Polower

Ruang Iklan

Showing posts with label 18 sx. Show all posts
Showing posts with label 18 sx. Show all posts

Sunday, 17 July 2011

Dia Janda Muda

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia. Dia meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Jamilah Hj Abu Bakar. Eh, nama melayu tu? Memang pun...Jamilah ni lahir kat Kluang...oooo org Johor rupanye.. Tapi tak pakai dah nama Jamilah bile dah pindah ke Texas ikut suami (Jamilah ni ahli Persatuan Isteri Taat). Nama beliau trus tukar jadik Jamie Elle.

Jamie Elle membuat keputusan tanpa berfikir panjang untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar, internet dan papan2 notis untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang lelaki gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Jamie Elle terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Nampak sangat cara pengiklanan yang dilakukan oleh Jamie Elle kurang berkesan.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Jamie Elle memilih si gay, bernama Ashton Samuel untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Ashton Smauel telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Beliau sgt seksi, dengan badan berketak-ketak, tinggi dan macho memang bisa mearik perhatian wanita dan lelaki. Bila balek je dr ladang, dgn badan berpeluh-peluh memang benar2 memgusik hati wanita Jamie Elle. Ashton Samuel kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. 

Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Jamie Elle ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si Ashton Samuel ni, Jamie Elle pun berkata kepada Ashton Samuel dengan nada menggoda, agak miang juga si Jamie Elle ni, “Wahai Ashton Samuel, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah Ashton Samuel, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Ashton Samuel tak juga  pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Ashton Samuel pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Jamie Elle sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api. Cahaya samar-samar itu membuatkan Jamie Elle nampak lebih seksi dan mengghairahkan.

Jangan tengok lama2 dan jgn terlalu pikirkan sgt gambo ni

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Jamie.

Ashton Samuel dengan tangan yang terketar-ketar dengan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”

Ashton Samuel buat, perlahan sekali.

“Buka, stokin ku..”

Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”

Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

***********
Kemudian, Jamie Elle pun memandang Ashton Samuel, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”


Credit to: Kawan KD yang menceriakan hari2 bosan KD di opis.
pies#1: Cerita diolah semula oleh KD
pies#2: x sangka melesia bole score lawan liverpool. dpt 3 tu~

Thursday, 14 July 2011

Guru Seksi dan dot dot dot


Sorang guru, cantik, lepasan universiti tempatan dan berkaca mata, Sharifah Amanda Gonzales namanya. Sekali pandang cikgu tersebut memang persis seorang artis yang mahu membuat persembahan di pentas yang gah. Hidung mancung bak seludang, kulit halus seperti bayi jonson2. Biarpun beliau menutup aurat sebagaimana yang disarankan oleh agama, tapi beliau tetap kelihatan seksi dan menawan. Seksi itu kan subjektif. Dedah sana dedah sini tu seksi yang jelas dan nyata dan sampai ke satu tahap bole muntah ijau dibuatnye. Beliau bukan begitu orangnya. Tapi hakikatnye, bukan cikgu Sharifah Amanda Gonzales watak utama dalam cerita ini. sebenarnye watak utama adalah Ahmad..ah ah ahmaaaad~. Teringat plak kat lagu yg sebut2 nama Ahmad.

Ok mcm ni kesahnye, Cikgu Sharifah Amanda Gonzales ni menghadapi satu masalah yang jarang sekali berlaku kat negaraku Malaysia. Ahmad ni memang spesel la kiranye, naik satu tahap lagi dah bole join HEROES. Ade satu hari tu, Cikgu Sharifah Gonzales nampak Ahmad termenung dalam kelas.

Dengan penuh keayuan ala2 wanita melayu terakhir

CSAG : Ahmad, nape termenung mcm resah gelisah ni? Senggugut ke?

Ahmad: Xde pape la cikgu. Yang cikgu ni main tuduh2 saye senggugut ni nape? Cikgu la kan yang senggugut tu..

