah anak2. Paling ligat sicomel Damia (anak Isma)


Lepas ni kalau nak buat majlis apa2, kena bagitau awal2 tau Maria. Boleh la bawa buah tangan serba sedikit, takde la datang melenggang je........

nota: Maria......bila2 jumpa nanti, Maria panggil je Kakzana. akak memang lebih tua dari Maria.
tak semestinya anak Maria lebih tua dari Aziz, Maria pun lebih tua dr akak. Mak sedara suami akak tu........anak dia baru je 6 tahun......
jgn risau la.....akak ok je panggil 'kakak'




































Jumpa Kak-e

gambar depan rumah ku ketika nak keluar gi makan, akuarium tu bukan aku punya, tuan rumah tak ambik lagi, sampai nak berlumut dah ikan tu.........kalau tengok kak-e dengan aku, kecik je kak-e tu.......nampak gaya aku betul2 kena diet ni........



Jumaat lepas, kali pertama aku bertemu kak-e atau umi-e, nama yang biasa ku nampak di myresepi. Rupanya kak-e ni orang Kelantan (sekapal dgn suami ku, tu yang suami ku kata peramah sungguh kak-e.......mulut becok dan tak meninggi diri orangnya)

Kami ambil kak-e di airport walaupun sebelum tu tak rancang nak kesana sebab suami sepatutnya sekolah. Entah macam mana last minute dia cakap nak tolong ambil. Kami bawa kak-e kerumah ku dulu, minum air sejuk dan aku hidang kuih lompang yang ku buat pagi tu. Itu je yang ada. Dengan tiada meja kopi, kami bersila di lantai. Maklum la......rumah ku ni ada sofa je......

Bagi ku, kak-e ni peramah betul orangnya, seolah2 kami dah kenal lama. Walaupun rumah kak-e sama taman dgn rumah mak ku, tapi aku tak pernah jumpa dia masa di sana. Ye la...aku dulu2 kerja, mana nak kenal jiran2 satu taman.

Selepas suami balik dari sembahyang jumaat, kami keluar ke KK untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Maaf la kak-e, bukan taknak masak, tapi semua tak di rancang. Lain yang di rancang, lain pula jadinya. Kami makan di restoran Sri Rahmat. Kak-e pun dah biasa di sini nampaknya. Restoran ni la tempat kami melepak waktu pagi dulu2 selepas membeli ikan di pasar. Sambil makan, sambil borak. Tajuk utama dah tentu kisah anak2. Kekadang rasa lucu pula bila kak-e cerita pasal anak2 dia. Sabar je la kak-e.

Perut dah kenyang, kami hantar kak-e ke Promenade Hotel. Barulah kak-e dapat rihatkan badan setelah setengah hari melayan kami bersembang. Nampak sangat kak-e letih dan mengantuk. Terima kasih kak-e pemberian tempoh hari dan tolong belikan barang2 yang kami perlukan yang tiada di sini (bukan takde tapi susah nak jumpa). Nanti kalau kak-e datang dengan anak2 dan suami, boleh la bermalam di rumah kami. Walau tak selesa seperti di hotel, insyaAllah, setakat kak-e sekeluarga, takde masalah. Menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan kita.


nota: kalau kak-e tersinggah rumah mak, boleh la kak-e cerita bagaimana keadaan kami di sini. tapi kak-e kena cakap, zana tak sempat nak kirim apa2 sebab kak-e ada hal tau, nanti dia kecik ati plak. bukan taknak kirim, taknak menyusahkan kak-e........

Di mana mereka?

Ketika ini hati ku tertanya-tanya, dimana agaknya Umi yang ku kenali hampir dua tahun. Kali pertama jumpa di Johor Baru tahun lepas. Itulah pertama dan terakhir agaknya. Sihat ke dia? Harap Umi masih ingat pertemuan kita di mc donald dulu. Pada pandangan ku, umi seorang yang bijak, lembut, penyabar dan penyayang.

Kemana agaknya Umi, atau merajuk dengan kawan2? Masihkah umi simpan pemberian aku dulu? Walaupun kecil aje souvenir tu, ia sebagai tanda persahabatan kami. Harap satu hari nanti umi akan cuba menghubungi ku.


Mami Jarum, Kak Rose Jambu dan Anak Manja Gebeng............nama2 ni aku kenali ketika melayari satu forum melayu Singapura. Banyak kenangan manis ketika kami bertemu di rumah kak rose, Shah Alam. Dengan hidangan tengahari yang di sertai oleh suami masing2, dah tentu segala topik semasa keluar dari mulut mereka. Orang lelaki kalau jumpa, pastinya kisah tentang politik jadi pilihan utama. Kaum perempuan pula tak jauh dari kisah anak2, rumahtangga dan masak memasak.


Aku pula menjamu mereka dengan karipap dan kek coklat yang ku buat sendiri. Sambil makan, sambil berborak tak henti2. Anak Manja yang datang dari Singapore, boleh tahan juga celotehnya. Walau ini kali pertama kami jumpa, mesranya seolah dah bertahun kenal.


Apa kelebihan mereka ye? Seperti kak rose jambu, orangnya lemah lembut dan sopan santun. Sesuai dengan nickname dia tu............pemalu pun ada........Mami jarum pulak, mesti boleh agak bagaimana orangnya. Comel macam anak mami.......mulut becok.......kurus langsing dan kecil molek orangnya. Kalau di forum, slang penang dia tu pekat betul. Tapi yang kelakarnya masa jumpa tu, takde langsung slang utara. Dia cakap kl nih.......

Anak manja pula orang pertama aku kenal selama melayari internet. Matanya yang galak dan cantik paling aku suka tengok. Kali pertama kami berhubung melalui sms saje. Walau dia jauh di Singapore, sms sentiasa menjadi penghubung kami sehingga bertemu di rumah kak rose tahun lepas. Ada juga dia beli souvenir untuk ku. Hingga sekarang aku masih ingat kalau terlihat pemberian dia dalam almari.
Bila agaknya kita dapat jumpa lagi?

Jumpa teman baik suami

Pagi, kami ke uitm kerana makcik nak jumpa anaknya. Terpaksalah ikut sebab kami tak tahu jalan di KK ni. Baru aku terasa panas terik di sini. Betul kata abang ipar ku, di KK cuaca lebih terik dari KL. Mungkin berdekatan dengan laut, angin laut memang berbahang.

Hati tertarik melihat keindahan tepi laut (tak tau lagi nama tempat) juga kelihatan kapal-kapal berlabuh. Mungkin akan jadi tempat kami bersantai satu hari nanti.

Petang, kami ke One Borneo, janji dengan budak2 tu nak main di playground kat sana sambil aku dan suami berjumpa dengan teman lama dia semasa di universiti. Saat bertemu memang menggembirakan dan terasa lucu juga kerana aku terpaksa pasang telinga betul2 bila berbual dengan dia. Loghat sabah yang pekat buatkan aku pening dan kekadang aku biarkan saja mereka bersembang. Sekali sekala aku tumpang gelak (mana yg aku faham). Macam-macam cerita yang keluar dan berbagai perancangan mereka berdua.

Ok......nanti sambung lagi.......nak sarapan dulu..