Kurang ajar betul perangai si Ahmad. Mahu dirotan, takut pula ibu bapa si Ahmad ni bawak pegi mahkamah. Bebudak sekarang kan...jentik sikit terus bawak g mahkamah, masuk tv bagai.

CSAG: Eh budak ni, aku sepak jugak karang! Mane die tau aku tgh kontrol ayu sbb senggugut nih... *dalam ati je la, monolog dalaman*

Ahmad : Mcm ni cikgu Sharifah Amanda Gonzales, saya ni sebenarnye terlalu cerdik, hebat dan pandai untuk berada di darjah 2. Pe barang duduk sekelas ngan bebudak nih. tak cool la cikgu..

Bebudak lain yang sekelas ngan Ahmad, terkebil2 jek bijik mate dorang mendengar kata2 Ahmad sambil tangan masih memegang plastisin, sempoa, pemadam bergamba spanbob dsb.

Dengan inisiatif Cikgu Sharifah Amanda Gonzales, beliau akan menguji kepintaran Ahmad. Ahmad dibawa berjumpa guru besar yang sedikit botak dan boroi *sgt tipikal utk watak guru besar atau pengetua*. Cikgu Sharifah Amanda Gonzales pun menerangkan tujuan mereka bertandang ke bilik Guru Besar.

Guru Boroi: Ahmad, jawab soklan saya ye. 3x3 berapa?
Ahmad: 9.
Guru Boroi: 7528x1967?

*kalkulator adalah dilarang sama sekali dalam ujian ini*

Ahmad: 14807576. Cikgu..bagi la soalan mencabar sikit. Jangan la buat saya nak tergelak. Nanti kalau saya gelak berdekah-dekah cikgu tersinggung plak.

Guru Besar terdiam. Sexceli, beliau dah pun tersinggung walaupun Ahmad x gelak kerana beliau menggunakan kalkulator utk mendapatkan jawapan soalan kedua, Ahmad santai je terus dapat jawapan tanpa menggunakan apa2 bantuan.

CSAG: Macam ni la cikgu, biar saya bertanya soalan kat Ahmad, ape la cikgu ni bg soalan x mencabar! *kata cikgu Sharifah Amanda Gonzales seraya menepuk kepala botak Guru Besar*

CSAG: Apa yang lembu ade 4 kat badan, tapi saye ade 2 je?
Ahmad: *berfikir* Kaki

CSAG: Apa yg ade dalam seluar kamu, tp dalam seluar saye xde?
Ahmad: Saku

CSAG: Apakah yang panjang, bermacam2 saiz, ada bulu dan sedap?

Mata Guru Besar terbuka luas dan belum sempat beliau menahan Ahmad, Ahmad terus menjawab

Ahmad: jagung

CSAG: Ok~ (dgn nada x puas hati) skrg, saye akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya?
Ahmad: No haaaaal~

CSAG: Awak memasukkan batang ke dalam saya, Awak ikat saya untuk berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Guru Besar kelihatan resah dan gelisah dengan soalan yang diajukan oleh cikgu Sharifah Amanda Gonzales.

Ahmad: Khemah

CSAG: Jari memasuki saya, Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan dapat saya dahulu.

Guru Besar semakin resah, tidak keruan dibuatnye. Peluh2 jantan menitik satu persatu dari atas kepala beliau di mana rambutnya mahu tidak mahu sahaja tumbuh.

Ahmad: Cincin perkahwinan

CSAG: sekarang saya akan ajukan soalan Bahasa Inggeris ok..what word starts with 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Ahmad: Firetruck

CSAG: what word starts with 'F' and end in 'K' & if you dont get it you have to use your hand?
Ahmad: Fork

CSAG: What is that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Ahmad : Surname

Guru Besar menghembusakan nafas lega bila mendengar semua jawapan yang diberikan oleh Ahmad." baik kite hantar budak ni ke universiti, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

pies: Siapakah anda, murid pintar atau guru boroi?

 pies#2: Malaysia kalah dengan Arsenal - menepati ramalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...